Dark Fellows

Showing posts with label love. Show all posts
Showing posts with label love. Show all posts

Thursday, October 29, 2015

#1274 Me Vs Bringing Out My Inner Malbarian

Pecah rahsia asal usul Blog Diva kan!

This week still tak berapa kencang diari dapur aku. Breakfast, mostly stall bought. Lunch and dinner, no choice kena masak. Makanya, hidangan minggu time tak tau nak masak apa camni ni memang cincai bocai je lah. Sape nak makan, makan. Keje aku, cukup time, masak. Lapar, makan. Kalu tunggu dapat idea baru nak masak, lapar kedaroh la. Mak takleh berlapar. Nanti penyakit angin kus-kus mak datang. Ke laut semorang mak tofanpetirkan. 
Lagi satu, tea time. Tiap hari, tiap minggu (tipu la tiap hari, almost tiap hari tu ada la) asyik goreng cekodok pisang je. Tukang goreng dah jemu. Tapi permintaan selalu ada. Adam tu takyah buat kuih pelik-pelik, dia bukan makan. Dia layan cekodok je. Walau tiap hari, dia tetap hadap. Oldskool taste anak mak yang ni. Yang sorang lagi tu taste kedaung dia multi continent sikit. 
Minggu ni selera balik kampung Puan Menteri kat India nun.. Hahaha... Try buat masala vadai. Mesti ramai tak tahu aku suka kuih ni. Senang je buat ni. Kekdahnya sama macam buat cekodok tu la. Gigih beli kacang dal baru ni. Tengok resipi guna 500 gram. Bila tengok peket 500 gram yang aku beli tu nampak sikit je, rasa macam boleh habis la... KONON. Sebab aku duk pikir kacang keras camni kalu rendam air pun takkan dia kembang 3 kali saiz asal bak beras basmathi tu kan. Tak ambik iktibar rendam kacang hijau buat bubur tu langsung. Haaaaaaaaaaa... Bila dah 3 jam rendam, sesak napas hakak dik.... Hahahahaaa... Dia punya kembang tu sampai nak limpah bekas. Hayyobaskireikanasaihamsab!!!! Cer citer, sapa nak habeskan ni... Jamu satu kampung pun tak habis makan ni.... Mak kau hijau sungguh. Aku guna separuh je pun dah berhari-hari tak habis goreng lagi... Yang separuh lagi tak campur apa-apa lagi tu masuk fridge duk diam kat situ la. Kalu masam, buang ler nampak gaya. Satu keje pulak nak kena cari resipi masak apa pakai kacang dal dalam kuantiti yang banyak ni. Kanasai la.... Saper punya resipi la aku guna ni buat vadai ni sampai setengah kilo! Kanasai kanasai kanasai!!!! Hahahahha carut lah puas-puas... Tu lagi separuh kacang dhal tu saper nak jawab...  aku tabur kasi makan burung gagak je la kot
Boring-boring buat cekodok, tetiba teringat kat laddoo motichoor... Dulu masa citer Hindustan tengah ngetop, selalu tengok dalam citer, diorang hidang laddu nih. Tak tahu rasa cemana masa tu. Tapi looks yummy lah pada mata aku. Masa second year, roommate aku si Bawani (ke Bavani nama dia tak ingat dah) tiap minggu dia akan pegi semayang kat kuil di Gelugur. Dia selalu bawak balik laddu ni kat aku. Dapatlah rasa kuih ni.. Sedap weh! Tak sia-sia aku imagine benda ni sedap, sebab memang sedaplah. Nak beli tak tahu kat mana ada jual. Tengok kat youtube, macam leceh pulak nak buat. Bahan-bahan mudah je. First step nak kena buat keruping-keruping macam habuk goreng pisang tu dulu. Yang tu aku malas tu... Leceh nanti messy banyak keje pulak nak kena lap dapur... Hahaha... Tau nak makan sedap je kan.  
Sedikit updates pasal cik Kak kita ni... Semenjak pegi daftar Pasti dia aritu, bersemangat dia nak pegi sekolah. Excited okay! Duk bebel suruh beli pencil case pink, beg Pozen (Frozen, bukan Zac Pozen atau Zac Efron ok), nak bawak magic pen pegi sekolah la, nak bawak bekal roti la... Yada yada yada... Lain benar la perangai anak aku 2 orang ni. Sorang tu, memang bermusuh pasal sekolah. Sorang lagi, excited nak pegi skolah macam nak check in hotel. Skang ni dah start bangun awal dah princess mokmok aku ni. Sebab aku selalu cakap kat dia, nanti bila sekolah dah start kena bangun awal pagi... Harap-harap dia memang suka pegi sekolah sampai habis lah. Jangan hot-hot chicken shit je.
Sekarang ni sejak stress nak final exam (exam anak aku, bukan exam aku pun), memang dah lama sangat dah tak tengok drama Korea. Awal bulan ni ada la tengok Yong Pal. Tu pun sebab Joo Won berlakon. K drama skang ni keluar banyak sangat. Tapi kualiti na da! Habis idea ke cane tak tau la. Ke sebab aku dah habis gas dengan all this Korean things pun tak tau la. Aku record banyak la movies kat astro... Biasa la, kekadang dah dekat setahun record baru nak tengok. Atas mood la. Kelmarin hujan, lab encik Jack blackout, so dia balik la buat keje kat umah. Ada gak la teman aku tengok movie walaupun dia bukannya tengok pun, dia kan buat keje dia.

