Dark Fellows

Showing posts with label TT Day. Show all posts
Showing posts with label TT Day. Show all posts

Thursday, January 22, 2015

#1178 Me Vs The Second Potty Train

Assalamualaikum.... 
Makan ubat terus krohkrohkroh kat sini.
Rasa macam dah lama je tak update blog ni. Blog Diva satu family tak sihat. Semua dilanda batuk dan selsema. Like I said before lah, sejak makin tak muda ni, sakit picisan macam ni pun dah cukup buat diri merana satu badan. Kena redha ye sayang-sayang semua... Kan sakit tu penghapus dosa. I'm fine, cuma cukup tak selesa kalu kena attack batuk time tengah sembahyang. Nak habiskan satu-satu ayat tu cukup terseksa. Kekadang sampai keluar air mata. Batuk sampai sakit pinggang. Not to mention bagi orang yang pernah bersalin C-sec ni, rasa nak terkoyak balik kulit perut pun ada. Tiap kali nak batuk, kena ready tekan kat parut bedah tu. If not, sendiri tanggung la hazabnya.... Mak-mak lain yang bersalin cara pembedahan pernah rasa tak?
My kitchen rival.-takde kaitan dengan citer.
Aku naik syeh berblog jugak hari ni ni sebab nak citer bahawasanya aku tengah train Zaraa skang ni. Ada la sebabnya nanti aku citer.. Hari Ahad tu anak-anak mintak nak pegi main kat playground. So, aku sama encik Jack pun berkeluarga bahagia la kat taman permainan 4 beranak... Fikir-fikir balik, aku antara yang bertuah sebab dapat pasangan yang bagus kualitinya. Hahahaha... Ayat! Ye lah, tak semua suami-suami  ikut melayan spending time together-gether kan. Osem giler rasa bila encik Jack ikut sama bawak anak-anak pegi main. 

Nak jadi citer, time Zaraa ralit dok main playground tu tetiba dia datang dekat aku dengan muka tak best. Pempes terbukak rupanya. Lepas tepek sticker pempes tu, dia pegi sambung main. Tak lama lepas tu dia datang balik with the same problem. 2,3 kali la jadi camtu. Last-last aku bukak terus pempes dan ajak balik rumah tanpa pempes. Hohoho... 

Inilah masalahnya.... Anak dah besar dari usia, mak pulak malas lagi nak train. Pempes pulak dah takde saiz. Yes, the biggest problem is that PEMPES DAH HABIS SIZE. Kahkahkahkahkahkah... Sepatutnya aku dah lama potty train anak aku ni. Tapi biasa la sindrom mak-mak malas ni. Dalam hati duk asyik kata takpe-takpe sebab dia belum 4 tahun... Lepas sehari, sehari... Asalnya cita-cita aku nak train dia sejurus lepas balik dari China tu. Tapi balik dari China tu kan musim hujan berminggu-minggu. Terus tak bersemangat plus malas kuasa dua. Sampai la ke hari ni, jadi terpaksa sebab pempes dah takde saiz. 

Sebenarnya boleh lagi pakai XXL tapi brand Drypers je la. Brand lain semua kecik size XXLnyer. Tapi masalahnya tempat aku ni stok untuk Drypers XXL selalu habis. Senang citer, almost takde la. Baru ni sebelum bulat hati nak train dia tu, beli Huggies XXL, mak ai, sticker nyaris-nyaris takleh nak tepek. Tu yang terbukak 2,3 kali kat playground tu. Kesian Zaraa, selalu melelas tempat tampal sticker tu. Anak aku memang gebu gebas... Budak Hazim tu size XL ok-ok je lagi. Anak aku dah lama bye-bye size XL. Kesian kan kena pakai pempes ketat tiap masa.

Makanya kelmarin lepas dia bangun tido secara spontan terus tak pakaikan pempes sepanjang hari. kejap-kejap tanya dia. Sampai satu tahap dia bosan hahahaha... Pastu tak nak bagi kerjasama dah. What to expect from a young beginner. Leaking sana sini la. Satu hari la mokcik kena mengemop, mengelap, basuh kain baju, tukar kain baju, basuh toto jemur toto... Letihnya unimaginable. Dah la dengan kita ni tak sihat kan. Kul 8 malam mata dah terbukak tertutup takleh nak kontrol dah. Sepanjang hari nak lelap mata pun cuak takut terlepas kan. Sepanjang masa rasa macam duduk memandang bom jangka. Anytime boleh meletup. Kikikiki... Betul wey...

Kelmarin memang satu hari pay attention kat dia (*tipu, bukak jugak fb ig nyer).... Rasa nak givap tu memang tiap masa ada. Tapi itulah... What choice do I have? Takkan nak pakaikan adult diaper kat dia kan. Somehow kena train jugak lambat atau cepat. Everytime dia kantoi tu, memang frust giler. Tapi takde la  marah dia. Rasa givap sangat-sangat. Lepas tu teringat aku pernah share pasal potty train Adam dulu. Terus belek balik page ni. ( atau skrol posts under label 'TT Day'. Ada few entries aku citer pasal tu) Hope it may be helpful to those yang tengah mempertimbangkan untuk potty train anak uols. Bila baca balik, rasa bersemangat la sikit. Memanglah potty train ni tak mudah pada permulaannya. Semua orang pun akan rasa payah dan givap. Take it easy... Aku tahu, trainer sendiri pun perlukan moral support dikala episod-episod yang mengecewakan tu. Trainee, lagi lah. So...... Marilah sedapkan hati aku neh!
Semalam hanya pakaikan dia pempes bila nak tido malam je. Itupun bawak dia masuk toilet nak suruh dia clearkan dulu sebelum tido, tapi nothing came out. Takpe la at least aku nak biasakan dia dengan rutin baru dia nanti. Tido petang kelmarin dia tak kencing pun. Kira ok la.

