Dark Fellows

Showing posts with label sofa. Show all posts
Showing posts with label sofa. Show all posts

Friday, March 23, 2012

#858 Me Vs The Excruciating Yesterday

Kelmarin aku nangis tengok Adam kareb. 5 tahun dia constipation, aku tak pernah pun nangis tengok dia no matter how I wish that Allah can swtich my body with his when he's in pain. Tapi kelmarin memang aku tak sanggup tengok dia. Habis gaya, duduk, bangun, posisi merangkak, rukuk, mencangkung... All I can do is just watched him! Poor kid. Setakat merah muka adalah perkara biasa. Setakat meraung menjeritkan perkataan 'sakitnye, sakitnye' adalah biasa. Setakat mintak aku peluk time sakit adalah biasa. Setakat mintak sapukan minyak kuning kat perut adalah biasa. Tapi kelmarin, sampai berbintik merah kat muka. Sampai pagi ni tak hilang lagi. Agaknya kapilari darah dia pecah kot time dia meneran sekuat hati tu.
Pipi kanan.
Can you see the red dots? Muka lemah giler lepas setel tuh. Dari 12.30pm masuk toilet, 1.30pm baru keluar. Imagine. Meraung-raung sejam sakit. Bila diingat balik, aku terankan Zaraa pun tak sekuat tu, tak selama itu. Alhamdulillah bersalin mudah kan. Bersalin tu ada air ketuban untuk melincirkan. Tapi dia? Alahai.... Memang tak sampai hati tengok dia kelmarin. Tak putus-putus mulut doa kat Tuhan, Ya Allah, ringankanlah azab yang dirasai anakku ini... Dok ulang-ulang ayat tu. Tak tahu dah nak buat macam mana. Umur 5 tahun dah diduga sehebat ini. Tiap kali kareb, bleeding. Dari kecik. Kesian rektum dia.

Last kareb Selasa lepas. So after 10 days, baru keluar. Imagine lah. Pegi sekolah first day lepas cuti sekolah tu, cikgu cakap dia bersedih kat sekolah. Dok sebut-sebut mommy cikgu cakap. Aku rasa sebab sakit perut nak kareb tu la. Memang dia kalu time sembelit teruk tu, 2,3 hari sebelum keluar tu memang dok sakit perut. Hmmmm... Entah sampai bila la Adam ni nak kena face benda ni.

Yang aku herannya dia memang tak reti serik. No matter how we make him understand that if he doesn't eat or drink, he will suffer in the loo, dia tetap camtu jugak. Memang kena refer psychologist kot? Naik fedap jugak aku. Tiap kali sakit berjam-jam dengan aku-aku skali kena tunggu dia dalam toilet. Kelmarin lepas keluar tu, aku  ugut dia. Cakap lain kali kalu kalu aku suruh tak nak makan, tak nak minum, kalu sembelit dia kena sakit sorang-sorang dalam bilik air. Aku tak nak tunggu dah. Entah berkesan ke tak ugutan aku. 
Pipi kiri.
Disebabkan temankan dia sejam dalam toilet kelmarin, aku termissed Secret Garden. Terpaksa la gigih godek dalam internet tengok secara online aje. Oh sangat primitif tengok secara itu. Tapi kalu tak tengok, nanti episod arini tak paham pulak. Baru episod 14. Rini cakap episod 17 aku bakalan berjejesan air mata. Omo! Tisu! Tisu! Tisu! Disebabkan kegigihan aku kelmarin jugaklah, aku terlupa nak basuh baju sekolah Adam, tak sempat nak gosok, nyaris-nyaris tak sempat nak lipat kain, masak lintang pukang, umah tak bervakum, lupa nak offer air kat Adam (memang kena paksa, kalu tak suruh dia tak minum)etc, etc.... Huh, banyak betul keje tergendala kalu aku menepek tengok citer korea ni.

Ehem... Good news. Kelmarin kitorang terbeli lagi. Apakah itu? Hehehehe......

