Dark Fellows

Showing posts with label hydrangea. Show all posts
Showing posts with label hydrangea. Show all posts

Monday, August 19, 2013

#1060 Me Vs Mojo & Mandom

Semua orang tak sihat. Selsema. Jangkit dengan budak-budak ni since sebelum raya lagi. Tepu kan virus selsema kat kampung. Semua yang balik dari pelbagai tempat tapau virus bawak balik together-gether. Degil betul virus tak hilang-hilang lagi. Zaraa skang dah pandai sedut hingus dia sendiri. Walaupun tak kelihatan hingus yang meleleh-leleh dari hidung itu nampak bagus tapi sebenarnya tak bagus. Sebab dia dok simpan hingus dia. Bila kita suruh blow, dia sedut jugak. Result, tak habis sokmo la hingus.
Ni gambar posa haritu. Aktiviti riadah keluarga kitorang haha. Kelihatan encik Jack mengikat kaki Zaraa dengan kain napkin. Tak tahan rusuk asyik kena korek dengan kaki dia aje. Hobi Zaraa macam tu la. Pantang orang baring dekat dia mesti nak cuit-cuit body orang dengan kaki dia. Sekali, encik Jack ikat kaki dia. Hahahaha... Padan muka. Kaki tu kalu tak kena-kenakan kat orang memang tak sah.
Sejak jadi pengguna telefon besar ni tak sampai sebulan pun lagi ni, aku mula perasan satu benda. Orang lain dah lama kot perasan sebab dah lama pakai telefon besar kan. Aku rasa kewujudan Instagram dan sewaktu dengannya telah sedikit sebanyak (or totally) telah memberikan kesan terhadap dunia blog. Orang dah tak ramai visit blog or update blog. Skang kan semua mau pantas. Dah tak minat nak baca karangan panjang-panjang. Nak tengok gambar aje. Hoh blogger picisan macam aku dah takleh cari makan lah. Site traffic makin  meningkat (kalu rajin update lah) tapi bilangan follower dengan traffic NN agak stagnant. Takpe lah. Selagi blog masih ada, selagi aku masih berminat, aku update aje lah. Kembali kepada nawaitu yang asal iaitu untuk personal journal aje. Sape nak baca, bacalah, bonus untuk korang lah tu. 
Adam sejak berpisah dengan sepupu-sepupu high-tech gadgetnya tu memang nampak left out and lost. Dok Kb aritu pun senyap je. Dah takde ipad kat Kb, mintak main game kat pc. Pun buat hal dia sendiri. Tak nak jumpa sedara-mara yang datang beraya. Macam kena rasuk hantu game. Dalam keta pun senyap je. As if, memang terasa 'kehilangan' lepas takde ipad tu. Kesian pun ye. Tapi nak buat macam mana, untuk kes anak aku ni banyak mengundang keburukan dari kebaikan. We have made decision. No ipad for him. Suppose akan ada ipad lah for me, but I have substitute ipad with... erm, bigger fridge. Ha ha... What, from ipad to fridge? Kita ikut keperluan ye puan-puan.
Baru ni aku bawak budak-budak ni main kat playground. Dah lama nak bawak diorang tapi intai dari dapur tengok bunga rumput kemuncup bagai ada la takat lutut agaknya depa tak mesin. So, baru ni nampak orang MPSP datang mesin rumput kat playground and padang. Baru la best nak main. Seronok la budak 2 orang ni conquer satu playground tanpa budak lain. Cina-Cina sini pun balik raya agaknya. Sunyi je. Tengah syok tengok diorang main, tetiba nampak satu