Bangun pagi ni, memang penuh la pempes. Bangun lambat kan. Lepas dia turun terus bukak pempes dan teruskan usaha tak pakai pempes. Hari ni ada progres sikit. Cukup dah untuk gembirakan hati kecil aku. Masih lagi terkucil di sana sini tapi dah boleh kawal sikit dah. Bila terbasah sikit tu, aku cepat-cepat bawak dia masuk toilet dan dia sambung kebasahan dia kat toilet pulak. Alhamdulillah la... Slow-slow la dia biasakan diri. Dah 3 tahun lebih dia selesa wiwi kareb anytime anywhere kan. So, nak biasakan diri dengan situasi baru ni ofkos la ambik masa jugak kan. Adam dulu 5 hari dah beres. Let's hope this one pun lebih kurang macam tu lah. 
Aksi tanpa pempes.
Hari ni extra happy sebab Zaraa berjaya kareb kat jamban comey dia ni. Nasib baik perasan dia naik meneran atas tangga.. Terus aku ajak dia pegi sambung aktiviti kat jamban dia. Nasib la dia menyerah aje. Panik agaknya nak membuang cara baru tanpa pempes ni tak reti. So, menyerah aje la dia bila orang heret dia masuk toilet. Mula-mula duduk. Pastu pelik agaknya. Bangun berdiri. I'm quite lenient la awal-awal ni kasi chan la dia biasakan diri dulu. Eh pastu tetiba dia cecepat duduk atas jamban dia. Kejap je terus setel. Alhamdulillah.... Suka dia dapat flush bahan buangan dia.. Hehehehe... Good job darling! Hopefully lepas ni dia tak cuak dah bila rasa nak kareb tu... And boleh terus perform kat jamban dia.... In sya Allah, amiiinn..
Fully utilised today ;-p
Weekend ni kena shopping more panties kat dia la. Ni pun nasib baik ada yang dah beli sesaje gelenye-gelenya. Mana nak cari panties seikat semua kaler pink ek? Dia skang ni apa-apa semua demand nak pink. Why lar? Beli apom beras pun nak kaler pink je. Mana la ada orang nak jual semua kaler pink...

Gitu la kesahnya.... Liku-liku nak membesarkan sorang anak. Salute yang ada anak selang setahun tu. Agaknya tahun ni train si A, tahun depan train B pulak, tahun depan satu lagi tu C pulak, LOOP. Hahahaha...

Saturday, October 16, 2010

#517 Me Vs Decisions, Decisions!

Semalam kan, sebelum tido encik Jack pakaikan anakanda nappy. Just to playsafe la katakan. So, hasilnya semalam memang maveles.. Dia terjaga banyak kali.

#1-Nak Hhuhu~~~~ (nak susu)
#2-Nak mandi hhee~~ (nak wiwi) ~ false alarm, bila bawak gi toilet, tak wiwi pun. silau lampu kot.
#3-Nak mandi hhee~~ (nak wiwi) ~ false alarm jugak
#4- Dodi papang!!! (lori papan) ~ weh mengigau!
#5- Nak hhhee... (time Subuh)

So, hasilnya nappy semalam memang kering garing. Dia tak wiwi setitik pun dalam nappy. Bangun Subuh tadi time encik Jack bawak dia pegi toilet, bukak seluar, bukak nappy baru dia wiwi. Banyak giler. Alhamdulillah... Aku tak sempat nak ajar dia dah pandai sendiri.

Pagi ni pegi pasar ngan Tesco. Rasa macam tak kompiden kalu tak pakaikan dia nappy. Terkantoi kat kedai aku tak kisah sangat. Jangan terbocor dalam keta, sudah. So, untuk langkah berjaga-jaga, pakaikan jugak kat dia. Time nak pakai tu meronta jugak dia tak sudi nak dipakaikan nappy. Dia pun dah reti beza kot syok tak syok pakai dengan tak pakai. Ofkos la lagi best tak pakai kan. Ingat pakai nappy tu tak panas ke kat dalam tu. Asyik berbungkus je siang malam. Skang dia dah selesa tak pakai la kot. Berangin. Dan bebas. Wakakka..

Aku pegi pasar dan pulang kehampaan sebab sotong takde yang tebal-tebal harini. Plan nak buat ketupat sotong macam MIL ajar aritu. Leceh, takde la pulak sotong tebal. Sotong lembik-lembik tu ada la. Kecik nak buat apa. 
Orang makan, dia main.
Time kat food court Tesco lepas beli belah tu, Encik Mat si kontraktor kabinet dapur aku tuh call encik Jack. Cakap nak jumpa tengahari ni kat showroom dia kat Bukit Minyak. Kilang, kat Simpang Ampat. So, balik umah simpan semua hasil belibelahan, terus zaaas ke Bukit Minyak. Showroom dia sekali ngan kedai perabot jati. Kitorang sampai awal, so sempat la melilau cuci mata tengok kayu jati. Harga tak mahal sangat aku rasa. Tipu, aku mana tahu harga teak wood ni. Kalu tengok kat hasil ukiran yang halus tu, aku kira berpatutan la kot. Ada satu katil queen size 4 polster bed yang menarik hati aku. Harga 2.5k kot tak silap aku. Tapi macam bulky sangat la pulak benda-benda teak nih. Sebelah katil bertiang tu ada katil biasa, design ukiran kontemporari. Suka jugak aku tengok. Harga tak nampak sebab lindung dengan perabot lain. Lagi satu aku suka kat kedai tu, dulang made from teak wood. Harga RM40. Mahal ke ek? Rugi pulak rasanya aku tak meronta suruh encik Jack beli. Design simple tapi cantik. Aku nak ambik gambar pun takut tuan kedai tu sound pulak. You know... Tak semua tokei kedai sudi masuk blog aku.

