Dark Fellows

Showing posts with label war. Show all posts
Showing posts with label war. Show all posts

Friday, August 23, 2013

#1061 Me Vs Mass Killing

Tiap hari bukak facebook, mostly are about the mass killing in Syria, Egypt. Allahu akbar! Tiap kali tengok video anak-anak kecil syahid dek serangan kimia tu, air mata tak henti-henti mengalir. Ada video yang rakam hembusan terakhir hingga tangan terkulai... Kalau aku bukan seorang ibu pun hati tetap tersentuh atas nama kemanusiaan. Hati tertanya-tanya sampai bilakah semua masacre ini akan berakhir. Tiada nilaikah nyawa-nyawa umat Islam di sana? 

Bila tengok video kanak-kanak di sana dibunuh begitu dan membandingkan dengan anak-anak kita di Malaysia ni, rasa syukur sangat-sangat. At least kat Malaysia MASIH aman. Why did I emphasize MASIH tu? Sebab anytime je negara kita buleh jadi macam tu. Talking about Syiah, ex-prof aku dulu (prof Ir tapi at the same time join the tabligh group) ada bagitau student dia, yang Syiah kat Malaysia ni dah lama berakar umbi. Skang ni yang join pun ramai VVVVVIP dan orang atasan. So, what can they/we do to strict the law? Syiah ni dah lama ada kat Malaysia. Now diorang dah kuat kat negara ni tapi pihak berkuasa takleh buat apa-apa bila melibatkan golongan atasan. Bohong la kalu aku kata aku tak kisah semua tu. Kisah oi! Nak ke jadi macam kat Mesir tu? 

Kenapa ye... Ajaran Islam dah cukup complete. Dah cukup mudah. Dah comei lotei. Dah syumul. Tapi kenapa manusia nak ubah nak simplify lagi benda yang dah perfect? Tak takut ke pada hukuman Tuhan? Tak terbayang ke syurga neraka? Haih... Hairan sungguh.

Bila tengok masing-masing update and upload gambar tiket konsert metalika, atas dasar sesama Islam aku rasa sakit hati. Saudara kita di Mesir dan Syria bertarung nyawa kat sana, tapi kita kat sini masih asyik terkinja-kinja dengan hiburan duniawi. Ye lah, aku pun bukan perfect. Ah susah lah nak cakap. Kalu terlebih cakap orang kata aku tunjuk baik pulak. Tapi sungguh lah.. Skang ni aku nak bermarathon drama pun rasa malu pada diri sendiri. Pada saudara-saudara Islam kita kat sana. Apa aku buat untuk bantu diorang kat sana? Apa ek? Selain derma wang ringgit, apa lagi yang buleh aku bantu. Betapa kerdilnya rasa. Setakat bermati-matian mengeji dan mengutuk tindakan Basyar dari lubuk hati aku, apa lah sangat kesannya pada dunia ye dak.

Sedih sangat. Tengok wajah kanak-kanak yang syahid.... Yang aku nampak adalah wajah anak-anak aku. Betapa seksanya saat-saat roh berpisah dari jasad. Slowly and painful perhaps. Sanggup tak tengok anak-anak kita nyawa-nyawa ikan sampai tangan terkulai macam tu? Haih... 

Kiamat sudah dekat.

Tuesday, April 16, 2013

#1014 Me Vs Fever Myths

Learning phonics @youtube
Kelmarin satu hari Zaraa tido. Naik risau pulak aku tengok. Biasa tengok dia aktif ligat ke sana sini dalam umah ni kan. Sekali asyik terbaring je seharian pelik benar la pada penglihatan aku. Sehari sebelum tu dia dah ok. So aku stop la medication. Tuptup kelmarin demam kembali menyerang. Panas garing la kulit dia. Keje sponging aje la aku semalam. Disebabkan siang hari dia tido je keje, semalam seiring dengan kenaikan suhu badan dia memang meragam la. Asyik nak orang pikul dia je. Dari pukul 9+ sampai la kul 11. Bergilir la aku dengan daddy dia memikul sikit sorang. Berpeluh-peluh dukung dia. Heat transfer gitu.
Malam memang dia lemah giler la. Suap makan pun mengah-mengah nak telan. Masuk semulut terus terjelepok atas bantal. Letih sangat kan. Last-last suruh daddy pegang sambil aku suap dia. Demam-demam pun selera ok jugak. Menurun nenek Opi dia ke? Hihi.. Bab ni aku suka! :)) Semalam memang satu malam la tak tido lena. Sekejap-sekejap dia terjaga nangis. Tak selesa hidung tersumbat kot. Oh selsema la pulak dengan batuknya....
Demam. Sebelum collapse seharian.
Cakap pasal demam ni kan aku ada benda nak tanya korang yang bijaksana ni. Kalu anak korang demam la kan, selalunya korang selimut atau biar dia terbukak biar semua haba terbebas keluar? Kerap mandikan or jangan mandikan? Aku dibiasakan kalu demam kena selimut biar keluar peluh katanya. Kata orang-orang zaman dulu la. Tapi baru ni masa Adam demam aku bawak pegi klinik bersweater, doktor suruh bukak. Tak nak kasi perangkap haba pulak katanya. Haih.. Dulu sekarang fakta dah tak sama ke. Tapi kalu dah tengok dia terketar-ketar kesian pulak tak cover dia kan... 