Friday, February 17, 2012

#836 Me Vs Cerita Tentang Sofa

15 Januari aritu Encik Jack ajak aku pegi PISA. Saje nak tengok-tengok kat Fella Design tu. Usya dalam internet takde pulak sales kat branch sini. Yang ada cuma kat KL ngan Alor Setar aje. Frast la jugak jiwa lara ni. So, Encik Jack cakap meh la pegi tengok koya-koya dulu. Sambil-sambil nak tahu range harga dia. Lepas balik dari pasar, masak-masak, mandi, makan, semayang, kitorang pun terus ke PISA.

Time kitorang sampai tu memang takde customer lain pun selain kitorang. Dalam hati aku, oh ni mesti takde less ni sebab tu takde orang. Kitorang pun dengan hati yang tak berapa mengharap dapat beli, terus masuk bawah kanopi depan Fella tu tengok-tengok. Items bawah kanopi memang murah la. Mungkin sebab dah seasoned, berhabuk dan berpanas berhujan kat luar tu. Tapi not bad weh. Aku dah berjejesan dah air liur. Yang bawah kanopi pun dah tergoda. Belum masuk dalam Fella lagi.

Tak lama kitorang dok tengok-tengok kat luar tu, keluar la sales person tu greet kitorang. Kat dalam ada banyak lagi, masuk dulu tengok, kata beliau dengan senyuman penuh ramah. Dalam hati aku bajet nak masuk tengok-tengok je la. Kat dalam mesti mahal-mahal. So, kitorang pun mengikut je la... Tak rugi apa pun masuk setakat tengok-tengok.

Masuk je, pergh... Nak terjojol bijik mata aku tengok segenap showroom tu penuh dengan stiker kuning peratus harga potongan. Sales person tu cakap Mac ni Fella nak pindah kedai since MPSP nak ambik balik tapak diorang tu. So, diorang nak kosongkan kedai sebelum Mac ni. Diorang tak advertise pun sales tu. Patut la takde orang. Harga? Memang buat hati tak keruan la. Mostly more than 50% off. Haih, aku ngan encik Jack dah lap peluh-peluh jantan yang bertitik. Nak beli ke tak nak beli ni? Itu la soalan yang keep repeating selama dok dalam tu. Yang ni cantik. Yang ni pun cantik jugak. Yang tu pun. Hew hew hew... Berpeluh dahi nak semua. *Tamak. Kalu tak beli macam rugi pulak, bila lagi nak dapat harga camni. Skang ni diorang buat so called 'moving out sales'. Less memang banyak berbanding sales biasa. Ofkos la kan, diorang despret nak clearkan kedai.

Sales person tu suggest kitorang ambik kat dalam punya. Sebab yang kat dalam new arrival. Yang kat bawah kanopi ofkos lagi murah tapi dah lusuh dan berhabuk. (tapi kalu cuci still nampak baru lagi) Bincang punya bincang, last-last kitorang setuju beli satu set 2+3 seater. Sales person tu cakap set tu yang paling kecik size dia kat showroom tu. Dan yang paling murah ofkos ;p Aku dah risau dah, kot-kot 'kecik' yang dimaksudkan tu akan menampakkan 'cacat' kat umah aku nanti. Apa nak  buat, itu yang paling murah. Setuju je la. Huhu..

Kitorang angkut set 2+3 seater Cloverdale pastu encik Jack berkenan kat satu upholstered bench. Kaler lebih kurang. Haih, apasal semua kaler hijau ni? Dah la curtain pun kaler hijau jugak. Macam janji-janji je. Tak berniat pun nak pilih semua kaler sama.

Sofa aku ni dapat 57% less. After less, separuh harga pun tak sampai. Harus la jiwa kacau nakkan benda ni. I said to myself, this will go home with me. Period. Encik Jack pulak nak bench tu. Less 50%. Tambang lori RM89. Kitorang beli sofa aje, coffee table tak beli pun. Sebab coffee table Fella ni after less separuh harga dah RM800+. Kayu biasa je yang dilaminate. Cantik memang cantik. Tapi a bit pricey for us. So, tak beli la. Coffee table kitorang beli kat kedai kayu jati je. Baru berapa ratus. Kukuh pun kukuh. Beli belah bajet ketat camtu la. Berkira is a MUST.