Dah lama aku record citer The Best Of Me... Tapi malas lagi nak tengok. Kelmarin boring-boring mak layan la... Wow... Dah lama tak tengok citer Hollywood yang dalam genre romance/drama.. Selalunya duk tengok citer box office yang action pack or sci fi.. Eh rasa macam muda balik je bila tengok citer ni... Sweet sangat... Pemandangan pun cantik. Penggambaran mostly dibuat di New Orleans, Louisiana... Very nice surrounding, featuring lots of flowers... 

Sebelum tu tertengok drama/telemovie Melayu, Meniti Cinta di Starimost... Mak kau hijau! Subhanallah cantik sungguh pemandangan di Starimost, Bosnia... Lakonan Iqram Dinsly... Terpaku aku tengok pemandangan macam dalam gambar! Nak pegi! Nak pegi! Nak pegi!
Gambar hiasan. Kat atas bridge tu la diorang berlakon.
Hah, nampak tak aku kata Starimost ni lawa? Lawa kan? Lawa kan? Kan? Kan?
*Nanges.
*Nose bleed.
Subhanallah.....

Saturday, August 8, 2015

#1249 Me Vs The Blind Fisherman and The Kindergarten Teacher

Okay, how about this....

Kau putus cinta. Gewe yang kau sayang tu rupanya tok laki orang. Kau pun lari ke Langkawi nak tenangkan diri. Atas bas, lalu kat satu jambatan. Ko tetiba turun bas dan rasa nak bunuh diri terjun jambatan. Kebetulan lalu lah lelaki buta tapi hensem tapi nampak macam orang miskin tetiba tersadung dan tertolak kau dengan tak sengaja. Kau pun tergelincir tapi sempat berpaut dan bergayut terkontang-kanting. Pastu si hensem tapi buta tapi kacak tu selamatkan kau naik balik.

Syok tak? Mesti tak syok kan sebab si buta ni miskin.
Gambar hiasan je
Kecek punya kecek, kau dapat tahu si buta ni pun pernah patah hati secara sadis. Satu hari, si buta ni dapat berita ada penderma kornea yang sesuai dengan mata dia. Operation ni disponsor pihak hospital sana katanya. Tapi operation tu kena buat kat Paris. Nak pegi buat operation tu ofkos la takleh gi sorang. Nak kena gi dengan family. Si kacak ni pulak sebatang kara. Dia mintak tolong kau kawin dengan dia untuk teman dia pegi buat operation kat Paris. Kau mesti rasa dah terhutang budi sebab si kacak ni dah selamatkan kau aritu. Sure kena balas jugak budi dia kan. Si kacak ni kata, kalu kau rasa takde chemistry antara korang dua orang, lepas dia buat operation, dia akan lepaskan kau. Alah, lagipun keje kau senang je, teman dan jaga dia je sepanjang kat Paris tu. Kalu kau tak pegi, nanti bekas gewe kau yang tak reti nak move on tu akan continuously kacau hidup kau. Good opportunity la ni kan. In fact, it's a win-win situation.

