Dark Fellows

Showing posts with label life. Show all posts
Showing posts with label life. Show all posts

Friday, October 21, 2016

#1360 Me Vs Self Reflecting

SPOILER ALERT::::::THIS GONNA BE A LONG ENTRY.

Belanja gambar jate seksi sepukol! 

Bak kata 'ahli Parlimen Melor', kalu ada gambar tino comey kat mug, baru selera nak telan air... Kahkahkah mu ado?!
Okay. Aku baru lepas buat hal lagi minggu ni. Dah lama sangat tak buat hal kan. Let us blame the weather. Hujan-hujan ni takleh nak berhobi gardening. Nak membaja pun takde mood. Silap pulak pegi buat baja roti hujan-hujan ni. Baja dah ready, nak kena put on hold sampai cuaca kembali panas baru sedap-sedap merenjis. 
Series marathon days
Sesuai dengan cuaca yang mendung dan hujan tak berenti kekadang tu, memang kena benar la kalu nak buat hal. I've been occupied with some series.. Boring movie marathon, kita series marathon pulak. Drama Korea memang lama dah tak tengok. Last Descendants Of The Sun tu la. Pastu takde drama menarik dah nak tengok, which I kinda feeling grateful for that. Susah jugak kalu great drama keep coming up. Too much temptingssss to get rid of.
Sunday morning. I came down to see this.
After finishing 2 seasons of a quite good series, I did some self reflecting. It's a good tv series,  (siri tv ni tak tayang kat Malaysia ku tercinta) sampai berjaya mengetuk pintu hati aku. Nothing big, cuma buat aku terfikir balik what was I be like, 10 years ago? 20 years ago? And if it happens that we can turn back time, what would I do to change my destiny.
Here's some amendments that I could think of... I'd write them down. Owh, gambar atas ni tuan punya kaki sendiri yang tulis bukan aku ye.

If I can turn back time 1980s...
Aku tak nak mengelat baca quran. Masa kecik-kecik dulu our parents ada hire ustaz datang rumah ajar quran tapi kitorang menyorok time ustaz datang. Lastly, tak jadi hire ustaz tu. Tu lah, jiwa rock and roll sangat. Sampai ke tua tak pandai baca quran. Boleh la baca, tapi takde la lancar. Tiap kali kelas pendidikan Islam kat sekolah tak kira la sekolah rendah, sekolah menengah, kolej, memang kecut perut kalu ustaz/ustazah suruh baca... Kantoi hoi tak pandai mengaji. Rugi tu, tua-tua ni la baru rasa.

Lagi satu, kalu masa boleh diputar kembali aku tak nak duk umah pakai spender aje... Sampai ke tua kena bahan kat mak aku. Not fun ok. Jaman 80an tu ekon-ekon ni tak keren lagi. Panas-panas bukak baju terus je. Sampai mak aku kata spender tu uniform rumah aku. Kahkah. Okaylah tu kan... Kalu duk umah panas-panas tu takkan nak pakai baju Bolos pulak. (anybody ingat lagi rancangan Bolos????)

If I can turn back time early 1990s
Aku nak jadi anak yang baik, pelajar yang baik, anak sedara cum pelajar yang baik. Well, takde la bad ass sangat. Cuma aku malas belajar sket je. Malas-malas pun PMR bersepah jugak A aku. I'm not  that bad, cuma aku takleh nak commit kerajinan dalam Math. Arwah makcik aku cikgu Math kat sekolah aku, ngajar aku masa form 3. Sebenarnya dari darjah 6 lagi dia duk coaching Math aku. Free tutorial, ajaran terbaek tapi aku tetap tak bersyukur. Selalu nak mengelat. Dalam kelas kalu time arwah ngajar, dia lalu tepi aku selalu tanya aku, paham tak. Laju je la aku jawab paham. Saje coverline takut kawan kata nak manja-manja dengan mak sedara kat sekolah. I missed arwah... The most dedicated Math teacher on this universe. Sampai tahap kalu demam anak murid datang rumah nak tanya pasal Math, dan-dan jadi sihat. Masya Allah... May Allah grant her the greatest jannah.

If I can turn back time late 1990s
Walau aku tak suka duduk kat maktab, what choice did I have. Kat alma matter pun dah takde geng. Semua cream of the cream dah bawa haluan masing-masing ke boarding school lain. So, aku cuba bertahan di tempat yang aku tak fun demi muka-muka yang aku kenal. Ramai Zainab scorers yang dapat pegi Maktab. My arwah bff pun dapat situ jugak. Nawaitu dah jadi pegi kerana ikutan kawan-kawan. If can make things right, I want to make peace with the DS's food. Aku takleh nak kata kalu masa boleh diundur, aku nak belajar rajin-rajin... Sebabnya sampai sekarang pun aku tak tahu intipati fizik kimia bio Add Math... Semua takleh nak digest... Kihkihkih... Okaylah... I wish, I can study more obediently. Less play, work harder. 

Aku kenal Encik Jack masa kat Maktab. So, kalu masa diputar kembali, aku takleh kata aku tak nak bercinta zaman belajar. Sebab sampai bila-bila pun insya Allah aku tetap pilih dia. Dia aku tak tahu lah pulak kalu-kalu nak tukar aku dengan si cantik manis lain...

If I can turn back time early 2000s
More study, less drama.. Kahkahkah... Kidding. Bila banyak tengok US tv series, tengok drama Korea, banyak dipaparkan kehidupan pelajar kolej/universiti yang buat keje part time sambil belajar. In fact, ramai jugak kawan-kawan aku yang buat. Keje kat kedai makan, cyber cafe, stores, etc... Memang aku respek sama pelajar-pelajar yang mampu buat 2 keje dalam satu masa; belajar & keje.

Seumur hidup aku tak pernah kerja dan tak pernah rasa susah banting tulang untuk dapat duit. Pun begitu tidaklah bermakna aku lahir dalam dulang emas. Bila tak pernah tahu macam mana rasanya kerja dan dapat duit dari titik peluh sendiri ni kan, memang tak boleh nak komen apa-apa la. This always happen in my family. Kalu aku tak puas hati atas satu-satu isu pun, memang hukuman mandatorinya, adalah aku takleh komen apa-apa sebab aku takde experience pasal keje. Memang rasa rendah diri, jujur aku cakap. In fact, ramai yang aku kenal memang pandang rendah pada jobless person macam aku. It's okay, aku dah takde feel dah nak melatah sentap pun. Sampai satu tahap aku dah percaya itulah standard yang selayaknya untuk aku. Redha sudah la. Sape suruh malas belajar dulu.

Jika dikenang kembali... Zaman kolej aku lebih putih dari zaman uni. Kat kolej matrikulasi, aku lone ranger. Ada la kawan tapi takde yang betul-betul rapat. My new policy masa tu lah- tak nak rapat dengan sape-sape sebab matrik ni setahun setengah aje. Lepas tu akan berpisah entah ke mana-mana masing-masing. So, I kept my distance from others. Zaman kolej ni takde apa sangat yang aku kesalkan.. Sebab aku memang go by the book... Ikut peraturan gitu. Lagipun kat ceruk Bangi tu ada apa. Warta? Huuuuu...

Masuk uni, dapat pulak course yang aku tak mintak. In fact, suicidal course. Nak tukar course, tak boleh sebab kitorang ni batch lelong... Hadap je lah... Memang tak minat langsung lah... First sem aje dapat 3 pointer sebab semua subjek bahasa dengan TITAS. Score la. Second sem sampai habis tu malu la nak citer. Transcript aku paling panjang antara semua coursemate aku... Sebab aku extend sampai maximum semester-10! Kahkahkah... My uni time memang takde yang membanggakan. As a matter of fact, aku memang takde benda boleh cakap pasal uni life. Aku belajar sebab orang lain belajar.

Oh baru ingat, kalu boleh undur masa, aku tak nak terima tawaran 3rd intake USM tahun 2000. If I knew things happened to be this way, aku rela tunggu the next offer. Tak masuk sekali kawan-kawan batch aku pun takpe la. Tapi masa tu down giler dowh... Dah la matrik dapat bukan dalam list aku. Lepas matrik pun kena lelong lagi... Lelong sampai UMS siot... Kalu Malaysia ni sampai ke Timor Timor, agaknya sampai ke Sulu pun diorang lelong aku. Spelek sana sini dapatlah tukar ke USM. Unfortunately, there's a price I need to pay. I had to skip my MUET test.. Sebelum tu dah buat speaking test. Reading, Writing, test aku tak pergi sebab tarikh yang sama kena daftar diri kat USM. So aku dapat band apa? Jawapan: TIADA NILAI. Apa pun alasan, surat tunjuk sebab berkajang pun, memang tetap takleh nak ganti test tu. Kecuali repeat the whole test lah. Which is, memang tak la.

Aku duk pikir-pikir, dulu kalu lepas matrik tu aku turn down the offer and re-apply, apa agaknya jadi kat aku sekarang. Aku bukan nak apply course luar biasa luar kemampuan aku pun... Mintak cikgu pun kena reject apakah? Aku mintak course bahasa-bahasa pun reject jugak... Bagi jugak course core science yang memang aku tak master tu kat aku. Jilake betul.  Orang nak move on dari science subjek, yang tu jugak yang dia bagi. Dah cane aku nak excell? 

There's no use of crying over spilled milk. Aku redha dengan perancangan Allah untuk aku. Allah kata, Dia takkan ubah nasib sesuatu kaum kalau kaum tu sendiri tak berusaha untuk mengubahnya. In my case, aku lah yang tak berusaha. Aku lah yang mencorak jalan hidup aku. Now, here I am. Not as  great as other friends.. But I'll be okay in sya Allah.

Dulu masa aku kat uni, aku memang tak reti pun nak pegi mana-mana luar dari laluan bas. Aku tengok member-member aku, hujung minggu join trip round island lah... hiking bukit Jambul lah.. Jogging kat padang Minden lah... You know, have a fun life dengan kawan-kawan... Bukannya life aku sekarang tak fun... Fun cara orang dah beranak pinak ni lain. Fun cara orang bujang lain. Orang bujang ni less restriction. Nak pegi mana, berapa lama, sampai kul berapa, ikut suka. Tak perlu ambik kira faktor kesesuaian umur budak... Ngerti? Being a mom, a wife and housewife, setiap peranan tu ada bawa erti kebahagiaan kat aku, cuma kekadang, jejarang tetap takleh elak dari rasa rindu dengan kawan-kawan lama, memori lama. It happens.

