Dark Fellows

Showing posts with label dendam kesumat. Show all posts
Showing posts with label dendam kesumat. Show all posts

Monday, August 19, 2013

#1060 Me Vs Mojo & Mandom

Semua orang tak sihat. Selsema. Jangkit dengan budak-budak ni since sebelum raya lagi. Tepu kan virus selsema kat kampung. Semua yang balik dari pelbagai tempat tapau virus bawak balik together-gether. Degil betul virus tak hilang-hilang lagi. Zaraa skang dah pandai sedut hingus dia sendiri. Walaupun tak kelihatan hingus yang meleleh-leleh dari hidung itu nampak bagus tapi sebenarnya tak bagus. Sebab dia dok simpan hingus dia. Bila kita suruh blow, dia sedut jugak. Result, tak habis sokmo la hingus.
Ni gambar posa haritu. Aktiviti riadah keluarga kitorang haha. Kelihatan encik Jack mengikat kaki Zaraa dengan kain napkin. Tak tahan rusuk asyik kena korek dengan kaki dia aje. Hobi Zaraa macam tu la. Pantang orang baring dekat dia mesti nak cuit-cuit body orang dengan kaki dia. Sekali, encik Jack ikat kaki dia. Hahahaha... Padan muka. Kaki tu kalu tak kena-kenakan kat orang memang tak sah.
Sejak jadi pengguna telefon besar ni tak sampai sebulan pun lagi ni, aku mula perasan satu benda. Orang lain dah lama kot perasan sebab dah lama pakai telefon besar kan. Aku rasa kewujudan Instagram dan sewaktu dengannya telah sedikit sebanyak (or totally) telah memberikan kesan terhadap dunia blog. Orang dah tak ramai visit blog or update blog. Skang kan semua mau pantas. Dah tak minat nak baca karangan panjang-panjang. Nak tengok gambar aje. Hoh blogger picisan macam aku dah takleh cari makan lah. Site traffic makin  meningkat (kalu rajin update lah) tapi bilangan follower dengan traffic NN agak stagnant. Takpe lah. Selagi blog masih ada, selagi aku masih berminat, aku update aje lah. Kembali kepada nawaitu yang asal iaitu untuk personal journal aje. Sape nak baca, bacalah, bonus untuk korang lah tu. 
Adam sejak berpisah dengan sepupu-sepupu high-tech gadgetnya tu memang nampak left out and lost. Dok Kb aritu pun senyap je. Dah takde ipad kat Kb, mintak main game kat pc. Pun buat hal dia sendiri. Tak nak jumpa sedara-mara yang datang beraya. Macam kena rasuk hantu game. Dalam keta pun senyap je. As if, memang terasa 'kehilangan' lepas takde ipad tu. Kesian pun ye. Tapi nak buat macam mana, untuk kes anak aku ni banyak mengundang keburukan dari kebaikan. We have made decision. No ipad for him. Suppose akan ada ipad lah for me, but I have substitute ipad with... erm, bigger fridge. Ha ha... What, from ipad to fridge? Kita ikut keperluan ye puan-puan.