Kau setuju tak?
Nak tolong pimpin seumur hidup tak kalu hensem camni.
Ok katakanlah kau setuju sebab nampak jate ni baik. Kau sendiri pun takde plan apa nak ke mana keje apa whatsoever. Kau pun kawinlah kontrak dengan jate ni. Sebelum gi Paris tu, dia kata kena singgah KL dulu (nak fly international kan kena fly dari KLIA). Kat KL dia kata nak tumpang umah sedara dia sementara nak fly tu.
Gambar hiasan je oi
Bila sampai je kat 'rumah' sedara si buta ni, alangkah terperanjatnya kau sebab rumah tu bukan rupa rumah la... rupa istana seistana-istananya... Punya la godang. Keluar aje dari teksi, orang gaji dah line up nak meet and greet korang berdua. Kau mesti lah terpinga-pinga kan rumah sape ni, dah apa hal nak sambut sebegini grand.

Bila masuk dalam 'rumah' tu baru si kacak yang dah jadi laki kau ni buat pengakuan 'rumah' ni rumah dia. Dan dia sebenarnya multi billionaire. Hari tu kau tersalah anggap tengok dia pakai baju lusuh sebab dia terjatuh dalam air masa nak beli ikan. Pastu ada orang kampung kesiankan dia, kasi pinjam baju diorang. Sebab tu kau ingat dia orang miskin takpun, nelayan. Malu tak malu tak?

Laki kau sengaja tak reveal identiti dia sebab dia tak nak kau malu sebab salah tafsir. Dan, dia nak tengok sejauh mana keikhlasan kau nak kawin dengan dia. Sebab dia tak nak la pompuan yang gilakan harta dia. Dah kau terima dia dari awal sebab tahu dia 'fisherman' aje, dah cukup untuk impresskan laki kau. 

Sekarang ni kau dah jadi mem besar kat 'rumah' ni. Tapi ofkos la tido bilik asing-asing sebab kawin atas kertas aje kekdahnya. Kau memang la sentap sebab rasa tertipu dengan identiti laki kau tu. Tapi sentap-sentap manja je la. Laki kau dah la hensem. Baik budi pekerti, pandai ambik hati pulak tu. Sehari lepas kau jejak kaki kat umah agam tu, dia panggilkan stylist untuk doll kan kau. Buat rambut, kasi satu wardrobe persalinan baru, henbeg baru, kasut baru hujung rambut hujung kaki semua branded items. Memang la kau tak kisahkan benda tu semua. Tengah culture shock kan.

Tengah malam tu kau dahaga. Terjengket-jengket kau keluar bilik sesat nak cari kat mana dapur. Kata besar sangat kan rumah. Tetiba orang gaji nampak kau dan stopkan kau dari jauh. Oh nak sarungkan selipar rupanya. Kau nak pakai sendiri pun dia tak kasi. Biar diorang je pakaikan kat kaki kau. Lepas tu orang gaji tanya, nak pegi mana sebenarnya ni. Kau cakap la dahaga, nak pegi ambik air... Terus orang gaji mintak kau balik bilik, nanti diorang hantarkan air ke bilik. Just tekan bell je nak apa-apa lenkali katanya. Peh. Sure la kau tak biasa kan dengan layanan sediva ni. Disebabkan kekampungan kau tu, terus win hati semua orang gaji dalam istana laki kau ni.

Ok... Beberapa hari berlalu, tibalah hari berlepas ke Paris. Sampai kat Paris, bff laki kau dah ready sambut korang kat epot sana dengan sebijik Bentley hitam berkilat. Dari epot, terus korang dibawa ke private mansion milik laki kau kat tengah kota Paris tu. Somel giler rumah agam laki kau ni. Tak lawa apa nya kalu siap dengan French gardennya. Dah nama pun rumah the super rich people, mesti la lawa... 