Okey, bila encik Mat tu sampai, dia bawak lukisan yang dia siap lukis. Patutla tak kena bayar lukisan dia ni sebab lukis pakai tangan. Tapi macam komputer cantiknya lukisan dia. Teroris jugak dia ni. So, bincang punya bincang, dapat la quotation. Encik Jack puas hati la sebab dalam bajet lagi. Kitorang pilih untuk semua kabinet dapur, wardrobe, material laminated. Ah, nama istilah benda alah tu yang betul aku pun tak ingat. Google sendiri la. Sangat pening seyy nak pilih kaler apa. Sample colour yang dibekalkan tu kecik sangat petaknya. Takleh nak imagine la kalu seketul pintu tu cane rupa dia. Benci betul. Apa salahnya kasi sampel besar-besar. Takde la orang silap pilih. Aku tak nak la silap pilih terus jadi nampak macam almari DIY yang buleh beli kat Tesco je tuh. Rugi la kan bayar beribu lemon tapi hasilnya macam yang harga ratusan je buleh dapat kat Tesco tuh. So, kena pilih dengan teliti supaya tak menyesal di masa hadapan. 

Belek punya belek, last-last aku givap. Encik Jack bab kaler-kaler ni dia hulur kat aku je. Lagi la aku goyang. Kang kalu result yang dah siap tak seperti yang diharapkan, or lagi huduh dari yang dibayangkan, aku jugak yang kena. So aku cakap kat dia nanti aku pilih later la kaler tu. Or perhaps next weekend kitorang pegi tengok dulu kat kilang dia contoh yang dah siap. Aku sebenarnya dah ada idea cane yang aku nak. Cuma semua kedai kc yang aku terjah macam sama je design~wood grain. Bukan aku cakap tak lawa. Kalu kena gaya memang lawa. Cuma nak kena kreatif la. Aku bukan nak yang pelik-pelik. Simple je. Tapi yang simple cam gambar kat bawah ni payah nak cari. Kalu ada pun, MAHAL. Knob pintu kabinet tu pun nak caj extra. Kalu guna handle besi, free pulak. No wonder banyak umah kat Mesia nih hendel besi je. Sebab dapat free! Huhu.
Ini wardrobe umah sedara aku. Bukan kayu solid pun. But nice and simple kan. Tapi ini design tahun 90an la. Mungkin skang orang dah tak tempah pesen macam ni. Sebab tu banyak kompeni tak buat dah. Outdated pun, kalu hati dah suka nak buat cane tuh? Dah aku bercitarasa klasik. Daripada corak skang  yang macam harimau pun ada tu kan.... Celoreng sana, celoreng sini.. Haiyayya... Pening aku nak decide. Pegi tadi tuh lupa pulak nak bawak gambar wardrobe yang aku koyakan ni.

Sekali terpikir jugak... Ke aku nak tukar ke acrilic/glass?? Benda shining ni nampak lagi luas kan. Maklum la dapur umah baru nanti sangat laaaaa LUAS. Haha. Mulanya aku sampai tadi dok berkira-kira nak solid nyatuh la konon. Sekali encik Mat menakut-nakutkan aku, kalau ada anak kecik, dicontengnya pintu kabinet ni memang payah la nak tanggal. Silap haribulan laker dia kembang. Kayu memang tak kembang. Kayu solid ni memang leceh sket. Nak mantain, kena bajet besar. Kalu laminated tu lap ngan thinner buleh hilang terus. Aku rasa tiap kedai aku pergi pun cakap benda sama. Kids are monsters! Ahaha.. Ada anak kecik memang payah. Kecuali ko memang cermat. Kotor sket, terus cuci. Aku, hehe. Mim alip lam sim. Tak pun, ikut mood.

Aku rasa masalah ni memang menghantui rata-rata rakyat Mesia. Nak buat kabinet je mesti pikir takut anak conteng la. Takut mudah rosak la. Takut nampak kotor la. Apasal mat saleh okey je buat kabinet material apa pun, kaler apa pun? Anak diorang tak conteng ke? Ada satu blog matsaleh aku baca, dia suka beli perabot warna putih. Dia cakap to make sure anak-anak kecik dia tak usik perabot dia tuh, dia kurung anak-anak dia dalam bilik most of the time. Kalu ada yang degil pegi conteng/kotorkan jugak perabot dia, dia akan ikat anak dia kat pokok yang ada kerengga. Wakakakaka... 

So, aku masih pening. Sila bantu aku membuat keputusan. Tadi aku pilih kc warna gelap (konon nak matching ngan dining table aku ni) pastu table top warna cerah. Pastu pikir-pikir balik, kang dapur aku nampak gelap pulak. Ruang pun nampak sempit bila ada kabinet gantung tu lagi. Atas bawah kaler gelap. Ish... tak boleh jadi ni. Aku google banding-bandingkan gambar dalam internet tuh, rasa macam kena ubah jugak la. Kalu guna glass, apa keburukan dia ek? Pecah ke? Tapi kalu akrilik tuh yang bestnya, mudah cuci, pastu berkilat buleh nampak makin luas. Hmmm... Heh tolonglah! Buleh pecah kepala nak decide ni...

Malam...Encik Jack dok senyap dalam bilik dengan laptop hak milik kerajaannya. Aku dok ngadap laptop kat luar tak habis-habis surf and study gambar kabinets. Lama tu rasa boring pulak nak pegi mengacau encik Jack. Ingatkan dok buat aktiviti tak bermoral senyap-senyap tuh. Zaman skang ni bukan  fesbuk aje buleh chatting kan...
Oh... Solehnya laki aku. Dok marking assignment student rupanya. Canggih, canggih.. It's paperless trend. Zaman aku dulu belajar, tulis tangan  pun dah kira ketinggalan. Semua kena type and print. Bertimbun-timbung atas meja lecturer.  Skang ni student tak payah nak penat-penat berlari nak hantar esaimen takut tak sempat dateline. Klik je skang ni. Janji ada internet. Ala, kat kedai mamak ada wifi skang. Janji ada laptop. Ke Blekberi pun buleh? Ntah aku memang suci pasal blekberi, aifon ke apa.. Bertuah budak-budak zaman skang. Hei you, disket skang wujud lagi ke? Aku ingat zaman aku dulu dengar perkataan pendrive pun terkebil-kebil. Pat belas kali orang explain baru nak paham.