Baru ni aku bawak budak-budak ni main kat playground. Dah lama nak bawak diorang tapi intai dari dapur tengok bunga rumput kemuncup bagai ada la takat lutut agaknya depa tak mesin. So, baru ni nampak orang MPSP datang mesin rumput kat playground and padang. Baru la best nak main. Seronok la budak 2 orang ni conquer satu playground tanpa budak lain. Cina-Cina sini pun balik raya agaknya. Sunyi je. Tengah syok tengok diorang main, tetiba nampak satu kaum yang bela anjing ni datang bawak anjing dengan tali anjingnya. Ingat nak datang padang buat apa. Sekali tengok anjing dia kengkeng sebelah kaki tepi pokok serai aku. Celako punya tuan anjing! Tatau la sempat setel hajat dia kat situ ke tidak. Nampak macam kejap sangat. Ke tak jadi kat serai aku, sambung port lain tatau la. Anjing to bodo memang patut la. Tapi tuan dia yang ada akal tu 10kali lagi bodo dari anjing dia. Tengok je anjing dia kencing kat pokok orang. Cilako sungguh la. Dah tak boleh nak tuai dah serai tu. Serabut la pemilik anjing kat sini. Takde manner langsung. Seluas-luas padang ni, kat pokok serai aku tepi tu jugak dia nak lepas hajat. Hisy.. Sayang kat serai aku tengah subur kat situ. Haih... Takde rezeki. Kenapa la pemilik anjing ni takde kesedaran sivik... Dah menyusahkan orang. Skang ni tinggal serai yang aku tanam depan date aje. Selagi aku tak nampak binatang itu mengengkeng kat situ, aku ambik la lagi. Kalu yang depan tu pun jadi port binatang itu jugak, kena beli jugak la serai pasni. Menyusahkan orang je lah!
Seronok tengok status kat fb kawan-kawan sibuk beropen houses skang.  Kitorang kat sini takde kenal orang sangat. Makanya no open house invitations lah. Orang sibuk pegi makan open house. Kitorang makan fast food aje. Sedihnya makan minum di Penang! Sabtu we went to Sunway, lunch kat Burger King. Encik Jack mengidam nak makan kebab. Tapi tak jumpa. Burger King je lah. Lepas kenyang, kitorang pegi shopping.... for a fridge! Hahaha.. Tima kasih pada yang memberi pandangan pasal fridge vs deep freezer tu. Ok, aku bertindak mengikut arahan. We chose a Samsung refrigerator. Sebab terpedaya dengan omongan salesperson yang berbunyi, Samsung ni senyap malam-malam (Sesuai la bagi sape yang tido sebelah peti tu), energy saving (saves up to 35% electricity), latest design (ado aku kisoh) dan deep, spacious freezer. Tambah dengan membership, ada lagi less. Ok deal. Beli! Tengah tunggu Encik Jack tenyeh kad dia, aku cuci mata la kat mesin-mesin basuh pulak. Kan nafsu tengah bergelora mengidamkan mesin basuh load 10kg... Hahaha.. Bukan sekadar kehendak semata-mata ye puan-puan. Nanti senang nak cuci kapet and comforter. Berguna tu mek. Jimat duit tak payah hantar dobi. Alahai... Murah-murah je... Seribu lebih dah boleh dapat belas-belas kg punya load. Hohoho.. Mode orang kaya sekejap is on.
Kitorang rushing beli fridge tu salah satu sebabnya nanti nak panggil tukang buat kabinet. Ada mini projek sikit kat dapur kalu ada rezeki. Bila fridge dah sampai baru sedap sikit nak ukur-ukur, koyakan extension kabinet yang sedia ada ni. Karang lari pulak ukuran kalu ukur sebelum masuk fridge besar tu. Dapur aku ni perlukan lebih ruang untuk simpanan dan utiliti. Tengoklah macam mana. Belum bincang lagi dengan tukang kabinet.
