Dark Fellows

Showing posts with label marriage. Show all posts
Showing posts with label marriage. Show all posts

Friday, May 26, 2017

#1416 Me Vs Ocean Eleven

Kalutkan esok puasa sampai lupa hari ni hari apa. Serius dah tua-tua ni banyak tarikh yang rasa macam dah tak significant. Tak tahu tarikh... Lupa tarikh.. Dalam kepala cuma target nak habiskan aktiviti membeli-belah raya je. Kitorang semua dah setel. Boss punya satu apa pun tak beli lagi. Duk keluar 4,5 hari berturut-turut dia tak jumpa lagi barang dia yang berkenan. Nasib baik la dia boss. Kalu aku, jumpa ke tak jumpa ke, berkenan ke tak berkenan sangat ke, cukup time kena beli jugak. Sebab nanti driver komplen pulak. Boss merangkap driver tu takpe la. Dia sorang-sorang pun boleh pegi. Aku yang buta stereng ni, nak kemana-mana kena dia yang bawak. 

Kalutkan esok posa jugak la sampaikan lupa hari ni last day sekolah. Aku suruh Zaraa ponteng skolah hari ni sebab aku malas nak pegi ambik dia balik skolah nanti. Tapi kan budak baik ni, bila aku suruh dia ponteng, dia argue-reasoning pulak dengan aku. 

Aku: Adik, hari ni takyah gi sekolah lah ye!
Zaraa: Kenapeeeeee...???
Aku: Mommy malas lah nak hantar Adik. *blink * blink *blink
Zaraa: Daddy kan ada boleh hantar..???
Aku: Daddy mu hantar pun, mommy jugak kena ambik tengahari karang.
Zaraa: Suruh la daddy ambik?
Aku: (..........) Ye lah ye lah adik gi je lah skolah.

Nampak tak... Ini memang anak encik Perfect 10 lah ni. Kalu ikut perangai aku, tak sempat aku offer suruh ponteng lagi dah buat kuak lentang tak nak pegi sekolah. Entah cane lupa, last-last berjaya jugak aku spelek dia ponteng. Hahahaha... Pastu tengari baru tahu hari ni last day sekolah. Isnin ni start cuti skolah 2 minggu. Kahkahkahkah... Aku tahu la this coming ada cuti sekolah 2 minggu. Tapi rasa macam lambat lagi, jauh lagi tarikhnya. Huh, I'm so absorbed with myself and I. Tak tahu apa pun pasal dunia. Insiden TN50 tuh pun Encik Jack yang citer... Lepas tu baru ada terbaca sana sini... What la aku ni...
Hari ni masak simple je. Sup ayam dengan kangkung goreng belacan je. Lepas semayang Jumaat nak keluar pegi Pacific lagi. Boss nak shopping barang dia. Kalu ikutkan, aku letih luar biasa sebab seminggu ni tiap hari keluar. Malas dah nak ikut tapi kena ikut jugak la untuk bagi moral support... kot-kot perlukan sokongan tukang racun, aku ada..... ngeeee...

Dia cari barang dia, aku bawak Zaraa pusing-pusing tengok baju pompuan. Last year kot last beli baju nak pegi Europe tu. Tu pun beli kat Tesco je. Nak jugak baju style-style. Nak try baju lebih-lebih si Zaraa pulak potong stim asyik nak tido je.

Hasil hari ni, aku tak beli apa pun. Encik Jack je la shopping baju ngan seluar keje dia. Baju Melayu nan hado lagi yang keluar. Tak grand la kat sini... Kalu Kelantan, dah berpesta agaknya skang ni. Sini aku baru perasan, takde bazaar/premis yang jual kain baju atau apa-apa berasaskan tekstil macam kat Bazar Buluh Kubu or Pasar Siti Khadijah or Jalan Masjid India.. Takde! Benda-benda camni kalu ada pun, tunggu hari pasar malam je lah. Other than that, butik-butik dalam shopping complex. Gitu je lah. Takde pilihan. Kesiannya orang sini. (aku lah tu)
Hari ni masuk hari ke 5, baru dia mintak susu. Aku rasa macam mimpi je. Awal minggu ni, dia ada cakap saya dah tak nak minum susu dah. Kalu saya nak minum pun, saya nak minum dalam cawan je. Time tu aku just dengar masuk telinga kiri keluar telinga kanan je la. Sebab dah banyak kali dia cakap camtu, tapi tidaklah serius. Kali ni memang 4 hari dia tak minum susu. Maybe dia ada minum susu kotak tu time aku tak tengok. Tapi minum dalam gelas bukan banyak pun. 
Masuk hari ke5 ni teringin gian balik la nak minum susu. Kelmarin dia ada mintak susu masa aku nak semayang Asar. Aku suruh dia buh sendiri dalam gelas. Tapi agaknya dia terlupa, tak minum-minum la lepas tu. Hari ni baru teringin balik. See muka dia dah slim kan... Ke sebab rambut dah rupa helmet buat muka makin kecik.

Tengahari tadi, dia kata nak susu. So aku bancuh la susu tepung dia dalam gelas. Masa mula-mula tengok aku bancuh tu dia ala-ala hesitate la nak minum. 6 tahun kot hidup dia minum susu bancuh dalam botol. Tak pernah minum dalam gelas. Susu sejuk kotak tu ada la minum dalam gelas. But sometimes dia prefer minum susu sejuk tu dalam botol jugak. Bila dah bancuh, nampak dia panjang tekak-tekak nak telan susu tu. Tapi aku ajak dia borak la sesambil nak distract dia pasal susu tu. Sembang punya sembang, habis jugak la susu segelas tu... Yay!!!!! Nak kecundang dah separuh gelas tu bila dia kata dia nak susu sejuk... Tapi aku sambung borak pasal macam-macam berjaya jugak distract dia. Sedar-sedar dah habis susu tuh. Berkesan omongan kosong aku ;-p
Ni gambar masa aku tinggal gi Europe aritu.. Gebu lagi budak ni. Skang ni dah slim. Dia sendiri yang tak nak minum susu, bukan atas desakan sesiapa. Best pulak dia tak minum susu ni, tak payah basuh botol dah. Aku perasan masa pegi Kuantan aritu lagi dia dah macam slow minum susu sebotol dua je dari pagi sampai ke malam. Lepas tu tido malam pun tak minum susu dah... Takde botol kat tepi masa tido tu. Agaknya budak kalu nak brenti susu camni kot metodologi nyer. Seronok, seronok jugak dia dah nak brenti susu. Tapi separuh jiwa macam sedih pulak... After 10 years hidup aku duk cuci botol susu tetiba dah stop. Susu dia ada satu pek lagi tak bukak. Yang dah bukak pun ada sparuh lagi tak habis. Diapers dulu pun ada lebih sparuh pek tak habis time dia betul-betul toilet trained. Budak lain pun camni jugak la kot.
Tunggu daddy shopping baju keje
Pilih baju kat adik dia ;p
Balik rumah, hal baju raya boss tak setel-setel jugak. Hmmm up to him lah. 

Happy 11th anniversary to Encik Jack and I. Memang totally lupa sampai lah Encik Jack yang ingatkan. Eleh, dia ingat pun sebab tengok henpon. Okay okay... Tengkiu sebab ingat jugak. Selalunya aku yang ingat bab tarikh-tarikh ni. Tahun ni, biar je lah dia yang take over. Mak tak kesah. 