Sampai-sampai je, bff laki kau masukkan semua beg korang dalam satu bilik. Eh, dah cane ni? Laki kau kata kat sini kena tido sebilik la sebab mansion ni tak segodang istana kat Malaysia tu. Nanti apa pulak kata bff dia kalu tahu korang tido asing-asing... Kat Paris pulak skang tengah nak masuk musim bunga... Sejuk lerr.. Cane nak tido sorang atas lantai, sorang atas katil. Not doable lah.. Kot-kot mana pun terpaksa la tido sekatil jugak. Takpe kot, laki kau kan buta. Bukan dia nampak pun kan.

Esoknya, korang kena gi spital tempat laki kau nak buat operation. Ada epoiment dengan pakar mata. Lepas jumpa pakar mata, doktor kata kena postpon dulu sebab doktor nak kena pegi Tokyo, ada urusan kat sana. Nanti lepas dia balik dari Tokyo tu baru boleh proceed. So, okaylah .. Laki kau dah 3 tahun spend masa menunggu. Setakat seminggu dua lagi, boleh je dia tunggu walaupun dia anxious. Ofkos la tak sabar-sabar nak dapat melihat balik, dia nak tengok muka kau yang semua orang kata cun melecun tu lah.

Sementara tunggu doktor kembali ke Paris, laki kau ajak pegi bercuti sekitar Paris. Ofkos pegi sekali bff lah sebab kalu bff takde sape nak drive keta bawak korang pegi. Mula-mula pegi dekat-dekat je.. Macam sekitar taman Eiffel Tower tu.. Habis pusing yang dekat-dekat, korang bertiga pun menuju ke Honfleur keesokan harinya... Laki kau memang purposely nak bawak kau jalan-jalan area Honfluer. Kat situ ada chateau yang sangat cantik katanya, sesuai la nak bawak kau.

Sampai-sampai, memang lawa giler la chateau ni. Korang je yang sewa masa tu. Alahaiiii romantik sangat ambiance... No word can describe this.  

Eh panjang lagi kalu nak citer ni. Ni bukan aku buat citer tau. Ni citer betul ni... Tapi bukan citer aku lah... Manis sangat citer ni sebab tu rasa nak share dengan korang. 

Kalu korang berminat lah. Ni baru citer sikit je ni... Dah rasa takleh nak move on dah.... Thehehe..

Best tak best tak best tak????

Monday, August 15, 2011

#780 Me Vs Abang & Adik

Ingat aku tak nampak yea...
Kesian Encik Frodo.... Sejak aku bersalin ni memang dia kurang diberikan perhatian. Mommies lain pun camni gak ek bila bersalin anak kedua and so on? Memang tak mampu lagi nak divide attention skang. maklum la, bila baby tido, kita pun nak tido jugak (tapi sangat la hazab dengan adanya anak sulung yang baru nak boleh bercakap banyak ni). Bila takleh tido sebab terganggu dengan si abang, mula la si ibu ni nak meroyan. Tapi bila tengok semua dah terbongkang, time tu la rasa bersalah sebab tak pedulikan dia...

Bila mak sendiri tak pedulikan dia, mula la dia nak harass orang lain dalam umah ni. Bila orang kena harass, dia kena marah. Sedih jugak tengok anak sendiri kena marah dengan orang lain. Kecik ati tau. Tapi nak buat cemana. Orang beranak dalam pantang ni manalah mampu nak jadi superman. Superman pun kalu buleh beranak terus resign jawatan pastu.

So far encik frodo sangat menyayangi adiknya ini. Tapi kekadang tu pernah jugak tertengok dia tergeram kat adik dia. Cium tu biasalah. Pantang belakang mata orang, dia dok cuit-cuit, cucuk-cucuk pipi, lengan adik dia. Geram kot. Satu tahap, dia bagitau aku adik dia tu anak patung. Kecik kan macam anak patung.

Petang encik Jack sms, cakap Metro Jelata hantar surat bagitau kunci umah dah boleh ambik. Yay!!!! Tahniah untuk diri sendiri. Akhirnya terjawab jugak bila buleh dapat kunci umah kan... Alhamdulillah! Suka! Suka! Suka!