Kelmarin sedara encik Jack 2 families datang raya umah aku. Bagitau nak datang masa aku kat pasar. Kucar-kacir shopping kat Tesco nak kejar masa. Balik umah terus masak lintang pukang. Janganlah buat macam ni weh. Don't get me wrong. Aku suka orang datang. Tapi bagitau la awal sket. Sempat la aku prepare apa-apa in advance. Konon datang surprise macam tu sebab tak nak susahkan tuan rumah siapkan apa-apa. Sebenarnya aku personally tak setuju sangat-sangat. Lagi menyusahkan ada la. Lelah berjelir. Datang macam tu aku sempat goreng kuey teow je lah. Kalu plan elok-elok boleh lah masak makan nasi bagai. Selalu datang umah aku tak hidang heavy-heavy. Aku pun nak jugak beri yang terbaek kan. Haih... Whatever, seronok la ramai-ramai kelmarin. Adam ada geng main naik turun tangga. Yang tua-tua meriah kat dapur. Sebenarnya kelmarin tetamu yang datang jamu tuan rumah. Haha. Jilah datang bawak kelapa muda belah kat sini minum sama-sama. Siap sekali cempedak dengan pisang goreng satu tipuwear besar. Woh sedapnya menjamu selera aku.... Puas hati makan cempedak goreng sampai kenyang. Weh lenkali sape-sape nak mai umah aku bagitau awal-awal. Untuk mengelakkan tetamu jamu tuan rumah macam ni lah hehe.... Yang datang kelmarin sorang sakit buah pinggang kencing manis, sorang baru lepas operate ketumbuhan. Sudahnya patient sendiri la masak nak masin tawar setara mana. Encik Jack pulak komplen tawar herber..  Haih.... 
Mood deko-deko kembali lagi. Ewah. Deko la sangat. Terpengaruh tengok flyers kedai perabot yang tengah sale merdekaraya ni. Bought a console table. Simple dan murah je pun. Tak sampai 100. Murah sebab beli kena pasang kaki sendiri. Mudah je. Mudah lah sebab encik Jack yang buat haha. Boleh lah tu. Dah lama dok terliur tengok console table. Tapi sebelum ni kan ada satu lagi love seat tu. Dah jual 2 seater tu beres lah buleh mendeko-deko dengan lebih freestyle. 
Meja konsol ni nampak kosong lagi. Ingat nak letak pasu oversize susun bawah tu. Takpun, weave basket. Osem tengok mat saleh hias meja konsol macam tu. Dua pasu bunga see thru kat atas meja konsol tu aku beli kat kedai lima ringgit je. Kalu pecah pun takde la terkilan sangat kan. Weekend ni nak shopping pasu lagi la kat kedai DIY... Banyak yang aku berkenan ada kat situ. Tak mahal pun barang kat situ. Cukuplah untuk rumah aku ni. Kalu letak pasu Bohemian Chrystal tu tak seswai la pulak dengan tema compang-camping umah aku ni kan.
Sony 
Samsung
Sony Vs Samsung, mana yang lebih cantik gambar?
Mommy sibuk nak send pic kat cik long, dia sibuk main masak-masak pulak.
Samsung jugak.
Bila pegi raya sana sini, baru teringat umah aku sendiri takde bunga hiasan pun atas meja. So true. Aku sakit mata kalu bunga tu berhabuk. Nak mantain tu kekadang malas jugak. Tapi takleh  komen lelebih la. Kot-kot esok lusa mengajak encik Jack ke SSF apa citer kan. Buat sementara waktu ni aku hias dengan pokok hidup je la. Yang sesuai ditanam dalam rumah. Eh, lepas buat eksperimen kan, aku dapati hydrangea adalah tergolong dalam kategori pokok manja yang sangat sesuai ditanam dalam rumah. Kecuali la umah ko kat kaki gunung Kinabalu. Elok je hydrangea aku tu parking tepi sinki mengadap ke tingkap. Tiap hari buleh belek bunga ... 