Cukup la tu. Kalu ikutkan encik Jack, dia nak beli kerusi jati yang 1+1 pastu ada meja kat tengah tu. Macam kerusi tempat area menyambut tetamu tu la. Tapi tak masuk pulak dengan tema western ni.  Hoh, tak sangka encik Jack lebih surirumah dari aku punya taste. Aku nak wing chair ;p Next project la yea. Duit dah habis, sila dok diam-diam.

Kat showroom aritu nampak sofa ni KECIK je. Sebab satu kedai tu sofa semua yang lain bulky-bulky saiznya. Pasrah dah aku. Bila sampai kat umah, mak aih. Makan separuh hall aku. Nasib baik tak koya beli yang besar. Kalu tak, bukak pintu terus nampak sofa je. Nak jalan ke dapur pun mengiring agaknya.

So, itulah ceritanya. Dari tak plan nak beli terus dah selamat kat umah kitorang. Rezeki kitorang la. Alhamdulillah. Kalu tanya aku, memang aku tak pernah menyangka mampu memiliki set sofa idaman. Tengkiu ye encik Jack.... Aishiteru!!!
Drama nak pegi sekolah.
Panjangnya aku mengarang kali ni. Rasa tak biasa pulak. Dah lama kan tak mengarang. Ok lah. Mesin basuh dah berbunyi. Zaraa tak mandi lagi. Adam dah nak balik sekolah. Kena masak lagi. Dan macam-macam lagi keje nak kena buat.
Evening stroll with Puan Menteri.
Next entry: the white sliding door.

Thursday, July 7, 2011

#749 Me Vs Cuti Yang Banyak Urusan

Macam aku cakap kelmarin tu la, hari ni kitorang kena pegi Maybank Kulim untuk transfer duit dari akaun ASB kitorang. Sini kan cuti hari ni. Best jugak dok kat bandar yang berhampiran state border ni. Situ keje, sini cuti. Takleh buat kat sini, pegi buat kat sana. -Both mine and Encik Jack's ASB sudah licin ini hari. Huhu.

Masa arwah ayah aku ada dulu aku pernah tanya dia, boleh tak aku nak guna duit yang dia bagi tu untuk beli umah. Dia cakap ikut suka aku la since duit tu dah jadi duit aku. Lagipun tujuan aku murni. Bukan nak guna untuk libur-libur macam budak-budak. Kalu arwah masih ada, mesti dia terharu campur bangga aku guna duit tinggalan dia tu untuk kebaikan yang bermanfaat.

Maybank Kulim tak ramai sangat orang. Tapi sivik orang-orang kita ni memang rendah la. Seat tak cukup, mak buyung berdiri aje lah. Bila ada orang bangun dari kerusi tu, baru je aku nak duduk, zzzuuppp!! Orang lain duduk dulu. Sangat tak saspek kat mak buyung. Bencik!!!

Setel urusan, terus hala ke utara. Sampai kat plaza tol Lunas tuh, roadblock. Bosan betul. Aku dah la nak terkucil menantikan R&R depan tuh. Kacau daun betul. Standby nak kaup set Bersih la tu kot. I certainly don't like this. Menyusahkan orang. Aku. Yang nak. Terkucil.

Lepas de-stresskan pundi kencing aku, encik Jack ajak pegi tengok umah sebelum pegi kedai gril. Saje tengok-tengok. Hari ni site gate area perumahan aku tu bukak. Apa lagi, measuring tape dah bawak. Terus masuk site area. Ukur la yang mana boleh dari luar tu. Sliding ngan tingkap dapur je la. Atas mana buleh panjat. Pengajaran & peringatan buat orang lain- sila beli measuring tape (keluli tuh) yang diiktiraf. Jangan beli tape kat kedai dua ringgit macam kitorang. Tapenya lembik. Takleh nak hunus tinggi-tinggi mudah terkelepet. Sudahnya menyumpah seranah la tukang ukur. Ngehngehngeh....

