Sambungan dari Cheongpyeong tadi... Dari Stesen Cheongpyeong kitorang menuju ke Jamsil. Kalu dapat tengok dalam screenshot apps ni, ada 2 oren dots dalam laluan kitorang. Meaning, 2 kali transfer la. Pasrah la kalu kat Korea ni memang wajib kena transfer-transfer. Orang dia pun dah terbiasa kot. Penat-penat pun gagahkan diri jugak. Bukan selalu pun dapat peluang beramazing race macam ni kan.
Lepas balik dari Petite France, next attraction adalah Hard Rock Cafe yang terletak dalam Lotte Mall di Jamsil. SILs nak beli T-shirt kat laki diorang. Aku dengan Encik Jack follow je la. Sesambil cuci mata kenal mall orang. Ni satu-satunya mall kat Korea yang kitorang terjah dengan sengaja. Trip aku ni kan more to nature. So, tempat-tempat shopping mall memang sengaja tak pegi la. Yang ni pun pegi sebab HRC ada dalam tu. Kalu tak, sure tak masuk pun.
Kat bawah ni cara nak gi ke sana kalu ada yang berminat. Dalam kebanyakan blog yang aku study, takde satu pun yang bagi map subway exit macam ni. Ni yang hasil yang aku carigali sendiri-sendiri. Nak bagi paham kenapa diorang duk bagitau keluar dari exit 1 dengan 11. Nah, bila tengok maps ni baru la paham. Tak kira la kau dari line hijau or pink, keluar je ke exit 11. Tembus je line hijau nak ke line pink tu jangan risau. Subway punya sistem kat stesen interexchange ni memang boleh link exits semua line. Macam yang ko tengok kat bawah ni, Dari exit 1 (line hijau) ko boleh jalan kaki sampai ke line 11 (line pink).
Ini cara nak ke Lotte Mall... By subway: Get off Line 2 or Line 8
at Jamsil Station. Proceed to exits 1 or 11. Nak dekat, Exit 11. Kitorang keluar exit 1, menapak la dalam Lotte Mall ni. Tapi sambil menapak, boleh cuci mata... HRC ni kat tingkat 5, sebelah Lotte Cinema je. Nak senang, cari signage Cinema. Confirm jumpa.
![]() |
| Poro..poro.porororo |
Kat Lotte Mall ni jugak ada Lotte World Theme Park. Tempat penggambaran Stairway To Heaven suatu ketika dulu. Ikutkan memang dah penat, tapi turun jugak tingkat bawah semata-mata nak posing depan entrance Lotte World ni... Kehkeh... Masuk kena bayar so, kitorang ambik gambar depan ni je la. Tak kosa bayar seratus ringgit lebih semata-mata nak masuk ambik gambar je. Nak main game dalam tu bayar lain pulak kot. Entah, aku tak study pulak sebab memang bajet takkan masuk.
Theme park ni indoor. Sangat sesuai la datang dengan anak-anak specially time musim sejuk. Kalu pegi Everland (outdoor theme park kat Korea ni) takut tak tahan sejuk je. Tapi dengar citer Everland best jugak sebab dapat tengok bunga-bunga tulip time musim bunga kat sana. Or bunga-bunga lain lah. Wallahualam sebab theme-theme park ni memang takde dalam list kitorang nak terjah. Setakat nak main benda macam ni, baik aku layan kat Genting je. Tapi rasanya sini lagi mencabar lah.
Dapat T-shirt HRC, dapat posing depan Lotte World, kitorang blah. Ke mana pulak kita? Hahahaaaa.. Hari dah senja, perut perlu diisi... Makan malam ni kitorang plan nak makan ikan bakar yang tersohor seantero dunia backpacker iaitu ikan bakar Dongdaemun. Ada nama kedai, tapi tulisan korea kot.
Dari Stesen Jamsil, kitorang ambik line hijau terus sebab transfer sekali je kat Stesen Sinseol-dong. Pastu naik line purple 1 stesen then turun di stesen Dongdaemun. Keluar je dari Stesen Dongdaemun tu, lupa pulak exit berapa sebab bukan aku yang study pasal route makan-makan ni, terus keluar cari lorong kedai... Kedainya tersorok sikit celah deretan kedai-kedai lain... Sesat jugak kitorang padahal kedainya dekat je. Kalu ada yang minat nak tahu, sila tinggalkan komen nanti aku godek notes kakak ipar pasal maps kedai ni. Mudah je cari. Kitorang je tak perasan.
| Air free. Sejuuuuk je.. |
Mula-mula sampai depan kedai tu kitorang disapa penuh mesra dek staf kedai ni. Tengah bakar seafood kat luar. Berasap kepul-kepul.. Hahaha... Hood besar gaban pun tak mampu sedut jugak.. Mamat yang tengah bakar-bakar tu pelawa masuk kedai. Dia cakap Many Malaysia eat here.. Lebih kurang camtu la. Kitorang just nak confirm betul-betul sama ada sini ada jual pork and meat and stuff, terus dia yakinkan kitorang, sini jual seafood semata-mata.. Manalah tahu kan kot-kot kitorang tersilap kedai. Naya. Yakin, kitorang pun masuk la..
