Dark Fellows

Showing posts with label mishap. Show all posts
Showing posts with label mishap. Show all posts

Sunday, October 8, 2017

#1440 Me Vs Tub Hygiene

Seminggu dua ni basuh kain asyik keluar benda hitam berkeping-keping. Misteri sungguh. Ingatkan ada sesapa lupa keluarkan kertas dalam poket seluar masa basuh kain ni. Eh bukan lah. Sebab masa aku buat tub hygiene tuh, pakai air je pun benda ni keluar jugak. Ni mesti benda dari dalam mesin basuh ni. Getus hatiku. Chewah bahasa.
Lepas basuh kain.
Kemuncak kesabaran aku masa nak keluarkan kain untuk jemur, hah keluar salji hitam ni. Ini memang way out of my control. Banyak giler kot keluar. Takleh jadi ni. 
Sementara tunggu technician aku ni balik lab, aku usaha je la dulu run tub hygiene sekali lagi. Nah, keluar banyak jugak benda hitam ni. Aku dah memang tahu kegunaan tub hygiene ni, pernah terbaca kat fesbuk suatu ketika masih aktif berfb. Disebabkan baru 7 bulan kot pakai mesin ni, takde la aku berhasrat nak kalut cuci wash drum ni. 7 bulan kot. 7 bulan. Mesin basuh aku yang lama sebelum ni pakai 10 tahun, takde pernah sekali pun cuci tub tuh. Dah memang takde function cuci dalam tu pun. Ok je 10 tahun tak pernah keluar apa-apa.
Clogged kat situ. Penuh lumut yang tertanggal dalam tu.
Bila engineer aku ni balik lab, dia operate la mesin basuh ni. Ikutkan aku, aku suruh call Seng Q aje report mesin rosak. Sebabnya masa buat tub hygiene yang last tadi tu, bila nak rinse dia jadi error sebab clogging air takleh keluar. Damn. Now satu apa keje pun takleh nak buat dengan mesin basuh ni. Terpaksa la cebok air tu curah manually sampai kering baru boleh tonggeng. Tu dah tonggeng baru nampak memang dia clogged kat salur drain tu. Clogged dengan benda hitam tu la banyak sangat bersepai nak keluar.
Can you see the black substance yang aku tanda (?) yang melekat kat wash drum aku tu? Itu la bendanya... Aku rasa tu mold yang grew within the tub. Kita kan basuh kain pakai air. Lama-lama akan tumbuh lumut la belah dalam tu. Disyorkan seminggu sekali lepas basuhan, set ke mode air dry untuk keringkan dalam tub (tanpa kain basuhan). Nanti dia akan run 90 minits or so untuk keringkan belah dalam tub tu. Cara ni agaknya boleh la lambatkan pertumbuhan lumut belah dalam tu. Lepas tu, sebulan sekali kena buat tub hygiene. Nak cuci belah dalam tu lah tak nak jadi macam yang jadi kat mesin aku ni. Tu lumut dah tebal tu payah la nak buang. Kecuali boleh hulur tangan sental dengan berus sabut memang setel masalah la.
Aku study-study dalam internet, diorang kata beli sabun macam kat atas ni. Kat kedai Cosway RM14.90 je sekotak. Brand lain, aku tak tahu. Ini kira ikhtiar aku yang terakhir lah. Diorang yang dah cuba kat berkesan. Nanti keluar macam-macam kotoran yang termendap kat belah dalam tub tu. Okay, beli dulu then try. 2 hari dah serabut kepala otak aku ni nak setelkan masalah mesin basuh ni. Fedap pun ye bila lalu tepi mesin basuh yang takleh nak setel masalah ni. 2,3 hari ni keje aku duk kaup air, kaup benda hitam lumut dalam tu. Fedap giler.
Nah sekotak ni ada 2 peket. Sepeket sekali guna. Semua pun pesan jangan kedekut, ikut arahan kena guna sepeket sampai habis. Tuang dalam mesin basuh, wash biar tub pusing sekali dua pastu off. Biarkan tub tu terendam dalam air berisi sabun tu sampai at least 5 jam. Lepas tu on balik, set tub hygiene. Kalu lepas siap tu nampak tak bersih lagi, repeat la yang basic wash-rinse-spin tu sekali lagi or sampai kau puas hati bersih.

