Dark Fellows

Showing posts with label entertainment. Show all posts
Showing posts with label entertainment. Show all posts

Wednesday, March 29, 2017

#1407 Me Vs Cuti-Cuti Marikh

Ini entry throwback. Tak tahan Blog Diva tengok kawan-kawan kat fb pakat share gambar percutian. Kali ni (dan mungkin untuk kali-kali yang akan datang) kitorang memang cuti-cuti Malaysia aje lah. Tak nampak jalan lagi nak bercuti jauh-jauh bawak anak-anak sekali. Thehehe..

Okay, kali ni kitorang ke Marikh Malaysia, Kuantan. Encik Jack la yang nak bergathering kat umah Nik Pareh. Sebab dengar Puan Menteri dengan Boss IBM nak pegi Kuantan. Sejak Nik Pareh naik umah baru kitorang tak jejak kaki pun lagi. Tu yang nak join tu. Sebenarnya aku tahu dia ajak balik sebab nak tengok keta baru adik ipar aku opss.
Benar bagai dikata, Kuantan tak ubah bak Marikh. Masuk je sempadan Terengganu-Kuantan (kitorang lalu via LPT), ketara sangat warna persekitaran di Kuantan. Di sempadan tu, belah Terengganu nampak HIJAUUUUU... Belah Kuantan nampak MERAAHHHHHH..... Sebijik macam Marikh. Memang padan sangat dah dengan nama jolokan tu. Perfectly fit. Kata semua aktiviti bauksit digantung? Awat aku tengok berjujuk lori tanah penuh muatan keluar masuk site? Senyap-senyap le tewwww... Tak masuk tv ingatkan betul-betul on hold. Rupanya, on hold masuk tv je, aktiviti tetap terus. Huk aloh manusia, manusia... Selagi buleh masuk poket, sauk.
The boys tengah baiki paip.
Oh... Memang besar lah rumah Nik Pareh kat Kota SAS ni. Berbaloi-baloi beli. Yang paling obvious dengan rumah ni, siling dia tersangat amatlah tinggi. Tak sampai akal aku nak pikir cemana diorang nak panjat untuk tukar bulb. Tangga pun takkan sampai punya. Efek siling tinggi ni, rumah memang kekal sejuk dari dalam sepanjang masa. Kalau umah mak mertua aku camni kan best... Takde la aku  menggelupur sampai berhalusinasi kepanasan siang malam...
Kat rumah Nik Pareh ni budak-budak bebas buat aktiviti sendiri. Umah Nik Pareh ni tiap bilik ada tv. Bilik mainan anak dia pun pakai tv sama besar dengan tv utama umah aku. Kat sini bebudak tak kalut berebut channel lah sebab diorang boleh tengok citer kartun dalam bilik mainan. The adults bebas boleh tengok movie kat luar.. 
Mostly, memang kitorang duk umah layan movies aje lah... Konon belah petang nak pegi Zoo lah, alih-alih ujan.. 2,3 hari bertangguh. Hujan-hujan layan movies kat tv besar, ada sofa empuk, dah taraf wayang GSC dah ni... Tv pulak 60 inci dengan resolution 4K, huh tak payah tengok kat wayang dah la. Canggih la umah Nik Pareh ni. Memang lain la kualiti gambar kat tv tu nak dibandingkan dengan tv HD biasa kat umah aku.... Real giler... Time tengok citer perang-perang maunya nak tertiarap dengan kau-kau sekali... Hohoho... Sila dapatkan tv 4K di kedai tv berhampiran. Macam bukan tengok tv. Macam live kat depan hidung kau.
Kekononnya nak berjjcm la kat Kuantan. Dengar citer dari IG TPP, dah ada penampakan durian kat sana. Macam best la kan ramai-ramai ni. Sekali, tuan rumah asyik tunjuk citer best-best. Lepas satu movie, sambung satu movie pulak. Ralit wey. Budak-budak pulak buat hal masing-masing tak kalut cari mak bapak langsung lagi lah aku suka.