If I can turn back time 2006
2006 adalah tahun aku lepas grad, bertunang dan kawin. Too much things happened in a year? Aku tak citer pasal duit yang habis lagi tuuu... Hahahaha... Okey, things yang aku nak fix mostly pasal majlis kawin aku la. Dulu masa muda mudi, tengah hotblooded.. Asyik nak ikut trend je.. Bila fikir balik banyak pembaziran yang aku dah buat. Kad kawin contohnya, aku tempah yang agak pricey... Sebab apa, sebab masa tu ada hamba Allah tu kata nak sponsor. Siap suruh aku pilih font gold lagi. (Font gold kena extra charge)... Nasib baik aku belasah font dakwat hitam bodo je... Last-last minute, hamba Allah tu tak sponsor ke atau dia bayar tapi tak sepenuhnya... Aku tak ingat the real picture, sorry. Menyesal gak la tapi nak buat cemana dah tempah mana boleh tak bayar. Kalu aku tahu hamba Allah tu nak buat hal, baik aku tempah kad yang 40 sen sekeping tu. Oh btw, masa aku kawin ada lagi kad 40 sen sekeping-yang ada perfume buat pening kepala tu LOL. Itu pasal kad kawin... Meh citer pasal baju pulek...

Bagi individu yang bersusuk tubuh yang sebegini unik seperti aku, mana mungkin dapat sewa baju di butik pengantin. Aku ada survey sebelum tu, ada tokei butik yang awal-awal lagi bagitau aku, sori takde saiz aku. Memang kena rijek mentah-mentah siot. Hancur hati bakal pengantin. Ada yang dengan konfidennya kata, oh takde hal, baju boleh alter ikut saiz aku. Base on what I've seen, their definition of 'alter' tu main sepit-sepit guna cloth pegs aje ok! Bukannya tetas balik baju tu and jahit kecilkan.. Kau ingat tokei butik banyak masa nak buat keje remeh macam ni time peak season kawin-kawin ni?

Hancur hati punya pasal, terpaksa la shopping lace kat kedai mahal... Tak silap aku RM200 lebih semeter... Lagi hancur hati remuk redam bila tailor kat butik pengantin jahit baju kawin aku tak macam yang aku nak. Masa measure fitting tu, bulan bintang dia janjikan aku. Dah la hari akad nikah baru siap baju. Beading separuh jalan tak sempat siap. Sakitnya hati!!!!! So, kalu masa boleh diundur, aku sewa aje lah baju kawin walau dia kepit kat belakang pakai sepit ketam pun. Takde la frust macam dirobek-robek ni. Or, I should rather say, kalu masa boleh diundur balik, aku nak kawin ikut cara Islam je. No this and that. Yang penting, akad nikah aje. Bab jemputan yang melimpah sekampung tu bukan salah aku. I personally did not want that. Tapi mak aku, paham-paham la.

And yes, kalu masa boleh undur balik, aku memang nak nikah koboi je. Yang penting sah. Bila baca kat fb ada pasangan muda yang kawin dengan bajet ciput tu, rasa jeles pulak. Nape aku tak buat camtu dulu? I think belah encik Jack pun takde kisahkan sangat pasal ni sebab masa aku kawin tu pun encik Jack tengah belajar lagi. Kitorang both side memang bukan pentingkan adat sangat. Cuma belah ayah aku la tak tahu cemana penerimaan diorang kalu aku kawin cincai ni.

Okay, rewind sikit lagi.. Tertinggal part bertunang.... Ermmm bertunang pun aku tak nak buat. All this thing buang duit je. Pulak tu bukan duit aku. Hahahahahaaa... Nampak tak betapa tak bermaruahnya tuan tanah ni. Nak bertunang tapi duit sendiri tak ada. Hoho... Tapi tetap nak bertunang. Bertunang tu mainstream time tu... Kesian mak aku, kena turutkan kehendak anak bongsu kedaung dia ni.. Bertunang la juga... Like I said, kalu masa boleh diputar kembali, I'll skip this part. And all parts yang menyusahkan mak aku. Insaf dah.

Okay. Habis pasal kawin.

Lagi satu yang aku nak sangat betulkan balik keadaan tahun 2006 ni... -nak ambik lesen keta. Kat Seri Iskandar tu, kawasan yang aku duk time tu tak banyak keta. Encik Jack ada offer nak ajar aku bawak keta area umah sewa time tu. Masa tu pakai Kancil lagi. Kira ngam lah buat belajar keta. Tapi aku tak nak. Masa tu takde anak lagi... Kira best moment lah kalu nak belajar. Tambah pulak tengah peringkat sayang-sayang level candy crush tu, kalu tercalar keta ada la lagi harapan nak balik umah dengan senyuman lagi. Now jangan harap lah weyy. Kereta=bini muda. Hadam. Kalu masa tu aku dah berjaya dapat lesen, agaknya sekarang ni after 10 tahun boleh dah kot bawak keta. Or at least ada la keberanian sikit-sikit tu... Huhu... Dah la tak keje, takde lesen keta, takleh drive... Mana la orang tak perlekeh.


To Be Continued. 

Wednesday, July 3, 2013

#1042 Me Vs Lemon Lemon

Minggu ni beli banyak lemon. Biasanya tiap hari mesti minum sirap lemon or iced lemon tea. Tak pun kekadang picit dalam budu. Perah lemon dalam budu? Hilir sungguh. Citernya harini membaking lagi. Serbuk koko dah habis. Kat Tesco baru ni ada yang kotak besar aje. Aku tak beli la. Bila mulut asyik nak mengudap aje tapi makanan jajan takde, makanya rajin la tangan menggodek resipi online. Dok koya nak makan lemon cake. Entah tiba-tiba teringin. Padahal tak pernah-pernah hayat aku makan kek ni. Terpengaruh tengok gambar kek menarik tertarik memang the bomb lah. Ni resipi mak sedara aku. (martha stewart kah kah kah)
Aku bukanlah seorang baker yang professional. So, mata aku ni tak reti la nak nilai kek aku ni dah kira menjadi ke tidak. Hadap je la sorang-sorang time takde benda nak makan tu. Pada tekak aku yang dah biasa mengadap kek cekelat, aku rasa kek lemon ni rasa keknya biasa-biasa je. Dan memuakkan. Makan 2-3 keping dah pusing-pusing kepala. Bila la nak habis kek ni. Kek cekelat laju sikit aku makan.
Macam biasa la, kalu aku buat kek memang bab frosting atau topping memang aku agak malas nak buat. Aku ambik kira faktor nak simpan tu la. Kalu buh frosting kat atas tu, nanti habis la comot melekit dalam tupperware. Nak bagi Zaraa pun leceh la berlengas situ sini kan. So, aku makan je la kek bodo aku ni tanpa lemon frosting.
Makan bakso je la dah tak lalu ni.
Hmm... Banyak hari dah tak lalu makan. Minggu depan dah nak start Ramadan. Sebelum start Ramadan tu, aku dok memikirkan agenda 7 Julai ni. Rabbi yassir wala tuassir yaa kariiim... Walaupun bukan aku yang kena handle, tapi tempias memang lencun jugak la kat aku. Haih... Susah betol berdepan dengan orang gila ni. Dengan kita-kita sekali nak tergila. Imagine lah macam lintah. Melekat kat kaki ko dok isap darah sruuut sruuuut sruuuut tak lepas-lepas. Ko tenyeh abu jatuh la dia sekejap. Pastu bila bau darah, datang lagi. And on and on and on... Boringnya drama lintah darat ni... Campak-lekat-campak-lekat-LOOP.

Memang malang la nasib kitorang yang memang takleh escape dari lintah-lintah ni sampai mati sekali pun. Kitorang mati baru habis cerita, kalu habis. 

Hoi esok nak makan apa ni. Tak lalu nyer. Tolong!!!!

Thursday, June 13, 2013

#1032 Me Vs Sinking

Takde apa menarik yang berlaku dalam seminggu dua lepas balik dari kampung. Hidup adalah biasa-biasa sahaja. Mostly, meltdown moments lah. Why, surirumah tak boleh ada meltdown ke? Tapi benda ni tertalu personal, aku citer pasal moist choc cake je lah. Tetiba je kan. 

Biasa lah. Bila dah balik Penang ni bermula la hidup makan gandum-base food. Missing Kelantan food already. Tekak terasa nak makan kek cekelat. Tapi resipi Nik Deana takde dengan aku. Apa kata try resipi Nik lain pulak kan. Aku google dapat resipi dari Nik minah saleh. Sedap jugak. Yang penting, sangat lembap. Bahan sangat simple dan sikit. Ini aku dah halfkan dari resipi asal. Bila siap bakar tu dapat la agak-agak kek dalam setengah kilo. Aku bakar dalam periuk cinonet je. Cukup la kan stok untuk hadap seminggu. Sesape nak try sila la. Mudah je buat. Aku mix pakai tangan je.

Moist Choc Cake
1 cup flour
1 cup sigar
1/3 cup cocoa powder
1 tsp baking soda
1/2 tsp baking powder
1 egg
1/2 tsp salt
1/2 cup buttermilk (buat sendiri je)
1/2 cup oil
1 tsp vanilla
1/2 cup boiling water
1 tsp nescafe *optional

1. Satukan semua bahan kecuali air panas. Kacau hingga sebati.
2. Tuang air panas dalam campuran tadi. Kacau lagi hingga semua sebati.
3. Tuang dalam pan pembakar, bakar dalam oven 150 C, 50-60 min. (this is a slow cooking process)

Campuran adalah sangat cair kalu ko tengok. Tapi jangan risau, menjadik punya. Tak payah tambah tepung, biar je camtu. 2 kali dah buat resipi ni. Tak puas rasa makan. Kek ni tak pakai butter. (selamat butter aku) Sebab dah substitute dengan  minyak masak tu kot. 

Posa ganti aku tinggal 9 hari lagi. Posa yang tinggal sebab bersalin kat Zaraa tu tinggal sehari je lagi. 8 hari lagi tu posa tahun lepas. Rasa macam tak percaya posa sebulan yang tinggal masa bersalin kat Zaraa tu aku dah almost nak settle. Alhamdulillah... Tak banyak la kena fidyah tahun ni. Aku target nak perabis posa yang tinggal sebab bersalin tu je. Posa yang tahun lepas punya kalu sempat, aku setelkan. Tak nak paksa diri sangat sebab dah nak Ramadan dah kan. Bimbang kalu paksa-paksa sangat, nanti gastrik lagi. Posa tahun ni yang penting biar buleh perform. Doa-doa la.