Ada yang pernah buat sekali je terus bersih. Ada yang buat sampai 24 jam untuk pastikan betul-betul bersih. Depends atas tahap kekotoran mesin basuh. Aku? Lepas guna sabun ni, takde la berkesan pun. Sebab dah terang-terang aku boleh nampak dari belakang mesin tu cemana banyak mold tu kat dinding tub aku tu. Setakat buh sabun, rendam sehari pun takkan boleh tanggal semua mold tu. Sama la konsepnya sabun pencuci jamban tu. Walau dia kata tak perlu sental, tapi cuci betul ke kalu setakat tuang pembersih jamban tu pastu tinggal then datang balik bilas dengan air je? Tak, kan? Tetap nak kena sental dengan tangan jugak baru benda tu tanggal. Hah macam tu jugak la mold dalam tub ni.

Lepas buat tub hygiene tuh, aku wash sekali lagi. Tetap ada jugak lumut yang keluar. That's it. Malas dah aku. Dalam 2,3 hari tu berapa banyak air dah guna untuk bersihkan mesin basuh ni. Boleh jadi gila aku kalu nak bersihkan sampai tak luar apa tu. Sebab dah terang-terang nampak kan mold tu sebanyak mana yang melekat. Just don't drive myself crazy. Padan-padan lah tu.

Last-last aku biarkan aje. (dah nak buat cemana lagi? nak hulur tangan scrub pakai berus sabut pun tak sampai) Basuh je lah kain baju dengan mold-mold tu sekali. Apa nak buat. Harapnya takde la yang kena penyakit kulit pasni haha.

Yang dah baca ni, pi jenguk mesin basuh korang. Yang ada function button tub hygiene, educate yourself to use it. Manufacturer tak buat button tu sesaje untuk jadi hiasan mesin basuh. Kalu nak buat tub hygiene ni, aku syorkan buat malam-malam sebelum tido. Sebab lama jugak nak tunggu dia siap. 2 jam kot. Basuh kain baju tu dulu. Siap jemur kain tu, boleh set untuk cuci drum wash korang.

3 hari tau aku miserable. Menyampah benda canggih ni. Mesin basuh zaman dulu tak payah pun buat benda-benda camni.

Thursday, October 5, 2017

#1438 Me Vs Her Wobbly Tooth

Sebelum ni seronok dia naik quran besar, hari ni seronok gigi depan dia dah tercabut. Dah berbulan gigi dia ni wobbly. Sehari dua ni dia duk goyang kuat-kuat sampai terpusing ke atas dah gigi dia tapi belum tercabut jugak. Duk ngadu sakit gigi la. Ingat nak bawak la dia gi klinik sesambil nak simen geraham dia yang berlubang luas tu. Balik sekolah hari ni dia sendiri yang goyang sampai tercabut. Yayyyy!!!! Takde la aku miserable sekali bila dia duk ulang-ulang kata sakit gigi tu. 

Bila tercabut gigi tuh, terus nampak gigi baru putih-putih kat belakang. Dah lama kan dia duk bergoyang tak jatuh-jatuh tu. Aku dalam seronok ada jugak tak seronoknya. Ye lah, umur 6 tahun ni bagi aku awal lagi. Dia pun bukan reti jaga kebersihan gigi dia lagi. Awal-awal sangat ni, kang rosak pun awal jugak. Mana ada gigi ganti dah. Huhu... Takut jadi macam Adam la. Sekarang ni pun gigi dah kuning giler. Hari-hari berperang suruh gosok gigi. Penat.
Owh, hari ni dia bawak balik buku rekod. Nombor 1 lagi lah budak ni. Anak saper la ni bagus sangat ni?????? Owh lupa, anak Encik Jack. Tapi kalu tiap bulan dapat nombor 1 ni, berpeluh jugak nak kena beli hadiah. Dah selalu sangat dapat nombor 1 pun susah juge. Harapnya nanti masuk sekolah rendah nanti pencapaian dia kekal cemerlang lah juge hendaknya. Tapi aku malas betol nak pegi majlis anugerah pelajar cemerlang tu. Sebab dia selalu buat hari Sabtu. Kahkahkahkah. Boring ok majlis-majlis tunggu YB nih. Tak minat. Buat stail U kat Jepun la. Grad pun takde majlis. Masing-masing pegi ambik skrol pastu terus balik. Takde nak kena beli-beli bunga bagai.
Dulu aku risau kat Adam je payah makan. Sekarang ni, dari risau kat sorang dah jadi risau kat dua orang. Dua-dua payah makan. Tapi Adam ni, payah-payah dia pun, yang senangnya dia ni tiap hari makan nasi putih dengan ayam goreng. Tak payah buat lauk pelik-pelik lagi dia tak makan. Zaraa pulak, dia makan macam-macam but only when she feels like eating. Dulu masa dia kuat menyusu tuh aku tak risau sangat dia tak nak makan sebab body bagai dipam-pam jugak. La ni dah tak menyusu botol ni, ketara sangat kurus dia. Skang ni selalu jugak la dia ngadu sakit perut. Dah tak makan, gastrik la nak oi.
Cabaran nak besarkan 2 orang anak (je).