Pagar tak kunci, so boleh la kitorang masuk dalam pagar tinjau-tinjau umah kitorang ni. Masa kitorang tengah tinjau-tinjau tu, nampak ramai pulak keta keluar masuk lalu depan umah kitorang. (barisan umah aku yang paling depan) Happening pulak rasa hari ni. Selalu kitorang aje yang ada. Tak berkebetulan ngan owner lain.
Sambung pasal tinjau tadi. Aku tengok pintu utama umah ni dah tercalar. Bukan kes tak sengaja ke apa ni. Memang vandalisme la. Kalu tak sengaja mesti corak pun ala-ala abstrak gitu. Ini, selain X besar tuh, ada tulisan. Perkataan apa ntah, lupa pulak aku. Aku tengok pintu umah lain takde pulak calar-balar camni. Sape punya keje la ni. I'll see you in Padang Mahsyar!

Campur sekali pintu ni, ada 3 benda yang konfem dah masuk list komplen kitorang kat pemaju. SATU; dinding ruang tamu crack besar giler (no way to cover it except wall paperings), DUA; rak buku dalam master bedroom yang macam pasang pakai kaki tu, TIGA; pintu ni yang calar balar. Aiseh.... Ini sebelum masuk dah nampak. Yang lepas masuk umah baru nampak tu tak tahu la. Harap-harap ini je la... Memang la buleh komplen and the pemaju pun wajib ganti kan. But all that bukan buleh dapat perhatian diorang terus. Makan masa jugak tu.
Bila tak puas hati dengan umah sendiri ni mula la aku nak kepochi kat umah lain. Apa lebih umah aku, apa lebih umah orang.. Haha... Terserempak ngan pakcik yang jaga site ni. Sembang ngan dia pasal perumahan ni. Aiseh, banyak pulak citer tak best aku dengar pasal current situation umah ni. Biasalah tu, every housing site mesti ada kekurangan dan kelemahannya kan. Pakcik tu cakap, yang dia dengar-dengar bulan 8 ni pemaju dah nak kena bayar kat bank. So, mesti dia kena bagi kunci sebelum tu kan. Wallahualam la. Aku kan dah ala-ala pasrah bila pun nak naik umah ni.

Lepas ambik gambar, ukur situ sini, kitorang singgah kat kedai buat gril. Ingatkan nak tanya dah ada orang kat taman perumahan aku tu tempah ke belum. Kalu dah, senang la nak bajet kan. Mesti sama je harga bagi semua intermediate house tuh. Sekali orang gril tu cakap Taman Seri Arowana belum ada orang tempah lagi. So, kitorang mintak quotation la dulu. Yo-yo la kitorang tanya berapa sekaki. Kan biasa orang kira pakai kaki kan. Oh kat sini lain pulak. Depa kira pakai kotak. Hahahahahahaha...
Camni la dia lukis nak kira berapa kotak..
Contohnya sliding bawah aku tu kan 4 panel. So kira 4 kotak la. Sliding bawah tu je dah RM1400. Tingkap dapur 2 daun tu kira 2 kotak. Tiap saiz kotak tu ada la range harga dia. (aku tetap rasa kira pakai ukuran kaki lebih adil) Potpet-potpet, kira-kira semua total up sebijik umah atas bawah, tingkap jamban sampai ke sisip angin kat bumbung tu RM4800. Ini besi biasa la. Design horizontal tu la. Takde kerawang kerawit ke apa. The simplest one. Wrought iron dah terkeluar list kitorang awal-awal dah. Tak tanya-tanya pun berapa kalu nak buat wrought iron. Haha. Malas kang makan hati pulak kalu tahu harga dia.