kaum yang bela anjing ni datang bawak anjing dengan tali anjingnya. Ingat nak datang padang buat apa. Sekali tengok anjing dia kengkeng sebelah kaki tepi pokok serai aku. Celako punya tuan anjing! Tatau la sempat setel hajat dia kat situ ke tidak. Nampak macam kejap sangat. Ke tak jadi kat serai aku, sambung port lain tatau la. Anjing to bodo memang patut la. Tapi tuan dia yang ada akal tu 10kali lagi bodo dari anjing dia. Tengok je anjing dia kencing kat pokok orang. Cilako sungguh la. Dah tak boleh nak tuai dah serai tu. Serabut la pemilik anjing kat sini. Takde manner langsung. Seluas-luas padang ni, kat pokok serai aku tepi tu jugak dia nak lepas hajat. Hisy.. Sayang kat serai aku tengah subur kat situ. Haih... Takde rezeki. Kenapa la pemilik anjing ni takde kesedaran sivik... Dah menyusahkan orang. Skang ni tinggal serai yang aku tanam depan date aje. Selagi aku tak nampak binatang itu mengengkeng kat situ, aku ambik la lagi. Kalu yang depan tu pun jadi port binatang itu jugak, kena beli jugak la serai pasni. Menyusahkan orang je lah!
Seronok tengok status kat fb kawan-kawan sibuk beropen houses skang.  Kitorang kat sini takde kenal orang sangat. Makanya no open house invitations lah. Orang sibuk pegi makan open house. Kitorang makan fast food aje. Sedihnya makan minum di Penang! Sabtu we went to Sunway, lunch kat Burger King. Encik Jack mengidam nak makan kebab. Tapi tak jumpa. Burger King je lah. Lepas kenyang, kitorang pegi shopping.... for a fridge! Hahaha.. Tima kasih pada yang memberi pandangan pasal fridge vs deep freezer tu. Ok, aku bertindak mengikut arahan. We chose a Samsung refrigerator. Sebab terpedaya dengan omongan salesperson yang berbunyi, Samsung ni senyap malam-malam (Sesuai la bagi sape yang tido sebelah peti tu), energy saving (saves up to 35% electricity), latest design (ado aku kisoh) dan deep, spacious freezer. Tambah dengan membership, ada lagi less. Ok deal. Beli! Tengah tunggu Encik Jack tenyeh kad dia, aku cuci mata la kat mesin-mesin basuh pulak. Kan nafsu tengah bergelora mengidamkan mesin basuh load 10kg... Hahaha.. Bukan sekadar kehendak semata-mata ye puan-puan. Nanti senang nak cuci kapet and comforter. Berguna tu mek. Jimat duit tak payah hantar dobi. Alahai... Murah-murah je... Seribu lebih dah boleh dapat belas-belas kg punya load. Hohoho.. Mode orang kaya sekejap is on.
Kitorang rushing beli fridge tu salah satu sebabnya nanti nak panggil tukang buat kabinet. Ada mini projek sikit kat dapur kalu ada rezeki. Bila fridge dah sampai baru sedap sikit nak ukur-ukur, koyakan extension kabinet yang sedia ada ni. Karang lari pulak ukuran kalu ukur sebelum masuk fridge besar tu. Dapur aku ni perlukan lebih ruang untuk simpanan dan utiliti. Tengoklah macam mana. Belum bincang lagi dengan tukang kabinet.
