Dark Fellows

Showing posts with label furniture. Show all posts
Showing posts with label furniture. Show all posts

Thursday, July 7, 2011

#749 Me Vs Cuti Yang Banyak Urusan

Macam aku cakap kelmarin tu la, hari ni kitorang kena pegi Maybank Kulim untuk transfer duit dari akaun ASB kitorang. Sini kan cuti hari ni. Best jugak dok kat bandar yang berhampiran state border ni. Situ keje, sini cuti. Takleh buat kat sini, pegi buat kat sana. -Both mine and Encik Jack's ASB sudah licin ini hari. Huhu.

Masa arwah ayah aku ada dulu aku pernah tanya dia, boleh tak aku nak guna duit yang dia bagi tu untuk beli umah. Dia cakap ikut suka aku la since duit tu dah jadi duit aku. Lagipun tujuan aku murni. Bukan nak guna untuk libur-libur macam budak-budak. Kalu arwah masih ada, mesti dia terharu campur bangga aku guna duit tinggalan dia tu untuk kebaikan yang bermanfaat.

Maybank Kulim tak ramai sangat orang. Tapi sivik orang-orang kita ni memang rendah la. Seat tak cukup, mak buyung berdiri aje lah. Bila ada orang bangun dari kerusi tu, baru je aku nak duduk, zzzuuppp!! Orang lain duduk dulu. Sangat tak saspek kat mak buyung. Bencik!!!

Setel urusan, terus hala ke utara. Sampai kat plaza tol Lunas tuh, roadblock. Bosan betul. Aku dah la nak terkucil menantikan R&R depan tuh. Kacau daun betul. Standby nak kaup set Bersih la tu kot. I certainly don't like this. Menyusahkan orang. Aku. Yang nak. Terkucil.

Lepas de-stresskan pundi kencing aku, encik Jack ajak pegi tengok umah sebelum pegi kedai gril. Saje tengok-tengok. Hari ni site gate area perumahan aku tu bukak. Apa lagi, measuring tape dah bawak. Terus masuk site area. Ukur la yang mana boleh dari luar tu. Sliding ngan tingkap dapur je la. Atas mana buleh panjat. Pengajaran & peringatan buat orang lain- sila beli measuring tape (keluli tuh) yang diiktiraf. Jangan beli tape kat kedai dua ringgit macam kitorang. Tapenya lembik. Takleh nak hunus tinggi-tinggi mudah terkelepet. Sudahnya menyumpah seranah la tukang ukur. Ngehngehngeh....

Pagar tak kunci, so boleh la kitorang masuk dalam pagar tinjau-tinjau umah kitorang ni. Masa kitorang tengah tinjau-tinjau tu, nampak ramai pulak keta keluar masuk lalu depan umah kitorang. (barisan umah aku yang paling depan) Happening pulak rasa hari ni. Selalu kitorang aje yang ada. Tak berkebetulan ngan owner lain.
Sambung pasal tinjau tadi. Aku tengok pintu utama umah ni dah tercalar. Bukan kes tak sengaja ke apa ni. Memang vandalisme la. Kalu tak sengaja mesti corak pun ala-ala abstrak gitu. Ini, selain X besar tuh, ada tulisan. Perkataan apa ntah, lupa pulak aku. Aku tengok pintu umah lain takde pulak calar-balar camni. Sape punya keje la ni. I'll see you in Padang Mahsyar!

Campur sekali pintu ni, ada 3 benda yang konfem dah masuk list komplen kitorang kat pemaju. SATU; dinding ruang tamu crack besar giler (no way to cover it except wall paperings), DUA; rak buku dalam master bedroom yang macam pasang pakai kaki tu, TIGA; pintu ni yang calar balar. Aiseh.... Ini sebelum masuk dah nampak. Yang lepas masuk umah baru nampak tu tak tahu la. Harap-harap ini je la... Memang la buleh komplen and the pemaju pun wajib ganti kan. But all that bukan buleh dapat perhatian diorang terus. Makan masa jugak tu.
Bila tak puas hati dengan umah sendiri ni mula la aku nak kepochi kat umah lain. Apa lebih umah aku, apa lebih umah orang.. Haha... Terserempak ngan pakcik yang jaga site ni. Sembang ngan dia pasal perumahan ni. Aiseh, banyak pulak citer tak best aku dengar pasal current situation umah ni. Biasalah tu, every housing site mesti ada kekurangan dan kelemahannya kan. Pakcik tu cakap, yang dia dengar-dengar bulan 8 ni pemaju dah nak kena bayar kat bank. So, mesti dia kena bagi kunci sebelum tu kan. Wallahualam la. Aku kan dah ala-ala pasrah bila pun nak naik umah ni.