Budak Adam ni semenjak dua menjak ni minat kat jam tangan tak boleh blah langsung. Hari-hari mintak nak jam tangan. Nak G Shock katanya. Baru ni obses dengan kasut style macam cap Converse tu. Hari-hari sebut pasal kasut bertali. Kitorang buat tak tahu je. Ni, sibuk pasal jam pulak. Datang umah Nik Pareh ni buleh tengok la koleksi jam tangan mahal-mahal milik Nik Pareh. Hari-hari duk try jam Nik Pareh, berbulu maknye nengok. Lengan halus tapi hangin nak pakai jam besar.
Disebabkan umah Nik Pareh kat Kota SAS ni rumah percutian, makanya kitchen dia takde apa la bahan untuk masak. Aktiviti makan-makan dilakukan kat luar. Gilir-gilir la belanja. Alhamdulillah, dapat makan seisi keluarga. Family Puan Menteri ni kecik je, tapi nama pun menteri, semua busy-busy susahnya la hai nak berkumpul cukup korum macam ni. Raya setahun sekali je lah kalu berjumpa pun. Nik Pareh tahun ni tak balik raya kat KB sebab puan bini dia nak bersalin dekat-dekat time raya tu. So, dia raya kat Kuantan je lah tahun ni.
Sehari sebelum balik, kitorang sempat jugak pegi Mini Zoo Teruntum. Takde lah apa sangat, booleh la takat nak bawak budak-budak. Binatangnya koman-koman je, tapi zoo ni bersih dan terjaga persekitarannya. Masuk free. Oklah kan setakat nak beriadah dengan budak-budak. Takde la besar sangat kawasannya tapi lepas cukup 1 keliling tu berpeluh la jugak haha.
3 malam je kitorang duk Kuantan. Percutian yang sangat memuaskan. Hahaha... Aku sebenarnya suka jugak dengan idea bercuti dan bermalasan dalam rumah je ni. Aging has taken a toll on me. Malas dah nak beramazing race ni. Letih. And you know what, nak datang Kuantan ni kitorang start dari Penang, pastu pit stop kat Batu Gajah dulu sebab ada kenduri kawin lecturer FKK, pastu dari Batu Gajah terus ke KB tido umah mak aku sesambil nak ambik mak aku, esoknya baru bertolak ke Kuantan. Ya Allah aku rasa macam laaaaaaaaamaaaaaaaaaaanyaaaaaaaa dalam keta... Kat Europe hari tu kan 2 minggu tiap hari spend masa berjam-jam dalam keta. So, aku rasa macam serik nak naik keta jauh-jauh hahahahha...
Hantar mak aku balik KB, kitorang terus ke Apal pulak. My men ni sibuk sungguh nak tengok keta baru adik ipar. (Boys and their toys *eyes rolling). Adik ipar aku yang bongsu pun ada balik dengan anak bini dia.
Kat Apal, Adam duk pow jam tangan Ayah Su dia pulak. Hai lah anak.... Obsesi apakah ini.. Balik Penang ni kena beli cepat-cepatlah... Serabut tiap hari duk harass orang, pat lima kali sehari remind beli jam kat dia.
Kat Apal ni, paaaaaanaaaaasssnye la haiii... Sampai berhalusinasi.. Time panas-panas aku lari masuk bilik.. Dalam bilik buleh la bukak tudung... Tahan lah sikit. Sedih, sedih. Nak beli sendiri ekon pasang kat bilik aku duk tu, tapi mak mertua tak kasi. What to do? Sabar, sabar.....
Panas-panas ni bawak bebudak main air kat Lata Belatan. Mandi sekejap je sebab nak hujan.
Baby Aqleema pun ada pelampung.
Mak mertua potong rambut Zaraa sebab tebal sangat katanya... Aiyarkk... Lepas potong, mengomel la makcik ni tak suka dengan rambut baru dia... Kesian pulak. Susah jugak rambut pendek sangat ni, bila pakai tudung asyik tersembul je keluar. Kalu rambut panjang ni, serabut-serabut pun boleh ikat, sepit, etc... Kalu dah pendek, satu apa pun takleh buat dah. Bertabah la tunggu dia panjang balik.
Mowgli.