Kitorang tak tempah pun tadi. Nak tahu harga aje. Senang kan nak koya-koya buat belanjawan pasni. Lagipun kalu siap awal, nanti benda tu tersadai aje kat kedai dia lama-lama buruk dulu sebelum sempat pasang kat umah kitorang. Orang gril tu cakap, dah dapat kunci tu call je dia. Nanti dia pegi ukur. Once dah ukur, kitorang kena bayar deposit 50%. Standard la dok? Angkat bontot, ambik bisnes kad then terus balik.

Perut lapar, encik Frodo pun nampak lapar aje. Goreng fries sambil iron baju. Siap, tukar baju then keluar lagi pegi hantar colleagues encik Jack ke epot. Nak pegi libur-libur Singapore katanya. Wah bestnya jadi orang single ni kan. Gaji riban-riban ikut suka nak perabis cemana. Keta dah ada, umah dah beli kat sini. Berjinggo la nak perabis duit tu. Memasing gelas emas berurat-urat I tell you. Alahai... Sedap pulak mata aku tengok set bujang ni. Bebas gi memana. Duit sendiri ada. Ikut suka nak buat apa.

Lepas hantar diorang kat epot, ingat nak pegi Queensbay. Pastu malas pulak nak menapak cari parking, cari food place. Buang tenaga aje. Bukan ada tujuan pun. Takat nak isi perut je tu. Terus ajak encik Jack makan kat food court Tesco Extra Seberang Jaya sesambil tengok...tengok...tengok.... Fella Design Warehouse Sale!!!! Kat junction Perda ni lagi diorang tepek banner tuh. Aku dah berair mulut sejak itu lagi. Tapi sale tu start esok sampai 17 Julai. Hekeleh. Lusa aku dah nak balik. Esok encik Jack keje. Mana sempat nak cuci mata.

Diorang tengah susun sofa lagi tadi. Memang bukak kanopi aje kat parking lot Tesco tuh. Besar la jugak coveragenya. Yang sempat aku intai tuh, memang cantik-cantik la sofa yang nak let go tu. Wing chair & ottoman pun ada. Mak buyung geget jari taw!!! Nak beli pun, umah tatau bila buleh kunci. Nak letak katne mean time tu. Chenta hati sedapkan hati aku, "..alaaaa... Nanti raya sale, year end sale ada lagi.. CNY sale lagi. Krismas sale. Ada la tu lepas-lepas ni. Bukan ni je..." Yeah rite. Tapi kali ni je diorang angkut jual kat Seberang ni. If not, kena pegi pulau la. Tapi kan, kalu beli time warehouse sale yang bukan kat kedai dia betul-betul ni (main tumpang-tumpang venue lain ni), buleh tempah slipcover jugak ke? Aku cam was-was pulak. Takkan diorang nak bawak sample kain-kain untuk reupholster semua tu. Kepochi lagi.

Cakap tu kan macam la banyak sangat duit nak belanja kat sofa tu. Part kc ngan gril je dah makan 18k-19k dah.. Kipas lampu,deposit api air ngan wiring semua belum kira lagi. (the most important thing nak masuk umah baru siap). Pendek kata, nak naik umah baru skang kena ada 30k at least. Baru sedap-sedap nak hulur kaki situ sini. 
Archive picture.

Saturday, April 9, 2011

#647 Me Vs Ke Kelab Cinta Sayang

Bukan nama kelab dangdut tau! Sila Google.

Tadi pagi pegi Sungai Petani. Dah janji ngan besfren nak pegi ambik stok tablet haruan. Alang-alang dah kat situ besfren ajak lunch sana je. Nasik aje yang masak kat umah, lauk semua beli. Surirumah modern! Melepak dan melepek la kitorang kat sana. Encik Frodo, mula-mula masuk lagi dah menonong tuju cari koleksi keta miniature milik Abang Kacak. Maklum la depa baru pindah umah, ofkos encik Frodo pening lalat nak cari lokasi baru benda tu disimpan. Haha. Dah dapat tu, memang tertiarap sampai balik la dok gelek keta atas kapet, atas meja, atas sofa...