Home sweet home :)

Tengok la berperenggan-perenggan karangan. Nak berinstagram cemano?

Monday, March 19, 2012

#856 Me Vs Berbunga Nafsu Serakah

Gambar tak ikut turutan cerita. Pandai-pandailah sesuaikan dengan perenggan mana. Kahkah.
Ini entri perihal aktiviti hujung minggu kelmarin dulu. Macam biasa la kitorang yang membosankan ni. Pegi pasar, pergi Tesco, balik rumah-masak-makan. Cuma part yang bestnya, pergi pasar kali ni tengok Cina jual pokok bunga tu ada. Mata terus tertangkap kat hydrangea, my favourite. Pastu spot pokok limau purut-must have. Pastu pokok markisa-must buy too. Ayooo.. Lari bajet camni. Nasib baik Cina ni jual murah daripada harga kat neseri. Aku beli hydrangea ngan pokok limau purut je dulu. Markisa later-later. Susahnya bajet ketat ni! (padahal kalu beli pun encik Jack bukannya marah pun.Biasalah naluri simpati isteri pada sang suami) 
My lil bar code reader.
Skang pegi Tesco dah tak bawak stroller. Buh Zaraa terus dalam shopping cart aje. Lapik sleeping bag comei ngan bantal je incase dia nak tido. Dok dalam stroller boring, dalam troli la best buleh cek barang ala kastam eksesais di raja malaysia. Puas duduk, buleh berdiri. Puas berdiri, buleh panjat. Dalam stroller mana buleh.
Adam dah tak nak dok dalam troli dah skang. Perasan dah big boy kot. Dah tak lari-lari suka hati dah skang ni. Pantang tak nampak kitorang, mesti jerit kuat-kuat panggil kitorang. Tak pun nangis terus. Hoho. Dulu suka ikut orang sampai hilang kan. Now takleh berenggang pulak. Skang ni dia tukang tolak troli. Dah boleh harap anak bujang aku ni. Besar dah dia.... *sobs.. Pergi Tesco skang kena ambik 2 troli. Satu untuk buh Zaraa. Satu lagi buh barang. Nak cepat, buleh separate ways.
Thanks darl for helping me :*
Sabtu kitorang ada tetamu datang dengan anak-anak yang tak sihat. Sorang berhingus. Sorang demam. Oh maaaaannn... Zaraa baru je nak baik. Ya Allah, please don't let my baby get the flu again. Tak laraaaaaaatt.. Huhu. Don't get me wrong. Aku sangat teruja bila orang nak datang umah. Specially yang ada anak baya-baya our kids. Adam seronok kemain ada kawan baru ni. Siap pimpin tangan lagi main sesama. But please bring your kids only. Leave the germs behind. Kasihanilah aku dan Zaraa yang dah berbulan-bulan asyik tak sihat ni. Dan sangat susah untuk sembuh. Tapi kalu dah lama tak jumpa, ini aje kesempatan yang ada nak buat cemana kan? Aku paham. Tapi itulah...... Susahnya ada baby yang susah nak baik ni....

To my ex-MJSCPC friends, kelmarin saudara Rohaizi Ismail ada singgah umah aku. Dia ada buat attachment ke apa kenama terma perubatan yang dia panggil. Dia buat master surgeri. So kena datang buat attachment 3 bulan kat GH Penang. EG masih seperti dulu hilai tawanya. Cuma makin hensem, makin pembersih penampilannya. Nama pun doktor kan. Macam biasalah, bila dah jumpa tu sembang pasal kawan-kawan semaktab la. Citer pasal Mawaddah yang excellent di semua tempat dia pergi, citer pasal Sherrini, Ayob, Jeril, Mael Giant, Kolil, Udeng, Kak Lah, Sakinah, Sarah, The Three Flowers At The Back, Pakli, Ajih, Miss, Lyss (kawin tak ajak kengkawan pun), Ju, Rini (haha aku tolong broadcast pasal mu), Gayah (sorry ct, aku sebut nama mu diorang blur-blur, kena sebut nama glemer baru cepat ingat ;p), Sly etc,etc... How time fly fast. Dah 14 tahun pun. Kalu ada anak, dah tingkatan dua.

Mawaddah nak masuk 3 dah anak. Encik Jack perli aku, doktor pun nak beranak ramai, aku ni surirumah tak keje pun anak dua dah serender... Oh rupanya masuk tengok aku bersalin aritu tak terkesan apa pun kat dia. Dia kata sakit sekejap je kan. Hoh. Kalu orang laki Allah bagi buleh beranak, aku rasa encik Jack pun serender. I'm not talking about the pain. It's the confinement thing. No icy drink, die. Hahahaha... Dengar anak melalak pun tak suka, buat apa bini beranak reramai. Tak kisah la status ko Queen Elizabeth sekalipun.

Zaraa's milestone recap:
-dah start babbling. Comeinya suara baby. Macam kicau anak burung!
-dah memanjat dengan konfident
-kalu lapar suka buat pap-pap-pap mulut
-pandai attack Adam kalu serabut kena kacau
-pandai growling
-sudah start minum 4oz (kehkeh lambatnya)
-suka main keta Adam
-sudah pandai menjerit dan membuat bising kegirangan
-kalu aku takde, otomatik dia akan cari kat dapur.kalu takde kat dapur, terus dia ke toilet cari aku biar pun aku kat tempat lain sekalipun.
-asek lapar sajo. aktif terlajak kot. haha ayat Kelantan.
-sambil makan, sambil menyembur

Friday, September 10, 2010

#496 Me Vs Rayalara

1 Syawal 2010. Err, kalendar tahun Islam aku failed. Last aku ingat tahun 1414 Hijrah. Lalalala...
Harini baik lelaki mahupun perempuan kat umah ni semua berkelakuan baik bangun awal pagi lagi. Adam, buat hal sendiri menggigit kuku. Yang lelaki sibuk membakar sate kat luar. Yang perempuan pulak sibuk sibuk masak belen hidangan kat dapur. Pagi ni MIL wrap up segala keje masak-memasak sepanjang seminggu ni dengan masakan penutupnya-kuah lontong. Perghhh... Setakat sekawah tu MIL hendel sorang-sorang je takde nak kecoh-kecoh. 