Monday, April 28, 2014

#1111 Me Vs Youtube Addicts

Gawat, gawat... Remote tv umah aku memang kena sorok dah sekarang. Remote tv. Remote astro takde hal. Having a smart tv in the house memang payah lah kalu ada budak kecik yang takde ipad. Haha. Ayat! Itulah hakikat yang terpaksa aku tempuhi skang ni. Tiap hari asyik mintak nak tengok youtube aje. Mana lagi kalu bukan kat tv. Terpandai dengan tak sengaja. Now dah pandai nak tekan kat mana untuk akses youtube tu. Haih.... And from what I heard from facebook, many of my friends claim the same thing.
Aku sebenarnya takde hal sangat kalu nak tengok youtube. Kalu lah bukak doa-doa lazim ke, education ke... Tajwid ke... Ni bukak youtube untuk tengok game, tengok orang assemble toys, tengok orang bukak telur mainan untuk discover apa dalam tu, tengok rally and crashes.... I am so against it. No-no-no! Even Zaraa oun dah pandai nak tengok telur mainan tu. Hayoh! Talor-talor-talor! Tensi mak! Bukak phonic, ABC, numbering, tak naklah dia. Rosak, rosak....
So nowadays, first thing in the morning lepas on tv, mesti kasi sorok siap-siap remote tv. Kalu dah tertengok tu panjanglah nak menjawabnya. Tv ni kalu rosak, aku tak nak kasi encik Jack beli tv cerdik dah. Nak beli tv nipis, go ahead. Tapi pilih yang takleh akses internet. Budak-budak ni macam kalu takleh tengok youtube tu macam takde kick lah hari-hari diorang. Cheh. Zaman kita-kita dulu ok je takde youtube. Ye dak? 

Cukuplah tu pasal youtube. Aku bukanlah anti youtube. Aku sendiri pun gain macam-macam useful knowledge dari situ. Tapi kita ni yang mula-mula kenal youtube lepas dah mumayyiz ni takpe la buleh nilai mana baik buruk. Bagi budak-budak, diorang bukan tau apa pun. Tau nak seronok tengok je. Tak kira benda tu berfaedah atau tak. Janji, seronok ditengok. Anak-anak uols ada tak macam anak-anak aku? Adakah anda menghadapi dilema sepertimana saya sekarang?

Weh, dekat 2 minggu dah aku ni lemau je... Siang  malam mata asyik nak tertutup je.. Tubuh lembik mengalahkan sotong kangkung. Apa dah jadi. Dulu aku makan jamu sebelum tido. Tapi tak tahan lah. Bila makan jamu seawal lepas Isyak pun, asyik nak terkucil sampai la dekat nak tido. Even tengah malam bangun 2,3 kali pegi toilet. Macam ibu mengandung pulak. Eh bukan makan jamu tubuh jadi memanaskan tubuh ke? Apasal aku asyik nak terkencing aje. Tak kira musim hujan ke musim panas.

So, aku pun try la tukar time makan jamu tu. Kat botol tu tak dinyatakan pulak waktu elok makan. Cuma stated makan 2 bijik sehari aje. Aku makan pagi lah try. Sejak itu, diri menjadi tingtong. Eh takkan sebab jamu kot?! Masalah terkucil tengah malam dah setel. Tapi terawang-awang lah pulak 2 minggu ni. Pagi, tengahari, petang, malam... Mata asyik mengantuk je... 

Selera makan pun gone. Every mealtime struggling tak tahu nak masak apa. Gewe pun bila tanya dia, dia sendiri pun tak tahu jugak. Ketiadaan arah lah. Rindu giler kat Kelantan. Balik takat 2,3 hari memang tak puas.

Oh satu lagi. Ini memang penting. I miss my friends. You heard me, I MISS MY FRIENDS! Sometimes I wonder, kawan-kawan aku tak teringat ke kat aku? Maklumlah, aku ni sape. A nobody. An underdog. Jobless. Penniless. Funny thing was, baru ni secara kebetulannya, semua kawan yang aku teringat sangat-sangat tu semua dapat baby. Baru bersalin, tengah peknen. Kebetulanlah. Selaku a person yang lebih rendah levelnya, aku rasa memang aku tak deserve untuk diingati. Sengal kot pompuan ni.

K bai.


Thursday, April 25, 2013

#1015 Me Vs Health & Hibernating Mode

Ini cerita basi minggu lepas (25/04/2013). Takde mood nak mengulas sebab baru lepas wrap up The Princess' Man. Mood masih jiwang karat tak boleh blah. Woot woot... Okeylah citer sikit je lah ye untuk kenangan di masa hadapan.

