Dark Fellows

Showing posts with label Acu Tera. Show all posts
Showing posts with label Acu Tera. Show all posts

Wednesday, August 30, 2017

#1433 Me Vs Acu Tera

Balik kampung kali ni susah nak bagi-bagi masa. Raya hari Jumaat. Jumaat Nik Pareh dah nak balik Kuantan. Makanya kata sepakat aku kat KB, dia kat Apal. Anak-anak diberi kebebasan nak stay kat kampung mana. Zaraa nak stay dengan aku kat KB, Adam nak ikut daddy balik Apal. Obviously, sebab masing-masing ada bff sendiri. Zaraa nak duk dengan sepupu pompuan dia. Adam pulak nak main dengan sepupu lelaki dia. Setel masalah. Dapatlah aku spend masa dengan Kayden.

Lupa nak habaq, aku dapat anak buah lagi. Anak ke 3 Nik Pareh. Baby boy nama Nik Kayden Iskandar. Aku belum jumpa lagi baby Kayden sejak dia lahir seminggu lepas birthday aku tu. So, ni lah masanya aku nak spend masa dengan anak-anak buah aku. Kasi chance la. Anak buah encik Jack anytime boleh jumpa tak perlu naik feri membelah lautan.
Encik Jack hari ni kat Apal. Diorang pegi pekena Ikan Celup Tepung kat Terengganu tu... Aku pun tak nak kalah. Malam ni kitorang ke kedai Acu Tera, kedai viral jugak. Ramai betul manusia. Meja sebelah aku ni order entah berapa puluh pinggan binatang celup tepung. Asyik sampai ke meja dia je. Hangin pulak aih.
Nasib baik baby Kayden behave. Bedung dia kemas-kemas. letak dia atas meja macam hidangan ni, dia tido je sampai semua habis makan. Good boy.
Zaraa yang aku perasan, sejak Adam takde sekali ni dia macam lonely je. Senyap je tak cakap banyak. Macam terasa semacam kehilangan ke tak tahu la. Lain lah dia. Hilang separuh jati diri. Kesian pulak.
Makanan sini memang nice lah. Sotong dengan udangnya sangat freshhhh. Salutan tepungnya sangat lembut dan halus tapi garing. Krupkrapkrupkrap... Semua nice. Cuma tak nicenya order lambat sampai mengakibatkan perut aku sedikit merajuk. Zaraa pun ala-ala dah mengantuk menunggu makanan tiba.
Lokasi kedai ni tepi Pantai Sabak memang sedap la duduk kat kedai ditiup bayu laut. Tak rasa panas kedai. Entah la. Aku pegi malam. Kalu pegi siang tak tahu la panas ke tidak kedai ni. Aku ni memilih jugak. Kalu kedai panas-panas aku tak gemar. Orang kata aku diva. Kulit aku ni nak jadi psoriasis kau tak tahu.