Bila tengok balik countdown 75 hari yang aku tinggal posa tu sejak 4 tahun lalu, memang rasa berwarna-warni perasaan. Pahit manis nak mengabiskan semua posa ganti tu memang tak boleh nak cerita la. Bila tengok yang aku pangkah dah nak sampai ke penamat, rasa tak sabar nak habiskan. Tapi tak boleh tamak. Aku kan ada penyakit. Tak boleh kerek sangat. Dah boleh setelkan sebanyak ni pun alhamdulillah sangat-sangat. Sampai bila nak kena keluarkan fidyah ye dak?

Balik Penang ni bebudak dah tak berapa nak makan. Boring kan asyik makan gandum je kudapan kat sini. Posa-posa ni memang tak payah citer la betapa penat dan tak laratnya. Sampai satu tahap aku rasa tak nak bagi makan kat bebudak ni. Zaraa specially. Kenapa? Sebab dia tak appreciate my hard work. Dapat makanan, sepah-sepah serata tempat. Dapat minuman, ditumpah-tumpahkan serata kapet dan lantai. Mak penat la oi. Hari mula-mula sampai Penang tu makan gulai kawah perangat. Sedap betul dia sepahkan dan lumur kuah gulai yang berlemak tepu tu ke lantai... Nak menanges mop lantai nak hilangkan kesan greasy lemak lembu tu. Tiap hari macam tu. Sampai satu hari tu rasa berkobar-kobar nak resign jadi surirumah sebab tak tahan kena mengemop mengelap hasil kerjaan anak-anak. Korang duduklah kat neseri!

Mood time posa ni memang sangat bergelora la. Bila bagi makan, anak-anak buat macam tu memang rasa tak nak bagi makan je. Biarlah kebulur pun. Dah kalu bagi, kita jugak yang penat. Aku posa, korang pun posalah jugak. Puas hati. I wish I could do that. Tapi mana buleh kan. Huk aloh... Selagi belum tutup mata, keje-keje-keje la.

Sem depan encik Jack dipinjamkan ke kampus Pasir Gudang untuk 1 sem. Sebelum ni meeting kata mungkin 2 minggu je seorang then gilir-gilir la ikut turn dengan lecturer lain. Pastu meeting minggu lepas kata kena pegi 6 bulan pulak. This news is bitter to me. Banyak hari aku terganggu dok pikir pasal ni. Encik Jack bagi kata mandatori suruh aku berdikari kat sini. Berdikari.

Ye, hidup aku kat sini banyak bergantung kat dia. Tapi ditinggalkan terkontang-kanting menguruskan anak-anak secara sendirian berhad meragukan aku. Tak konfiden weh. Abaikan soal driving. Ofkos aku boleh ambik lesen pasni. Bab konfiden tak konfiden mula-mula drive tu belakang kira. Bila dah desperate mesti boleh punya. Tapi nak dok 3 beranak kat Hong Kong ni mampukah aku. Sedara takde. Jiran tak rapat mana. Jumpa depan rumah pun sekadar senyum-senyum aje.

Orang nak suruh aku berdikari tu senang la. Orang tu sendiri pernah ke spend masa cukup 24 jam sehari dengan anak-anak ni sepanjang hayat diorang? Tak pernah. Pernah ke jaga anak sakit demam sorang-sorang time aku takde sehari? Tak pernah. Pernah ke jaga makan pakai anak-anak tanpa bantuan orang. Tak pernah. Aku pun tatau apakah perasaan aku yang tak suka idea dok sini 3 beranak selama 6 bulan sendiri-sendiri ni adalah betul atau salah. Should I protest? Or shouldn't I?

Masalahnya tu lah. Tahun depan Adam dah darjah 1. Nak tukar sekolah macam serba-salah 6 bulan je. Nak dok sini, sape lah nak sacrifice commitment untuk teman aku berbulan-bulan. Nak dok tanpa teman, takut jugak malam-malam kalu ada emergency ke apa. Kang balik-balik dari Pasir Gudang tengok 3 beranak dah sejuk tak bernyawa apa citer? Dok teringat-ingat lagi budak motor datang ketuk pintu bawak kayu pagi buta tu. Isu ni sangat sensitif. Masing-masing kalu buleh mengelak dari cakap pasal ni. Sebab kalu bila terlepas gerenti dua-dua tak sama pendapat. Sigh.

No komen. Patutnya kena pegi tanya kat Sekolah Adam tu dulu. Haih tatau la. Malas pikir. Malas pikir. Apa nak jadi, jadi lah. Kemudian menyesal takpe lah.

Stress,
Blog Diva.


Itu pun nak stres ke.

Wednesday, December 5, 2012

#958 Me Vs Menjeling Rotan

Tengok tangan dia tu nak buat apa kat adik.
Ada lah gambar sebab aku sweep clean some of my albums kat picasa. Buleh la slot in a few photos here. Lepas ni exceed limit lagi. I have to think of a way. Memang kena bukak blog lain lah gamaknya ye. Tanya pun takde sape yang jawab jugak kat sini. LOL. 
Mato bulat perut bulat.
Ye, kelmarin aku buat tea party kat budak dua orang ni. Tea party, but not including tea. Tea = sembelit. Haha. Tak, sebenarnya malas nak ulang alik ke dapur sebab aku isi mi Zaraa ni dalam mangkuk Corelle. Kalu tinggal nak ulang alik tu takut pecah pulak di tangan mek comei ni. Umah aku pecah Vision. Umah MIL dia pecahkan tudung periuk jenis kaca jugak. Rilek ye MIL!
Superman payah makan.
Tea party kami simple aje. Saje nak alih tumpuan diorang dari ajak aku keluar pegi playground. Hihi. Jangan tak tau Zaraa skang ni memang takleh tengok gelongsor gerenti nak naik. Skang ni musim hujan, gelongsor selalu basah. Lagi satu, taik hanjing memang banyak. Hujan-hujan ni buat was-was aku je. Manalah sempat nak perati kaki diorang step kat mana-mana bersih ke tidak. Baiklah aku buat piknik kat porch macam ni je. Pagi kelmarin kitorang basuh porch. Imagine sendiri la betapa kucar-kacirnya sepanjang proses pembasuhan.

Encik Jack takde 3 hari 2 malam ni memang serak tekak aku dibuatnya. Ada-ada je la budak dua beradik ni. Tiap hari dok gatal tangan nak capai rotan yang aku parking kat atas tangga. Geram seyh. Aku baru je masuk jamban. Belum sempat nak sedap-sedap dah dengar Zaraa nangis dikacau Adam. Selalu kena pukul la kat abang dia. Kadang-kadang kes berebut. Kadang-kadang kes tolak-menolak. Tak tahu la nak slow talk macam mana lagi. Macam mana la tak bengkeng dengan anak-anak. Setakat cakap dengan tone keibuan tu memang dia tak ambik port pun. Menjawab lagi ada la. Bonus, jelir lidah. Tak geram?

Aku kan, kalu buleh memang tak nak lah guna rotan tu. Aku membesar pun tak pernah rasa rotan tu. Sabar tu memang la kena sabar. Tapi satu tahap, bila kesabaran off limit, cemano? Ada rotan dalam rumah ni 'berhantu' tau. Tangan asyik nak tercapai aje rotan tu tiap kali dia buat perangai. Kalu time takde takpe pulak. Aku dah lama tak pukul dia. Tapi sejak daddy takde ni memang kena la dia. Better kena dengan tangan aku dari kena dengan tangan besar satu lagi tu. Yang herannya, tak serik-serik ke dia. (ya, you might say, alah budak, biasa la tu... tapi budak lain ada jugak kan yang sekali kena memang ingat sampai bila-bila)

Zaraa ni dalam dua tiga hari ni asyik tumpah-menumpah, ramas-meramas, picit-memicit, lengser-melengser kat serata rumah. Kalu bagi susu time dia tak haus sangat, memang selamat la dia banjirkan depan tv. Tahu-tahu la lantai umah ni kan kayu. (kalu bukan kayu pun sanggup ke nak biar susu tu melekit kat lantai pastu ko dok lalu lalang terpijak susu tu pastu dok bawak benda kotor tu serata rumah?) Kalu bukan kat lantai, kat kapet. Baru ni sepupu aku ada singgah dari Alor Setar. Aku hidang air sirap kat diorang. Lepas diorang balik, sirap belen tu aku buh la dalam botol Zaraa. Selamat dia curah atas sofa so good aku yang tersangat aku sayangi itu. Tak rasa nak meroyan? Malam tu jugak tanggalkan cushion cover kasi rendam. (looking at the bright side, kalu Zaraa tak tuang sirap tu, patbelas tahun pun tak basuh-basuh jugak kan!) Semalam, nak bubuh semula tu merasalah nak patah riuk semua tulang jari-jemari. Tanggal mudah, nak masukkan balik Ya Allah (....comeinya sofa aku ni). Sabar, sabar. Tahan je la. Women suffer to look beautiful kan. Patbelas tahun lagi lah aku cuci cover sofa aku! Tak sanggup.

Tadi dah call Floor Depot. Diorang nak mai tengok esok kalu jadi. Hopefully tak payah keluar duit yang banyak la. Kalu semua under warranty lagi bagus. Sila bertenang dulu ye Jie. Nati aku update lepas orang Floor Depot mari esok.