Kisahnya minggu lepas sesambil ada urusan kat KL sempena majlis peminangan untuk BIL aku dan meeting encik Jack di UiTM Shah Alam tu, kitorang melencong la ke Genting dulu. Encik Jack yang ajak. Plan dari minggu sebelum tu lagi. Aku ikut aje. Boss bawak, aku pegi je la. Tima kaseyh boss sebab bawak jalan-jalan! Kikiki..

Tapi kan, sebelum bertolak tu banyak betul dugaan. Adam pagi-pagi lagi dah berdarah hidung. Belum bertolak pun lagi dah kena salin baju berlumuran darah. 2 round berdarah hidung. Zaraa pulak meraung-raung nak berdukung time orang sibuk nak packing. Worst case scenario lah. Belum naik keta dah berpeluh. Hangin je kan. Driver pun dah bad mood dengan macam-macam kerenah budak-budak ni. 

Kitorang bertolak kul 10 pagi. Sengaja lewat-lewatkan sebab check in kul 2pm. Pegi awal-awal nanti nak dok mana menunggu. Makanya dengan macam-macam dugaan, berjaya jugak akhirnya bertolak. Ingatkan dah setel hal berdarah hidung. On the way tu berdarah lagi. Nasib baik stok kain napkin banyak-banyak just in case kan. Memang berguna la. 2 helai buat lap darah tak berenti. Ketul-ketul pulak tu keluar. Masa stop lunch kat R&R tadi takde pulak berdarah. Bila dah start perjalanan baru nak berdarah balik ni, mana nak cekau ice pack. Last-last singgah stesen minyak beli eskrem sebagai substitute ice pack. 
Tengok eskrem haruslah nak makan budak-budak ni. Perang mulut pulak nak explain eskrem ni bukan untuk makan. Haiyoh... Sekejapan je dah cair. Darah keluar jugak. Nak stop singgah klinik pun, dah setengah jalan nak sampai. Aku dah terbayang macam-macam dah. Dah tu darah asyik keluar je. Muka pun dah pucat. Bibir dah biru. Budak berdarah hidung normal ke macam tu. MIL dengan Nik Pareh memang biasa berdarah hidung jugak. So, untuk sedapkan hati aku, faktor keturunanlah kot.
Kitorang sampai First World terus cek in. Skang ni cek in senang sebab ada check in kiosk, tak payah beratur ambik nombor kat kaunter. Cek out pun sama. Jimat masa. Sejak bila kah? Dapat kunci terus naik bilik letak barang, semayang. Datang Genting, kena time hujan. Pegi Cameron hari tu pun time hujan jugak. Suwey sungguh. Masuk bilik, Adam berdarah hidung lagi dan lagi dan lagi. Ada la 5,6 kali hari tu. Makin lah pucat muka dia. Dah la tak nak makan.
Lepas darah dah berhenti keluar, kitorang turun ingat nak pegi naik keta kabel. Tapi due to the weather agaknya, keta kabel tak beroperasi lah pulak. Grrrr.... So, konar ke First World Plaza je lah. Jenjalan pun tak senang hati takut berdarah hidung balik. Siap stok kain napkin dalam handbag kot-kot berdarah lagi. Nasib baik tak keluar. 
Kitorang try indoor games sejenis dua je hari ni. Nanti esok sambung lagi. Adam excited giler nak naik Ride De Paris (keta pusing-pusing ni). Sebelum bagi dia masuk, berbakul-bakul pesan kat dia jangan keluar, tunggu keta stop dulu baru bukak, etc. Hahaha... Mana tahu kan kot-kot tengah pusing-pusing tu dia boring ke apa... Rail benda ni tinggi jugak kalu nak lompat. Nasib baik dia patuh.
Presenting his happy face. Adik meronta-ronta nak join naik sekali tapi mana buleh. Karang sampai kat puncak landasan tu buatnya dia nak keluar haru biru pulak. Lagipun Zaraa tak mencapai had tinggi yang ditetapkan. Tengok dari luar je lah ye. Game untuk Zaraa tak banyak. Carousel je lah kalu buleh pun. Pastu rides lain kalu nak naik, kena naik dengan parents la.
Aku dengan encik Jack dok gelakkan Adam time ni. Time kat tempat konar-konar tu, dia betul-betul pusing stereng tow truck tu koya macam betul-betul la dia yang pusing keta tu. Padahal! Hahaha... Feeling je lebih kan.
Nampak junior bumper car ni, lagilah tak berhenti meronta nak main. Kasi lah dia main. Senyum-senyum sampai ke sudah. Mula-mula start pegi rempuh keta budak pompuan. Apa daaa.. Zaraa jugak la buleh tengok dari luar je. Kesian.
Datang Genting tak bawak stroller adalah satu kesilapan besar. Lenguh weh dukung budak ni. Ngengada tak nak jalan sendiri pulak tu. Keluar bilik hotel, belum sampai ke lif lagi dah hulur tangan suruh dukung. Lenguh lenguh lenguh. Kalu ada troli supermarket buleh gak bubuh. Jalan-jalan lebih kurang je hari tu. Letih! Tapau mekdi, makan dalam bilik sebab budak kecik ni tak nak bekerjasama. Sampai bilik, terus makan tak hengat semua orang baik Adam maupun Zaraa. Tau pun lapar. Sambil makan, sambil lepak, Zaraa tak lepas main tekan-tekan nombor kat peti besi ni. Gasaklah. Bukan aku punya kalu rosak pun. Ngehngehngeh..