Lepas ambik gambar, ukur situ sini, kitorang singgah kat kedai buat gril. Ingatkan nak tanya dah ada orang kat taman perumahan aku tu tempah ke belum. Kalu dah, senang la nak bajet kan. Mesti sama je harga bagi semua intermediate house tuh. Sekali orang gril tu cakap Taman Seri Arowana belum ada orang tempah lagi. So, kitorang mintak quotation la dulu. Yo-yo la kitorang tanya berapa sekaki. Kan biasa orang kira pakai kaki kan. Oh kat sini lain pulak. Depa kira pakai kotak. Hahahahahahaha...
Camni la dia lukis nak kira berapa kotak..
Contohnya sliding bawah aku tu kan 4 panel. So kira 4 kotak la. Sliding bawah tu je dah RM1400. Tingkap dapur 2 daun tu kira 2 kotak. Tiap saiz kotak tu ada la range harga dia. (aku tetap rasa kira pakai ukuran kaki lebih adil) Potpet-potpet, kira-kira semua total up sebijik umah atas bawah, tingkap jamban sampai ke sisip angin kat bumbung tu RM4800. Ini besi biasa la. Design horizontal tu la. Takde kerawang kerawit ke apa. The simplest one. Wrought iron dah terkeluar list kitorang awal-awal dah. Tak tanya-tanya pun berapa kalu nak buat wrought iron. Haha. Malas kang makan hati pulak kalu tahu harga dia.

Kitorang tak tempah pun tadi. Nak tahu harga aje. Senang kan nak koya-koya buat belanjawan pasni. Lagipun kalu siap awal, nanti benda tu tersadai aje kat kedai dia lama-lama buruk dulu sebelum sempat pasang kat umah kitorang. Orang gril tu cakap, dah dapat kunci tu call je dia. Nanti dia pegi ukur. Once dah ukur, kitorang kena bayar deposit 50%. Standard la dok? Angkat bontot, ambik bisnes kad then terus balik.

Perut lapar, encik Frodo pun nampak lapar aje. Goreng fries sambil iron baju. Siap, tukar baju then keluar lagi pegi hantar colleagues encik Jack ke epot. Nak pegi libur-libur Singapore katanya. Wah bestnya jadi orang single ni kan. Gaji riban-riban ikut suka nak perabis cemana. Keta dah ada, umah dah beli kat sini. Berjinggo la nak perabis duit tu. Memasing gelas emas berurat-urat I tell you. Alahai... Sedap pulak mata aku tengok set bujang ni. Bebas gi memana. Duit sendiri ada. Ikut suka nak buat apa.

Lepas hantar diorang kat epot, ingat nak pegi Queensbay. Pastu malas pulak nak menapak cari parking, cari food place. Buang tenaga aje. Bukan ada tujuan pun. Takat nak isi perut je tu. Terus ajak encik Jack makan kat food court Tesco Extra Seberang Jaya sesambil tengok...tengok...tengok.... Fella Design Warehouse Sale!!!! Kat junction Perda ni lagi diorang tepek banner tuh. Aku dah berair mulut sejak itu lagi. Tapi sale tu start esok sampai 17 Julai. Hekeleh. Lusa aku dah nak balik. Esok encik Jack keje. Mana sempat nak cuci mata.

Diorang tengah susun sofa lagi tadi. Memang bukak kanopi aje kat parking lot Tesco tuh. Besar la jugak coveragenya. Yang sempat aku intai tuh, memang cantik-cantik la sofa yang nak let go tu. Wing chair & ottoman pun ada. Mak buyung geget jari taw!!! Nak beli pun, umah tatau bila buleh kunci. Nak letak katne mean time tu. Chenta hati sedapkan hati aku, "..alaaaa... Nanti raya sale, year end sale ada lagi.. CNY sale lagi. Krismas sale. Ada la tu lepas-lepas ni. Bukan ni je..." Yeah rite. Tapi kali ni je diorang angkut jual kat Seberang ni. If not, kena pegi pulau la. Tapi kan, kalu beli time warehouse sale yang bukan kat kedai dia betul-betul ni (main tumpang-tumpang venue lain ni), buleh tempah slipcover jugak ke? Aku cam was-was pulak. Takkan diorang nak bawak sample kain-kain untuk reupholster semua tu. Kepochi lagi.