Sunday, October 28, 2012

#947 Me Vs The Court



Tuesday, June 5, 2012

#887 Me Vs Susahnya

Balik dari wedding anak sepupu aku minggu lepas kat KB, semua penduduk di rumah ini tak sihat. Everyone is down with flu. Adam and Zaraa ada extra, demam. Kalu kata aku tak seronok nak bergathering ramai-ramai, nampak macam antisosial pulak. At least not until my kids are grown. Susahnya bila anak kecil tak sihat tau! Nak-nak pulak, kalu jenis yang lambat baik macam anak-anak aku ni. Tapi nak buat macam mana. Takkan semata-mata tengok anak orang hidung berhingus tetiba je aku nak tarik diri kan. Buat-buat tak nampak je lah. Pastu bila betul-betul kena, baru menyumpah dalam hati. Kan?! Macam tu lah bila ada anak kecik. Memang takleh lari dah. Nak-nak kalu duduk dalam komuniti yang tak concern sangat pasal health problem ni. Motif, kalu sakit ubat kan ada.
Zaraa dengan jamban bundle nya.
Cuti sekolah aku buat apa? Mengawal diri dari menjadi kaki pukul yang ditakuti. Hari-hari adalah menguji kesabaran. Mahu online pun sudah tiada ketenangan seperti selalu. Masa lapang adalah sangat banyak. Tapi kesempatan tidak ada. Masing-masing sangat expert untuk buat aku panas punggung nak berlama-lama di depan lappy ini. *hoho zaman skang ni mahu sebut laptop je pun dah rasa macam guna alat zaman batu. Semua orang online guna ipad, smart phones, android (eh ke menatang apa android ni) etc. Aku je masih di takuk lama online guna laptop. Malunya.

Zaraa semenjak ada gigi ni makin la tak nak makan. Makin kurus dan makin kurang cute dah aku tengok. Makan serba sikit. Adult food yang merepek-repek tu dia suka lah. Susu pun minum main-main. Huh, semua pun nak ikut stail aku. Takde ke sorang nak ikut kuat makan macam encik Jack? Nampak gaya memang takde la anak aku yang bertubuh kepal-kepal. Tengok anak orang montel-montel nampak terletak je pakai apa pun. Semua yang jumpa Zaraa kat wedding aritu cakap Zaraa lain dalam fb. Kat fb nampak besar padahal kat luar inperson kecik je tuannya. Kata-kata yang mematahkan hati aku. *Tak nak makan sudah lah.
Suka Oreo budak ni.
Balik dari wedding aritu, Zaraa dah pandai kenyit mata. Pastu buat muka inesen tak mengaku. Kat KL aritu dia dah pandai tunjuk guna jari telunjuk. Terkejut jugak tetiba tunjuk bakat terpendam ni. Now dah faham kalu orang sebut 'tepuk tangan' cepat-cepat dia tepuk. Dah pandai bye-bye orang. Dah pandai tepuk mulut ala-ala red indian buat. Tido adalah sangat susah skang ni. Ditambah pulak Adam tak sekolah cuti ni, lagi la buat aku membara-bara nak marahkan dia. Susah betul nak tumbangkan anak perempuan aku ni. Dia nak tido sambil dukung pulak dah skang ni. Letak sekejap, datang abang dia buat bising, bangun pulak. Nanges pulak takde manja-manja. Terus gear 5 la selalunya. Aktiviti ke toilet kadang-kadang adalah sangat haru-biru. Kalu cirit, sah-sah kena angkut dia-dia sekali masuk toilet. Kisah benar ni.Susahnya jadi surirumah.
Suka durian budak ni.
Sebelum ni kitorang plan nak bercuti ke Tioman bersama geng pencen Puan Menteri. Nampak gaya terpaksa la caras idea murni tu. Balik dari KL ke KB yang makan masa 7,8jam tu pun bebudak ni dah restless, inikan pulak nak menyampai ke Tioman nun starting dari Penang ni. Tol lagi, tambang bot lagi yang cekik darah, minyak keta lagi, makan minum lagi, penat lagi, kalu bebudak tak sihat lagi........ Kitorang givap je terus. Memang kitorang ni tak tahan lasak bab berjalan jauh. Time macam ni la rasa jeles dengan orang-orang yang solo. Maunyer!

Tunggu la anak-anak besar. Nak pegi mana-mana pun senang. Kalu sakit pun senang sikit. Kecik-kecik ni duduk je la kat umah. Takpe lah, mungkin bukan rezeki kitorang berjalan makan angin lagi. Satu hari mungkin, mana tahu kan. Atau mungkin ubah destinasi ke tempat yang dekat-dekat saje. Langkawi again perhaps. Or Pangkor. Or Lost World of Tambun? Or Cameron? Or Ferringhi je? Tak kisah la. Janji semua tak penat giler dan menyusahkan diri lepas balik rumah. Macam tak berbaloi je makan angin macam nak rak pastu balik umah tensi-tensi. *ye, kitorang memang tak challenging.
Semenjak 2,3 hari ni 2,3 hari jugak la Adam dok berdarah hidung. Blame the global warming? Entah la. Time hujan baru ni pun dia berdarah hidung jugak. Risau pulak aku. Kot-kot simptom penyakit-penyakit berbahaya lah. Peh, terpengaruh banyak tengok citer Korea kejadah. 2,3 hari ni keje aku asyik rendam, sental kain berlumuran darah je la.

Cuti sekolah ni aku ada la jugak buat homeschool kat Adam. Ajak dia buat latihan tulis huruf dengan nombor. Aku masih terikat dengan cara konvensyenel. Alhamdulillah, dah makin jinak la bila ajak menulis tuh. (*walaupun drama) Yang aku perasan kan, kalu suruh tulis huruf straight-straight, memang dia ok. Contoh: huruf H. Sekejap dia toreh-toreh, siap huruf H. (as H stands for HONDA he says). Tapi kalu suruh tulis huruf yang kena condong-condong sket contohnya A, K, M, N etc, memang darah tinggi la aku nak mengajar. Huruf yang kena melengkung contohnya B,C, D pun satu hal jugak. Tangan dia memang takleh nak lembut-lembut lagi. Bila pegang pensel, terus kejung.

Tapi, satu hal bagus pasal dia skang aku perasan dia banyak membebel translate BM-english or english-BM. Cikgu dia la ajar kat sekolah. Kalu bukak TVIQ (now Ceria dah kena banned kat umah ni) kalu ada words yang familiar cikgu dia ajar or new words, dia akan sebut depan aku. Oklah tu. Asalkan otak dia bekerja from day to day tu kira ok aje bagi aku. Aku dulu pun umur 5 tahun apa yang pandainya.
Dengar citer, orang keje kat kedai Fareeda dapat gaji agak lumayan. Dapat free tudung lagi kekadang. Belakang perumahan aku ni ada outlet Fareeda. Jalan kaki je ikut jalan kampung. Aku bagitau encik Jack. Huh, terus kena caras. Gaji murah katanya. Ok what. Murah-murah pun, daripada aku dok umah berblogging  macam orang gila tak dapat-dapat jugak 50hengget Nuffnang tuh lepas bertahun-tahun pun. Nyehnyehnyeh.

Tuesday, November 15, 2011

#822 Me Vs Khabar Kelat Manis

Okay. Satu berita penting. Bukan nak hebahkan pada dunia. Tapi sekadar nak meluah yang terbuku di hati. Harap tuan empunya diri tak marah aku update stori kat sini. Sebab empunya diri sangat busy I belief, nak tunggu dia sendiri announce mungkin entry ini akan kepam. Gila punya ayat.

Okay Nik Pareh dengan Puan Bini dah dapat bertukar ke Semenanjung. Minggu lepas lagi tahu tapi belum sure dapat kat mana. Tahu la dapat kat Pahang. Tapi tak tahu daerah atau sekolah mana. Petang kelmarin Nik Pareh call Puan Menteri. Katanya result penempatan dah keluar. Dapat kat Pulau Tioman, Sekolah Menengah Kebangsaan Tekek. Dulu dalam borang pertukaran memang Nik Pareh mintak area Rompin. Hah, hambik. Kena campak kat Tioman. Rompin jugak kan.

Makcik yang susah hati ni terus google petang kelmarin jugak. Google imej sekolah,  google imej satelit pulau, search fb sekolah. And the result.... Alahai...... *tak nak cakap lah. Of course bila orang dengar Pulau Tioman, people will say oh bestnya! Buleh pegi Tioman! Tak payah sewa hotel! Buleh makan hangin! Sekolah baru! Murid tak ramai! Kuarters berupa umah semi-d double storey baru siap! Dapat elaun kesedihan RM 500! Seafood murah! Hakikatnya?

Andai semua yang dikata orang itu benar, mengapa la hati ini tidak gembira ye? For me, ofkos la kalu pegi makan angin tu memang la seronok. Tapi ni nak pegi makan gaji dek non. Part seronok tu biarlah. Ni, part yang patah riuk macam kat Mukah aritu apa citer. Dulu nak balik susah sebab melibatkan macam-macam jenis pesawat nak menyampai ke Semenanjung. Kali ni if anything bad happen, kucar-kacir menunggu ferry pulak. Kalu memalam ada kes emergency cemana? *aku pulak tukang sibuk

Okaylah sori kalu aku spoil mood orang yang tengah excited dapat tukar ke pulau tu. Kasi try lah. Mana tahu jumpa duyung. Orix tak pun. Orang dah seronok nak pergi. Semoga apa jua keputusan yang dilakukan difikir panjangkan dan tidak menyesal dikemudian hari. 

Istiqarah apa kata?
Oh hey, dalam kelat-kelat pun Allah bagi jugak yang manis kat aku (alhamdulillah). My Zaraa dah nak mengiring. Kalu letak meniarap, dah boleh angkat dada macam nak pumping...hehe...  Good job girl! Nanti daddy balik buleh meniarap insyaallah.

Thursday, November 3, 2011

#816 Me Vs Kenapa Ye?

Kenapa ye. Bila aku baca blog orang Melayu yang tulis dalam bahasa Inggeris rojak dan pasar, rasa sangat cemburu. Macam sedapnyeeeeeee la hai ayat dia. Rasa macam woooo tererist kentang dia ni 'speaking' dalam blog. Bila tengok blog aku, ololoh... kodi nye.

Kenapa ye. Bila baca entri orang yang pendek-pendek tapi bernas rasa macam termalu sendiri. Macam, eh bijaknya dia menulis. Nampak educated je dia, etc. Ringkas tapi padat. Cakap banyak-banyak, bebel panjang lebar, tapi tak jugak sedap dibaca. Macam, blog aku.