Wednesday, September 24, 2014

#1147 Me Vs Tanah Berbudi Pada Aku

Kenapa bukan berbudi pada tanah? Sebab aku tak tahu cemana tiba-tiba pokok cili ni hidup dalam pasu ni. Ada la tu biji-biji cili yang terpelanting dalam tu tanpa aku sedari. Kira tanah la yang berbudi pada aku kan? Bertuahnya rasa! Hihi excited mokcik supo tibo-tibo keluar buoh pic jah.

Aku tak pernah bubuh baja pun. Cuma ada la sekali tu aku kambus kulit dengan kepala udang dalam pasu tu. Sekali tu je la. Dah lama pun. Pastu aku just siram time panas je. Musim hujan memang sembang kosong je la dengan dia. Dengan pokok pun kena communicate tau. Aku berkomunikasi secara telepati dengan pokok-pokok yang aku tanam. Try imagine. Try! LOL.

Masa nak balik kampung aritu dah tengok dah pokok ni dah sarat. Dalam hati risau jugak kot-kot lepas balik Penang semula tetiba cili-cili aku dikebas orang. Hahaha... Sebab kalu kat area umah Puan Menteri, tanam apa pun senang-senang je dikebas orang. Tanam pisang, belum sempat nak rasa tengok-tengok tinggal tandan je. Caught red handed by the owner tapi dengan tak segan silunya buat dek je sambil angkut pisang tu then start motor... Boleh tu! Owner tegur, dia buat bodo je.. Nak kata tak kenal owner tu sebagai tuan, memang kenal personally. Tergamak betul. Tanam la apa pun, ada je yang panjang tangan nak hidup senang tumpang penat lelah orang. Tak rasa berdosa ke curi hak orang. Kalu pegi jual, duit yang dapat tu bagi makan anak bini, tak rasa apa-apa ke... Hairan aku manusia jenis ni. Kalu dah kurang ilmu ugama tu, macam tu la jadinya. Nak kata budak, dah tua berbulu pun. Shame on you.
14 bijik dapat. What a prolific tree!
Masa nak balik kampung tu, banyak cili ni yang belum besar. Nak kutip pun, ah biarlah dia besar sikit. Tawakkal je la nak tinggal tu. Percaya satu je, kalu Allah dah tulis cili ni rezeki aku, nanti balik ada la tu.  Dan memang, balik je dari kampung, semua cili aku setia menanti. Dah besar panjang dah buah-buahnya. Alhamdulillah... Memang rezeki. Sebenarnya aku tak tahu cili ni orang tunggu berapa lama untuk dia matang kemudian baru harvest. Aku malas nak tunggu (sebab first harvest dulu aku tunggu dekat 2 bulan cili ni tak merah -merah jugak)so terus kutip semua sekaligus. Bahagianya rasa. Ini yang ada tanah dalam pasu je. Bayangkan nikmatnya kalu aku mampu milik tanah dalam erti kata tanah yang sebenarnya. Imagine macam Jamie Oliver's kitchen garden. Buleh tanam macam-macam. Tiap kali nak masak, tuai aje yang mana berkenan. Best kan dapat produce yang organic dan fresh. Terjamin non GMO. Itupun kalu tahu asal usul benih yang ko tanam. Hihi.
Pengetahuan aku pasal cili hijau ni sangat limited. Nak buat sambal hijau, tak pandai. Tak pernah makan pun. Yang aku tahu cuma buat jeruk je. Jeruk yang Puan Menteri buat aritu dah habis. Cili jeruk ni kitorang makan dengan bihun goreng, mi goreng, kuey teow goreng. Uplah sikit selera dari kebiasaan. 
Encik Jack mintak half boiled eggs je pagi ni tapi aku bermurah hati gorengkan bihun untuk dia. See, aku kalu orang buat baik, memang aku tak lokek tenaga... Hihi... Suka sebab semalam tanya dia duit dalam bank aku ada berapa belen sebab nak bayar duit daging korban. Dia pun jawablah RM X. Aku memang jarang tengok bank statement aku. Kahkahkah.. Nak tengok buat apa selalunya takde duit. (malunya la hai nak mengaku takde duit). Aku tanya dia lagi mana datangnya duit sebanyak tu? (banyak la bagi aku, bagi korang sikit je kot haha) Dia cakap dia bank in kat situ. Selalunya masuk kat Tabung Haji. Itu yang aku pelik tu. Ada la few times dia buh kat Maybank. So tak kisah la.. Pastu tetiba je terasa nak tanya dia, dia buh berapa sebulan kat aku.... Wakakakakakakaaaaaaa.... Mesti korang pelik kan.... 8 tahun kawin tapi aku tak tahu pun dia bagi aku berapa. Gila kentang sungguh. Oh awal-awal dulu aku kind of tahu la. Tapi dulu tarif lain sebab tangga gaji lain. Skang ni lain. Aku ni kalu bab duit aku malas nak ambik tahu. Nak bagi, bagi la. Selagi aku cukup makan pakai sebagai bini dia, itu dah memadai bagi aku. Aku tak reti nak mintak lebih-lebih sebab aku tahu diri aku sape, had aku takat mana. Itu la didikan mak aku sejak kecik. -Know where you stand. I don't follow trends. I'm not ambitious. Hidup ala kadar dan jangan membazir. Itu lah lebih kurang.

Aku ni kalu bab handbag kasut segala memang aku tak reti. Skang ni selalu jugak la tengok instagram retis. Ada sesape follow Wan Khatijah's? Aku yang bongok pasal barang-barang pompuan ni haruslah terlopong bila tengok price yang menjangkau 5 angka... What the.... !!!! Mana lah aku tahu harga designer's item ni berapa ringgit. Tahu lah mahal tapi never that I know it's THAT pricey! Yang prelove pun nak koya dah tak mampu inikan pulak yang baru. Kagum aku pada yang mampu milik tu. It makes me ponder, kalulah aku kaya raya banyak duit sampai tahap fedap tengok duit tu, adakah aku akan jadi hamba trend macam sesetengah orang? Ke tetap remain frugal macam ni jugak? You think?

Bagus jugak tengok ig diorang ni. Takde la zero pasal women's item. Takde la terkejut beruk menggigil kepala lutut bila dengar orang citer nanti. General knowledge. Tapi kan, aku heran jugak... Brooch je pun sampai beribu-ribu lemon harga pun ada yang nak beli. Kasut pun. Shawl pun. Shawl nipis bodo pun harga beribu hanya sebab ada cop logo Chan*el?) Kaya betul rakyat Malaysia skang ni. Ehem kaya duit ke kaya hutang. Jangan sampai jual bulu sudah lah demi fesyen tu. Bergaya, bergaya jugak...
Ingat tak sebelum ni aku pernah cakap pasal wall decal? Baru ni sempena nak hilangkan homesick, kahkahkah homesick jugak tua-tua pun.... Aku mendeko-deko la... Dah lama tak deco-deco kan. Pegi kedai DIY, beli selai dulu try. Modal singgit lebih je pun. Kasi try yang ni dulu. Bila dah pandai menampal, baru beli yang mahal sikit. Jie pun dah bagi link website yang jual ni online. Berpinar mata mokcik nak pilih.. Semua somel-somel! Nak belajar membeli-belah secara online lah pasni. Hahaha... Tak selamat bank statement aku pasni.
Masa nak naik umah ni dulu dok koya nak beli orchid tak kisah la real orchid atau plastik punya. Sebab pada aku, orkid ni nampak classy. Umah Martha Stewart pun banyak hias pakai orkid je. Tapi nak cari orkid plastik yang nampak real tu quite costly. Makin real, makin mahal. Last-last terpikat dengan this yellow hyacinths tak pasal-pasal. Flower power kan. Aku kalu tengok bunga memang ralit. Destress. 