On the way nak balik memang kena lalu depan Fella Design Sungai Petani. OMG, banyaknya wing chair bawah kanopi!! Nak let go murah-murah la tu. Gigit jari. Selalu macam tu tau. Time duit tengah ketat, umah lambat lagi nak siap berlaku la godaan jahat camni. Bila aku dah ready, takdok la pulak. Semua pakat sorok sofa murah-murah macam tak nak kasi aku beli. Bencik!!!

Sampai Bandar Perda, singgah beli air. Mind you, mesin air Dr Sukida kat kondo ni dah berbulan-bulan rosak. Takde sape call report kot. Selalunya kalu coin penuh pun cepat je technician diorang datang betulkan. Skang ni, memang kena beli air kat Bandar Perda la. Sekali beli 3 botol besar terus.

Sesambil tunggu encik Jack isi botol tu, aku window shopping kat FOS yang baru bukak tu. Ingat nak tengok baju untuk semek tu. Gatal tangan nak membeli baju gegirl. Masuklah. Sesambil tu nak tengok kot-kot ada stok baru nak cari seluar kat encik Frodo. Ada. Levi's untuk 3 tahun. Macam padan ngan dia. Tapi bila orang nak suruh dia try, dia dok mengamuk ajak keluar. Nak pergi tengok orang pasang tayar motor kat kedai sebelah tu. Cheh. Time mommy daddy pemurah ni tak nak pulak. Aku pun jadi takde mood nak beli seluar tu kat dia. Terus keluar. 

Banyak gak jenama yang bagus-bagus kat situ. Sonoma, Baby Gap, Jumping Beans, Guess, Levi's, Osh Kosh etc. Rata-rata Rm20 sehelai. From newborn to school kids. Dulu masuk festaim banyak stok baju budak pompuan. Aku pegi tadi tak banyak pulak baju gegirl bawah setahun. Yang ada cuma untuk budak pompuan 4-6 tahun gitu. Baju budak laki malas pulak nak beli. Takde mood. Hehe.

So, on the way nak balik kondo tu nampak orang jual durian selori. Dia dah siap buat sebakul (sampah) sebakul. Nak kata jual pakai timbang, tak nampak pulak penimbang. Encik Jack dengan gentlemannya turun beli. Rupanya dalam bakul tu pakcik tu kata buah dah tak elok, nak let go RM10. Buah ketot-ketot. Dia suruh encik Jack try sebijik dulu. Kalu puas hati baru beli. Hoho.. So generous la pacik tu. Mula-mula kopek, terkena durian yang keras. Terus campak dalam tong sampah. Tak jual-jual pun. Camtu la bagus. Yang tak elok jangan dijual. Nanti pembeli rasa tertipu kan. Tadi encik Jack beli 4 biji, (aku rasa kena campur sekali yang dia testing kat lori tu tadi sebijik semua sekali 5 bijik la) RM20 yang terdiri dari pelbagai saiz dan warna. Aku suka isi putih, encik Jack suka isi kuning. Fair la semua warna ada. Balik makan kat umah sebab tak smayang Zuhur lagi. Isi memang elok, puas hati la beli. Thanks laling!! Aku sampai je kat umah, terus mencekik sebijik. Baru pegi smayang. Kehkeh. Baby sangat hepi. Nonstop bergendang gendut tali kecapi dalam perut aku. Ke panas ha?
Isi durian kopek siap2 taruk dalam fridge.

Oi cepat, sape nak beli pil haruan esok aku nak pegi pos. Ahad pejabat pos bukak? Bukak. Kat Kulim.
Encik Frodo siap buat main ala UNO Stacko pulak.

Wednesday, May 5, 2010

#394 Me Vs Eyeing The Upholstered Sofa

Jauh benar mood aku pergi kali ni. Entah ke mana menghilang. Betul-betul takde semangat. Hidup kebelakangan ni pun takde perkara menarik yang berlaku. Oh, sat lagi abang streamyx cakap nak mai. (tak menarik pun!) Nak bawak turun anakanda jalan-jalan pun rasa malas yang amat! Perlu mandi bunga ke aku ni?