Friday, October 15, 2010

#516 Me Vs tour de force! Yay!!

Tak paham, google.
Peeps, I've made one step ahead... 
(after a long pause pegi skodeng fb Saiful Nang tengok gambar-gambar kawin angkasawan negara yang gojes itu.. *Err, yang gojes tu dia. Majlis, bagi aku biasa aje)

...... Okay. Aku sangat hepi (dan neves) dalam 5 hari kebelakangan ini. Kenapa? Sebab aku dah 'berjaya' dalam misi TT aku yang aku kira sebelum ini sangat sukar secara mentalnya untuk aku tempuhi. Well I've succeeded, literally. Technically, there's so much things to improve. (apa benda technically ngan literally ni aku takleh nak beza tapi rasa macam sedap pulak guna dalam blog ni) 

Tak paham? Memang la. Sebab aku tak bagitau pun lagi. 5 hari aku dok tunggu nak bagitau ni tapi aku peram since keberjayaannya belum tentu pada hari ke berapa. I guess 5 days should be enough. So my dear readers, sit back, get the best sitting position that suits you coz this entry will be among the longest entry you've read. 5 days punya jouney so it should take 5days jugak nak membacanya. *kononnya...Haha.

Okey. It's toilet training thing, ladies and germs.. Why I didn't say potty training? Coz potty doesn't work for my boy. He does what he likes, using the way he likes. Banyak kali sebelum ni aku nak introduced kat dia cara bersanding atas toilet bowl tu but he keep refusing. So, kita ikut cara dia ajelah. Janji rock.

Aku start train dia on encik Jack's birthday. No particular reason. Encik Jack pun aku tak bagitau yang aku nak start train anakanda. It's just happened that aku terasa nak start hari tu. Dah lama kan dok berkira-kira nak start tapi tak start-start. Aku target by umur dia 3tahun setengah should be done. Which will be on the next month. So aku kena pulun sebelum menjelang bulan depan jugak demi memuaskan hati diri sendiri. I don't know how other parents deal with this matter. Me, I took it to the heart. Sampai naik BP dok pikir pasal ni. Lain orang, lain la penerimaannya. Yang jenis cool, cool la kot. Me, aku memang paranoid. Fullstop.

TT Day 1
Lots of patience. Lots of sighs. Lots of mopping. Lots of pants. Aku bagai bewitch yang tak berenggang dengan batang mop hari tu. Mop banyak kali bukan apa, was-was. Suci dengan cuci kena la reti beza. Hari yang sangat memenatkan. Need I say that?

Intermission
Sebelum start training nih, aku tutup semua pintu bilik kecuali pintu tandas luar ni je. Tikar buluh aku gulung dan sandarkan siap-siap kat dinding. Kusyen cover semua aku bukak. Semua throw pillows atau benda-benda yang absorb cecair dan lambat kering aku simpan dalam bilik. 

Lepas bukak nappy, mandi pagi tuh aku bagitau anakanda that day dia takkan pakai nappy. Selalunya lepas mandi, lap body, dia akan pergi baring atas sofa, ready untuk dipakaikan nappy. So haritu macam tu la dia buat. Aku suruh dia berdiri la since tak payah pakai nappy, terus pakai pants. 

First impression dia memang awkward la. Geli kot anggota terseksi tuh asyik bersentuhan dengan seluar. Tangan tak lepas-lepas pegang anggota terseksi itu. Aku tanya dia "nape?" Dia jawab, "nonet" sambil sengih-sengih. Tak cukup pegang, dia intai-intai dalam seluar dia.. Haha.. Aku gelak kat dia. Dia senyum simpul ketermaluan. Reti pun malu. After that aku keep repeating cakap kat dia kalu nak syyyheii, syyhheii kat sana (tunjuk kat jamban luar tu.) 10 minit sekali aku tanya dia, Adam nak syyheii ke? 10minit lepas tu tanya lagi. Dan lagi. Dan lagi. Sampai aku sendiri rasa terhypnotised dengan pertanyaan aku kat dia. Sampai anakanda naik bosan aku asyik tanya benda sama tiap kali bukak mulut kat dia. Haha. Tapi kan, aku memang neves gila arr fesdei tuh. Neves tuh perasaan dia sama macam fesdei mak aku pegi keje tinggalkan aku jaga dia sorang-sorang kat umah lepas encik Jack dapat keje dulu tuh. Memang meletop la neves. Dulu neves takut dia nangis, cane nak tahu dia lapar, cane nak tahu dia basah etc. (when you are left alone, trust me you will know naturally. Just hear what your basic instinct leads you.~if you are not idiot) So, camtu la fesdei TT day aku tuh. Nak tengok tv, nak karang blog pun tak khusyuk sebab dok neves takut dia nak wiwi. Dalam fikiran dok terngiang-ngiang is it the time yet? Haha. Punya la kan nak besarkan sorang anak ni. 

Encik Jack balik lunch tu baru aku bagitau. Gembira bukan kepalang la encik Jack sebab kocek dia selamat 30hengget seminggu. Okey, tipu. Encik jack memang tak mahir mengira congak.

Aku dah set dalam kepala aku hari tu, that it won't be perfect in a day. Aku tak expect dia akan berjaya 100% terus hari tu. Ofkos la he needs time to adjust with the new rules kan. So, hari tu memang banyak kali la ter'leaking'. What would you expect from a new trainee? Aku cuba untuk tak marah dia time kantoi tuh. Yes, aku berjaya mengawal kemarahan aku. Penting tau (chewah bunyi macam experts pasal kanak-kanak pulak) jangan marah dia, instead, keep giving positive words for him. Support him endlessly. Time dia buat betul, puji dia sampai melimpah-limpah. Baru dia seronok buat perkara yang betul ni. Kalu terkantoi tuh, keep calm and bagitau dia sekali lagi.