Satu yang tak best dengan bunga plastik ni cepat collect dust. Heran aku dengan orang yang pandai jaga bunga plastik ni. Basuh sebulan sekali ke? Kalu dok kat oversea, memang tiap minggu hias umah pakai fresh flowers dah...

Uols.... Jom mendeko rumah! 

Thursday, May 26, 2011

#707 Me Vs Us

Hari ni hari ulangtahun perkahwinan aku ngan encik Jack yang ke 5. Shit. Lupa pulak.

Encik Jack ingat ke tak?

Thursday, May 5, 2011

#682 Me Vs Today's Dialogue

Situasi: Encik Jack sedang membaca surat penyata insurans yang tiba tengahari tadi. Ni kisah benar nih.

En. Jack: Kalu I mati, setakat 2010 you akan dapat 'X' ringgit.


Aku: (banyak tuuuuu) ...Abis, kalu I mati you dapat apa?


En. Jack: -I dapat bini baru!.


Aku: *rolling eyes


Lelaki!

Saturday, February 26, 2011

#606 Me Vs Money Madness

Balik dari klinik tadi beli terus nasi ayam for lunch. Perut memulas-mulas sampai berpeluh satu badan. Takleh nak buat apa pun. Balik umah pekena Gaviscon Macik Kembar kasi itu hari then terus collapse sampai Zohor. Bangun pun perut sakit lagi. Menyampahnya... 

Aku sedar-sedar tengok encik Frodo terlentok sebelah aku atas katil dengan sebelah hisap botol susu, sebelah tangan lagi pegang botol air kosong. Encik Jack cakap diorang dah siap makan. Tengkiu encik Jack sebab tolong uruskan encik Frodo time saya sakit perut tadi..

Tengah bersenang lenang tetiba pomen bengkel keta call. Dia cakap orang insurans dah bagitau nilai diorang nak cover for the wreckage. Total kos kerosakan keta RM15k. Insured cuma 6k aje. So the rest 9k we have to pay from our own pocket. *sigh... Encik Jack menung aje... Aku pun tumpang susah hati jugak. Apa nak buat, benda dah jadi. Aku bagitau dia.. Kena syukur la walau sikit pun, tapi insurans still cover. Kalu buatnya semua tu kena bayar sendiri tak ke terkehel tangan nak membayar? Lagi satu nikmat yang paling besar kena syukur: nyawa dia masih panjang dan tubuh badan pun takde apa-apa kecederaan. What if keta hancur tuan pun terlantar? (nauzubillah) Itu lagi la teruk kan. So, dugaan Allah 15k ni kitorang masih kena syukur lagi. Duit buleh cari kan. Nyawa ada satu tu je. Itu la aku bagitau encik Jack. Dia diam aje... 

Memang berat mata memandang berat lagi bahu dia nak memikul. Sepatutnya yang dirancang tahun 2011 ni kitorang cuma ada satu Mega Project aje. Which is naik umah baru. So memang tahun lepas kitorang menabung untuk tujuan yang satu ni. Tapi sape tahu yang Tuhan nak kasi kitorang handle 4 Mega Projects sekaligus this year; 3 more unplanned extra projects than we thought. (1)Naik umah baru, (2)dapat orang baru, (3)baiki keta baru, and (4)one more let it remain hidden for now. Families tahu la. Semua tu consume lots of $$$$$$$. For a family with only a sole bread winner, I tell you it's really skull cracking. 

Tadi encik Jack call MIL bagitau pasal keta tu. MIL offer guna duit dia dulu, then we'll pay her slowly. Huh, another debt added in the list. Sebelum ni selalu dengar orang mengeluh bila duit ada, plan ada, mesti ada halangannya. Inilah dugaan dan ujian yang kitorang kena hadapi skang. 3 lagi mega projek tu takleh nak salahkan sesiapa. Kelahiran, kemalangan dan kematian adalah takdir. Takde sape boleh menolaknya. (cuma aku kekadang masih menyalahkan diri sendiri sebab cuai sampai tereksiden kali ni) Kalu aku tak mengandung, kurang sket burdennya. Hmmm... Tapi mana tahu Allah duga cara lain pulak kan. Dugaan Allah ada macam-macam cara yang tak mampu kita fikirkan. Aku tak tahu nak cakap macam mana. Nak kata mengandung kali ni is a mistake. Tak boleh. Nak kata mengandung kali ni wrong timing. So when is the right timing? I hate being trapped in this kind of situation. Cliche: Nak buat cane benda dah jadi.....

Skang ni yang mampu aku bantu encik Jack adalah berjimat cermat dalam berbelanja. Kesian encik Frodo, dah takleh nak ikut sangat permintaan dia nak makan fast food. Hidup dengan cukup sederhana sekali. No more fancy food, no more fancy clothing, no more fancy outings. Skang ni mana nak save duit untuk rumah baru (banyak pakai duit tuuuuu), mana nak save duit beli barang baby (walaupun most of the items memang reuse barang-barang encik Frodo punya dulu), mana nak save untuk bayar hutang MIL lagi, and last thing, mana nak save duit untuk mega projek #4. Walaupun #4 dah disponsor, lain-lain expenses takkan orang nak sponsor jugak kan... Oh, lupa one more mini mega project- Orang Kaya Muda Kampung Apal nak kawin. Huhu.... Duit, duit, duit.... 

Semua orang pun ada masalah tak cukup duit. Jutawan pun ada masalah bila terlebih duit. *sigh... Bila la blog aku nak jadi femes macam blog Redmummy tuh. Takleh setara Redmummy, setara blog Hanis Zalikha pun boleh lah. Asal dapat duit from blogging. Taip merepek pun orang beriya baca jugak. Hoho... Verrrrrangan!

Bila la nak dapat duit pusaka ni......

Sunday, November 14, 2010

#546 Me Vs Micro Steak

Daddy sibuk tengok IRIS kat laptop hak milik kerajaan sesambil mata curi-curi tengok F1 race kat astro.
Mommy sibuk nak update blog kat laptop satu lagi.
Adam sibuk???? *sebab orang tak layan dia.
"Mommy...nok dengok gamba deo" (nak tengok video)

* * * * * * * * *

Hari ni aku bangkit dari tido dengan perasaan yang sangat ceria after a long, deep, meaningful talk with Encik Jack last night. Don't know at what time we fell asleep. Thanks for listening my dear. I owed you much. I'm happy it ended pretty well, way better than I thought before. Alhamdulillah... For that, I'm feeling very, very much better at heart. I'm cool. He's cool. We're happy.

* * * * * * * * *

How's your Sunday everyone? Hari ni kitorang biasa-biasa aje. Takde ke mana-mana. Mulanya Encik Jack bawak anakanda pegi kedai gunting. Tapi bila ajak turun, tak pasal-pasal meronta tak mau turun. So, balik semula la dua beranak ni dengan sorang muka bengang, sorang muka tak puas hati takleh keluar lama. Tak lama lepas balik tu dia tido. Rupanya mengamuk tak nak potong rambut sebab ngantuk kot. Tengahari aku tak masak. Encik Jack cakap tak nak makan nasi.So, kitorang just makan apa yang ada. Anakanda pun tido lagi.. So takde faktor mendesak la untuk memasak. Aku pun tak lalu makan giler-giler. Tatau nak makan apa, nak masak apa.