Aku ngan Bos IBM yang terkulat-kulat merasa beraya kat umah mertua orang lain ni tolong la mana yang patut. Menghidang, cuci pinggan mangkuk, sapu lantai, kemas rumah lebih kurang. Semua kena pandai-pandai la sendiri. Kalu tanya  MIL apa yang nak dibantu, memang kecewa bertandang la. Semua dia jawab everything's under control. Buleh hendel sorang-sorang la. She's truly an Iron Lady. Tapi kitorang tolong jugak. Takkan tunggu nganga aje.
Bagi Bos IBM mungkin ini merupakan pengalaman pertama beraya dikelilingi masakan bertema  tradisional sepenuhnya. As been mentioned, umah Puan Menteri memang payah nak jumpa juadah tradisional. Sebab utama adalah semua anak-anak Puan Menteri diasuh (atau dipaksa dalam kata lain) untuk makan secara sihat. Atau Puan Menteri sememangnya malas. Suka hati aku je mengata. FIL aku selalu sindir sebab aku anak Misi (Nurse). Makan pun nak selalu jaga. Kurang lemak, kurang manis, kurang masin. Kalu MIL masak sayur banyak time aku nak balik kampung tu, FIL selalu la sindir dia, sebab menantu anak misi nak balik. Kahkah. So, kepada Bos IBM saya harap awak seronok la. Atau terpaksa seronok. Saya tahu awak sedih sebab kena beraya kat sini. Nak buat cemana kan. Tahun depan sila tekel Sir Richard Branson yea. Untung-untung tiap hari lepas keje buleh naik private jet pegi Mukah tolong basuh kareb Mek Aleesya.
    
Tahun ni hidangan banyak, tapi rakyat pemakannya tak ramai. SILs beraya belah biras-biras aku tahun ni. Nasib baik gak Bos IBM tumpang raya kat sini hari ni. Kalu tak, memang kelip-kelip la MIL, FIL ngan Menantu Dr Yaakob aje kat meja makan. Kau pandang aku, aku pandang kau. At least kehadiran Bos IBM membawa sinar lebaran kat kediaman agam Encik Ramli nih. Cheh, ayat. It's a win-win situation. Kitorang takde mak nak beraya tahun ni. Diorang pulak takde anak pompuan nak beraya tahun ni. 
Setel makan-makan walaupun 4,5kali jugak refill pinggan, kitorang bersiap-siap nak menyerang rumah sedara-mara encik jack. Kelihatan anakanda sangat boring menunggu semua orang berjangok.
Melihat Bos IBM bersolek, anakanda tumpang terliur. Mak sedara apa lagi, tanpa ragu-ragu terus tenyeh compact powder ngan lipstick. Hayo. Mek Aleesya dah on the way, sila behave accordingly.
Being anakanda, memang suka benar orang pamper muka dia. Lipstick memang pantang lepa. Kali ni memang puas hati mak sedara turut hati dia. Tersengih-sengih dapat mekap macam macik-macik pun.
Dah siap. Tunggu orang lain lagi bersiap. Sementara tuh dia buat manicure dulu. Macam biasa la. Baju cantik, tuan cantik apa guna kalu kuku panjang. Grooming is good. 
Gelang kristal Mek Ganu kasi. Thanx mek! Bling-bling raya ku.
Rumah pertama diserang ialah umah Pak Muda Mok. Ikutkan nak pegi umah Ayah Ngah dulu tapi nampak van Ayah Ngah kat umah Pak Muda. So, serang sini dulu la. Anakanda pilih BMW sebagai kenderaan rasmi ke rumah pertama. Keta banyak kan. Suka hati dia je nak pilih nak naik keta mana. Set lelaki semua naik BMW. FIL pun. Chewah. Set pompuan semua naik Honda Titi Puan Menteri.