Malam Adam berdarah hidung lagi. Huhu..
Esoknya, breakfast kat KFC. (Baru tahu hotel tak provide breakfast cilakak memang cepat lah  kaya gitu kalu) Budak-budak ni bukan nak makan pun. Asyik tak menyempat nak main games dalam ni. Kali ni encik Jack ambik family pas untuk satu hari. Mainlah sampai puas sebelum check out ni. Memang puaslah main. Sampaikan satu game tu sampai 3 kali naik. Attendan nak cakap apa ye dak. Senyum-senyum je kat aku. 
Ralit aku tengok monumen replika femes yang ada kat sini. Eiffel Tower, Big Ben, Jambatan San Fransisco, KLCC, Statue Of Liberty etc. Satu hari buleh round satu dunia hehe..
Carousel... My childhood dream adalah nak naik benda ni. Bila tengok benda ni start beroperasi, terus feeling-feeling Stairway In Heaven. Ternampak-nampak Choi Ji Woo dengan Kwon Sang Woo dok pusing-pusing atas kuda tu... Wek!!! Hahaha..
Alah apa sangat indoor games buleh naik dengan semua budak ni kan. Naik rides macam ni je la. Kitorang naik Monorail, Rio Float, Reindeer Cruiser, Mini Train. Dalam banyak-banyak, monorail la yang paling worth aku rasa. Sebab lama jugak dia pusing satu First World tu. Yang lain-lain tu, 5 minit gitu je. Booooleh la kalu nak bawak budak. 
Monorail.
Rio Float
Mini Train. Paling tak mencabar.
Ride de Paris lagi.
Teringin nak masuk kasino. Entrance dia macam memanggil-manggil je ajak masuk. Nasib baik abang polis muka garang jaga depan entrance. Terus kensel hasrat hati. Kahkah.. Konon kalu buleh pekena Roulette seround dua jadilah kan. Konon lah. Nak masuk pun dah tak lepas. Kuangkuangkuang.
Main Carousel ni kitorang 4 beranak je naik. Pagi sangat kot. Konker la satu carousel ni bebas nak naik kuda hitam babylon yang mana-mana berkenan di hati. Mak bapak tumpang best sebab konon-konon nak tolong pegang anak atas kuda tu kan. Padahal nak main sekali.... Ngeh ngeh ngeh.
 Adam tak enjoy pun benda ni. Bukan dia minat pun perkudaan ni. Saje nak cover semua game kan. Biar berbaloi la ambik pas satu hari. Memang puas hati la Adam. Naik bumper car aje dua kali. Ride de Paris 3 kali.
Encik Jack naik Euro Express ala-ala roller coaster yang sopan-sopan sikit gitu. For adult je. So dia naik sorang je lah. Kalu ada orang lain buleh tolong jaga budak-budak ni aku pun nak naik jugak. So masa encik Jack naik ni, aku dengan budak-budak tunggu kat game lain.
Time encik Jack naik adults bumper car, budak-budak ni tengok dari luar. Kahkahkah...
Nak masuk Ripleys Museum tu, kena ambik tiket lain. Malaslah pulak nak beli tiket. Main guna pas satu hari tu je la... Main-main-main then check out terus hala ke Rawang reunite dengan The Ramli(s).

To be continued....