Kenapa ye. Bila baca blog Hanis Zalika tuh, rasa macam, ooh bestnya life dia. Buleh pegi situ sana sini. Ada duit sendiri. Bahasa pun best. Ayat pun kelakau. Muka pun lawa. Duit pun agak-agak macam banyak nuffnang bayar. Bila bandingkan dengan diri sendiri, alahai...... *tak mau cakap lah

Kenapa ye. Kawan-kawan blogger lain dah jarang-jarang update blog. Makcik rindu korang! Membebel sorang-sorang adalah tidak sedap. Didengar. Update la. Update la. Update la. Kalu buleh pasal umah, pasal mekap ye. *demanding mode

Kenapa ye. Tengok working women nih, tak kira la dah kawin beranak, dah kawin tak beranak ataupun belum kawin, rasa mereka sangat gojes. Gojes duit, gojes dressing. Gojes gaya. Gojes bercakap. Ada style lah! Aku, nak cakap apa pun asyik kena libas aje. Bunyinya adalah begini,  Ko tu tak keje, apa tahu!  Dan yang selalunya melibas aku tak lain tak bukan adalah... *tak nak cakap lah Sebab empunya diri suka libas aku balik dalam blog ni mahupun di luar. 

Kenapa ye. Orang selalu kata Zaraa bekeng macam aku. Not funny. Funnier thing is, orang yang cakap aku bekeng tuh berlipat kali ganda lagi sentap dari aku. Wak luuuu! Tapi aku tak pernah jawab balik. Sebab dia sentap tu lah. Wakakakakaka... Ever heard of silence doesn't mean you're a sinner? Diam bagi aku adalah sebab malas nak buang liur bergaduh dengan orang yang aku rasa tak worth to fight with. Tapi orang ingat aku diam sebab aku setuju. Too bad. Wrong choice!

Kenapa ye. Tengok blog mat saleh yang tayang deko-deko umah tu nampak licin je. Takde debu ke kat sana? Takde nampak minyak-minyak pun kat dapur. Bilik air pun kering je. Makcik nak rumah macam tu jugak! 

Kenapa ye. Belum sempat nak karang panjang-panjang. Anak-anak dah bangun. Wakakaka... Kalu ada sesape yang buleh jawab segala persoalan yang aku bebelkan tadi bagus jugak. Maaf zahir batin ye kalu ada yang terasa. Tak baek marah-marah. Kenapa ye..

Sunday, May 22, 2011

#703 Me Vs Yang Manis, Yang Kelat...

Pagi ni epoimen cek perut & trial of scar kat HUSM. Puan Menteri pulak first physio session pagi ni. Macam kecuakan aku tengok Puan Menteri semalam. Sebab tak tahu apa yang bakal therapist buat kat dia. Takut sakit macam doktor buat aritu la.. Kesian dia. Macam aku cuak nak pegi MGTT test tu la. Tapi ini sakit gila punya sakit..
Dia hensem hari ni. Baju baru, jeans baru.
Lepas serah folder card aku, tunggu sat nak timbang ngan test urin. Ingat sementara tunggu doktor turun ni,   sempat la aku pegi breakfast ngan encik Jack and encik Frodo kat cafe Harmoni. Elok je lepas timbang tu, dah melangkah pun ke arah encik Jack, tetiba je dengar nurse panggil nama aku. Aiseh, kena attend ceramah laktasi la pulak. Dulu masa cek perut peknen kat encik Frodo tu memang aku dah attend ceramah ni. Wajib tau kat sini.  Mungkin sebab aku tak berjaya bf encik Frodo, kena repeat kelas ceramah laktasi lagi kali ni.. Hoho... Anything, asalkan pree! ;p Nurse tu nampak encik Frodo ngan encik Jack, dia suruh diorang masuk dengar ceramah sekali. Good for husbands to hear weh. Tapi memikirkan encik Frodo tu mana buleh lelama kat satu tempat, aku shoo kan diorang jauh-jauh. Kalu encik Frodo restless, kitorang jugak takleh nak concentrate. Lagipun, encik Jack sorang je husband yang ada. Orang lain tak bawak laki pun. Malu la encik Jack dia sorang-sorang je lelaki dalam bilik laktasi tu.

The talk was given by the nurse. Bagus jugak diorang adakan kelas penyusuan ni. Banyak infos yang diorang bagi. The nurse was so polite, friendly and so much informative. Kelas dibuat dalam keadaan santai, no pressure. Yang hadir pun semua yang kena cek perut pagi ni. Ada yang anak sulung, majoriti yang dah beranak ramai. Most of them attend sebab tak berjaya bf anak masing-masing sebelum ni. Haha... Nurse cakap nanti diorang akan bukak kelas untuk ajar teknik-teknik meneran, pernafasan semua tu. Free. Every now and then memang diorang selalu buat kelas tu. Tatau apa nama eksklusif kelas pranatal ke antenatal ke apa tu. Macam menarik je... Best gak kalu aku join ni. Nurse cakap kalu belajar teknik-teknik tu insyaallah ada chan beranak tak payah kena gunting & jahit. Weeeeee.... Aku soka!!! (lagi soka sebab pree!) Nurse ada tanya aku nak join kelas sesi yang mana. Asieh, aku takleh nak kasi jawapan la.. Sebab aku pun tatau bila atau selama mana aku kat kb ni. Takleh nak bagi komitmen. Tapi hati sangat teringin nak join... Berguna tu.

Ceramah ni berlangsung sampai dekat 2 jam. Hoh... Tak sedar masa berlalu. Best sangat dengar macam-macam kisah benar yang nurse tu bagitau. Sedar-sedar perut sudah lapar. Tadi kan tak sempat makan apa. Minum air zamzam je sebab nak kena collect sample urin kan.. (eh btw, berat aku naik another 1kg from last week timbang kat Penang tu. Ralat penimbang kah? Atau kerana faktor balas dendam ku sudah berbayar?) Sebelum kitorang nak bersurai tu wakil dari Bank Tisu HUSM masuk briefing pasal Amnion Donor. Ever heard about it? Aku ni first time dengar. Dulu Stem Cell ada la dengar.

Wakil tu tanya kitorang, ada tak sesapa yang berminat nak derma amnion. Diorang tengah collect nama penderma uri bayi. Diorang ambik sikit je, yang membran luar tu je, bukan semua. Yang lain berdaging tu nanti diorang serah kat kita macam biasa. Diorang ambik pun lepas kita bersalin, after semua benda kat dalam dah keluar. So, takde la korek ke apa nak ambik tu. Cuma diorang perlukan sample darah kita la untuk ujian. Mana la tahu ada penyakit berjangkit ke apa. Kang memudaratkan penerima pulak. Membran yang diorang ambik ni, diorang akan proses untuk merawat kulit mangsa terbakar, eksiden ke, etc. Memang kadar penyembuhan sangat rapid la kalu guna uri ni. Dari satu segi, macam derma darah tu la. Kita membantu orang lain yang memerlukan. Kalu bersalin normal, uri tu diorang guna untuk rawat orang melecur kulit gitu. Kalu bersalin c-sec, membran tu diorang akan guna untuk pembedahan mata. Memang sangat-sangat berguna la pendek kata. Aku mula-mula tu fikir why not aku dermakan uri baby aku. Tak ye pun, benda tu nak tanam jugak kan. Pastu bila dengar wakil Bank Tisu tu cakap kena ambik darah, aku macam Ok tak jadi lah. Hoho.... Kalu nak ambik uri tu, ambik je la.. Aku tak kisah. Kihkih... Punya la tak minat nak kena ambik darah kan.

Lepas bersurai, aku sms encik Jack suruh belikan aku sandwich. Lewat dah kalu nak pegi breakfast nasik berlauk time ni. Doktor dah start panggil patients. Malas takut terlepas turn. Hari ni doktor Ramli yang sepatutnya deal ngan aku takde. Pegi mesyuarat kat KL. Aduyai, frast. Takpe la... Jumpa je la doktor lain pun. Hari ni doktor indon lelaki yang cek perut. Alahai, sangat la bersopan, jari pun lembut lagi dari jari aku. Harini estimated berat baby 999gram. Yay!!! Alhamdulillah... Dulu bersalin @35 weeks pun 1.25kg aje. Now baru 28 weeks.. Yay tu yay jugak. What if the weight cannot stop pasni. Hoho... Kang 3kg lebih pekdah la pulak kat aku yang saiz kiut ni. Scan punya scan, hari ni doktor saspek baby aku baby XX pulak.. Tapi dia cakap tak pasti jugak sebab tali pusat baby berkumpul kat celah kangkang baby. Hmmm... Tak kisah la... Pasrah aje yang mana-mana jantina pun. Asal semua sempurna dan okey.

Puan Menteri abih physio terus pegi tangok aku cek perut. Kelihatan dari air muka beliau sangat berseri-seri. I guess tak sakit la sesi fisio hari ni. Tengok dia cuak semalam kesian pulak. Trauma sey bila sakit terlampau ni. Datang kat aku tanpa kain anduh terkalung kat leher. Therapist suruh buang anduh tu. Suruh dia turunkan lengan tu macam biasa. Nak biar darah bergerak lancar ke apa ntah. She's so happy to tell people that her fingers can now move. Gembira la tengok semangat dalam diri dia tak putus asa asyik eksesais aje jari-jari tuh. Tiap-tiap hari tau. Dia takut, sebelum pergi physio tuh baik dia usahakan sendiri dulu sebelum kena belasah dengan orang. Orang bukannya peduli kita sakit ke apa. Kalu ikut macam tu memang sampai bila pun tak okey. Bila sakit, stop. Tak boleh. Kena buat jugak. Sebab tu adanya sesi physio ni.

Lepas jumpa doktor, aku kena ambik darah. Lagi? Yes. Kali ni for Hepatitis pulak. Aku tanya nurse pehal kat Penang aritu diorang tak test terus. Nak kena ambik-ambik banyak kali ni ingat best ke. Nurse tu cakap sebab Reagen untuk Hepatitis ni mahal. Hospital kerajaan pun kebanyakannya tak buat, unless ada kemusylikan. Tapi kat HUSM ni, (hospital universiti ni peruntukan lagi besar kot) memang rutin bagi setiap ibu mengandung. Ambik pun ambik la labu... Tempat otai-otai ni memang sekali sedut je terus dapat collect darah. Kagum aku. Kalu kat Penang, hoi sakit aje yang dapat. Darah entah ke mana.