Cakap tu kan macam la banyak sangat duit nak belanja kat sofa tu. Part kc ngan gril je dah makan 18k-19k dah.. Kipas lampu,deposit api air ngan wiring semua belum kira lagi. (the most important thing nak masuk umah baru siap). Pendek kata, nak naik umah baru skang kena ada 30k at least. Baru sedap-sedap nak hulur kaki situ sini. 
Archive picture.

Thursday, November 4, 2010

#533 Me Vs A Rambling Post

Kelmarin dulu aku tengok Biografi Mahathir. Kelmarin aku tengok Biografi P.Ramlee. Harini aku tertanya-tanya, biografi Nik Aziz depa tak buat ke? Nik Aziz pun tokoh jugak. *tidak menyebelahi parti politik mana-mana.
Madu sms bagitau PISA held homedec expo from this 5-7 Nov. Encik Jack kena jaga exam pulak Sabtu ni. Ahad free la. Should we go? Tapi nak beli apa, umah pun lambat lagi nak release OC. Kalu terpergi, mesti terberkenan paling tak pun kat Fella tu. Kalu beli awal-awal nak letak kat mana. Rugi pulak waranty berjalan tapi barang tak guna lagi. Nak tempah awal-awal pastu suruh dia simpan kat kedai dulu sementara tunggu umah siap tu pun kang lunyai dulu kat kedai. Malas la pulak. Lagipun lambat lagi. 
Yay! Dia dah pandai main buai sendiri...
Lemah betul. Kalu benda lambat lagi, banyak la godaan awal-awal ni. Sekali dah tiba dekat time nak move out tu, langsung takde yang menarik hati tawarannya. Selalu camtu la.
Oh, hari ni saya sangat boring. Mesin Dr Sukida dah muntah duit. Akibatnya, saya tak dapat beli stok air. Time hari sangat cerah macam ni mesin pulak full. Dah 2 tahun aku spoilkan tekak-tekak kat umah ni dengan air Dr Sukida. Bila tercetus hal camni, panjang la tekak nak menelan air masak dari pili. Tak sedap! Tak tahu pulak ada orang minat minum air berperisa besi. Tahun depan nak usya water filter la pulak. Nanti pindah, mana nak cari mesin Dr Sukida macam kat sini yang buleh turun pegi beli anytime aku nak. Dah ada umah sendiri ni kena pasang water filter system la kan. Hmm... Kena add on dalam list tuh.

Belek fesbuk, tengok gambar-gambar member pegi keliling dunia. Seronoknya. Sorang ke Beijing. Sorang ke KK. Sorang ke oz. Sorang tour europe dengan kakaknya. Sorang pegi buat umrah. Sorang kat awan biru jadi pilot. Sorang jauh di tengah laut kat pelantar minyak. Pergi berkhidmat kat Afghanistan pun ada! Tatau post sebagai apa. Dulu buat medik. Tapi dlm gambar dia pakai uniform tentera. Pasukan perubatan tentera perhaps? Oh, saya tumpang bangga kawan-kawan saya berjaya mengelilingi dunia merantau di tempat orang. Suka tengok orang-orang bujang ni pergi makan angin. Dengan duit sendiri.

Oii bosannya blog ari ni... Esok cuti ek? Selamat Hari Deepavali pada keluarga Puan Menteri yang menyambutnya di India...

Saturday, October 23, 2010

#521 Me Vs So Many Colours!

Wuuuuuuu...~~Tesco pun ada angkasawan..

Pegi pasar beli sotong dengan harapan yang membara-bara nak testing buat ketupat sotong. Sotong ngan santan dah beli. Sekali balik umah, beras pulut pulak nan ado. Kedai runcit pulak habis stok. Grrrrr....

* * * * * * * * *
Okey, pasal kitchen cabinets yang tak setel-setel. Tengahari ni pegi kilang kabinet tuh kat Simpang Ampat. Jauh bebenor rasa nak menyampai tuh. Lalu ikut kawasan industri, perumahan, komersial..bla bla bla baru sampai kilang dia. Rasa macam bukan kat Penang. 

Okey, kali ni puas hati sket la buleh tengok contoh board yang besar-besar. Memang lain la ngan sampel yang saiz cinonet nih. Setengah tuh, bila tengok saiz kecik ni memang nampak comel. Tapi bila tengok kat board besar tuh, alahai macam perabot DIY la pulak...  These are the samples yang aku tengok kat kilang tadi. Gambar ni aku ambik kat blog orang.
 