* * * * * *

Kat umah Pak Muda, macam biasa la. Hidangan specialty umah ni tiap tahun adalah nasik minyak. Aku usya balang biskut, takde yang menarik hati. Kenapa biskut skang banyak yang kalerful, bentuk pelik-pelik, tapi rasa tak sedap? Aku nak tat gulung! Tapi takde.

Aku tengok FIL makan lain macam. Tapi macam biasa. Hadap nasik minyak. Pastu belasah tapai beras. Pastu minum teh o... Semua manis-manis... Ayyoo... 

* * * * * *

Sekarang ini tahap gila stereng anakanda adalah berada di tahap membimbangkan. Pantang driver angkat bontot, dia pun mula la. Pusing sana, pusing sini. Pulak tuh, dari kat KB lagi dok direct orang  nak naik keta tu, nak naik keta ni. Kat umah Puan Menteri ada 4 bijik keta. Kia Potak, Proton Taga, Swift Mek Ganu, ngan Honda Titi Puan Menteri. Tiap hari tiap kali nak keluar mesti nak naik keta lain-lain. Semua kena ikut kunci mana yang dia ambik.
* * * * * *

Rumah kedua, umah Ayah Ngah. Alang-alang dah jumpa kat umah Pak Muda tadi kan. Dia ajak singgah umah dia. Makan-makan, minum-minum. Aku masih mencari tat gulung. Nan ado. Tahun ni semua penggulung tat mogok apa? Tak puas hati seyy..

Kat sini pulak FIL makan ketupat pulut, tapai beras lagi, pastu air gas... Hoho... MIL tak cakap apa.

Pegi dua buah rumah pun dah nak tengahari dah. Punya la bersembang berjam setiap rumah. Jumpa setahun sekali kan. Lepas balik dari umah Ayah Ngah, terus balik umah. Set lelaki bersiap nak pegi semayang Jemaat. Set pompuan, ZzzZZZzzZZZzzzzZZZzzz... Perut kenyang kan melantak itu ini sana sini.
Pengsan sementara tunggu orang balik smyg Jumaat.
Raya tahun ni nenek encik Jack ada kat umah Cik Dor. So FIL nak pegi beraya ngan mak dia. Lepas depa balik smayang Jemaat, ke rumah Cik Dor kitorang serang. Aku masih mengharap rumah terakhir ni ada la tat gulung. Tak tat gulung pun tat biasa pun jadi la. Asal tat. Takde tat pun, almond london pun okay jugak. Tapi nan ado jugak... Arrrrggghhhhh!!!!!! Yang ada cuma biskut kaler merah menyala, hijau rumput, pastu bentuk pelik-pelik.... Aku nak taaaaaaaaaaaaattttt!!!! Last-last kunyah meruku je. 

Time orang tengah bersembang kat meja makan, FIL aku dok sorang-sorang kat sofa. Aku tengok dia lain macam. Moyok. Senyap sorang-sorang. Anakanda pegi dekat pun dia acuh tak acuh je. I smells trouble. Tapi aku tak cakap apa. Hmmm... But this is not good. I can see that. Tapi aku tak bagitau MIL. Perasaan aku je kot.

Turun dari rumah Cik Dor tuh aku, encik Jack, Bos IBM ngan anakanda nak split balik KB bersiap nak sambut Mek Aleesya malam ni. Mulanya FIL cakap nak ikut sekali pegi KB sambut diorang kat epot. Terus MIL caras suruh balik berehat kat Apal je. Pegi karang-karang sket pun takpe sebab Menantu Dr Yaakob ada buleh drive malam. Haha.. Kelakar la diorang. So, kitorang split kat situ. Aku and the kroni balik KB, FIL and the clan balik Apal. Janji nak jumpa malam ni.
Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin dari kami sekeluarga.

Catatan 1 Syawal: Sedih tak jumpa tat.