Untuk kes Zaraa kelmarin, aku mandikan jugak dia.Agak-agak la. Time panas benar tu tak berani jugak aku nak mandikan. Just jerlun-jerlun kepala dia, lap dengan kerap macam tu je la. Pastu bagi homemade barley drink kat dia. (tapi kalu dah batuk ni buleh ke minum barli. Kata sejuk?) Keliru aku dengan konflik of interest macam ni.

Letih weh anak tak sihat ni. Semalam tak tido mana. Hari ni sempat tido berapa minit je tengahari tadi. Sedar-sedar 1+ belum masak lagi.. Hoho.. Terus lupakan tido yang sedap giler tu dan bangkit ke dapur. Start dari dia bangun tido pagi tadi (past tido seround lepas tu), sampai ke malam tak tido-tido lagi budak ni.  Kelmarin tido seharian, hari ni berjaga seharian. Huhu.... 

Alhamdulillah, berkat doa, izin Tuhan dan ubatan mengikut jadual now Zaraa dah tak demam. Batuk selsema ada lagi. Yang dua ni in sya Allah buleh cure dengan honey.. Hopefully malam ni dia buleh tido la. I need to cover my beauty sleep! 

Kelmarin tengok gambar baby yang terkena letupan bom kat Syria/Palestine tu... Cedera teruk kat genital area dia.. Pecah berderai empangan mata aku takleh tahan... Tengok anak aku nappy rash teruk pun tak sanggup inikan pulak baby yang kena bom. Kat 'situ' pulak tu... Seksanya dia.. Kecik lagi tu. Ya Allah, kejam sungguh orang yang bertanggungjawab tu. Tak henti-henti doa biar baby tu dapat speedy recovery. Tak sanggup betul tengok. Kalu anak sendiri tiap kali nappy rash tiap kali basuh kencing berak mesti terketar-ketar tahan sakit. Tu pun dah rasa macam kesian giler. Baby mangsa perang tu lagi la. 

Aku dok imagine macam mana la dia tiap kali kencing berak tu. Tak kencing berak pun sedia terseksa dah... Luka dalam macam tu for sure ambik masa yang lama untuk sembuh. Dalam gambar tu baby tu nampak macam baby tu tengah meraung. *Sobs.... Kenapalah kena dekat situ... Seksanya la... Melibatkan aktiviti kencing berak pulak tu... Sobs lagi... Bila lah perang nak berakhir? Kepada baby malang tu, marilah kita sama-sama doakan dia cepat-cepat sembuh. Tersentuh benar hati aku tengok dia.

Bila tengok gambar dia, terus teringat anak-anak aku. Alhamdulillah kita dok kat negara yang aman. Isyhk... Aku dok terbayang-bayang baby tu lagi. Thanks to facebook. Macam-macam cerita yang aku tak pernah terbayang boleh berlaku dah aku tahu melaluinya. 

Melalui facebook jugak lah tersebar video buli pelajar kat sekolah tu. Haih... Risau pulak anak jantan aku ni. Tahun depan dah darjah satu. Kelmarin balik sekolah cakap kawan dia tumbuk muka dia. Hari ni balik sekolah cakap lutut kawan dia kena hidung dia sampai berdarah. (asyik dengar part anak orang je buat anak aku kan. Part anak aku buat anak orang ntah-ntah lagi teruk ;p) Adam ni dah la kurus kering macam aku. Kalu kena buli kat sekolah alangkah sedihnya hati aku. Sebab dia ni jenis tak reti nak defend diri. Even kalu kat umah kena marah pun terima je apa yang aku marah. Padahal adik yang buat. 

Harap-harap dia tak jadi mangsa buli la kat sekolah. Risau weh. Kalu terlebih hero pun risau jugak. Apasal la budak-budak zaman skangn ni berani benar. Question mark.