 
 
    
 

Dalam pening lalat nak tentukan warna tuh, aku sempat pilih untuk wardrobe aje. Wardrobe kalu silap pilih kaler pun, selamat lagi sebab dalam bilik orang tak nampak. Lagipun, kos nak tukar pintu wardrobe (if happens that someday aku rasa sakit mata, sakit hati langsung mau tukar semua pintu almari tu), kosnya tak la semahal kabinet dapur kan. So, for kc, i need a lot more time to think. Last-last aku cakap kat encik kabinet tuh, aku nak pikir lagi secara mendalam. Dia cakap okey je. Dia kasi masa aku untuk ubah fikiran sampai 2 minggu sebelum depa tempah barang. Which is after dapat OC la.. So, there still plenty of time to think, to observe.

Tadi aku dok berbelah bagi nak guna melamin or solid ply untuk kc tu la.. Harga sama je. Kalu nak lawa, solid ply (or solid terus, tapi harga real solid tu mahal gilos la). Buleh buat frame kat pintu kc. Melamin takleh nak ukir-ukir dah. Dia memang seketul flat rata je. But in terms of durability, undeniable melamine ni flawless. Kalu nyatoh (or any kind of solid wood) ply, mudah calar, mudah nampak berkurap kalu lama dok kat air, flammable, pastu internal side pintu kabinet tuh dia tampal kertas putih aje. Kalu melamin, luar dalam warna yang kita pilih tu. Senang citer, melamin adalah the best choice untuk orang kategori macam aku. (comel tapi malas)  Haha. Encik Jack pun nampak tak berapa nak approve aku pilih warna putih for solid ply kc. Dia tahu sangat la bini dia macam mana... Tak baek tawww!!! Ahahaha... Dia cakap, dapur kita bukan macam dapur orang keje yang masak sekali seminggu.. Dapur kita ni fully utilized. Orang yang jarang masak tu buleh la nak buat dapur putih-putih pun... Dush! Dush! Dush! Haaaa... Saper suruh malas-malas mengemas dapur yang skang ni kan... Sekali kena dush dengan big boss. 

Sebagai penutup meeting kitorang tadi, encik jack bayar terus deposit 10% tuh. Kira kitorang dah ikat la kompeni ni. So, pilih handles yang berkenan di hati, merayu-rayu harga kasih sayang, ugut suruh kasi extra ekseseri, anakanda sibuk ajak balik, bla bla bla then kitorang pun blah.

On the way balik tuh, aku ajak encik Jack berkoyaan kat kedai Perabot Permatang Pauh. Wakaka.. Macam lokak aje bunyinya kan. Citernya dinner hari Jumaat aritu aku ajak encik Jack makan kat  luar. Malam tu kitorang makan kat food court belakang JJ. (tomyam superb gilos macam tomyam carwash kat pulau) Parking keta depan Lazio. (Lazio tu sebelah food court tu la) *Imagine betul-betul. Kalu tak berjaya nescaya memang korang otak lemah. Sempat la aku usya display bedroom set kat cermin depan kedai Lazio tuh. Pergh... Cantik giler set warna putih-putih tu. Aku tengok depa pakai kayu pine. Imported nampak gaya. Berkenannya la hai kat katil putih tu. Halus aje buatannya. Macam yang display kat web Fella Design tuh. Cantik sangat. Gigit jari aku. Set bilik tido tatau berapa ringgit. Yang ada tag cuma harga tilam. Nam riban. Tu after less price asal doblas riban. Ko nak beli? Set-set putih yang lain aku tengok dalam lima riban camtu la.

Lepas makan kat food court tuh aku ajak la encik jack masuk cuci mata kat Lazio tuh. Besar gaban kedainya mirip Harvey Norman. Semua jenis perabot umah ada. Sofa aku tak berkenan sangat sebab banyak leather style L shape, pastu pulak keras macam pvc. Harga still tak kalah jugak. Anakanda syok giler test katil tu test sofa nih. Lompat sana, lompat sini. Time kitorang pegi tuh takde orang. Jurujual pun tak ambik pot. Yang paling anakanda syok sekali aku tengok, melenjan katil+tilam bulat. Sebelas riban ringgit aku tengok tagnya. Hmmm... Biarlah mahal pun, kalu tak cantik kat mata aku, aku tak beli jugak... Hahaha...

Okey, kembali ke citer kedai perabot Permatang Pauh tadi yang aku citer sekerat jalan tuh. Sebab aku rasa harga katil kat Lazio tuh ridiculous, aku rasa baik aku compare dengan kedai perabot permatang pauh dulu. Ahaha.. Ada hati nak compare kedai branded ngan kedai kampung. Hey, kedai kampung pun barang depa not bad tau! At least seswai la ngan taste aku ni. Dulu survey kabinet tv umah aku ni sampai ke BM. Last-last berkenan kat kedai ni jugak. Tahu-tahu la style skang ni kan banyak pesen modern. Aku tak berkenan. So, untuk orang yang bercitarasa nenek-nenek macam aku ni kena beli kat kedai kampung je la.