Kul 3 terasa lapar. Anakanda pun dah bangun. Rasa guilty la pulak kalu tak sediakan apa-apa untuk dia. Kalu nak tunggu dia mintak makanan, lambat la. Memang tak pernah mintak pun. Tak pernah pun cakap lapar nak makan ke apa. Kalu aku tak offer atau tak kelihatan depan mata dia, memang dia takkan mintak la walaupun dia lapar. Itu style dia. As a mom, I have to be alert, I have to know when does he look 'hungry'. So, pandai-pandai la. 

Fikir punya fikir punya fikir, last-last aku bukak freezer ambik keluar ayam. Nasib baik belum keras lagi lepas aku simpan after masak mi goreng pagi tadi. Goreng aje lah ayam ala KFC tuh. Anakanda gerenti makan. Memang tak salah tafsir la, tengah aku sibuk nak goreng ayam tu dia pun sibuk la ulang-alik datang nak tengok ayam dalam kuali. Tak sabar-sabar nak makan. Haaaa tu lagi satu simptom dia lapar. Lepas siap goreng ayam, tengok Russet potato aku ada banyak. Kupas, slice adhoc, pastu terus humban masuk minyak bekas ayam tadi... Sedap gak goreng ubi kentang Russet ni. Selalu aku asek boil, and buat mashed potato aje. Encik Jack pun puji sedap potato chips aku. Selalu dia ngap aje,tak reti nak beza antara sedap ngan tak sedap. Kalu puji tuh memang sedap betul la. Habis citer pasal late lunch.

Petang sangat boring asek menang Solitaire aje, aku drag Encik Jack ngan anakanda keluar beli air. Stok drinking water kitorang tinggal sket je lagi. Nak delay-delay takut esok lusa ujan lebat payah pulak aku nak keluar bawak budak ni. So, sesambil to kill our boredom, elok la keluar. Macam biasa la, kalu aku ajak turun jalan-jalan (maksud aku jalan kaki kat area kondo ni) kat bawah, encik Jack mesti bawak round naik keta. Bila la nak kurus macam aku ni. Encik Jack, Encik Jack. Ada aje idea cheapskate dia untuk tak berjalan kaki dan kurus. Macam aku.

Kitorang turun kul 6 lebih. Time tu cerah sebelah lagi langit. Tahu tu pun sebab keluar. Kalu dok terperap dalam umah sure tak tahu-tahu pun kat luar gelap gelemat sebelah. Sebelah aje yang cerah. Yang aku nampak kat umah aku ni tang yang cerah aje la.

Beli air, terus round-round kat Perda. Alahai, dari kelmarin tekak teringin nak makan pisang goreng. Misi mencari gerai jual goreng pisang masih gagal sedari 4 tahun berada di sini. Bongok la. Takde orang jual goreng pisang yang true sket ke kat Penang ni? Semua style guna tepung Adabi tuh. Apa kelas. Time-time camni sakit hati betul Iron Chef tak buat bisnes kat sini. Balik la kitorang dengan perasaan hampa tak jumpa-jumpa goreng pisang yang true...
Sampai je kat kondo tetiba langit kucar kacir tukar kaler menjadi gelap. Cepatnya. Cepat-cepat kitorang naik atas sebelum basah kuyup. Aiseh bila masuk je umah, fikir nak makan apa pulak malam ni. Kena fikir lagi. Skang ni tekak memang tak lalu benar nasik. Sup-sup pun dah boring makan. Moi, bubur pun tekak reject jugak.. So, nak makan apa? Every alternate hour nak kena makan. Tak mati kutu korang kalu jadi aku?

Tanya encik Jack nak makan apa. Jawapannya siap perli aku pulak, "Tak lalu!" Hekeleh...Last-last suruh aku buat steak. Kul7 baru nak bawak keluar daging. Kul8 dah nak makan. Sounds ridiculous. Tapi aku buat jugak. This time semua express. Nak grill dalam oven, oven kat stor. Nak kena bawak keluar, tarik extension wire bagai, plus tin foil aku dah habis. Rijek idea guna oven. Malas. Banyak keje. Lagipun guna oven lambat buleh makan. Alternatifnya, aku humban aje dalam mikrowave lepas a brisk marination and stove sear.  Semua adhoc! After 5 minit, my steak is ready to be served. I'm impressed. Rasa cam tak caya daging tu masak elok. Kalu guna oven, setengah jam belum buleh makan lagi.

Encik Jack order potato chips lagi instead of mashed potato to eat with the steak. Tengah dok tunggu chips tu masak, anakanda dok sibuk nak makan daging. He can sniff meat from far. What a nose. Memang cam la bau daging! Sorok pun dia tahu. Encik Jack la tukang suap steak kat anakanda. Gravy pun aku tak sempat curah lagi, steak dah tinggal separuh. Minat betul kat daging. Bila semua siap, tengok-tengok sikit je daging yang tinggal. Huhu... Adam, Adam... Kalu musim makan, memang tak sempat-sempat nak makan!
Ciput aje daging yang tinggal hasil serangan anakanda.
Mak.aku.tak.ajar.goreng.hangus.cam.ni. Tapisedapho!
Malam ni hidangan tak berapa seimbang sebab tukang coleslaw aku sibuk ngadap F1. Mata memang tak lepas kat tv. Atomic Kitten lalu pun sorry la beb! *encik Jack minat giler kat Atomic Kitten ;p ngggeeee~~~~!!!

Saturday, November 13, 2010

#545 Me Vs Tinggal Kenangan Sudah

It's Bali-Jakarta-Anyer-Bali honeymoon trip. Untuk orang yang jakun flight, infact tak pernah cecah tangga flight pun seumur hidup, merasalah aku naik turun kapalterbang 6 kali dalam masa 6hari tu. Hambik! Dari yang tak pernah naik, sampai la nak muntah tengok kapalterbang. Wuhu!

Cerita honeymoon aku ni dah lama berlalu. Sangat panjang kalu nak citer cane buleh terpergi, cane buleh terkawin ni. Macam-macam ranjau berduri la kalu nak citer. In fact, aku dah almost gave up ingat dah tak boleh pergi dah. Last-last, ada gak rejeki kitorang sampai gak kat pulau impian aku tuh.

Time itu aku belum kreatif lagi dalam bab fotografi ni. Bila ingat-ingat balik ngokngek jugak aku tak ambik gambar elok-elok. Nak pegi pulak macam dah tipis benar harapan. Ntah-ntah kelam terus! Haha, time tu aku belum berkecimpung lagi dalam dunia blog nih. So, aku tak reti nak capture benda-benda yang berguna untuk aku kenang balik ke waktu itu, untuk aku show and tell kat entri blog.. Woho, zaman tu memang dslr belum glemer benar lagi macam skang. Kamera pun kitorang pinjam SIL punya. Punya la time tu benda-benda bergambar ni tak penting dan bukan salah satu dari lifestyle kitorang. Oh, skang tidak lagi.

Disebabkan kenaifan tentang bab penggambaran pada ketika itu, skang ni aku sangat rasa sakit hati bila teringatkan benda-benda yang ada kat sana tapi sini takde. Murtabak cheese, mangga cicah serbuk belacan,  bakso et cetera. Kenapa la aku tak capture semua benda yang menarik dulu??? Asek ambik gambar kitorang ngan pemandangan aje. Sangat la tak kreatif. Huk aloh.
Last but not least, Dunkin Donut naik pesawat. Ko penah? (jadi DD?)