Ambik ubat, terus balik umah. Lepas encik Frodo tido, aku ngan encik Jack keluar pegi KB Mall. Tempah kek kawin Orang Kaya Apal kat Secret Recipe ngan beli barang keperluan encik Frodo sementara encik Jack masih ada ni. Huhu.. Semua barang sudah naik harga. Menakutkan. Ayam kat KB dah RM8.50 sekilo. Kalu sini RM8.50, kat Penang sploh hinggit kah? Kutip makan siput babi je la pasni.
Pegi KB Mall kali ni sempat la jalan berpegangan tangan ngan encik Jack. Kalu tak pegang memang kena tinggal aku skang ni. Haha... Berjalan macam menyeret perut gayanya! Segalanya dirasakan berat. Dan mengah.
Oh orang-orang Pasir Akar pasni berparti kek Chocolate Fudge Secret recipe la nanti. 

Dengki.

Ingat nak membebel pasal hukum memakan harta anak yatim. Tapi rasa malas la pulak. Lenkali la. Takde mood.

Thursday, May 5, 2011

#682 Me Vs Today's Dialogue

Situasi: Encik Jack sedang membaca surat penyata insurans yang tiba tengahari tadi. Ni kisah benar nih.

En. Jack: Kalu I mati, setakat 2010 you akan dapat 'X' ringgit.


Aku: (banyak tuuuuu) ...Abis, kalu I mati you dapat apa?


En. Jack: -I dapat bini baru!.


Aku: *rolling eyes


Lelaki!

Tuesday, May 3, 2011

#679 Me Vs Hari Ini Hari Orang

....esok lusa hari aku sape yang tahu.

Kelmarin baru je gelenya survei pasal laminated flooring. Baca reviews berkajang-kajang. But then tengok cermin keta retak pulak. Aduyai... Bertimpa-timpa masalah kitorang ni. Tak cari pun, dia datang sendiri. Time tengah syok planning nak bersedap-sedap dengan duit yang ada ciput ni pun, mesti ada halangan yang mendatang. Datin-Datin Seri tuh agaknya cemana la dugaan hidup diorang. Duit banyak sangat ni, memang la buleh beli semua benda yang nampak di mata. Luar nampak mewah, dalam hati siapa yang tahu. Apa kaitan.

Selalunya macam tu la. Time planning bagus, Allah duga ikut lain. Time nak pegi makan angin satu famili tahun lepas, aku sakit gastrik kronik. Tahun ni pulak, time planning masyuk nak hias umah baru ni, termengandung pulak, keta eksiden, cermin retak, mak sakit, nak beranak tatau kat mana, etc. Hoho... Pendek kata selagi masih bernafas, memang takde sorang pun terlepas dari ujian Tuhan. Time tengah diuji bertimpa-timpa ni memang  makan hati jugak la bila tengok orang itu ini bergembira. Bukanlah jeles. Tapi more to macam bestnye la hai kalu aku  macam si polan nih... Gitu la. Entahnya time aku senang dan time orang susah camtu gak la orang berpandangan terhadap aku. *ada ke?

Mak buyung sangat stress. Pagi tadi gastrik datang lagi. Kenapa ek, time peknen ni sakit gastrik tu jadi double from before? Very painful. Kesian encik Frodo dok main sorang-sorang. Kejap-kejap datang urut kaki aku sekali dua. Skang ni kalu gastrik, memang teruk terus. Takde mild-mild nya. Kalu kena attack, sampai berpeluh-peluh. Ke Allah nak train aku biasakan diri ngan sakit bersalin? Sama ke sakit perut gastrik ngan sakit nak beranak. La ni memang takleh fikir berat-berat. Fikir sikit, terus gastrik. Tinggi benar agaknya acid level dalam body aku.

Sejak misi cakap nak observe berat aku bln depan ni, selera dah pergi semula. Tekak dah tak lalu. Bencinya! Sebab tu aku benci hospital atau klinik atau seumpamanya. I hate the place. I hate the smell. I hate the job. I hate the memories in hospital. Hospital adalah tempat tak seronok bagi aku. Tempat yang menyakitkan. Tempat yang menyedihkan. Tapi tak deny la hospital tempat yang menginsafkan. 

Ini takde kaitan tapi aku sesaje nak tanya. Korang yang dah kawin ni dah berapa kali buat pap smear/mammogram? Ikut jadual yang ditetapkan tak? Aku baru buat sekali. Masa nak bersalin aritu la. (aku rasa yang diorang buat tu pap smear la) Pastu haram takde buat dah. Hahaha... Malas ar nak buat tayangan percuma kat hospital ni. Yang dulu tu pun sebab prosedur, dan dah memang aku dok dalam ward. Takleh lari la. Kalu dok lepak-lepak kat umah pastu diorang panggil suruh pegi buat tu memang aku tak pegi kot. Haha. Sangat la ignorant aku ni. Tahu risiko tapi tetap membabil sendiri-sendiri. Tengok lah, tua-tua nanti aku buat la... (sila jangan contohi aku)

Aku harini ala-ala nak start mengemas baju encik Frodo yang zaman baby tuh. Dah keluarkan tadi, lambakkan depan tv ni. Pastu siapkan kotak nak isi. Pastu kena attack ngan gastrik. Tergendala la aktiviti nak mengemas. Tapi kira dah mula la 1st step tuh. Pindah kali ni memang mencabar sket. Sebab nak kena agihkan bukan takat kat umah baru je. Aku kan nak beranak. Nak kena pikir mana yang nak bawak balik beranak, mana nak letak kat umah baru, mana nak guna in the mean time, mana nak buang, mana nak kasi orang, mana nak tinggal. Kalu tak kerana nak beranak, senang la sket keje. Tak payah pikir nak asingkan yang mana untuk sambut baby, yang mana stay kat Penang. Kemas awal pun susah. Kemas last minit lagi la suicidal. 

Kesian encik Frodo arini. Hari istimewa dia pun gitu-gitu aje. Mr Nice Guy aku ni hari jadi mintak nak air kelapa aje. Aduh, zuhud bangat anak aku. Nasib baik tak mintak rambutan cam Tihani. Mana la aku nak cari buah luar musim ni. 

Wednesday, April 13, 2011

#652 Me Vs Raising Kids

Good morning fella.. Apa macam breakfast tadi lu orang makan apa? Kitorang makan nasik berlauk lauk gulai ayam! Mana mau cari kat Penang ni pepagi buta kalu tak buat sendiri. Gulai ayam kelmarin tak habis aku perangat  la pagi ni. Bau gulai ayam pagi-pagi ni buat aku teringat kat suasana pagi kat kedai jual nasik berlauk di Kelantan. Yummm... Masak nasik sikit, potong timun Jepun sikit, cedok sambal belacan sikit. Voila! Nasib takde daun pisang. Kalu ada daun pisang hoi, lagi menyangkut. Sebijik macam makan kat kedai kopi pagi-pagi (kat Kelantan la, sini kiamat pun tak jumpa nasik berlauk pagi-pagi, nasik lemak ngan roti canai ado la) Disebabkan pagi mode rajin berganda-ganda, aku buat side dish -sandwich sardin ngan mini murtabak (frozen punya lar).. Harap encik Jack tak lena kat kerusi Ketua Jabatan itu.

Heh, aku 2,3 hari ni dok nak citer pasal perasaan cuak aku nak kena handle 2 anak ni nanti. Tetiba bukak Oprah tadi satu jam dok reveal pasal Nadya Suleman The Octomom tuh. Oh macam tahu-tahu je aku mendambakan topic sebegini. Sampai encik Frodo merayu nak tengok Ceria pun aku tak endahkan. Punya la syok topik hari ni. (why la anak aku ni pesen bangun pagi?) Ada sesapa yang tengok episod kali ni? 

Si Nadya Suleman ni hantar surat kat Oprah, cakap dia nak jemput Oprah datang tengok sendiri keadaan kat umah dia selama 24jam. Dia nak clearkan all the misconceptions orang terhadap dia. Macam-macam kan media dok report benda-benda yang tak betul. So dia nak Oprah berikan dia ruang untuk jelaskan hal sebenar gitu la. So Oprah kasi green light kat crew-crew dia untuk rakam apa sebenarnya berlaku kat umah dia sepanjang 24 jam tu. Hoho... You sure don't want to see that!

Selama ni aku dok rasa susahnya la nak besarkan anak sorang ni. Terfikir jugak macam mana other parents deal with their multiple children. Tapi kali ni buleh tengok sendiri secara jelas macam mana seorang ibu tunggal jaga anak yang masih kecik seramai 14 orang. Memang chaos. Dalam rakaman Oprah tu, buleh tengok kekalutan dia nak kena handle all the 14 kids. Memang la ada 3 pengasuh yang tolong dia jaga anak-anak dia di siang hari. Tapi malam memang dia sorang je handle semua tuh. Sepanjang masa tak kira tempat, dia kena kira anak-anak dia. Funny jugak. Tapi camtu la realitinya. Time nak mandikan (dia mandikan anak dia 2 hari sekali sebab takleh nak handle too many kids), kena kira.. Time nak suap makan, kena kira. Pegi playground, kena kira. Put the kids to bed, kena kira. Tiap masa akan ada anak dia tak cukup 14. Sorang dalam bilik air, sorang terlepas kat  luar... Hoho, memang takde masa si Nadya ni buleh rehat. Tido malam kalu dapat 3 jam pun kira lumayan dah. Kalu tak, memang kat tangan dia dua-dua belah selalu akan ada anak dia. Kalu tak heret, dukung. Kalu tak dukung, peluk. Sentiasa. Memang Octomom ni takde masa untuk diri sendiri. Anak-anak dia pulak bila time tido, ada yang terlena kat meja makan, ada yang kena bacakan buku cerita dulu, 5 dah tido, 7 lagi dok berlari keliling umah. Bila sekali bau busuk, terpaksa la cium bontot anak-anak dia one by one nak tahu sape yang poopoo. Giler arr... Cane dia hidup. Memang tough la pompuan ni aku salut.

Seminggu dia kena spend USD1000 for the food supplies. Dia tunjuk la dalam peti ais bergelen-gelen susu, berpapan-papan telur, etc... Macam kedai runcit! Nak buat cane, anak tengah membesar semua makan banyak. Setiap masa dok kat dapur masak kat anak-anak dia. Kadang-kadang sampai hangus masakan sebab dok terkejar cari anak-anak dia. Bila ada anak dia sakit, kena mintak tolong kawan hantarkan ke klinik sebab dia takleh tinggal anak-anak lain kat umah. Dalam ramai-ramai, dia ada sorang anak autistik. Memang mencabar la. Nakkan attention all the time. Yang pompuan sulung tu time mak dia put to bed, pegi pijak lanyak-lanyak adik dia yang kecik. Hoho, drama! Mengucap cicak Oprah tengok keadaan sebenar kat umah Octomom tuh. 