Tuesday, September 12, 2017

#1436 Me Vs Karipap Couture

Datang angin lintang pukang nak buat karipap pulak aih. Berbelah bagi nak buat karipap biasa ke karipap pusing. Sedap makan nyer karipap pusing lah ofkos. Tapi malas lak aih nak memusing karipap. Tak larat nak tadah telinga kalu tak menjadi, jenuh anak tokei karipap pusing ni nak komplen kat aku. 
Aku buat intinya in advance. Saje, tak nak rushing and kepenatan. Katanya! Aku minat karipap inti kurma daging tapi hari ni saje buat inti kari. Terfikir nak buat karipap ni salah satunya sebab daging korban ada banyak lagi dalam freezer. Meh le kita menggelenya perabis daging tu buat inti karipap. Kalu sesaje nak buat guna daging yang beli kat pasar tu rasa macam sayang jugak.
Mek aku ni, kita punya la nak buat karipap, dia tengok aku dadukan kentang dia bagitau kata dia dah lama tak makan potato salad. Laaarrrgghhh... Kena la buat kat dia sikit. Skang ni, malas-malas pun kalu dia cakap nak makan apa-apa aku terpaksa la paksa-rela buatkan jugak. Sebab dia kan asyik takde selera makan. Sekali dia sebut, kena buat la. Kalu tak buat nanti rasa guilty pulak.
Inti aku cincai aje buat asal ada rupa. Masak pakai kaki pun, kalu buh daging banyak-banyak sure lah sedap hoi. Eh, aku masak penuh kasih sayang pakai tangan tau. Jangan nak propa aku pakai kaki pulak.
Kulit pastrinya aku guna resepi kulit karipap Azlita Masam Manis tu. Tapi macam tak logik pulak sukatan minyaknya banyak benar. Macam nak buat kulit tat pulak. Tapi dah tuan tanah habaq lagu tu, kita polow je lah. Aku kan noob hal perkaripapan ni.
Aku ni dari dulu dan selamanya tak reti nak kelim karipap. Anak tokei karipap pusing tu ajar aku banyak kali dah tapi otak tetap takleh nak capture. Makanya kali ni aku dah ready acuan karipap. Kita seal pakai acuan aje lah. Tak payah tunggu anak tokei karipap tu balik lab baru nak kelim.
Cucu tokei karipap in action. Action je la!
Macam biasa la, mek aku ni setia menemani slash harass aku kat dapur and claim this is her territory too. Kena la bagi dia buat sikit. Baru la aman dunia. 
Masalah utama karipap aku ni (heh lain macam pulak bunyinya. Mind your minds, people)sukatan minyak dia macam banyak sangat.Doh pun jadi oily la... Nak seal macam mana. Gam pakai air pun dia tak lekat. Minyak & air tak bercampur remember? Makanya semua yang dah kepit tu lama-lama jadi terbukak tersengih macam kerang busuk. Karipap. Kerang. Busuk. Hahahahahahaha... 3 perkataan ni buat otak kuning aku ni ke lain pulak hahahahaha
Masa aku mula-mula buat ni anak tokei karipap tu tak balik lab lagi. Aku ikhtiar je lah dulu cemana pun tak nak bagi mulut karipap aku ternganga. Aku dah agak dah. Kalu dia balik nanti sure dia tak approve karipap aku ni. *haih susah nak sebut karipap ni tanpa terfikir ke lain wakakakaka
Nih, dak-dak wicet meh sini mokcik nak bagitau. Nak cari boipren cari la yang MACAM anak tokei karipap nih... Balik-balik lab terus masuk dapur tolong kelim karipap. Wakakakakaka... kenapa aku stresskan perkataan MACAM tu? Sebab aku suruh korang dak-dak wicet cari yang MACAM lah, jangan cari laki aku. Jangan buat-buat tak paham pulak. Jangan macam-macam dengan mokcik ok.
Nih dak-dak wicet oi, tak yah nak cair kalu boipren bagi bunga 500 kuntum, jiwang karat berdeneitapei kat pesbuk menjanjikan bulan bintang yang manis-manis kat korang. Tengok anak tokei karipap ni, penat-penat dengan labwork ni terus balik rumah tolong bini kelim karipap. Mana nak cari cek oiiiii... *tapi kau tahan je lah telinga dia komplen karipap kau burok... Karipap ni ok, bukan karipap lain *karipap tuuuu wakakakakaka
Haaaaaaa tengok. Naisss kan kelimannya... Yang camni la nak buat laki. Boipren yang suka buat saprais beli bunga cekelat ferero roche tu dah ketinggalan. Set your aim higher ladies. Bunga cantik, tapi tak kenyang. Kecuali kau pemakan bunga *bunga telur?
Nah rupa karipap aku extended version. Pada tekak aku, sedap sangat dah. Tapi pada tekak anak tokei karipap ni, bagi dia ini karipap moden (karipap versi couture). Sebab kulit karipap ni rasa macam pie crust. Sangat rapuh. Dia maybe prefer kulit karipap yang macam katak puru tu kot. Yang traditional oldskool punya karipap tu. Sejujurnya aku pun been looking for that kind of kulit karipap. Tak sangka pulak outcomenya macam kulit tat. Hahaha... Bukan tak sedap. Sedap. Tapi bukan yang aku nak la.