So, kekdahnya aku round la kedai perabot tuh. I like! I like! Tanya apek tuh kalu beli katil aje berapa ringgit. (Mind you, kedai kampung pun ada katil putih english style macam kat Lazio siot!!! Tapi ofkos la quality dia lain kan.. But still, it's made of solid rubber wood. Memang semua kayu solid Mesia pakai kayu getah jugak aper?!) Dia cakap around 500-600 gitu la yang aku berkenan tuh. Tapi yang kaler putih-putih tu aku kena tempah seminggu earlier la. Mak.. Seronoknya coz it's still within our budget. Nak cari katil kayu solid nan ado la bawah dari tu harganya aku rasa. Kira sedap-sedap bayar dah tu. Kot. Kalu aku ambik banyak sets, dia cakap harga buleh kurang lagi. Biasalah kan. Aku nak mintak less sampai dia sikit lagi nak menangis. Kihkihkih... *tumbuh tanduk

Kami keluar dari kedai dengan hati yang berbunga-bunga. Lalala~~~ Koya la! Balik tu pergi cari kedai plaster ceiling yang kak angkat aku habaq murah. Depan Balai Polis kat JJ ni je. Tak bukak pulak hari ni. Saje je nak pegi mengusya alang-alang dah mood be-rumah-baru hari ni kan. Kahkah.

Malam, sambung study kaler lagi... Macam nak ambik SPM cuaknya memilihnya warna. Takutnye la hai. Takut silap pilih. Biasa la. Bila benda dah siap mesti ada punya la kata hati yang bedebah yang bunyinye lebih kurang camni la ~ Hudoh la pulak.. Aritu nape tak pilih kaler satu lagi...Nyesal pilih kaler ni.. Gelap sangat la pulak... Nampak murah la etc(dah memang aku pilih yang murah nak suruh nampak mahal cane kan) Aaah... Aku study kaler sampai juling biji mata. 

Last-last aku givap. Kasi seat kat anakanda yang dari tadi dok sibuk nak tengok car commercials kat youtube. Encik jack sibuk tengok F1. Remote pegang kemas-kemin jangan harap nak cuit pun dia tak kasi. Don't play-play. Beliau mampu bertukar menjadi hijau-hijau Frankenstein kalu tak kena gaya dok kacau dia tengok F1. Time dia tengok F1, semua kena behave accordingly. So aku masuk bilik, put on my earphones, tune in to my korean ost mp3s, dok diam-diam buat benda alah ni...... Ahahaha.. Yummy bummy!
 Bulla! Bulla!
 Yay!! Aku pandai!
 Ish ish ish..Very the clever!

Wakaka.. Mulanya aku dok buat crossword puzzles. Macam nak gila cari perkataan yang disenaraikan. Dah gila pun sekejap, baru perasan, dia nak perkataan yang BERLAWANAN. Hampeh. Nyaris-nyaris aku ingat kan aku yang ba wau da wau Ha! Patut la aku tak jumpa. Pulak tu, petak dia sikit punya banyak dari yang dalam Metro tuh.. Mau tak meroyan nak mencari. 
Nak ketupat sotong!

Wednesday, July 22, 2009

#188 Me Vs Dream Uncoming True

Aku tak tahu stail ni dipanggil apa..tapi aku suka!

Cemburu pada empunya sofa...

Lilacs. Suka!

Flea Market.. Nape Mesia xde. Look at the white vintage furnish...

Aku mahu katil ini! Dengan bunga² sekali!

This garland is a real eye-catcher!

Love this table setting.. Dengan bunga² sekali. Spectacular color combo!

Aku mahu pagar umah aku ada bunga² camni.... Kanasai.. Mesti tak keluar rumah.

I want my gardens to be filled with hydrangeas...

My kitchen should look like this. Tapi aku xcukup rajin to mantain. Matilah!

Aku nak bakul ni. Wishlist sebelum mati.

Sofa yang ku idam. Tapi kami semua pengotor... Tapi aku nak jugak. Tapi no IKEA here.

Wakaka... Wishlist mengalahkan orang kaya²!!! Tak sedar diri tu tak keje. Celana kecik pun suami yang belikan. Ada hati nakkan bebenda yang almost impossible ini.... Bestnyer berangan.... Umah takde lagi. (malas nak citer pasal site tour kitorg ke Bertam Perdana baru ni, bikin akal mati. Lenkali citer)

*All images are copied from my fav blogs..