So, can you imagine how her real life actually? Aku yang anak sorang baru nak masuk dua ni pun dah rasa macam tak cukup tangan. Dalam hati selalu tertanya-tanya buleh ke aku handle 2 orang ni. Yeah, ofkos I can. Tapi part attention, love, affectionate, buleh ke aku bagi sama rata? Kalu aku bias cane? Bimbang pulak kat encik Frodo kot-kot bila dah ada baby baru, dia aku abaikan. Korang yang dah beranak lebih sorang ni cane korang deal ngan isu anak-anak ni? 

Sejak terpregnant, ni tiap hari rasa guilty kat encik Frodo. Rasa macam segala perhatian dan kasih sayang kat dia dah dirampas. Tiap kali rasa sangat kesian bila tengok dia. Pasni bila dah ada baby aku takleh nak manja-manjakan dia lagi dah. Takut jugak kalu dia jadi tempat aku melepaskan kemarahan nanti. Tahu-tahu la bila anak double lagi, so does the troubles. Benda ni semua parents pun face jugak kan. Tapi orang lain takde la cuak sampai masuk blog macam aku ni kan.

Bab bias tuh, aku takut sangat jadi ibu yang pilih kasih dan berat sebelah. Dalam family aku pun bukan satu dua je contoh tak baik ni. Aku tak nak la bangkit kat akhirat seksok kaki tempang sebab kat dunia tak adil kasihkan anak. Hoho, berat tau! Bukan suka-suka nak peramaikan umat nabi Muhammad je beranak ramai ni. Takleh divide kasih sayang pun Allah soal jugak seksok jangan tak ingat pulak. Kalu tahu beranak je ramai-ramai pastu dok ajar kenal tangga mall aje, tangga masjid tak kenal pun Allah soal jugak akhirat nanti. Hoho... Don't play-play..

Saturday, February 26, 2011

#606 Me Vs Money Madness

Balik dari klinik tadi beli terus nasi ayam for lunch. Perut memulas-mulas sampai berpeluh satu badan. Takleh nak buat apa pun. Balik umah pekena Gaviscon Macik Kembar kasi itu hari then terus collapse sampai Zohor. Bangun pun perut sakit lagi. Menyampahnya... 

Aku sedar-sedar tengok encik Frodo terlentok sebelah aku atas katil dengan sebelah hisap botol susu, sebelah tangan lagi pegang botol air kosong. Encik Jack cakap diorang dah siap makan. Tengkiu encik Jack sebab tolong uruskan encik Frodo time saya sakit perut tadi..

Tengah bersenang lenang tetiba pomen bengkel keta call. Dia cakap orang insurans dah bagitau nilai diorang nak cover for the wreckage. Total kos kerosakan keta RM15k. Insured cuma 6k aje. So the rest 9k we have to pay from our own pocket. *sigh... Encik Jack menung aje... Aku pun tumpang susah hati jugak. Apa nak buat, benda dah jadi. Aku bagitau dia.. Kena syukur la walau sikit pun, tapi insurans still cover. Kalu buatnya semua tu kena bayar sendiri tak ke terkehel tangan nak membayar? Lagi satu nikmat yang paling besar kena syukur: nyawa dia masih panjang dan tubuh badan pun takde apa-apa kecederaan. What if keta hancur tuan pun terlantar? (nauzubillah) Itu lagi la teruk kan. So, dugaan Allah 15k ni kitorang masih kena syukur lagi. Duit buleh cari kan. Nyawa ada satu tu je. Itu la aku bagitau encik Jack. Dia diam aje... 

Memang berat mata memandang berat lagi bahu dia nak memikul. Sepatutnya yang dirancang tahun 2011 ni kitorang cuma ada satu Mega Project aje. Which is naik umah baru. So memang tahun lepas kitorang menabung untuk tujuan yang satu ni. Tapi sape tahu yang Tuhan nak kasi kitorang handle 4 Mega Projects sekaligus this year; 3 more unplanned extra projects than we thought. (1)Naik umah baru, (2)dapat orang baru, (3)baiki keta baru, and (4)one more let it remain hidden for now. Families tahu la. Semua tu consume lots of $$$$$$$. For a family with only a sole bread winner, I tell you it's really skull cracking. 

Tadi encik Jack call MIL bagitau pasal keta tu. MIL offer guna duit dia dulu, then we'll pay her slowly. Huh, another debt added in the list. Sebelum ni selalu dengar orang mengeluh bila duit ada, plan ada, mesti ada halangannya. Inilah dugaan dan ujian yang kitorang kena hadapi skang. 3 lagi mega projek tu takleh nak salahkan sesiapa. Kelahiran, kemalangan dan kematian adalah takdir. Takde sape boleh menolaknya. (cuma aku kekadang masih menyalahkan diri sendiri sebab cuai sampai tereksiden kali ni) Kalu aku tak mengandung, kurang sket burdennya. Hmmm... Tapi mana tahu Allah duga cara lain pulak kan. Dugaan Allah ada macam-macam cara yang tak mampu kita fikirkan. Aku tak tahu nak cakap macam mana. Nak kata mengandung kali ni is a mistake. Tak boleh. Nak kata mengandung kali ni wrong timing. So when is the right timing? I hate being trapped in this kind of situation. Cliche: Nak buat cane benda dah jadi.....

Skang ni yang mampu aku bantu encik Jack adalah berjimat cermat dalam berbelanja. Kesian encik Frodo, dah takleh nak ikut sangat permintaan dia nak makan fast food. Hidup dengan cukup sederhana sekali. No more fancy food, no more fancy clothing, no more fancy outings. Skang ni mana nak save duit untuk rumah baru (banyak pakai duit tuuuuu), mana nak save duit beli barang baby (walaupun most of the items memang reuse barang-barang encik Frodo punya dulu), mana nak save untuk bayar hutang MIL lagi, and last thing, mana nak save duit untuk mega projek #4. Walaupun #4 dah disponsor, lain-lain expenses takkan orang nak sponsor jugak kan... Oh, lupa one more mini mega project- Orang Kaya Muda Kampung Apal nak kawin. Huhu.... Duit, duit, duit.... 

Semua orang pun ada masalah tak cukup duit. Jutawan pun ada masalah bila terlebih duit. *sigh... Bila la blog aku nak jadi femes macam blog Redmummy tuh. Takleh setara Redmummy, setara blog Hanis Zalikha pun boleh lah. Asal dapat duit from blogging. Taip merepek pun orang beriya baca jugak. Hoho... Verrrrrangan!

Bila la nak dapat duit pusaka ni......

Monday, December 13, 2010

#570 Me Vs Breakfast Dilemmas

Pagi-pagi mesti garu kepala nak sediakan sarapan buat encik Jack kusayang ni. Nak-nak pulak kat Penang ni. Hayo... Mana lalu asyik mengadap roti canai, nasik lemak dengan kuih donat aje pagi-pagi. Nak brekfes kat mekdi pagi-pagi rasanya bikin malu sama orang kampung aje. So, what to eat here?

Menu pagi rajin - Nasi goreng, bihun goreng putih, bihun goreng coklat-coklat, mi goreng, kuay teow goreng, burger, sandwich, nugget, scramble eggs. Huhu.. Menu-menu ni kalu nak rolling 2 minggu pun dah tak lalu. Khasnya si tukang masak yang memang selalunya pun tak lalu makan. So, what to eat?

Mari berangan ke bumi serendah sekebun bunga..... Pagi-pagi mesti garu kepala nak makan apa sebab tak tau nak pilih banyak sangat menu. Nasik- nasik dagang(lauk ikan aya, ayam), nasik kerabu (tumis, hitam), nasik tumpang (serunding ikan,gulai udang), nasik berlauk (ikan aya, ikan kembung), nasik impit (satay, sambal kelapa, kuah kacang), nasik kak wok. Pulut- Pulut panggang, Pulut bakar, pulut ikan kering, pulut kacang merah, pulut pagi, pulut manis, pulut dakap, pulut durian... Jering rebus cicah kelapa parut.  Kuih- ayo...takleh nak list out, too many to say. Macam-macam nama, macam-macam kaler, macam-macam rupa. Sampai aku pun tak kenal samtaim tu.

Aku memang tak suka bersusah payah nak menghasilkan benda yang boleh-dimakan-tapi-makan-sebijik-dua-aje-tapi-nak-buat-tu-penat-dan-payah-yang-amat. Aku lebih appreciate kalu beli aje. Kalu tak abis pun takde la dendam tak patut bila tengok kuih tu. Apa-apa pun aku ngan encik Jack bukan pemakan kuih yang tegar. Kitorang jamah sebijik dua aje. Makan sikit pun, bila dah lama tak rasa tu nak la jugak makan.

Kesimpulannya, pagi-pagi aku serender. Bukannya takleh nak goreng bihun, mi, kuay teow tu selalu. Cuma kesian jugak kat tukang makan asyik benda sama je terhidang. Selalunya malam sebelum tido aku akan tanya encik Jack pagi esoknya tu dia nak makan apa. Selalunya dia akan jawab, entah, ikut la. Ataupun esok I ada meeting (yahu takyah masak sebab depa akan jamu dia sedap-sedap kat meeting tu).. Kadang-kadang aku kasi chan encik Jack makan nasik lemak kat warung kopi bandar Perda ni. Haha... Ketua keluarga kena la tahu isu-isu semasa. Dengan meletakkan dia kat warung kopi tu, kena sangat la. Warung kopi kan pusat informasi orang ramai.
Oh by the way, my morning glory dah start blooming today! Yay!!! -After a few attempts of committing suicide, last-last keluar jugak bunga nyer... Haha... Ada hati nak merajuk aku balik 2 minggu baru ni..

Esok buleh la buat nasik kerabu hitam. -Lah konon!