Thursday, May 26, 2011

#707 Me Vs Us

Hari ni hari ulangtahun perkahwinan aku ngan encik Jack yang ke 5. Shit. Lupa pulak.

Encik Jack ingat ke tak?

Thursday, November 25, 2010

#559 Me Vs Collecting His Things

Hari ni Nik Pareh, Bos IBM ngan Cik Na pergi ofis arwah to collect his stuffs. Bawak balik sekotak yang berisi segala dokumen kerja & peribadi arwah. So sad when looking at his belongings. Rasa macam melihat pada hari-hari terakhir arwah di pejabat pulak.

All you see is his smile. But all I see is his sadness.


Arwah tengah giat mengextend bilik kat umahnya. Bilik ini merupakan his fantasy music studio. Pada hari terakhir ketika arwah masih hidup, sebelum ke pejabat arwah ulang-alik 3 kali kat belakang ni. 3 kali arwah pegi tengok bilik ni. Macam tahu-tahu je. Beliau nak tengok puas-puas sebelum beliau 'pergi'. Adik aku yang bongsu tu birthday dia bulan Oktober lalu, arwah suruh postpon tunggu studio ni siap nak celebrate birthday dia kat studio ni. Tapi apakan daya tak sempat.. Kat Mahadi dia ada cakap, dia nak tukar perabot bilik dia skang yang semua set warna hitam to set warna putih. As he knew it. Putih. It's the colour of death.
The music studio
Open kitchen/bbq
The pergola walkway

Saturday, November 13, 2010

#545 Me Vs Tinggal Kenangan Sudah

It's Bali-Jakarta-Anyer-Bali honeymoon trip. Untuk orang yang jakun flight, infact tak pernah cecah tangga flight pun seumur hidup, merasalah aku naik turun kapalterbang 6 kali dalam masa 6hari tu. Hambik! Dari yang tak pernah naik, sampai la nak muntah tengok kapalterbang. Wuhu!

Cerita honeymoon aku ni dah lama berlalu. Sangat panjang kalu nak citer cane buleh terpergi, cane buleh terkawin ni. Macam-macam ranjau berduri la kalu nak citer. In fact, aku dah almost gave up ingat dah tak boleh pergi dah. Last-last, ada gak rejeki kitorang sampai gak kat pulau impian aku tuh.

Time itu aku belum kreatif lagi dalam bab fotografi ni. Bila ingat-ingat balik ngokngek jugak aku tak ambik gambar elok-elok. Nak pegi pulak macam dah tipis benar harapan. Ntah-ntah kelam terus! Haha, time tu aku belum berkecimpung lagi dalam dunia blog nih. So, aku tak reti nak capture benda-benda yang berguna untuk aku kenang balik ke waktu itu, untuk aku show and tell kat entri blog.. Woho, zaman tu memang dslr belum glemer benar lagi macam skang. Kamera pun kitorang pinjam SIL punya. Punya la time tu benda-benda bergambar ni tak penting dan bukan salah satu dari lifestyle kitorang. Oh, skang tidak lagi.

Disebabkan kenaifan tentang bab penggambaran pada ketika itu, skang ni aku sangat rasa sakit hati bila teringatkan benda-benda yang ada kat sana tapi sini takde. Murtabak cheese, mangga cicah serbuk belacan,  bakso et cetera. Kenapa la aku tak capture semua benda yang menarik dulu??? Asek ambik gambar kitorang ngan pemandangan aje. Sangat la tak kreatif. Huk aloh.
Last but not least, Dunkin Donut naik pesawat. Ko penah? (jadi DD?)

Oh hari ni Encik Jack terjebak dengan IRIS pulak. Menyesal aku tak delete isi-isi external hard disk tuh. Melopong pulak la aku ngan anakanda 2 hari ni. Nak gi makan tupak sutung. Daaa~~~~

Wednesday, November 3, 2010

#531 Me Vs Life And Death

Encik Jack pernah citer kat aku kisah sedih lab technician fakulti dia. Hujung tahun lepas kot. Lab technician tu umur sebaya ngan aku la, muda lagi. Bini dia lagi muda dari dia. Diorang ada sorang anak sebaya ngan anakanda kot. Si bini pulak tengah sarat mengandungkan anak kedua. Bini tak keje.