First day memang lantai umah aku berkilauan. Wet pants were piled high. Time nak train memang kena ada banyak sets of pants. Sebab kadang-kadang tu dia pegi bukak pants dalam toilet, basah jugak. Kadang-kadang time tengah rushing nak bukak pants dalam toilet tuh terwiwi jugak. So, there's always good to have many spares of pants for this kind of unexpected situations.

Afternoon nap: Aku cuak gak. Nak pakaikan nappy atau tak. Last-last aku pilih untuk tak pakaikan nappy. Sebelum tu aku lapik toto kecik dia atas sofa dulu. If it happen to wet, senang je la basuh je toto tu individually. Sofa pun tak basah. Dekat time dia nak tido tuh, aku suruh dia pegi toilet dulu. Dia geleng-geleng tak nak. I keep hypnotising him sampai dia lena. Aku ni macam serba tak kena. Kejap-kejap intai kot-kot dia kencing. Surprisingly dia tak wiwi pun time tido. Dia terjaga je, aku terus angkat taruk dalam toilet. Terus keluar air paip dia. Hehe... Good boy. (tiap kali dia berjaya wiwi kat toilet, kena puji dia biar melambung-lambung baru dia seronok)

Petang tu ada sekali dia terwiwi atas kerusi depan lappy nih sebab ralit sangat tengok backkom. Aku pun lupa nak tanya dia petang tu. Small matter. Kerusi kayu lap aje buleh setel masalah. Mommy tak marah!  *Daddy aje yang melatah.

Malam tu kitorang pegi selebret hari tua encik Jack kat JJ. Aku pakaikan jugak la nappy since it's the first day and it's too risky to not putting the diaper on. Kalu dia cakap nak wiwi time jauh ngan toilet cane? Tak pasal-pasal buat scene kat JJ... I do not wish that.

Kekdahnya balik malam tu tido sampai ke pagi pun pakai nappy la. Kalu dia tido atas toto je I dare to diaper free him. Ni dia kejap naik atas katil, kejap turun tido atas toto berganti-ganti. Malas merisikokan tilam king koil nih. Toto kalu basah buleh humban aje dalam mesin basuh 7kg aku. Untung-untung cepat rosak sket. Buleh beli baru untuk rumah baru. Kahkah. 18kg terus, B!
TT Day 2
Baru hari ke 2 ke? Rasa macam dah berjela aku mengarang. Pengarang sendiri pun dah letih menaip. Korang tak reti letih membaca ke? Tak baek dera pemilik blog ni tawwww...~~

Okay, hari ke 2 dah improve sket. Dia dah tau kalu nak kencing kena kencing kat jamban. Dah boleh bukak seluar sendiri. Masalahnya dia bukak kat dalam toilet. Tiap kali dia nak kencing, aku kena tukar seluar lain. Kadang-kadang tak sempat bukak seluar lagi dia dah wiwi. It's okay. I still can manage my anger point. Ingat, jangan marah dia.

Hari tu banyak false alarm sebab dia nak main air. Haha. Siot je. Takpe.. Mommy tak marah! Oh, dia dah pandai bagitau nak Hhhe (syyhheii). Kira boleh la makngah! Petang ada sekali je terwiwi atas frame sofa. It's okay, mommy tak marah..

Ada sekali tuh aku  masuk dalam bilik kejap nak ambik ubat. Bila aku keluar, tengok dia takde. Rupanya dok mengengkeng dalam bilik air luar. Seluar  tak sempat tanggal sebab tangan sebelah angkat baju (tak nak kasi basah terkena urin) sebelah lagi pegang car. Haha. It's okay mommy tak marah. *Seluar basah dah bertimbun dalam sink belum kutip cuci. Impressed jugak aku dengan improvement dia. Maknanya dia dah tahu la kalu terasa nak kencing, kena masuk buang kat toilet. Yay!!! He got my message. Good job to both trainer and trainee.. I keep praising him for doing the right thing. Alhamdulillah.

Malam aku still pakaikan jugak nappy. It takes time nak adjust this one. Hoho takleh aku nak tiru Ct train Haris malam pun bangun kejutkan anak dia pegi toilet. Haru kalu dia mengamuk sebab kacau dia tido tengah malam. Ngan encik Jack sekali silap haribulan buleh join amukan.

TT Day 3
Bangun pagi terus cakap nak Hhhe. Menonong pegi toilet sendiri. Masuk toilet terus bukak seluar tido dia pastu terus kengkeng. Nappy belum bukak lagi. Takpe la.. Walaupun dia wiwi dalam nappy sebab tak sempat bukak at least dia tahu dah, bangun pagi walau bernappy pun kena wiwi kat toilet jugak. Yay!!!

Hari ni banyak kali dia bagitau nak wiwi. Dan sempat kontrol valve sebelum seluar berjaya dibuka. Dia dah boleh kawal kot paip dia. Bila dah boleh bukak, bila kena hold. Good boy!

Hari ni banyak kali jugak aku lupa nak tanya dia. Tetiba aku tengok dia jalan cepat-cepat ke toilet, bukak seluar dan angkat baju, terus syyheeiii... Tak sempat-sempat nak bagitau aku. Alahai, terharunya aku dah berjaya train dia. *Literally.. Misi aku belum accomplished lagi sebab setakat ni dia tahu kencing berdiri aje. Okay, nak tukar step kena slow-slow. Every adjustment will take time. *Saje sedapkan hati. 

Malam aku try lewat-lewatkan pakai nappy kat dia. Makin lama makin lewat. Last-last tak payah pakai langsung. InsyaAllah...

TT Day 4
Semua dah berjalan seperti yang aku inginkan. Dah pandai bagi alarm. Dah pandai pegi sendiri. Dah pandai suruh bukak lampu kat dia. Time aku lupa, dengar la dia cakap Mommy payang lampyu!!!