Thursday, December 9, 2010

#567 Me Vs The Stories Of Pregnancies

Minggu ni aje dah berapa orang tanya aku bila nak mengandung lagi. Minggu-minggu lepas toksah cakap la. Aku agak kagum la dengan keupayaan diri sendiri yang berjaya mengawal emosi dari sentap. Selalu sangat tengok orang sentap bila ditanya soalan cepu mas kot. Bila nak kawin? Bila nak keje? Bila nak ambik lesen? Bila nak cerai? Bila nak bertudung? Bila nak beli umah? Bila nak beranak lagi? Haha. Orang cepat sentap ni buruk sangat kelihatan kat mata aku. Selagi kita masih hidup selagi tu lah orang akan bertanya. Orang tanya bukan nak tahu sangat pun. Saje nak buat modal sembang. Kan?

Agaknya sejak kawin ni aku belajar kot cane nak kontrol baran. You are dealing with another new families. Tak buleh la nak sentap-sentap macam zaman anak dara. Tanya sikit dah nak melenting. Kalu yang tanya tu mak mertua cane? Pandai-pandai la sorok kalu tak suka orang tanya pun. But for me, alhamdulillah MIL tak pernah pun interfere hal rumahtangga aku. Tak pernah pun sibuk-sibuk tanya aku bila nak mengadung, bila nak tambah anak semua tuh. She's so liberal. Kakak-kakak ipar pun takde nak ambik kisah sape nak beranak, sape tak nak beranak. Cuma BIL aje ada bertanya sebab dia suka mengasuh budak. Haha. Family belah encik Jack yang lain ada gak tanya aku bila jumpa kat kampung time-time majlis keraian. So far, depa terima aje apa yang aku cakap tanpa banyak soal. Selalunya jawapan aku Nantilah..., Rilek dulu..., Coming soon... ,Tak puas tido... ,Tak puas enjoy.  Aku jawab je apa-apa. Orang bukan nak tahu sangat pun. Aku jawab pun sambil gelak-gelak. That's how it should be... Tak payah sentap. Act cool. Orang pun senang hati dengan kita.

As I've been mentioning in previous post, skang ni ramai kawan aku tengah maju ke depan. Tahniah la semua. Aku tumpang gembira. Separuh dari diri sangat jeles tengok orang peknen. Separuh lagi pulak rasa tak teringin pun. Bagi yang tak kawin tu, peknen and deliveries are easy to them. Bagi yang dah kawin pulak, kalu yang nasib baik tu pregnancies and deliveries are never a problem. Tahu-tahu la, pengalaman bersalin, berpantang ni berbeza-beza bagi setiap orang. Ada yang bersalin mudah tapi berpantang penuh azab. Ada yang mudah segala-gala tapi anak buas giler. Ada yang happy sehappy-happynya lepas bersalin. Ada yang mengalami post partum depression. Ada yang meroyan. Macam-macam.

Kadang-kadang rasa tak adil bila diajukan soalan bila aku nak beranak lagi. Hanya sebab korang takde problem masa pantang, masa beranak, masa  membesarkan, etc. Terasa seperti diperkecil-kecilkan. Peoples are evil sometimes. Hanya sebab Allah bagi diorang senang bersalin, berpantang, diorang tak pikir apa kesusahan orang lain tempuhi. Aku paham sangat la pandangan orang terhadap aku ni. Tak padan ngan tak keje, dok umah je pun tak nak beranak ramai. Orang lain keje lagi susah, pun buleh je beranak ramai, susah kena ambik hantar anak ke pengasuh lagi, nak kena berjaga malam then esok bersengkang mata kat opis lagi. Apa susah sangat setakat dok umah je jaga anak.. Kata-kata begini selalu sangat aku dengar. No komen. Setiap orang berhak berkata. Setiap orang juga berhak berdiam diri. Cakap pun tak guna kalu yang selalu salah adalah diri kita. I learnt something from this. Never judge other's life. Sebab yang merasa yang menanggung adalah orang itu sendiri. Mungkin mudah bagi kita tapi tidak bagi dia. Allah ciptakan mahklukNya berbeza-beza. Kalu semua sama, tak payah ada syurga dan neraka.

Bersyukur la bagi mereka yang melalui semua ini dengan mudah. Aku kadang-kadang bosan dengan janji manis yang ditabur kononnya kalu aku bersalin lagi, diorang akan begitu begini begitu begini. Ah sudahlah. Tiap kali dengar janji manis tu, dari telinga kiri, aku akan bukak telinga kanan selebar-lebarnya kasi senang sket keluar. Yang sebenar yang berlaku adalah, aku terkapai-kapai sendirian without help. Yang orang tahu  cakap adalah kuatkan semangat lawan perasaan. Does it help me? No. Takde sape pun yang tolong aku menangani keperitan post partum tu. Yang denial ada la. Kononnya aku takde apa-apa tapi saje manja, making thing's up. Hoooof.... Can you imagine how I fought all by myself to this point?

Aku takleh nak buat orang paham apa yang dilalui ketika post partum ni. Orang yang tak mengalaminya takkan faham. Only those yang dah merasainya aje yang tahu. Cuba tanya Gwyneth Paltrow. Cuba tanya Brooke Shileds. Benda post partum memang tinggalkan kesan yang mendalam dalam diri. Susah aku nak berkomunikasi pasal benda ni. Sebab tak ramai yang mengalaminya compared to yang mengalami. Kalu ada pun yang pernah jadi mangsa tuh, biasanya kes macam ni depa tak expose. You are not proud to talk about depression. That's what I learnt. Tapi tercerita jugak kat blog ni. Sebab bengang dengan orang-orang yang menganggap aku macam baby making machine. Yang diorang tahu, oooo tahun depan mu beranak sorang lagi ye! 

For now, I'm happy with my life. People might have plenty of reasons why they want many kids. Kalu la aku ni macam orang lain, aku tak tolak kemungkinan nak beranak 14 sekalipun. I'm not 'healthy' like other healthy woman. Yang takde anak dok terliur nak beranak tapi Tuhan tak izin lagi. Yang buleh beranak pulak beriya tak nak beranak. Itu satu isu lagi. Aku pun tak tahu nak cakap cane. Memang simpati kat orang-orang yang nak sangat anak tapi takde rezeki beranak. Sekurus-kurus keding aku ni pun Allah kasi peluang aku kecap nikmat menjadi ibu tapi aku merungut. Astaghfirullah...

Bagi yang dah menempuh alam keibuan tanpa masalah yang besar, bersyukurlah. Tidak semua orang  menikmatinya. Entri ni bukanlah tujuan aku nak lepas geram ke apa. Aku nak kasi ilmu sikit pada yang no idea akan kewujudan masalah-masalah seperti dialami orang-orang macam aku ni. Aku tahu ramai yang tak terfikir pun problem macam ni wujud sebenarnya. So now you know. Bagi yang gemar bersoalan angkatkan Bila ko nak beranak lagi ni, lu pikir la sendiri. Aku bukanlah marah orang asyik tanya aku soalan ni. I'm fine. Aku jawab pun dalam gelak-gelak. Bagi yang terima jawapan aku okey lah. Ni, aku jawab sepatah, diorang dok usul panjang lebar lagi tu apa kes. Bagi yang tak puas hati style aku jawab macam nak ajak berdebat lagi ngan aku tu yang aku hangin jugak tu. As if diorang lagi tahu dari aku. Aku suka style belah family encik Jack. Jawab sepatah then it's enough for them. Diorang tak usul-usul lagi dah.

Aku nak tergelak kat sorang hamba Allah kenalan aku sejak sekian lama ni. Maybe sebab dia tengok encik Frodo dah besar, so dia ajukan soalan bila nak tambah ahli keluarga ni kat aku. Macam biasa, aku jawab aku malas, tak sihat gitu je la. Potpetpotpet, last-last tertanya aku Eh mu planning cane? Kahkahkah... Nampak sangat peknen banyak kali sebab eksiden, bukan sebab nak beranak ramai pun! Pastu ala-ala frust sebab termengandung lagi, (nak kata menyesal, tak baik pulak) pastu halakan kat orang pulak. Kahkah.. Diri sendiri yang terbabas, orang pula yang disalahkan.

Skang aku senang je. Aku buat hal sendiri. Takde nak kecoh-kecoh hal orang. Bila orang nak kawin ke, bila orang nak bertudung ke, bila orang nak keje ke, bila orang nak rajin ke, bila orang nak berubah ke apa ke, suka hati orang la. Itu hidup dia, biar dia sendiri yang tentukan. Janji, aku tak kacau orang, dan aku harap orang pun tak kacau aku.

Yang aku peliknya, aku tak sibuk hal orang, tapi orang dok sibuk hal aku pulak. Bab dengki toksah citer la. Ada je nak dengki ngan aku. Aku tak beranak-beranak lagi pun orang nak dengki. Aku sifatkan orang yang dengki ngan aku ni memang takde keje. Sebab I'm not worth to be jealous of. Aku takde keje yang glemer ngan gaji yang membolehkan aku pegi makan angin luar negara patlima kali setahun, aku belajar pun bukan pandai sangat, aku takde koleksi intan permata waima handbag kasut sekalipun, aku tak dikurniakan tubuh badan yang menawan, aku bukannya kaya, aku tak cantik... So atas dasar apa orang nak dengki dengan aku? 

Sudah sudah la tu. Masa untuk muhasabah diri sendiri. Allah jadikan sesuatu itu bersebab.

Wallahualam.

Thursday, November 25, 2010

#559 Me Vs Collecting His Things

Hari ni Nik Pareh, Bos IBM ngan Cik Na pergi ofis arwah to collect his stuffs. Bawak balik sekotak yang berisi segala dokumen kerja & peribadi arwah. So sad when looking at his belongings. Rasa macam melihat pada hari-hari terakhir arwah di pejabat pulak.

All you see is his smile. But all I see is his sadness.


Arwah tengah giat mengextend bilik kat umahnya. Bilik ini merupakan his fantasy music studio. Pada hari terakhir ketika arwah masih hidup, sebelum ke pejabat arwah ulang-alik 3 kali kat belakang ni. 3 kali arwah pegi tengok bilik ni. Macam tahu-tahu je. Beliau nak tengok puas-puas sebelum beliau 'pergi'. Adik aku yang bongsu tu birthday dia bulan Oktober lalu, arwah suruh postpon tunggu studio ni siap nak celebrate birthday dia kat studio ni. Tapi apakan daya tak sempat.. Kat Mahadi dia ada cakap, dia nak tukar perabot bilik dia skang yang semua set warna hitam to set warna putih. As he knew it. Putih. It's the colour of death.
The music studio
Open kitchen/bbq
The pergola walkway