Oh hari ni Encik Jack terjebak dengan IRIS pulak. Menyesal aku tak delete isi-isi external hard disk tuh. Melopong pulak la aku ngan anakanda 2 hari ni. Nak gi makan tupak sutung. Daaa~~~~

Wednesday, November 3, 2010

#531 Me Vs Life And Death

Encik Jack pernah citer kat aku kisah sedih lab technician fakulti dia. Hujung tahun lepas kot. Lab technician tu umur sebaya ngan aku la, muda lagi. Bini dia lagi muda dari dia. Diorang ada sorang anak sebaya ngan anakanda kot. Si bini pulak tengah sarat mengandungkan anak kedua. Bini tak keje.

Nak dijadikan citer, masa kandungan dia 8bulan, baby tiba-tiba tak bergerak. Bila pergi cek kat doktor, doktor sahkan baby dia dah meninggal. Bila cek gitu gini, baru la tahu si bini tuh dah rosak buah pinggang. Tahap kronik terus. Maybe tu antara sebab baby dia takleh survive. Keadaan si bini sangat lemah sampaikan 3hari baby meninggal dalam perut, baru buleh dikeluarkan. Memang simpati la kitorang kat mereka sekeluarga. Anak sulung pun kecik lagi.

Lepas abort pregnancy tuh, si bini kena pegi buat dialisis la every now and then. Seminggu tu at least 3 kali kot. Pulak tu sekali pergi berapa kena caj. Diorang mana la mampu. Setakat keje technician tu cane nak cover the expenses. Susu lampin anak lagi. Makan minum lagi. Staf-staf kat UiTM semua pakat menghulur bantuan. Aku dah bajet dah aritu zakat aku tahun ni ingat nak kasi kat diorang. Tapi bila dah lama, terus lupa. Aku pun tak tahu cane diorang menangani isu kewangan tu. Dialisis bukan murah hooo..

2 minggu lepas, encik Jack cakap bini lab technician dia tu meninggal after few days in critical conditions. Innalillah.. Aku pun tumpang sedih. Muda lagi dah dijemput Tuhan. Anak pun belum puas nak bermanja dengan ibunya. Apa nak buat, ajal maut semua Allah dah tentukan. Aku rasa suami dan semua ahli keluarga redha la dengan pemergian arwah. Lagipun buah pinggang arwah dah rosak teruk. Kalu umur panjang pun suffer jugak. Dengar citer dialisis ni sakit woo. Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk arwah sekeluarga. Kalu umur panjang pun, macam mana nak tanggung perbelanjaan perubatan dan sebagainya kalu diorang tak mampu. This kind of thing la. Allah nak ringankan penderitaan mereka sekeluarga sebab itu Allah ambil arwah lebih cepat. 

Aku dok teringat-ingat kat arwah. Padahal kitorang tak pernah bertemu pun. Terfikir jugak kalu hal camtu berlaku kat aku (nauzubillah).. Aku selalu pesan kat encik Jack, kalu aku yang pergi dulu sebelum anakanda tahu mengurus diri dia, aku nak encik Jack jaga anakanda baik-baik. Kalu nak cari mak tiri kat anakanda pun, make sure yang bakal isteri baru dia tu sanggup menerima dan menjaga anakanda seperti anak kandung dia sendiri. Kalu bini baru tak sanggup, serahkan anakanda pada Puan Menteri jika Puan Menteri masih hidup. Aku tak nak anakanda lack of a mother's love. Ececeh. Blog jadi evidence wasiat pulak.

Aku terfikir jugak, kalu aku mati encik Jack meratapi kah? Jawapan encik Jack: hehe...rahsia, malas aku nak bagitau kat sini. Encik Jack mana la nak bagi-bagi bunga ke, coklat ke, buah tangan ke kat aku sebagai tanda cinta beliau kat aku. Haha. Tak pernah pun bagitau sapa-sapa yang dia sayang aku kan.. Suka hati dia la. Tak bagitau dia sayang aku, takpe. Jangan bagitau sayang kat orang lain sudah.

Lepas scene bini lab technician meninggal tuh, encik Jack buat saprais kat aku... Sebagai lambang aku bini yang banyak sakit.
Kelmarin encik Jack balik keje bagitau staf dia kerugian harta benda, kenderaan lepas kampung dia dilanda banjir kat Kedah. Hilux, Unser, tv, peti ais, mesin basuh semua tak dapat diselamatkan sebab air tiba-tiba naik mendadak. Laki dia pun stranded kat pondok baja dekat kebun buah diorang. Kutip derma lagi staf-staf encik Jack. Kesian kan. Sasau lecturer tu mengenangkan akan jatuh bankrap bila semua keta dan aset rosak teruk sekaligus. Insurans mana cover isu bencana alam kan. Ishk... Nauzubillah.. Jangan la benda-benda camni terjadi kat kita. Minta dijauhkan! 

Saturday, July 17, 2010

#448 Me Vs The Patient's Date

Sambungan dari entri sebelumnya....

Encik Jack kusayang dapat tiket wayang kul 9 malam ni. Lepas makan stimboat terus balik umah smayang Asar. Aiseh, perut pulak buat hal. Pedih mencucuk setiap ceruk perut. Nak buat hal la tu tak nak kasi chan aku keluar bercinta. Bencinta betul. Sementara menanti jam 9 tuh, kitorang rehat dan buat bodo dulu kat umah. Sempat la aku makan ubat and bubur untuk alas perut yang makin mengganas ni. Hayo, jangan la buat hal malam ni... Dah 3 tahun aku tak tengok wayang. *Tipu, baru nih kan baru tengok Alice In The Wonderland. Okay, dalam gap 3 tahun ni baru tahun ni 2 kali aku tengok wayang. Kira kritikal la tu tak berpeluang bercinta.

Setelah melakukan beberapa tektik busuk seperti selalunya, kitorang berjaya jugak keluar dari pintu tanpa dihidu oleh anakanda. Kalu dia nampak sure la nak mengikut nye. Tak nampak takpe. Tengkiu to Bos IBM and Puan Menteri yang sangat licik berkucar-kacir dengan anakanda dalam toilet time aku nak keluar tu. Bijak, bijak.

Aku tiba ngam-ngam time masuk. Orang tak ramai malam ni. Sebab dah 10hari tayang kot. Encik jack pilih seat belakang sekali. Which is fine with me at first. Then seat depan ada orang duduk. Kenapa la kepala dia besar sangat. Terlindung la pandangan mata aku. Lenkali aku nak suruh encik Jack beli tiket seat depan tu. Slope kat TGV sini memang tak curam. So, sape berkepala besar, leher jinjang, kaki zirafah, memang mendatangkan masalah pada penonton yang comel macam aku ni. Terjejas la konsentrasi. Bukan sebab tak nampak tapi sebab sakit hati tengok kepala besar dia. Hoho. Lenkali kalu nak dok belakang kena sewa kerusi pengadil badminton. Baru on top of the world rasanya... 