Kelakar pulak entri karipap kali ni. Next time kena buat entri kerang la pulak. Wakakakaaa..

Wednesday, March 29, 2017

#1407 Me Vs Cuti-Cuti Marikh

Ini entry throwback. Tak tahan Blog Diva tengok kawan-kawan kat fb pakat share gambar percutian. Kali ni (dan mungkin untuk kali-kali yang akan datang) kitorang memang cuti-cuti Malaysia aje lah. Tak nampak jalan lagi nak bercuti jauh-jauh bawak anak-anak sekali. Thehehe..

Okay, kali ni kitorang ke Marikh Malaysia, Kuantan. Encik Jack la yang nak bergathering kat umah Nik Pareh. Sebab dengar Puan Menteri dengan Boss IBM nak pegi Kuantan. Sejak Nik Pareh naik umah baru kitorang tak jejak kaki pun lagi. Tu yang nak join tu. Sebenarnya aku tahu dia ajak balik sebab nak tengok keta baru adik ipar aku opss.
Benar bagai dikata, Kuantan tak ubah bak Marikh. Masuk je sempadan Terengganu-Kuantan (kitorang lalu via LPT), ketara sangat warna persekitaran di Kuantan. Di sempadan tu, belah Terengganu nampak HIJAUUUUU... Belah Kuantan nampak MERAAHHHHHH..... Sebijik macam Marikh. Memang padan sangat dah dengan nama jolokan tu. Perfectly fit. Kata semua aktiviti bauksit digantung? Awat aku tengok berjujuk lori tanah penuh muatan keluar masuk site? Senyap-senyap le tewwww... Tak masuk tv ingatkan betul-betul on hold. Rupanya, on hold masuk tv je, aktiviti tetap terus. Huk aloh manusia, manusia... Selagi buleh masuk poket, sauk.
The boys tengah baiki paip.
Oh... Memang besar lah rumah Nik Pareh kat Kota SAS ni. Berbaloi-baloi beli. Yang paling obvious dengan rumah ni, siling dia tersangat amatlah tinggi. Tak sampai akal aku nak pikir cemana diorang nak panjat untuk tukar bulb. Tangga pun takkan sampai punya. Efek siling tinggi ni, rumah memang kekal sejuk dari dalam sepanjang masa. Kalau umah mak mertua aku camni kan best... Takde la aku  menggelupur sampai berhalusinasi kepanasan siang malam...
Kat rumah Nik Pareh ni budak-budak bebas buat aktiviti sendiri. Umah Nik Pareh ni tiap bilik ada tv. Bilik mainan anak dia pun pakai tv sama besar dengan tv utama umah aku. Kat sini bebudak tak kalut berebut channel lah sebab diorang boleh tengok citer kartun dalam bilik mainan. The adults bebas boleh tengok movie kat luar.. 
Mostly, memang kitorang duk umah layan movies aje lah... Konon belah petang nak pegi Zoo lah, alih-alih ujan.. 2,3 hari bertangguh. Hujan-hujan layan movies kat tv besar, ada sofa empuk, dah taraf wayang GSC dah ni... Tv pulak 60 inci dengan resolution 4K, huh tak payah tengok kat wayang dah la. Canggih la umah Nik Pareh ni. Memang lain la kualiti gambar kat tv tu nak dibandingkan dengan tv HD biasa kat umah aku.... Real giler... Time tengok citer perang-perang maunya nak tertiarap dengan kau-kau sekali... Hohoho... Sila dapatkan tv 4K di kedai tv berhampiran. Macam bukan tengok tv. Macam live kat depan hidung kau.
Kekononnya nak berjjcm la kat Kuantan. Dengar citer dari IG TPP, dah ada penampakan durian kat sana. Macam best la kan ramai-ramai ni. Sekali, tuan rumah asyik tunjuk citer best-best. Lepas satu movie, sambung satu movie pulak. Ralit wey. Budak-budak pulak buat hal masing-masing tak kalut cari mak bapak langsung lagi lah aku suka.