Mak aii.. sempitnya kedai! Siling rendah, kerusi meja packed, tapi kedai 2 tingkat, staf tak berhenti ke sana sini layan pelanggan... Ko mampu? Hahaha... Duduk-duduk je, terus waitress (ahjumma baju hitam lengan hijau dalam gambar kat atas) kasi menu. Dia suruh pilih ikan kat luar, tempat mamat tadi bakar-bakar tu. Siap tunjuk satu-satu ikan kat luar, kembong, cencaru, sotong.. Pandai mokcik cakap melayu. Ahahahahaaaa... Ramainya orang Melayu makan sini kaaaaaaaannnn... Memang ramai pun. Masa kitorang baru sampai, nampak kat atas dah ada 1 group Melayu tengah makan. Masa nak keluar kedai, nampak 1 group baru masuk. Orang Malaysia datang silih berganti kat kedai ni. Siap bertukar senyuman dan salam tau dalam kedai ni. Alhamdulillah...
Kat sini kitorang order nasik 3 mangkuk... Sotong pedas, ikan cencaru bakar. Side dishes dengan air sejuk free. Ahjumma siap refill kimchi kobis lagi... Memang sedap-sedap makanan ni. Aku kasi tunjuk ibu jari. Aku cakap kat ahjumma sedap dalam bahasa dia. Agaknya sebab tu dia datang tambah kimchi tu... Waaahhh... Selama ni aku skeptikal pasal makanan Korea... Tapi aku boleh telan! Tak sangka makanan dia sesedap ni... Makan kimchi tapi terbayang somtam. Sedapnya la hai...
| Sotong sambal Korea. Slurrrpppp!!!! |
Semua ni total KRW20,000. Kat sini banyak menu set. So, 1 set boleh makan 4 orang. Murah dah tu... Satu set ikan bakar dengan nasi dengan side dish dengan air sejuk boleh dapat under KRW10,000. Kedai ni memang terbaek! Next time kalu ada rezeki datang Seoul lagi, tanpa ragu-ragu aku definitely will come dine here again. Totally recommended.
Kesimpulannya makanan kat sini kena dengan tekak Melayu aku. Licin pinggan, kitorang blah. Dah sampai sini ofkos kena shopping lah sikit. Dongdaemun ni terkenal dengan tempat shopping fabrik. Tapi kitorang tak plan nak shopping kain sutera pun. Banyak kedai kain dah tutup malam ni. Kitorang just nak cari souvenir la kalu ada yang murah.
On the way nak ke shopping street tu kena cross longkang besar dulu. Baru teringat ni la dia Cheonggyecheon Stream yang femes tu. Sebenarnya dulu ni sungai. Kerajaan Korea ambik inisiatif memulihkan dan mencantikkan sungai dan jadi tarikan orang ramai. Sungai ni panjang, so kalu ko google, akan jumpa macam-macam rupa sungai ni bergantung point mana ko ambik. Like I said la, sebab sungai ni panjang. Ada macam-macam tarikan di sepanjang sungai ni. Oh malam ni dah berapa birds dah kitorang kill with one stone.
![]() |
| Beli souvenir kat sini. |
Kitorang jalan takde tujuan pun, ikut kaki melangkah je. Bila nampak ada kedai depan traffic light jual souvenirs ni, terus terjah. Tanya-tanya, harga lebih kurang je dengan souvenirs tengok kat Meyongdong kelmarin. Sebelum ni dalam forum dan group pun ramai yang share harga souvenirs yang diorang beli. Harga macam kat kedai ni la. Kira tak kena tipu la harga ni.
Kitorang pun terus borong T-shirt I Love Korea banyak-banyak. Sebab tokey kedai kata beli berapa entah dapat 1 free. Apa lagi, kitorang share la borong beramai-ramai. Style kedai-kedai sini, kalu mintak tawar harga memang tak dapat kurang dah. Tapi dia kasi barang free.
Kecoh dalam kedai yang sempit tu dengan kitorang duk mintak baju saiz dengan kaler lain-lain. Pening tokey. Hahaha... Lepas dah borong key chain sudu chopstick segala, tokey tu terus 'halau' tolak-tolak kitorang keluar. SIL1 nak beli barang lain pun dia tak nak jual dah kat kitorang... Hahaha.. Penangan orang Malaysia beli-belah. Halau, halau jugak... Duit ambik jugak sambil senyum-senyum.
Lepas memborong dah tak tahu nak kemana. Duduk rilek depan Doota! Mall ni kejap minum-minum air. Duk bertenggek kat luar ni pun dapat coverage wifi Doota! Mall... Tumpang wifi dia je la. Pandang sana sini, nampak Dongdaemun Design Plaza. Banyak jugak features dalam drama. Bila tengok depan mata whoooaaaaaa kat sini ye diorang berlakon dulu... Tiba-tiba feeling terharu sendiri sebab berjaya sampai sini.
![]() |
| Bercahaya Dongdaemun Design Plaza kat belakang nun. |
![]() |
| Doota! Mall |
Kat sini, mall sama bersepah macam kat Guangzhou... Kaya-kaya ke orang Korea ni? Ke murah-murah barang jual dalam ni? Malas nak masuk sebab dah penat nak jalan buang tenaga tanpa tujuan ni. Setel semua kitorang balik guesthouse untuk packing. Esok dah nak cek out pepagi nak bawak terus luggage. Balik ni kena google kat stesen mana yang ada luggage store facility. Takkan nak seret anak-anak gajah ke istana esok.

