Sepanjang dalam wayang tu perut memang pedih giler la. Awat la nak buat hal la ni jugak... Aku tahan jugak la. Kalu tak pergi skang, lepas Adam masuk U la baru nak merasa lagi kot. Sakit-sakit pun, time part jiwang karat Edward ngan Bella aku masih boleh konsentret dengan tiptop. Haha.. What to do, dah memang kebolehan semulajadi aku. *poyo

To wrap things up, aku rasa sangat hepi dan berterima kasih sangat-sangat pada pasukan penyelamat yang bukan aje datang nak tolong jagakan anakanda, tapi juga menyelamatkan cinta aku yang dah lama gersang ni. Haha gersang. Ofkos la, married couple pun perlu jugak dating sekali sekala. Baru fresh cinta kitorang ni. Encik jack, jangan pretend-pretend dono that your wife is sick because she's lack of love. Your love. Haha.

Malam ini aku sangat hepi. I bet my other half is, too. This chance doesn't come often and easily. Sekali dapat haruslah aku grab sekemas-kemasnya. Sakit-sakit perut pun redah jugak. Nasib baik cinema depan umah je. 

Terasa pasni ngengada nak pegi tengok Harry Potter 7 pulak.. Eh, ke dah habis tayang???

Wednesday, May 26, 2010

#415 Me Vs Sudah 4 Tahun



Selamat Ulangtahun Perkahwinan wahai encik jack! XOXOXOXOXO

Dah pat tahun dah aku jadi bini orang kaya. Alhamdulillah, merasa lagi aku sambut anniversary patkali. Some unfortunate people belum tanggal inai pun ada yang jodoh tak panjang. Alhamdulillah, dan insyaAllah semoga Allah panjangkan jodoh aku dengan encik jack hingga ke syurga. Amiiiin...

Tapi yang tak seronoknya hari ni encik jack takde. *sedey. Encik jack kena attend meeting kat KL. Aku pulak tersadai kat KB dengan anakanda menantikan the next appointment. Huhu. Kerajaan ni kan, asal bulan 5 je ada la benda-benda nak suruh aku laki bini berjauhan. Hampeh betul... Semenjak pat tahun kawin ni sekali je la aku bersama dengan encik jack on our anny.. 

Mengikut kronologi perkahwinan aku;
1st Anny -2007 :: 'sambut' kat ICU since Adam was held there for 40days.
2nd Anny-2008:: we dine at Dalmiral's Grill. Makan tak kenyang jugak sebab adam tengah membuas.
3rd Anny-2009:: Aku ngan Adam kat KB, encik jack kursus kat perak for 2 weeks. FIL pulak warded.
4th Anny-2010::Aku ngan Adam kat KB, encik jack meeting kat KL.

Wuwuwuwu.... See? Takde bulan lain ke nak suruh pegi meeting? Aiyyarkkk... Benci betul. Tak buleh tengok laki bini berkasih sayang langsung. Tiap tahun, bulan 5 je mesti nak kasi job jauh-jauh kat encik jack. *sigh...

Anniversary bagi aku both suka and sad. Seronok tuh sebab jadi bini orang. Yang tak seronoknya sebab....
sebab....
sebab...
......hari nikah aku tuh aku still dok tercongok jahit manik kat baju sanding aku. Mak andam karut aku tu la punya pasal. Nak aje aku saman dia. She ruined my wedding dress, not to mention kasi baju yang tak siap bermanik tu last minute. Kucar kacir aku terbongkok menjahit manik on my wedding day. Dah la kita suruh jahit cam lain, dia sembrono jahit ikut suka stail dia. Rosak baju sanding impian aku! Kain bukan calang-calang. Beli kat Euromoda and it's French Lace okay... Senang-senang je dia nak jahanamkan kain orang. Gggrrrrrr.... Memang sakit jantung la dengan onar mak andam time tu. Awal tahun lagi aku kasi kain tu. Every month aku call tanya, tak siap-siap. Masa bulan 4 tuh aku dah tak tahan, mintak kain tu balik. Dia cakap oo diorang tengah potong.. So, takkan aku nak suruh tailor lain sambung halfway.. Cheh, rupanya tipu je. Hari aku nak nikah tu baru kasi aku. Tu pun puas aku bersoal dengan dia. Tekan punya tekan, last day baru bagi. Aku jahit mana sempat je la. Eiiiii... Bila ingat balik skang nih, memang terasa lagi bara kegeraman aku! Kain dekat seriban tau... Bagi orang lain seribu tuh mungkin sikit tapi bagi aku sangat besar angkanya.

Baju nikah and bertandang aku tu aku hantar tailor lain. Nama je kedai bertaraf butik tapi hampeh jugak.    Hancur jugak kain aku. Tak tau la apa tulah yang kena kat aku. Nasib memang suwei. Padahal semua tailor nih sebelum aku tempah tu memang punya reputasi yang baik. Diorang ni pun satu, kalu dah rasa tempahan dah banyak, jangan la ambik lagi. Ni tamak, semua nak bolot pastu at the end semua tak sempat siap. Yang siap pun macam cincai-cincai. Kita bayar mahal jugak. Tapi tailor butik ni aku buleh pejam mata lagi la since tarikh yang dijanjikan tu depa sempat siapkan (which was, aku kena selalu calling-calling tanya kabar  jugak, huh) Tak tau la macam mana orang Islam buat bisnes skang ni. Tak takut hukuman Tuhan ke buat bisnes 'tipu orang' camtu. Hisy... Kalu ada dikalangan pembaca blog ni ada sedara/ sahabat handai yang involve dengan bisnes perkahwinan ni tolong la sound sket.. Tak berkat tau buat orang rasa tertipu. 

Wah, panjang pulak membebel. Tu lah, setiap kali 26 Mei aku mesti teringat balik kisah-kisah yang berlaku pada 26 Mei 2006... Apa pun semua telah berlalu. Aku kini masih bini encik jack. Harap-harap encik jack takde bini lain la selagi aku masih bernyawa dan berkelakuan baik ni. Hmmm... Ingat ke encik jack kat tarikh keramat kitorang ni. Selalunya tak. :(


Lastly but not least, Happy Birthday to baby Ziqri who shares this beautiful dates with us.. Pandai pilih tarikh nak keluar hari ni ye!

P/S: Have you read The Martha Blog, the post she wrote about her days in Malaysia??? Awesome.. I found myself a proud Malaysian... Have time to read it...

Friday, April 2, 2010

#369 Me Vs Segragating My Happiness

Dalam aku dok naik syeh robbana citer hal umah baru ni rupanya ada insan yang sedang berduka. Terus interject semua syeh-syeh aku sebelum nih. Tak manis pulak rasanya aku berhuhahuha kat sini sedangkan another part of my clan tengah bersedih. It's really hurtful to be in this  critical situation at times like this. I am deeply saddened by what happened. Let's just hope and pray for the best that things will turn positive in every way.

Friday, January 1, 2010

#334 Me Vs The Unfaithful Longtime Love

Damn. This very wonderful morning I received the saddest phone call in my life. My heart is broken. I was trembling. My mind was in the state of blurry. I still couldn't believe of what I just heard. What should I do?? I was about going back to my hometown. Why these shocking and unwanted things always happen when I was about to be away.

Why oh why... I still couldn't take this. All these times, aku memang salut giler kat diorang. For me, they were my prominent, my happy-and-loving-family-idols, that I was always envied of. Ya, aku memang cemburu bila melihat kebahagiaan mereka sekeluarga. But should a 30years of marriage ends this way? I truly lost my respect towards HIM. How could he did these to them. After 30 years? My heart aches so much to have known this.