Satu je aku tak puas hati lagi nih. Aku kena ajar dia kencing style duduk  pulak. So aku pun demo la cangkung kat dia. So dia pun tiru la. Mula-mula tu tinggi lagi cangkung dia. Lama-lama makin rendah, makin rendah. Last-last cicah lantai-duduk terus atas lantai jamban. Hayoyo! Siap lengser-lengserkan bontot dia lagi kat lantai lepas wiwi tuh. Ayyaya... Lain aku ajar, lain pulak dia buat. Huh. Sabar... Mommy tak  marah..

Aku bukan apa. Kena la ajar dia kencing style cangkung ni. Kat umah nak berdiri pun takpe la. Tapi kalu pegi Carrefour ke mana-mana yang guna public toilet nih, nanti habis la kasut, kaki basah kan. Selagi tak setel problem ni selagi tu la aku kena pakaikan dia nappy tiap kali keluar ke mana-mana.

Lagi satu, nak kena ajar kareb sambil duduk. Sampai skang tak berjaya lagi. Memang payah nak duduk sebab stool banyak sangat. Konfem tercicah bontot.

TT Day 5
Okey la dah kira buleh wrap up dah la ye. Bangun pagi ni dia cakap kat encik Jack dia nak wiwi. Encik Jack bawak pegi jamban, dia wiwi dalam nappy dengan banyaknya. Kes tak sempat bukak nappy la jugak tu. Pokok pangkalnya, dia bagitau dan sempat sampai di tempat yang betul. Bagus. Syabbas mera betta!

Aku perasan sejak day free of diaper nih, bunyi kentut anakanda pun dah lain.Ala-ala matured sket. Bau toksah citer la. (buwek!) Dua-dua efek makin berganda superbnya baik bunyi mahupun bau. Mungkin akibat ketiadaan muffler yang selama ini bertidak sebagai fabric filternya. Kahkah. Serius, tak caya try take note time anak korang diaper free nanti. Kahkah. Kekdahnya macam Blair Witch mini science project je.
Okey now you tell me. Misi aku ni dah berjaya ke belum. Personally, bagi aku selagi part malam ngan part keluar berjalan-jalan tu tak setel lagi, memang belum berjaya sepenuhnya lagi. Let's just give us some more time. Baru 5 hari kan.. Tapi part siang hari di rumah dah almost setel. What do you think? Yang dah berjaya train anak tuh cane? Share-share la kat sini pengalaman memasing. Kot-kot la ada yang berjaya dalam masa sehari je ke. Nak gak tahu apa tektik busuk yang digunapakai.

Dari pengalaman aku ni, aku nak buat kesimpulan:
-both trainer & trainee kena bersedia mentally baru buleh start, khasnya si trainer la. You as the mother will know when is the right time to start. bila waktunya anak anda tuh boleh dikategorikan sedia untuk dilatih. kalu si pelatih belum bersedia, jangan mula lagi. It'll be bad for the kid if it end up beating.

-Sabar. PALING penting. Every kid ni lain progressnya. Some are longer, some are quick to learn. Take time and give them time. Jangan marah kalu dia terkantoi. It's part of the process.

-Complimentary. Kids love to be praised. Setiap kali dia berjaya, puji. Makin dipuji, makin dia nak ulangi keberjayaan dia tu.

-Stocks of pants. You need to have many pairs of pants. Choose the one that easier to pull down.

The End.

Thursday, October 14, 2010

#515 Me Vs Nasik Ayam Puan Zainab Binti Ismail

TT Day 4- I can see the results that I'm hoping to see... Alhamdulillah syukur sangat-sangat.
Sesak napas aku tengok isi fridge makin surut. Nak fikir menu pun terbantut. Itu takde, ini tak cukup. This week tak pergi pasar. Guna aje belen-belen last week punya. Oh how I wish umah aku sangat dekat dengan pasar yang aku buleh keluar jalan kaki tiap kali nak masak. Tetiba dengki tak patut dengan orang-orang yang berumah di tepi pasar. Best kan. Takde daun kari, sauk tudung terus pegi pasar beli. Macam aku ni, if it happen one or two items lupa nak beli, sampai umah tu kena terima la hakikat minggu depan pulak baru buleh beli.

Oh lupa nak citer. Selasa baru ni aku buat nasi ayam sebab encik Jack ada sebut-sebut nak makan. Nak dijadikan citer kan, aku teringin nak makan nasi ayam style lain. Meaning, bukan style yang aku selalu buat hasil asuhan Puan Menteri tu la. Kekadang nak jugak rasa kelainan kan. Nak-nak time tak lalu makan ni. I got to do something to boost my appetite. So, aku pun calling-calling la MIL. Try style dia pulak. Time tak lalu makan ni kan, aku nak sangat masak style simple dan tak menjemukan. MIL's recipe is the best solution. MIL aku ni teroris bab masak simple tapi sedap. Kena sangat la.

Selama ni aku tertanya-tanya jugak nasik ayam kat kedai tu buat cane rasa tak muak. Time-time camni aku teringin sangat nak makan sup bodo tuh. Selalu aku buat sebelum-sebelum ni sup nasik ayam tu style berempah ratus tu la. This time MIL ajar buat pakai halia, garlic and shallot je. Walaoeh, sedap ho makngah buat camni. Gilos. Orang lain dah berkurun tahu, aku baru nak kecoh ketahuan. Okey, aku memang selalu lambat mencapai tahap kejayaan. Always better late than never!

MIL kasi tips untuk buat nasik kepada nasik ayam tuh peroi, tak hancur ----> taruk sunquick sket. Nisbah dia kalu beras 2gantang, sunquick tuh setengah cawan. So kalu buat 2pot beras cam aku ni, sunquick tu taruk la sesudu teh je ke... Jangan banyak, nanti bau oren pulak nasik korang. Aku tak bersalah okey. Aku tak pernah dengar sebelum ni orang taruk sunquick dalam nasik ayam. But it's good to try. Nasik tu pun MIL ajar style tumis dulu bawang ngan halia, pastu goreng beras tu sekali. Wah, banyak ilmu aku dapat hari tu. Banyak pahala MIL aku sebab ajar dummies macam aku ni sampai pandai. Haha!