Nak dijadikan citer, masa kandungan dia 8bulan, baby tiba-tiba tak bergerak. Bila pergi cek kat doktor, doktor sahkan baby dia dah meninggal. Bila cek gitu gini, baru la tahu si bini tuh dah rosak buah pinggang. Tahap kronik terus. Maybe tu antara sebab baby dia takleh survive. Keadaan si bini sangat lemah sampaikan 3hari baby meninggal dalam perut, baru buleh dikeluarkan. Memang simpati la kitorang kat mereka sekeluarga. Anak sulung pun kecik lagi.

Lepas abort pregnancy tuh, si bini kena pegi buat dialisis la every now and then. Seminggu tu at least 3 kali kot. Pulak tu sekali pergi berapa kena caj. Diorang mana la mampu. Setakat keje technician tu cane nak cover the expenses. Susu lampin anak lagi. Makan minum lagi. Staf-staf kat UiTM semua pakat menghulur bantuan. Aku dah bajet dah aritu zakat aku tahun ni ingat nak kasi kat diorang. Tapi bila dah lama, terus lupa. Aku pun tak tahu cane diorang menangani isu kewangan tu. Dialisis bukan murah hooo..

2 minggu lepas, encik Jack cakap bini lab technician dia tu meninggal after few days in critical conditions. Innalillah.. Aku pun tumpang sedih. Muda lagi dah dijemput Tuhan. Anak pun belum puas nak bermanja dengan ibunya. Apa nak buat, ajal maut semua Allah dah tentukan. Aku rasa suami dan semua ahli keluarga redha la dengan pemergian arwah. Lagipun buah pinggang arwah dah rosak teruk. Kalu umur panjang pun suffer jugak. Dengar citer dialisis ni sakit woo. Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk arwah sekeluarga. Kalu umur panjang pun, macam mana nak tanggung perbelanjaan perubatan dan sebagainya kalu diorang tak mampu. This kind of thing la. Allah nak ringankan penderitaan mereka sekeluarga sebab itu Allah ambil arwah lebih cepat. 

Aku dok teringat-ingat kat arwah. Padahal kitorang tak pernah bertemu pun. Terfikir jugak kalu hal camtu berlaku kat aku (nauzubillah).. Aku selalu pesan kat encik Jack, kalu aku yang pergi dulu sebelum anakanda tahu mengurus diri dia, aku nak encik Jack jaga anakanda baik-baik. Kalu nak cari mak tiri kat anakanda pun, make sure yang bakal isteri baru dia tu sanggup menerima dan menjaga anakanda seperti anak kandung dia sendiri. Kalu bini baru tak sanggup, serahkan anakanda pada Puan Menteri jika Puan Menteri masih hidup. Aku tak nak anakanda lack of a mother's love. Ececeh. Blog jadi evidence wasiat pulak.

Aku terfikir jugak, kalu aku mati encik Jack meratapi kah? Jawapan encik Jack: hehe...rahsia, malas aku nak bagitau kat sini. Encik Jack mana la nak bagi-bagi bunga ke, coklat ke, buah tangan ke kat aku sebagai tanda cinta beliau kat aku. Haha. Tak pernah pun bagitau sapa-sapa yang dia sayang aku kan.. Suka hati dia la. Tak bagitau dia sayang aku, takpe. Jangan bagitau sayang kat orang lain sudah.

Lepas scene bini lab technician meninggal tuh, encik Jack buat saprais kat aku... Sebagai lambang aku bini yang banyak sakit.
Kelmarin encik Jack balik keje bagitau staf dia kerugian harta benda, kenderaan lepas kampung dia dilanda banjir kat Kedah. Hilux, Unser, tv, peti ais, mesin basuh semua tak dapat diselamatkan sebab air tiba-tiba naik mendadak. Laki dia pun stranded kat pondok baja dekat kebun buah diorang. Kutip derma lagi staf-staf encik Jack. Kesian kan. Sasau lecturer tu mengenangkan akan jatuh bankrap bila semua keta dan aset rosak teruk sekaligus. Insurans mana cover isu bencana alam kan. Ishk... Nauzubillah.. Jangan la benda-benda camni terjadi kat kita. Minta dijauhkan! 