Marriage is a woman's life. If the marriage collapse, it is a suicidal thing for a woman as well. Dealing with an unfaithful matters, how could a woman accept it after 30 years full of devotedness and loyalties. Sampainya hati si suami menduakan si isteri yang pada aku tiada cacat celanya. Nak apa lagi? Of coz we women are getting older and older year by year. Cucuk Botox pun tua jugak. Nothing is eternal except Allah.

Wah, I am so red and furious. I couldn't even look at HIS face. Walaupun aku bukan offically anak dia, but the effect is still the same. Aku dah lalui semua tu dulu. Aku pernah jadi victim of the broken family. So don't tell me how I suppose to feel coz i knew it more than anyone else did. Selama nih aku anggap diorang macam my second parents apart from my real parents and ILs. They were my marriage mentor. Sedih sangat. Selama nih diorang loving sangat, pegi mana-mana tak pernah berpisah. Every school break always bring the children pegi libur-libur. Apa-apa pun semua buat bersama satu family. Everything diskas ngan family members. The wife, is the most perfect wife yang aku pernah jumpa (selain Puan Menteri ngan MIL la). Sangat komited dengan rumahtangga, suami dan anak-anak. Memang takde alasan untuk si suami menduakannya. Kecuali si suami ingin mencari pucuk muda! But after all this while, 30 tahun, 30 tahun.... Fikir sendiri la. Berbaloi ke.

Bini mana yang sudi bermadu. Orang laki ni pikir sekerat jalan aje. Diorang nampak yang seronok aje. Ofkos, orang laki la yang seronok. Cuba la kalu Tuhan kata lelaki pun boleh bermadu, hah ko sanggup?! Maunyer dunia terbalik kuang 3,4kali seminit. Hayo, lelaki! Buat benda tuh tolong la pikir sampai infiniti. Ingat senang ke nak handle 2 rumah ni. Okay, you might say you can serve fairly. Countable things buleh la nak kira. But what if uncountable things like love, time, attention, can you spread evenly? Nih lagi satu, ilmu ugama tuh dah banyak sangat ke nak tarbiah bini ramai-ramai? Hayo, why la pergi cari penyakit. Middle age crisis!

One thing I hate about unfaithful husband nih, time mabuk chenta nih ko cakap gajah rimau pun diorang dah pekak badak dah. Cinta bukan je membutakan malah memekakkan, membodohkan dan macam-macam lagi. Belajar bukan main tinggi tapi when it comes to use their head, they are just lousy! Apa orang cakap langsung tamau terima. Dia dalam dunia jam10 dia dua orang tu je la. What others say langsung tak masuk telinga. Then, bila dah terikut-ikut dengan perasaan mula la nak buang family yang selama nih setia menyokong dia. Last-last, bila tak bahagia dengan bini baru mula la terhegeh-hegeh nak kembali ke pangkuan isteri. Time tu too late la. Meroyan pun tak guna. Bukan takat bini je, anak-anak pun sure takkan maafkan.

From my own experience, lelaki yang berpoligami nih adalah manusia yang paling menyedihkan. He thought he gain new love and soulmate, but he didn't realize that he lose so much than that. Anak-anak menjauhkan diri. Not to mention the hatred deep inside their heart. Ah, too many things la kalu nak citer pasal 'kehilangan' yang terpaksa dihadapi lelaki gatal berbini banyak nih. Aku rasa, mostly bagi lelaki yang kawin banyak nih, hidup ngan hati diorang takkan senang. Problems, guilt, miseries will haunt them. I guess Lelaki Terhangat Di Pasaran hidup dalam penyesalan yang tak berkesudahan after those failing years. Macam aku cakap la, menyesal sudah tidak berguna. Keluar air mata darah pun keadaan takkan sama macam dulu. Men, why do they always go for troubles. Umur macam tu, kira dah 'lega'. Anak-anak dah abih sekolah. Rumah sudah ada. Fokus untuk habiskan sisa-sisa hidup dengan lebih bahagia, lebihkan amal ibadat, ikhtiar carikan menantu ke, setel hutang ke.... If HE keep wanting to remarry, guess he has to restart everything all over again. Cuba fikir, tua-tua orang lain dah rileks buleh pergi holidays luar negara dengan anak cucu. But HIM, dok sibuk berdukung anak kecik yang orang lain buleh misunderstood as his grandchild. Tua-tua orang lain buleh tido sedap, but HE has to stay awake tukar nappy and bagi feeding to the baby. Hayo, nak ke macam tu. Some more, orang lain tua-tua buleh simpan duit kumpul harta simpanan kalu tak untuk diri sendiri pun untuk anak-anak. Orang lain tua pun kalu sakit anak buleh tengokkan. Ini, kallu buat perangai mati la sorang-sorang. Anak nih sure hold grudges towards HIM. Dia ingat senang, by telling the truth then everything will be the same. No, no, no... Takde perempuan buleh terima untuk bermadu.

What happened really gives me a great pang. Encik Jack pun tak ketinggalan merasa tempiasnya. Aku jenis tak cakap banyak. Sebab aku berkemungkinan tinggi untuk pening dengan ayat sendiri kalu aku cakap banyak-banyak. Aku bagitau 3 perkataan aje kat Encik Jack yang berbunyi, "SAYANGI.KEMALUAN.ANDA." Best jugak kalu bikin sejarah menjadi the next Lorena Bobbitt yang pernah femes dalam tahun 90an dulu. Merasalah kot aku enterprem kat History Channel #555 tuh. Baru kecoh satu kampung. Dalam tuh makna. Encik Jack sengih-sengih aje. Dia reply," Daripada I beli 'toot' lain, baik I beli BM Way (BMW)"Hah, benda belum jadi nih pandai la cakap.

Ntah... Aku rasa dah hilang kepercayaan kat marriage nih. Semua yang aku pernah kagum tuh semua last-last berantakan jugak. Entah la. Suami aku nih cemana. Harap-harap setia la sehidup semati. Kerja atau tidak, bini tetap yang menjadi mangsa. Ah, malas la nak cakap pasal masa depan yang sangat aku geruni tu. Kun fayakuun.. Pegang yang tu je la.

Kepada family terlibat yang membaca entry aku nih, aku mintak maaf bebanyak andai ada ayat aku yang mengguris hati. I am so devastated as you are now. Semoga semua isteri yang sedang diuji Allah ditabahkan hati dan dikurniakan kekuatan diri untuk mengharungi hari-hari yang mendatang. Hidup mesti terus. Time-time macam nih sangat la berharap ada kuasa superpower untuk menjadikan keadaan kembali baik seperti asal. Tapi sayang. Aku takde!

Abih citer.

Friday, August 28, 2009

#219 Me vs About Hubby

Okay aku buat... TER okay... sebab dia dah state kat situ ..TAK BUAT DOSA TAWWW.... ahaha.. nice try lah. Lenkali aku tanak buat dah... ini pun aku buat demi menjaga kerukunan hubungan ku dengannya... OK Nadimah, layannnn... Rasailah kebanggaan dalam dirimu sebab nih last edisi jawab tag aku.

1.He's sitting in front of the TV, what is on the screen?
anything about F1, car, discovery

2. You're out to eat, what kind of dressing does he get on his salad?
budu (ulam tu kan salad jugak), 1000 island, vinaigrette

3. What's one food he doesn't like?
sayur air

4. You go out to eat and have a drink. What does he order?
none specific

5. Where did he go to high school?
MRSM PC

6. What size shoe does he wear?
8?7? itu kasut dia, dia beli, dia tahu la. aku tak beli, so aku tak sure.

7. If he was to collect anything, what would it be?
car? he is not a type of collector. tak mampu lagi kot. kalu duit cam kubu, buleh la nak kolek apa²..