For the sambal kicap, sebelum ni aku just taruk kicap+oyster sauce belen marinate ayam tu, garlic sket, lime juice, pastu cili api. MIL cakap, nak lagi best tumbuk skali bawang goreng dalam tu. Lagi perghhh!!! Hmmm... Rupanya ada 1001 cara nak buat nasi ayam ni. Puas cara 1, buleh try cara 2,3 dan seterusnya.

Hoh, menu ari Selasa dah setel. Menu hari ni nak masak apa pulak? Bila isi peti sejuk makin sikit nih, idea pun makin kurang. 

Wednesday, October 13, 2010

#514 Me Vs Reading Obsession

TT Day 3- Great steps with great improvements. Alhamdulillah... Allah permudahkan InsyaAllah..
Lama siot tak baca novel. Encik Jack ada langgan Reader's Digest baru-baru ni dengan harapan nak menang keta. So, 2,3hari lepas RD hantar Selected Editions ni via Pos Laju. Ada pat citer dalam satu buku ni. Mula-mula macam kera dapat bunga gak aku ni. Pastu lelama, terfikir jugak... Why don't I give it a try? Aku kan memang soka memanfaatkan benda-benda free ni. So aku pun try la selak tengok apa yang menarik dalam ni. Dalam pat citer nih, aku tertarik kat dua je. Sebab yang lain citer pasal war, military, and laws and lawyers. Boring. I chosed to read What To Do When Someone Dies sebab kebetulan kan we just lost someone we love so much~ my FIL.
Citernya biasa je. Macam kisah-kisah benar dalam RD tu la. Cuma ini versi novel yang tentunya lagi berjela dari cerpen pendek dalam RD keluaran edisi biasa tuh. Citer boring macam ni aku rasa golongan boring macam surirumah macam aku aje yang layan. Haha. Yes, life as a desperate housewife is lame. Aku tatau aku yang baca merangkak atau anakanda banyak mengganggu. Berapa hari baca, baru masuk Chapter Three. Busy kan melatih anakanda hidup menjadi manusia bertamadun. Tapi harini I'm chained to this book. Dah tebiat aku, kalu dah start mesti nak kena sudahkan jugak walau boring pun. 
Satu lagi buku hardcover tuh Encik Jack order sendiri. Hehe.. I wondder why he bought book about stroke and heart attack... Hmmmm... Bagus la kalu nak ambik buat teladan. Muda-muda ni banyak masa lagi nak jaga kesihatan. Penyakit keturunan ni memang payah la. Aku sendiri pun memang keturunan darah manis jugak. Sakit jantung pun ada. Darah tinggi pun ada. Masing-masing kena beringat la and jaga kesihatan diri. Mencegah lebih baik dari mengubati. Pesanan dari mak aku Kementerian Kesihatan Malaysia. Ye lah kan, kalu dah kena tu just imagine berapa duit yang harus dibelanjakan untuk tujuan kos per-ubat-an. Pulak tu, bukannya sakit tu buleh hilang 100%. Sebelum kena tu beringat la. Aku remind diri aku sendiri jugak sesambil ni.
Arini ni nak masak apa ek. Sebelum balik kampung aritu aku buat la bbq chicken wing ala Pizza Hut tuh. Main campak je apa aku rasa macam fit to be called as grilled chicken wing. Sedap jugak makngah oi. Kalu jual resipi ni kat Pizza Hut pun gerenti mau nih. Aku bakar ayam ni atas dapur gas je. Berasap sakan gaya berada di kayangan umah aku hari tu. Anakanda pulak kecoh molot dok cakap Daddy bakar daging makngah berulang-ulang kali macam piring hitam yang melecet. Anakanda makan banyak jugak. Sedap, sedap... Rasa nak menangis dengan kebolehan diri yang tak disangka-sangka ni. *perempuan ini telah dirasuk menjadi sengal.
Puan Kaunselor Terhandal mesti gelak tengok pinggan aku yang macam-macam ada ni.

Tuesday, October 12, 2010

#513 Me Vs My Dreamland Gadjet

TT Day 2- Masih gagal. Masih mengharap. Masih bersabar.

Alahai... Bestnya ada pre-wed photos camni... Sedap je mata melihat. Lucky to both of them.. Hmmm... Sebenarnya dah lama aku mengidamkan sebuah DSLR yang bagus-bagus for DSLR dummies like me. Kalu nak diikutkan, sejak lepas aku bertunang dulu tu lagi aku dok berangan untuk memiliki this so called DSLR. Time tu aku tak tahu benda tu orang panggil DSLR. Yang aku tahu benda tu menghasilkan gambar-gambar yang nampak 'hidup' dan mampu menceritakan kisah di sebalik gambar itu. Aku ingatkan depa guna software untuk edit gambar-gambar tu. Kekdahnya macam gambar-gambar dalam citer Harry Potter tu la. Tetiba buleh bergerak! Bukan macam gambar-gambar style zaman dulu yang nampak 2D je. Statik. Pastu pulak objek mesti dok tengah-tengah gambar. Sape yang buat hukum ambik gambar camtu dulu. Semua style cam sama je. Ko ambik gambar sebelah pohon bunga raya, aku pun ambik gambar sebelah bunga raya. Berdiri tegak macam hang cangkul. Itu dulu. Skang ni gambar dah buleh bercakap. 

Hati sangat teruja untuk memiliki kamera berkos tinggi nih. Tapi fulusnya takde. Okay, tipu. Duit mesti la ada. But priority comes first. Sape tokei kedai kamera yang rasa nak buat pahala, buleh sedekah barang sebijik dua kat aku. Tiga pun aku terima.Okey, kalu nak kasi, kasi. Tak nak kasi sudah. Ni mintak ke ugut nih.