Kelmarin sedara encik Jack 2 families datang raya umah aku. Bagitau nak datang masa aku kat pasar. Kucar-kacir shopping kat Tesco nak kejar masa. Balik umah terus masak lintang pukang. Janganlah buat macam ni weh. Don't get me wrong. Aku suka orang datang. Tapi bagitau la awal sket. Sempat la aku prepare apa-apa in advance. Konon datang surprise macam tu sebab tak nak susahkan tuan rumah siapkan apa-apa. Sebenarnya aku personally tak setuju sangat-sangat. Lagi menyusahkan ada la. Lelah berjelir. Datang macam tu aku sempat goreng kuey teow je lah. Kalu plan elok-elok boleh lah masak makan nasi bagai. Selalu datang umah aku tak hidang heavy-heavy. Aku pun nak jugak beri yang terbaek kan. Haih... Whatever, seronok la ramai-ramai kelmarin. Adam ada geng main naik turun tangga. Yang tua-tua meriah kat dapur. Sebenarnya kelmarin tetamu yang datang jamu tuan rumah. Haha. Jilah datang bawak kelapa muda belah kat sini minum sama-sama. Siap sekali cempedak dengan pisang goreng satu tipuwear besar. Woh sedapnya menjamu selera aku.... Puas hati makan cempedak goreng sampai kenyang. Weh lenkali sape-sape nak mai umah aku bagitau awal-awal. Untuk mengelakkan tetamu jamu tuan rumah macam ni lah hehe.... Yang datang kelmarin sorang sakit buah pinggang kencing manis, sorang baru lepas operate ketumbuhan. Sudahnya patient sendiri la masak nak masin tawar setara mana. Encik Jack pulak komplen tawar herber..  Haih.... 
Mood deko-deko kembali lagi. Ewah. Deko la sangat. Terpengaruh tengok flyers kedai perabot yang tengah sale merdekaraya ni. Bought a console table. Simple dan murah je pun. Tak sampai 100. Murah sebab beli kena pasang kaki sendiri. Mudah je. Mudah lah sebab encik Jack yang buat haha. Boleh lah tu. Dah lama dok terliur tengok console table. Tapi sebelum ni kan ada satu lagi love seat tu. Dah jual 2 seater tu beres lah buleh mendeko-deko dengan lebih freestyle. 
Meja konsol ni nampak kosong lagi. Ingat nak letak pasu oversize susun bawah tu. Takpun, weave basket. Osem tengok mat saleh hias meja konsol macam tu. Dua pasu bunga see thru kat atas meja konsol tu aku beli kat kedai lima ringgit je. Kalu pecah pun takde la terkilan sangat kan. Weekend ni nak shopping pasu lagi la kat kedai DIY... Banyak yang aku berkenan ada kat situ. Tak mahal pun barang kat situ. Cukuplah untuk rumah aku ni. Kalu letak pasu Bohemian Chrystal tu tak seswai la pulak dengan tema compang-camping umah aku ni kan.
Sony 
Samsung
Sony Vs Samsung, mana yang lebih cantik gambar?
Mommy sibuk nak send pic kat cik long, dia sibuk main masak-masak pulak.
Samsung jugak.
Bila pegi raya sana sini, baru teringat umah aku sendiri takde bunga hiasan pun atas meja. So true. Aku sakit mata kalu bunga tu berhabuk. Nak mantain tu kekadang malas jugak. Tapi takleh  komen lelebih la. Kot-kot esok lusa mengajak encik Jack ke SSF apa citer kan. Buat sementara waktu ni aku hias dengan pokok hidup je la. Yang sesuai ditanam dalam rumah. Eh, lepas buat eksperimen kan, aku dapati hydrangea adalah tergolong dalam kategori pokok manja yang sangat sesuai ditanam dalam rumah. Kecuali la umah ko kat kaki gunung Kinabalu. Elok je hydrangea aku tu parking tepi sinki mengadap ke tingkap. Tiap hari buleh belek bunga ... 