8. What is his favorite type of sandwich?
layan semua. janji dah siap tersedia depan mata.

9. What would this person eat every day if he could?
nasik lomak.

10. What is his favorite cereal?
cereal tak kenyang. aku beli oat suruh dia diet, dia cebik. cane nak kurus!?!

11. What would he never wear?
baju aku ofkos!
baju melayu/kemeja beropol² kat tangan, leher
baju berlabuci here n there liplap² cam pokok kismes
seluar slack bell-bottom
baju lubang² sleeveless yang sarukhan pakai tuh
songkok corak bunga² matahari bak gaya jaafar onn
kasut aladin etc
crocs?

12. What is his favorite sports team?
MacLaren kot... ada kah? (aku suci tentang F1...tapi team² pasukan keta racing tuh la)

13. Who did he vote for?
susah nak cakap.

14. Who is his best friend?
PC - Pakli
UKM- Tengku Bad, Maul, Fariz, Wan Tempang
UTP- Kang Asep, Amang, semua bebudak Indon

15. What is something you do that he wishes you wouldn't do?
masak sayur air,
pesan suruh belikan apa² lepas balik opis,
blogging

16. What is his heritage?
Melayu + Siam

17. What is his favourite colour?
asal sesuai

18. What is his habit?
-tgk F1 sambil pegang remote astro tak lepas-takut aku ubah channel,
-bawak keta laju² sambil membayangkan Kia dia tuh kat trek perlumbaan,
-gibberish talk with adam-tabiat buruk sukar dikikis dia!
-pasang ekon walau seminggu ujan turun tak berhenti
-tinggalkan gayung atas toilet bowl-arrrgghhhh...i nag a lot. but he keep doing.

19. What is he proud of?
Being a ketua jabatan. He is superworkaholic. Nak tanggung bini tak keje kaaaannn...

20. Who he loves the most?
entah.. tak penah tunjuk. Tapi zaman bercinta, aku lah kot.

Sunday, August 2, 2009

#201 Me Vs A-37hours-Day

(Keje aku dan Adam yang memang takde keje...)

Budak ini macam muka Adam kan?!

Amiiiiinn....

Jangan kacau. Saya tengah tido.

Tikar ini hitam. Tabur bedak biar putih sket -Adam.

Tido bersulamkan mimpi taichi

Tgk tv sambil korek bijih cenggini best wok!!!

Senyuman seorang yang keboringan.


Aksi mata Sailormoon.. *blink*blink*blink
Panjangnya hari ni. Macam ada 37jam dalam satu hari. Boringnya! Macam biasa la, aktiviti hujung minggu kitorg adalah menggelupur kebosanan xkemana². Nak berjalan, tak tahu nak tuju ke mana. Nak bawak budak ni, malas! So keje kitorg harini tido dan surf berganti²... Kesian adam. Takde orang yang ala² rajin nak melayan dia.. Baik aku mahupun hubby pakat buat hal masing².

Aku cuci jamban, vakum kapet, vakum sawang, lap habuk, iron baju ketua jabatan utk seminggu, kemas umah bagi mengisi masa agar tak bosan kononnya. Tapi bosan jugak! Huh!!! Takde ke babysitter nak ambik upah jaga anak aku so that aku dengan hubby boleh keluar tgk wayang? (skang banyak citer box office release kan..kan..kan..)

Argghhh... Time boring² camnih mula la fikiran aku sibuk memikirkan nak cari keje.. Huhu.. Tua² baru terhegeh² nak buat resume.. Hahaha.. Hubby cakap kat kampus Permatang Pauh tengah bina library baru. Kira pasnih komfem arr nak pakai ramai staf. Hmmm... Aku kira hubby hint aku suh cari keje la tuh. Agaknya dah malas tgk aku asyik mengabiskan duit dia wahahaha... (habis ke mana la sangat.. Aku bukannya jangok, bukan pakai kain baju mahal², tiap² bulan xpenah mintak emas berlian, never mintak pegi SPA mahupun salon..) Aku nih kira bini yang menguntungkan suami lah.. Xreti nak meminta² walaupun tak salah kalu aku nak mintak pun. Tapi hubby dah hint tuh. Aku pun cakap kat dia, "Boleh... Tapi I tanak balik kul 6!" Hahahaha... Ada ke org keje library kene balik kul 6 semata² nak tunggu ketua jabatan siap keje.. Malas aku!

Aritu masa kat Kota Bharu aku cakap kat mak aku, aku nak keje SSF tapi hubby xkasi sebab malas nak hantar ambik aku memandangkan area SSF tuh jammed pagi petang. Mak aku cakap, "Gaji berapa sen? Nak bayar pengasuh Adam berapa?" Wah, terasa cetek sungguh cita². Aku kira, keje SSF memang gaji tak banyak but I can gain experience bab² menggubah semua tuh yang aku minat giler tuh.. Mana tahu kot² in future aku boleh ambik upah gubah hantaran secara professional serta penuh serius. Tapi.... Emmm... Malas nak cakap apa. Rasa cam keji pulak diri aku. Time orang lain mengejar cari keje tempat gaji besar² dan glemer, aku pulak bercita² nak keje SSF... Sangat tak glemer..

Kesimpulannya aku sendiri tak tahu apa nak jadi dengan diri aku nih. Keje ke, tak keje ke.. Tak tahu lah aku. Nak jadi engineer yang kononnya cabang ijazah aku, rasa tak suka. Yang aku suka, overqualified pulak. Malas lah nak pikir. Bila hubby rasa cam malas giler nak tanggung aku, nanti aku pikir la.

Bosan, bosan, bosan. Bosan la jadi diri aku nih.. Bila la boleh jadi Angelina Jolie pulak.

Wednesday, July 15, 2009

#180 Me Vs Being A Lioness

Wahaha.. Dah banyak hari aku mengibutirikan anak sendiri itu. Dia sangat² bikin hatiku kacau. Pantang terjumpa pen pasti dinding rumah ku menjadi mangsa signaturenya. Ingat Wall of Fame ke apa?! Baru tadi dia buat double summersault kat meja pc nih. Suka sangat panjat meja pc pastu bukak tutup lid scanner-printer atas tu. Berbuih mulut orang larang, dah banyak kali aku alihkan dia letak kat bawah but still degil jugak nak main atas tu. Tadi, entah dia miss stepping cane, jatuh terduduk atas kerusi. Ingatkan dah stabil camtu, rupanya belum. Jatuh lagi sekali, head first atas lantai. Dua kali spin off la. Padan muka. Hopefully dia akan beringat lepas nih. Meraung seround. Aku tambah lagi potpetpotpet sebakul. Hambik. Nak sangat panjat. Time menyinga tu sejuk semerta bila tgk gambar² lama ni...
















Btw, semalam aku tgk Gugu Gaga Erra Fazira.. Hoho.. Aku ingatkan surirumah macam aku je mengalami macam tu. Rupanya si Diva Erra Fazira pun tak terlepas dari merasai pengalaman yang sama macam aku. -No more candle light dinners after getting married. Then, after having baby memang payah la nak keluar berfoya-foya.. Haha.. Erra pun rasa macam tu jugak! What to do kan.. This is the price we've got to pay for the superb happiness we gained!