Semalam, (chewah macam tukar topik merajuk takde orang sudi nak kasi DSLR free) kitorang keluar pegi JJ depan umah ni untuk celebrate birthday boy. Kahkah. Birthday dia, dia jugak kena belanja orang. Takpe B, murah rezeki kalu selalu belanja anak bini. Dalam hati masa sampai kat JJ tuh punya la dok koya tahap gaban nak makan grand-grand sket. Ikut la pebenda pun. Alah, JJ sini paling-paling sedap dengar pun Black Canyon.. Tapi encik Jack meragui kehalalan toyyiba nya.. So, me moved on.

Sekali lalu depan Mekdi, anakanda terus meronta nak makan situ. Hekeleh... Dah la tiap kali balik kampung pun singgah nak tapau Mekdi jugak. Special occasion ni nak la jugak merasa something rare and errrrr, not cheap. Heret ke tempat lain dia tamau jugak. Last-last ended up dine at Mekdi jugak. Huh, menyesal jugak aku ajar dia hidup besederhana dan berjiwa rakyat nih. Ajaran memakan diri sendiri. Tu belum lagi ajar black magic kat dia. Remember this entry? Haaa...macam tu lah semalam pun... 

 
 
Aku macam biasa, takde dalam gambar. Semalam tak bergambar bukan sebab nak privacy. Tapi sebab sibuk ambik peluang bergayut free call maxis encik Jack. Kahkah. Lenguh jugak mulut asyik bercakap tanpa henti ni. Kata free sampai kul 12 malam kan. Pulun jangan tak pulun. Sampai encik Jack nak balas mesej pun tak boleh bini conquer dok potpetpotpet.

Nothing is free, forever. ;-)

Monday, October 11, 2010

#512 Me Vs Aku Sudah balik

TT Day 1-Tabahkanlah hati ku....

Selamat Hari Terjadi kat Encik Jack. Semoga dipanjangkan umur dan jodoh antara kita berdua. Ewah. Untuk korang yang takde keje asyik nak baca blog aku ni je kejenya, aku ucapkan selamat hari Senin. Keje jangan malas-malas. Aku sorang je buleh malas-malas.

Aku penat hari ni. *macam la hari lain aku tak penat. Sebab apa? Hehehe.. Syyhhh...
Ye, aku baru balik dari kampung. Sampai sini sebelum maghrib kelmarin. Datang balik ke Penang dengan pelbagai muatan buah-buahan. Bestnya dok kat kampung. Buleh makan macam-macam tak payah beli. Aku tiap hari kat umah MIL nih pepagi lagi dah meretus moktan depan umah. Ala-ala cuci mulut di pagi hari. Best wok makan buah presh camni. Main petik je anytime terasa nak makan. Nyam nyam ho.

Aiseh. Kelmarin bertolak kul 2pm. Miss jugak nak tengok wedding Dr SMS. Hoho. Teringin sey nak tengok wedding of the decade yang orang kucar-kacir dok citer ni. Aku tak kisah eligible astronaut has been taken away. (walaupun aku jeles gile tengok depa dua orang sama cantik sama padan) Jangan eligible prince sudah la. Tengku Faris masih single and available ~I believe! Ngggeee... Murka pulak Ku Faris kalu aku cakap tak betul ni. Citer pasal kawin ni kan, ada satu announcement tergempak aku nak habaq kat kroni encik Jack. There's another wedding bell coming soon. Orang Kaya Termuda Kg Apal dah keluar statement nak hantar rombongan meminang time raya haji ni. Piwit!!! Buleh la tengok pasni orang pakai gelang sampai ke bahu... :-p MIL pun ada la teman pasni kat umah.

Budak 3 ekor ni memang bertuah.

And hey, MIL aku dapat cucu segera yang baru. Yay!!!! Patah tumbuh hilang berganti. *I'm refering that 'berganti' to pasangan kucing dua sejoli ; Samsudin ngan Comel. Walaupun dua-dua dah takde, skang ni MIL aku ada menantu baru. Selingkuh ngan sape, aku pun tatau. Tup-tup dah meletup dalam stor. Bulu semua panjang-panjang macam ekor tupai. Aku syak ni mesti legacy si Samsudin dulu. Sebab tuh si Comot ni datang  beranak kat umah MIL aku. Sebab MIL dia jugak. Pandai cari keluarga ye. Hehe. Anakanda seems to love the 3 lil kitties like me. Tiap hari pergi dekat stor tuh mintak ngan aku nak pegang baby kuking. Berjiwa kebinatangan jugak anak aku ni ikut aku ngan MIL. We love cats! (Meow!!!) Kalu diorang panjang umur, aku nak mintak ngan encik Jack, nak bela kat umah baru nanti.. Syok ho ada kuking... (kuking=kucing=ayat adam)
Comot, in HD.

Puan Menteri dah selamat tiba di Mukah ngan Mek Aleesya Squareface tuh. Makin patsegi kutengok muka mek ni. Pasni terer la dia speaking Melanau since the babysitter orang Melanau. Nanti ajar Cik Teh ye Ehha! *kelihatan aku masih malu-malu nak membahasakan diri sebagai 'cik Su'...kuangkuangkuang..
It's 6am @ the airport. He's wide awake.

Last time aku tengok budak patsegi bulat ni.

Ehem!!! Aku kat tengok kat fb kemain la sekor-sekor mengapdet gambar dan cerita-ceriti memasing. Pesal. Blog takleh apdet pakai Blekberi ke? Gaya apdet fb macam membedil. Nak baca pun kena guna bulletproof vest. Patlima story sesaat pun buleh apdet. Heran. Pulak tu gambar main beratus sekali aplod. Heran kuasa kuda dua. Dah aku ni pulak pehal tetiba tak puas hati ngan fb orang. Wakakaka... Boring seyh.. Ramai blogger yang pada aku bagus-bagus tarafnya tapi dah lama tak apdet blog sebab busybee kat fb. Perlu aku sumbangkan nyanyi Pulanglah? ~Tak koasa!


P/S: Telefon umah aku dah tukar. Kepada kaki-kaki gayut, anda boleh mula menghubungi saya sekarang.