Thursday, July 22, 2010

#451 Me Vs The Brewing Up Plan

Swing, swing, swing..... Mood swing! 

Nak mengarang apa pun tatau. Tapi orang dok asyik tanya bila nak update citer. Aku takde citer Senah oiii... Skang dok hunting kc. Baru pergi 2 kedai. Nak citer pun takde mood lagih. Keciwa apa nama pun aku tatau. Kalu dah tak kaya tuh, tak kaya la jugak. 

Masa pergi tengok wayang aritu sebelum start Eclipse tuh tayang trailer SALT. Terliur seyy... Citer pesen camni baru true. Baru berbaloi sploh hengget aku leburkan! 

Semalam pun Encik Jack dok sebut-sebut nak pergi tengok Salt lagi. Ayoyo... Kat Malaysia rasanya start tayang mulai 29 Julai nih. Puan Menteri dah ugut nak balik Ahad ni. Mana sempat. 

Adam:Getting myself coded!
Today my laundry chores has been easier. Sampai londeh seluar pun xkesah. Harini punya la nak melaram. (skang memang musim anakanda merias diri). Nak pakai seluar yang branded-branded kat umah. Seluar ni hasil tangkapan aktiviti liburan Encik Jack hari tu. Memang pinggang loose giler. Tapi length dah senteng. Teringat kat seluar Min Ho dalam Personal Taste yang semuanya takde yang labuh. Hihi.

Saturday, July 17, 2010

#448 Me Vs The Patient's Date

Sambungan dari entri sebelumnya....

Encik Jack kusayang dapat tiket wayang kul 9 malam ni. Lepas makan stimboat terus balik umah smayang Asar. Aiseh, perut pulak buat hal. Pedih mencucuk setiap ceruk perut. Nak buat hal la tu tak nak kasi chan aku keluar bercinta. Bencinta betul. Sementara menanti jam 9 tuh, kitorang rehat dan buat bodo dulu kat umah. Sempat la aku makan ubat and bubur untuk alas perut yang makin mengganas ni. Hayo, jangan la buat hal malam ni... Dah 3 tahun aku tak tengok wayang. *Tipu, baru nih kan baru tengok Alice In The Wonderland. Okay, dalam gap 3 tahun ni baru tahun ni 2 kali aku tengok wayang. Kira kritikal la tu tak berpeluang bercinta.

Setelah melakukan beberapa tektik busuk seperti selalunya, kitorang berjaya jugak keluar dari pintu tanpa dihidu oleh anakanda. Kalu dia nampak sure la nak mengikut nye. Tak nampak takpe. Tengkiu to Bos IBM and Puan Menteri yang sangat licik berkucar-kacir dengan anakanda dalam toilet time aku nak keluar tu. Bijak, bijak.

Aku tiba ngam-ngam time masuk. Orang tak ramai malam ni. Sebab dah 10hari tayang kot. Encik jack pilih seat belakang sekali. Which is fine with me at first. Then seat depan ada orang duduk. Kenapa la kepala dia besar sangat. Terlindung la pandangan mata aku. Lenkali aku nak suruh encik Jack beli tiket seat depan tu. Slope kat TGV sini memang tak curam. So, sape berkepala besar, leher jinjang, kaki zirafah, memang mendatangkan masalah pada penonton yang comel macam aku ni. Terjejas la konsentrasi. Bukan sebab tak nampak tapi sebab sakit hati tengok kepala besar dia. Hoho. Lenkali kalu nak dok belakang kena sewa kerusi pengadil badminton. Baru on top of the world rasanya... 