Home sweet home :)

Tengok la berperenggan-perenggan karangan. Nak berinstagram cemano?

Thursday, August 1, 2013

#1053 Me Vs 2 Years Has Gone By

31st July 2011-the last day of pregger
Zaraa, 1 Ogos 2011-the newborn
Zaraa, 1 Ogos 2013-OME 's fan 
Dah 2 tahun berlalu. Rasa macam baru je. Agaknya macam tu lah bila ada anak kecik ni. Tiktoktiktok kejap je dah sejam. Tiktoktiktok dah setahun. Tiktoktiktok dah 2 tahun. Huhu... Masa dalam pantang dulu rasa nak cepat je masa berlalu sebab hazab rasa jaga baby yang tak tentu masa feeding and tidonya. But now bila anak dah pandai macam-macam ni rindu pulak kat masa dia baby dulu yang hanya tahu terlentang tunggu orang uruskan ;)
Tengah sahur @4pm. Yes, P.M, not A.M
Minggu lepas dia demam 2,3 hari. But alhamdulillah dah sihat. During the fever, she cooperates very well. Never hesitates with the meds. Maa sya Allah... Mujurlah senang kan. Kalu meronta-ronta tak nak ubat tu pening jugak nak bagi ikut mana walaupun cara adalah banyak. Semenjak demam ni, dia punya appetite agak kureng compared to sebelumnya. Susu seminggu tak habis pun satu pek 1kg tu. Selalunya habis lah. Susu fm yang biasa kitorang bagi dia tu dia macam tak nak je. Kalu buat, lambat je nak habis. Skang ni dia macam ala-ala nak minum susu UHT. Selaku penghidap gastrik ni, susu kotak UHT yang 1L tu memang penghuni setia fridge aku la (omo! bila la nak tukar fridge ni wahai gewe!) Semenjak demam ni, dia asyik usung susu kotak tu je suruh bubuh dalam botol susu dia. Hoho... Aku dah ada saingan now. Silap hari bulan aku pulak yang tak cukup susu... Haha. 
Uh uh uh anak dara...
Jangan dia buat tak nak minum terus fm dia sudah la. Kitorang baru je borong 4 pek 1 kg tu konon buat stok nak balik raya ni sesambil nak redeem voucher shopping kat Tesco. 4 pek tu derrr. Sape nak habiskan. Harap-harap dia tak lalu sementara aje la. Pasni akan lalu balik. Amin. Kurus dah hai dia. Olo.... Baru je nak naik body baru ni kan. Tiap hari aku dengan gewe gelakkan dia mokmok. Hihi.. Kecut pulak dah hai.
Gewe aku ni berminggu-minggu dah agaknya tak lalu nasik. Sahur dengan berbuka tak makan nasik. Kalu makan loya sepagi. Balik raya ni nak serang bazar ramadan kat stadium KB tu la. Walau pegi tak beli apa pun, dapat cuci mata pun jadi lah. Missing all Kelantan food sampai ke hulu hati. Tak tahu dah nak makan apa kat sini. Punya la banyak makanan sampai tak tahu nak makan apa kat Malaysia ni. Kat negara tengah perang pulak sebaliknya. *self reflect 
Lama dah tak update pasal my cik siti (zubaidah) aka hydrangea ni. She found her new spot now. Sebelum ni aku letak kat balkoni atas kan. Okay dah kat situ tapi posa-posa ni aku tak larat dan malas nak naik turun tangga semata-mata nak pegi siram dia. Last-last aku bawak turun letak tepi sinki dapur ni. Habis citer. Sambil masak buleh la suriramramram kat dia kan. Kecik ni buleh la letak atas kitchen kaunter macam ni. Bila dah besar nanti aku garu kepala lah nak pindah mana pulak. Sebelum tu aku garu kepala nak balik raya ni cemana nak kasi dia supaya tak mati. Nak kena tinggal seminggu tuuuu... Dah la tengah galak berbunga. Haih... Panjang umur berjumpa lagi lah... Mintak-mintak lah hujan time raya ni kat Penang. Kat kampung jangan hujan. Spoil mood raya nanti.
Kahkahkah. Banyak kali aku nak-tak nak upload gambar huduh butir nangka aku ni. Takde rupa pun kan. Macam jari Frankenstein ada la. Boleh lah tu. Aku google resipi kuih yang guna tepung pulut sebab konon-konon macam nak habiskan tepung tu cepat-cepat lah. Result yang keluar; tepung bungkus, ladu, tepung gomak, dll yang rumit-rumit caranya. Daun pisang pun tarak. Last-last okaylah mak buat butir nangka jugak lah. Maka siaplah, separuh hati. Buat sikit je pun. Ngam-ngam 10 bijik. Itu pun berapa kali hadap baru habis.
Kitorang balik raya pagi Sabtu ni. But not really pagi la. Gewe nak pegi hantar servis keta dulu. Haih. Aku kalu buleh balik time-time macam ni nak bertolak lepas sahur lagi. Tapi nak buat macam mana tak boleh elak. So maybe kul 10-11 jugak la kot baru bertolak. Haih, masuk KB menjelang tengahari itu adalah bad idea. But what to do? Nak balik hari Ahad, hati dah sampai Kelantan lama dah..