Thursday, August 27, 2009

#217 Me Vs Seniorism ( Yang Kekwat)

Dah 12 tahun benda nih terbuku dalam jiwaku. 12 tahun! Kalu ada anak, dah nak UPSR dah. Nih citer kat maktab aku dulu. Let's flash back in the year of 1997 where I was landed in MRSM PC..

Being a junior, kitorg dimestikan patuh pada undang² maktab yang dibikin sendiri oleh senior². For example? Junior kena smayang kat surau, senior takpe...nak exam kan! Pastu junior wajib bagi salam kat senior² (lazimnya kakak² yg lebih suka dipamperkan).. Setahu aku, yang bagi tuh sunat. Yang jawab tuh yang wajib. Kan? Pepandai diorg buat hukum sendiri. Dasar Soparjo! Pastu masa minggu MISRA, kena collect signature para senior hingga cukup bilangan yang ditetapkan. I don't give a damn to this useless crap! WTF! Buang masa je. Kita ke sana nak belajar, bukan nak jadi peminat! Banyak lagih la..

Yang terbuku dalam hatiku nih berkait dengan salam dan senyuman. Dulu masa form 4, hidup aku kat maktab selalu tak aman. Ada aje senior yang tak puas hati dengan aku. Setahu aku, aku tak penah ambik pot pun dengan depa. Aku buat hal aku je. Memang aku tak suka nak bergaul dengan golongan 'drop-dead-kekwat' cam diorang tuh. Gila kuasa tak bertempat. Tak kuasa lah aku! Aku dilabel sebagai biadap hanya kerana aku tak senyum kat diorang, tak bagi salam kat diorang. Diorang yang aku maksudkan nih bukannya semua. Ada lah segelintir. Tak tahu pulak aku yang senior begitu mendambakan ucapan salam dan senyuman dariku begitu sekali. Or more likely; terhegeh-hegehkan aku! Wakakaka.... Memang patut pun aku cakap camtu. Rasakan!

So, kemuncak kemarahan diorang kat aku, aku diugut akan ditaklim oleh Kak Saramah. Besarnya salah aku. Banyak kali la berita sampai kat aku cakap Kak Saramah nak jumpa. Tapi bila sampai date yang dikatakan tuh, cakap kensel pulak. Nak marah aku ke tak nak nih? Aku memang tak tenang lah. Senior selalu gertak aku. Kak Saramah memang la garang. Semua orang kecut perut bila dengar suara dia menjerit. But what to do? This is me. Aku paling pantang dipaksa. Kalu aku tak ikhlas, baik aku jangan bagi salam, jangan senyum.

And one more thing, yang senior dok bising² kata aku masam kat diorang tuh, ada ke diorang tahu apa yang bermain dalam hati aku? Diorang tahu ke betapa aku tak happy kat sana? Diorang tahu ke apa masalah aku kat sana? Suka hati je predict orang macam². Diorang tu pun bukan bagus sangat! Kenapa tak datang mendekati aku instead of throwing lame accusation on me? Cuba berkawan dengan aku. Kenali aku dari hati ke hati. @#$%^&! Last² aku buat cara aku jer. Aku kasi gak salam, senyum. But to those yang look nice to me only. Hahaha.. Mulut aku suka hati aku lah! Makin diorang geram, makin la aku buat derk!! It's a lose-lose situation. Aku serabut sengsangat sampai aku ugut mak aku pulak. Cakap aku nak tukar sekolah lama. Kesian mak aku.

Lepas dikritik hebat masam kat senior, ada satu insiden dimana aku dan rini dilantik menjadi ketua wing ke apa ntah. Yang pasti bukan ketua blok. Aku tanya balik kakak tuh kenapa pilih aku dan aku nak tahu sebabnya. Aku cakap dengan nada bergurau dan santai. Bukan biadap pun. Selama nih aku takde masalah pun dengan akak tuh. Lepas pertanyaan aku tuh, aku dengan akak tuh biasa je, boleh gelak² bila jumpa. (cube dia depan sekali, setiap kali aku nak balik cube aku kena lalu depan cube dia) Ingatkan okay la antara aku dengan dia. Rupanya punye lah busuk hati senior² nih... (yang terbabit jer lah)....