Tiap-tiap hari mesti koya kan sesuatu. Kalu tak, memang rasa boring gile. 2,3 hari lepas dok koya pasal dapur. Arini koya pasal sofa pulak. Kalu duit memang sekepuk aku memang tak payah nak koya-koya. Pergi aje kat mana-mana kedai perabot yang berkenan di hati, main tunjuk, swap aje. Takde ke mana-mana produser rancangan realiti nak make over impian aku ni?? Rizalman, hellllppp!!!! (tamau eric dah)

Sehari dua nih dok study pasal sofa kat forum-forum. Study la apa komen orang-orang yang pernah pergi warehouse sale Fella Design. Kalu nak dapat design elok, aku kena serang awal time mula start sale tu lagi. Kalu lambat, tinggal yang huduh-huduh je la. Is it true depa caj for transportation? *cebik. Tak padan kita beli mahal-mahal, delivery pun nak berkira! 

Aku dok koya nak sofa style upholstered. Giler tak sedar diri! Haha. Nama pun koya. Aku takde la janji nak beli pesen ni. Semua depends on our tiny budget, availability, dan design yang ada tu jugak kan. Kang punya la koya tahap gaban, tengok-tengok yang tinggal untuk sale cuma design yang daratz-daratz aje. Huhu. Plan kontijensi mesti ada. 

Ciri-ciri yang mesti ada pada sofa idaman adalah:
  • accidental friendly-bukan kayu keras, bersegi atau berbucu tajam.
  • lembut dan empuk-mesti ada ciri-ciri nak tenggelam kalu duduk.
  • tahan lasak-tak mudah koyak, konyok, luntur warna etc
  • washable-kalu mudah kotor pun xpe, aku rela aje basuhkan.
  • cosy-selesa untuk duduk lepak tengok tv.
  • dust free- kalu jenis collect dust aku malas nak bela.

My like, ofkos la white or off-white sofa. Aku dah biasa pakai cadar off white tu, takde masalah pun. Kalu kotor, cuci ajo. Kalu buleh, sofa aku nak yang removable and washable slipcover. Aku baca kat forum depa cakap kalu beli sofa fella time sale tuh depa kasi free extra slipcover. Betul ke? Ke yang free tu kat warehouse sale kat HQ aje? Alahai best nya jadi orang KL.
My top favourite-white!
Nak mati aku dengki kat orang KL!



Oh ini macam, 30 riban pound sterling pun tak cukup nak pindah umah neh.. Daydreamer! Ahahaha.

Any suggestion?

Wednesday, July 22, 2009

#188 Me Vs Dream Uncoming True

Aku tak tahu stail ni dipanggil apa..tapi aku suka!

Cemburu pada empunya sofa...

Lilacs. Suka!

Flea Market.. Nape Mesia xde. Look at the white vintage furnish...

Aku mahu katil ini! Dengan bunga² sekali!

This garland is a real eye-catcher!

Love this table setting.. Dengan bunga² sekali. Spectacular color combo!

Aku mahu pagar umah aku ada bunga² camni.... Kanasai.. Mesti tak keluar rumah.

I want my gardens to be filled with hydrangeas...

My kitchen should look like this. Tapi aku xcukup rajin to mantain. Matilah!

Aku nak bakul ni. Wishlist sebelum mati.

Sofa yang ku idam. Tapi kami semua pengotor... Tapi aku nak jugak. Tapi no IKEA here.

Wakaka... Wishlist mengalahkan orang kaya²!!! Tak sedar diri tu tak keje. Celana kecik pun suami yang belikan. Ada hati nakkan bebenda yang almost impossible ini.... Bestnyer berangan.... Umah takde lagi. (malas nak citer pasal site tour kitorg ke Bertam Perdana baru ni, bikin akal mati. Lenkali citer)

*All images are copied from my fav blogs..