Sepanjang dalam wayang tu perut memang pedih giler la. Awat la nak buat hal la ni jugak... Aku tahan jugak la. Kalu tak pergi skang, lepas Adam masuk U la baru nak merasa lagi kot. Sakit-sakit pun, time part jiwang karat Edward ngan Bella aku masih boleh konsentret dengan tiptop. Haha.. What to do, dah memang kebolehan semulajadi aku. *poyo

To wrap things up, aku rasa sangat hepi dan berterima kasih sangat-sangat pada pasukan penyelamat yang bukan aje datang nak tolong jagakan anakanda, tapi juga menyelamatkan cinta aku yang dah lama gersang ni. Haha gersang. Ofkos la, married couple pun perlu jugak dating sekali sekala. Baru fresh cinta kitorang ni. Encik jack, jangan pretend-pretend dono that your wife is sick because she's lack of love. Your love. Haha.

Malam ini aku sangat hepi. I bet my other half is, too. This chance doesn't come often and easily. Sekali dapat haruslah aku grab sekemas-kemasnya. Sakit-sakit perut pun redah jugak. Nasib baik cinema depan umah je. 

Terasa pasni ngengada nak pegi tengok Harry Potter 7 pulak.. Eh, ke dah habis tayang???

Saturday, June 26, 2010

#425 Me Vs Kad Raya Si Dia

Raya memang lambat lagi. Ada aku kesah. Posa pun belum tentu buleh tunaikan ini tahun. *Gulp!! Ini pun hasil nukilan kat umah aritu time orang lain berseronok berliburan di negara jiran. Nasib baik dalam tengah belek-belek album persekolahan tu terjumpa kad ni terselit dalam negative pocket nye. Haha.. Skang ni dah tak wujud dah negatif-negatif ni.. Dulu je beriya guna filem. Pastu time nak pegi cuci gambar, terdongak-dongak la dok pilih nombor gambar yang mana berkenan di hati. Aku selit dalam poket tuh bukan sebab nak sorok ke apa, tapi itu aje la kaedah yang boleh dipercayai untuk memanjangkan hayat kad ni dalam simpanan aku. Ada untungnya jugak aku selit kat situ. Boleh jugak dipertontonkan kat korang..

Ini kad raya dari buah hati aku ketika itu. Tak silap aku kad ni untuk raya lepas abis SPM tu. Tahun 98 la kot.. Entah, tak ingat. Sebab tahun 99 aku dah kat Bangi. Kad ni dihantar time aku menganggur lepas SPM tu. Hmmm.. Korang tengok la sendiri kadnye. Tak jiwang langsung. Itulah dia encik Jack. Memang tak reti nak kasi hati aku berbunga. Kad pun beli yang sepeket. Yang belinya pulak MIL aku. Buleh pulak kirim kat mak dia sesambil pergi Jerteh bank in duit FIL aku. Hayo... Memang aku jaki la boipren kawan-kawan aku yang lain. Orang lain dapat kad raya ada siap bunyi-bunyi, kelip-kelip, shiny-shiny etc.. Wordings pulak jiwa yang karat meleleh. Kukukukuuuu~~~ Nasib aku la dapat insan satu dalam sejuta macam encik Jack nih.



 Nasib baik ada perkataan 'rindu' kat bait hujung yang ditulisnya.. Lampu otromen pun buleh menyala-nyala gini gaya nya. Hehe. Walaupun encik Jack tak romantik macam yang aku inginkan, tak mengapa la. Setiap orang Allah jadikan ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Aku nak harapkan suami umpama saidina Ali, adakah aku semulia Fatimah Az-Zahra? Aku ingat camtu je la.

Itu cerita purbakala. Time pemikiran masih kebudak-budakan. Sebab terlalu taksub dengan Titanic, semua orang nakkan boipren seromantik Jack Dawson yang akhirnya dapat kat Rose Duwit Bukater tuh.. Aku dapat jugak Jack aku... Walaupun bukan setaraf Jack Dawson, Encik Jack tetap terunggul di hati aku. Lepas kawin ni baru nampak jelas, romantik tu bukanlah segala-galanya. Baru aku tahu yang aku sebenarnya geli dengan lelaki romantik. (nasib baik encik jack bukan lelaki berbulu dada jugak- yek!!!) 

Itulah jodoh. Tak romantik pun aku suka jugak. Pemalas macam aku pun encik jack suka jugak. Balance la tu. Aku ada kekurangan aku, dia pun ada kurangnya jugak. 

Kepada encik Jack, tahun ni takmo kasi kad raya ke kat I??