Budak Adam ni semenjak dua menjak ni minat kat jam tangan tak boleh blah langsung. Hari-hari mintak nak jam tangan. Nak G Shock katanya. Baru ni obses dengan kasut style macam cap Converse tu. Hari-hari sebut pasal kasut bertali. Kitorang buat tak tahu je. Ni, sibuk pasal jam pulak. Datang umah Nik Pareh ni buleh tengok la koleksi jam tangan mahal-mahal milik Nik Pareh. Hari-hari duk try jam Nik Pareh, berbulu maknye nengok. Lengan halus tapi hangin nak pakai jam besar.
Disebabkan umah Nik Pareh kat Kota SAS ni rumah percutian, makanya kitchen dia takde apa la bahan untuk masak. Aktiviti makan-makan dilakukan kat luar. Gilir-gilir la belanja. Alhamdulillah, dapat makan seisi keluarga. Family Puan Menteri ni kecik je, tapi nama pun menteri, semua busy-busy susahnya la hai nak berkumpul cukup korum macam ni. Raya setahun sekali je lah kalu berjumpa pun. Nik Pareh tahun ni tak balik raya kat KB sebab puan bini dia nak bersalin dekat-dekat time raya tu. So, dia raya kat Kuantan je lah tahun ni.
Sehari sebelum balik, kitorang sempat jugak pegi Mini Zoo Teruntum. Takde lah apa sangat, booleh la takat nak bawak budak-budak. Binatangnya koman-koman je, tapi zoo ni bersih dan terjaga persekitarannya. Masuk free. Oklah kan setakat nak beriadah dengan budak-budak. Takde la besar sangat kawasannya tapi lepas cukup 1 keliling tu berpeluh la jugak haha.
3 malam je kitorang duk Kuantan. Percutian yang sangat memuaskan. Hahaha... Aku sebenarnya suka jugak dengan idea bercuti dan bermalasan dalam rumah je ni. Aging has taken a toll on me. Malas dah nak beramazing race ni. Letih. And you know what, nak datang Kuantan ni kitorang start dari Penang, pastu pit stop kat Batu Gajah dulu sebab ada kenduri kawin lecturer FKK, pastu dari Batu Gajah terus ke KB tido umah mak aku sesambil nak ambik mak aku, esoknya baru bertolak ke Kuantan. Ya Allah aku rasa macam laaaaaaaaamaaaaaaaaaaanyaaaaaaaa dalam keta... Kat Europe hari tu kan 2 minggu tiap hari spend masa berjam-jam dalam keta. So, aku rasa macam serik nak naik keta jauh-jauh hahahahha...
Hantar mak aku balik KB, kitorang terus ke Apal pulak. My men ni sibuk sungguh nak tengok keta baru adik ipar. (Boys and their toys *eyes rolling). Adik ipar aku yang bongsu pun ada balik dengan anak bini dia.
Kat Apal, Adam duk pow jam tangan Ayah Su dia pulak. Hai lah anak.... Obsesi apakah ini.. Balik Penang ni kena beli cepat-cepatlah... Serabut tiap hari duk harass orang, pat lima kali sehari remind beli jam kat dia.
Kat Apal ni, paaaaaanaaaaasssnye la haiii... Sampai berhalusinasi.. Time panas-panas aku lari masuk bilik.. Dalam bilik buleh la bukak tudung... Tahan lah sikit. Sedih, sedih. Nak beli sendiri ekon pasang kat bilik aku duk tu, tapi mak mertua tak kasi. What to do? Sabar, sabar.....
Panas-panas ni bawak bebudak main air kat Lata Belatan. Mandi sekejap je sebab nak hujan.
Baby Aqleema pun ada pelampung.
Mak mertua potong rambut Zaraa sebab tebal sangat katanya... Aiyarkk... Lepas potong, mengomel la makcik ni tak suka dengan rambut baru dia... Kesian pulak. Susah jugak rambut pendek sangat ni, bila pakai tudung asyik tersembul je keluar. Kalu rambut panjang ni, serabut-serabut pun boleh ikat, sepit, etc... Kalu dah pendek, satu apa pun takleh buat dah. Bertabah la tunggu dia panjang balik.
Mowgli.