Lepas beberapa malam lepas tuh senior adakan perhimpunan taklim kat bilik tv blok Cahaya. Nama je bilik tv, tv nyer kat DS jugak! Taklim tuh diadakan untuk bagi senior lepas geram kat junior kalu ada tak puas hati. Aku cool aje. Dah aku pikir aku takde buat salah pun. Blablabla... Tiba giliran wakil² senior blok aku pulak lepas geram. Akak yang lantik aku tuh tampil ke depan. Aku okay lagih. Tuptup dia bukak citer pasal aku. HARAM ZADAI!! Ungkit la apa yang aku tanya dia lepas dia lantik aku tuh. Dia cakap aku biadap. Tapi tak nak mention nama aku kat depan ramai tuh. Menyirap darah kat muka aku. Malu, marah n geram bercampur baur! Sebelum ni aku dengan akak tuh okey je. Dia siap buleh berlawak jenaka dengan aku. Oh rupanya dia peram citer tuh nak malukan aku depan orang. Tuptup tikam belakang aku. From that moment and on, I made an oath that I would never befriends the senior... Talam 2 muka! Baka yang takleh dibuat kawan.

Rini, Nadimah.... Nama dia Idayu kan? Muka cam cina, putih gebu, mata sepet, rambut panjang cam pontianak. So, kepada saudari Idayu........ YOU OWE ME AN APOLOGY! Jangan ingat dah selamat kenakan aku 12 tahun yang lepas ko dah boleh bersenang lenang kat umah minum air oren. Revenge awaits for you this time. I know where you live -bak kata Jebon; Anak Mat Nor yang dah lama giler bersawang blognyer. Aku memang menantikan ucapan maaf, kalu boleh secara terbuka jugak sepertimana dia buat kat aku 12 tahun yang lalu. Blood pays! Makcik Idayu, you really don't know you messed up with the wrong lady-you-don't-want-to-know-what-she's-capable-doing-of! (tak buat apa pun)

Time serabut-serabai perihal senior dan perang psikologi mereka, aku banyak share the burdens ngan geng loker sederet serta cubemate aku ketika itu-Noreen. The seniors really don't know who they messed up with! Satu hari, aku ngikutin Noreen ke quarters Pengetua- Wan Tik Sakinah yang jugak merupakan mak sedara Noreen. I did tell you, they messed with the wrong girl... Bila Wan Tik tanya aku ada problem ke tuh, aku citer serba ringkas la.. Wan Tik tak bias mana².. She's a good listener.. (Auwww...Missed Che Tik so much!)

I don't know what happen di sebalik pertemuan aku dengan Pengetua.. Kebetulan je kot, tapi lepas tuh semua ugutan senior reda. Aman la aku. Agaknya senior² nih memang takde keje kot dok kutip sebok hal junior sebelum nih. Do no why... Tapi kat maktab aku tradisi ragging cara halus guna kaedah taklim ni begitu di-yummy-kan oleh senior. Best kot boleh belasah adik-adik junior yang naif, dan tak terdaya melawan. Menariknya, senior pompuan aje yang kekwat camtu aku rasa? Abang² senior cam xkisah je adik-adik junior laki bertepuk tampar dengan diorang, panggil pun pakai nama aje. Takde 'abang²' pun. Kalu senior pompuan, mana boleh panggil nama aje. Kena sertakan 'kak' kat depan baru aci. Kalu tak?- PANCUNG!

That memories ends in the end of '97. Bila bukak semester (kitorang ikut stail U), aku dah jadi senior. Being a senior, takde makne nya aku nak gedik gila kuasa cam senior aku yang kekwat² tuh. Aku buat hal aku, junior buat hal dia. Sape tanak kasi salam kat aku, aku buat derk je. Simple kan! Aku nih bukannya outstanding kat maktab. Kira low profile arr... Yang penting, aku tak pressurekan junior² ku dengan bebenda remeh cam yang senior treat aku. Realistik la kan.

Sesapa yang kenal Idayu dan tahu her whereabout, sila kasi tahu dia. Aku bagi peluang kat dia nih. Giler determine aku nak kenakan si Idayu! Gasak ah.. Sape suruh cari pasal dengan aku.