Dark Fellows

Showing posts with label memories. Show all posts
Showing posts with label memories. Show all posts

Friday, October 21, 2016

#1360 Me Vs Self Reflecting

SPOILER ALERT::::::THIS GONNA BE A LONG ENTRY.

Belanja gambar jate seksi sepukol! 

Bak kata 'ahli Parlimen Melor', kalu ada gambar tino comey kat mug, baru selera nak telan air... Kahkahkah mu ado?!
Okay. Aku baru lepas buat hal lagi minggu ni. Dah lama sangat tak buat hal kan. Let us blame the weather. Hujan-hujan ni takleh nak berhobi gardening. Nak membaja pun takde mood. Silap pulak pegi buat baja roti hujan-hujan ni. Baja dah ready, nak kena put on hold sampai cuaca kembali panas baru sedap-sedap merenjis. 
Series marathon days
Sesuai dengan cuaca yang mendung dan hujan tak berenti kekadang tu, memang kena benar la kalu nak buat hal. I've been occupied with some series.. Boring movie marathon, kita series marathon pulak. Drama Korea memang lama dah tak tengok. Last Descendants Of The Sun tu la. Pastu takde drama menarik dah nak tengok, which I kinda feeling grateful for that. Susah jugak kalu great drama keep coming up. Too much temptingssss to get rid of.
Sunday morning. I came down to see this.
After finishing 2 seasons of a quite good series, I did some self reflecting. It's a good tv series,  (siri tv ni tak tayang kat Malaysia ku tercinta) sampai berjaya mengetuk pintu hati aku. Nothing big, cuma buat aku terfikir balik what was I be like, 10 years ago? 20 years ago? And if it happens that we can turn back time, what would I do to change my destiny.
Here's some amendments that I could think of... I'd write them down. Owh, gambar atas ni tuan punya kaki sendiri yang tulis bukan aku ye.

If I can turn back time 1980s...
Aku tak nak mengelat baca quran. Masa kecik-kecik dulu our parents ada hire ustaz datang rumah ajar quran tapi kitorang menyorok time ustaz datang. Lastly, tak jadi hire ustaz tu. Tu lah, jiwa rock and roll sangat. Sampai ke tua tak pandai baca quran. Boleh la baca, tapi takde la lancar. Tiap kali kelas pendidikan Islam kat sekolah tak kira la sekolah rendah, sekolah menengah, kolej, memang kecut perut kalu ustaz/ustazah suruh baca... Kantoi hoi tak pandai mengaji. Rugi tu, tua-tua ni la baru rasa.

Lagi satu, kalu masa boleh diputar kembali aku tak nak duk umah pakai spender aje... Sampai ke tua kena bahan kat mak aku. Not fun ok. Jaman 80an tu ekon-ekon ni tak keren lagi. Panas-panas bukak baju terus je. Sampai mak aku kata spender tu uniform rumah aku. Kahkah. Okaylah tu kan... Kalu duk umah panas-panas tu takkan nak pakai baju Bolos pulak. (anybody ingat lagi rancangan Bolos????)

If I can turn back time early 1990s
Aku nak jadi anak yang baik, pelajar yang baik, anak sedara cum pelajar yang baik. Well, takde la bad ass sangat. Cuma aku malas belajar sket je. Malas-malas pun PMR bersepah jugak A aku. I'm not  that bad, cuma aku takleh nak commit kerajinan dalam Math. Arwah makcik aku cikgu Math kat sekolah aku, ngajar aku masa form 3. Sebenarnya dari darjah 6 lagi dia duk coaching Math aku. Free tutorial, ajaran terbaek tapi aku tetap tak bersyukur. Selalu nak mengelat. Dalam kelas kalu time arwah ngajar, dia lalu tepi aku selalu tanya aku, paham tak. Laju je la aku jawab paham. Saje coverline takut kawan kata nak manja-manja dengan mak sedara kat sekolah. I missed arwah... The most dedicated Math teacher on this universe. Sampai tahap kalu demam anak murid datang rumah nak tanya pasal Math, dan-dan jadi sihat. Masya Allah... May Allah grant her the greatest jannah.

If I can turn back time late 1990s
Walau aku tak suka duduk kat maktab, what choice did I have. Kat alma matter pun dah takde geng. Semua cream of the cream dah bawa haluan masing-masing ke boarding school lain. So, aku cuba bertahan di tempat yang aku tak fun demi muka-muka yang aku kenal. Ramai Zainab scorers yang dapat pegi Maktab. My arwah bff pun dapat situ jugak. Nawaitu dah jadi pegi kerana ikutan kawan-kawan. If can make things right, I want to make peace with the DS's food. Aku takleh nak kata kalu masa boleh diundur, aku nak belajar rajin-rajin... Sebabnya sampai sekarang pun aku tak tahu intipati fizik kimia bio Add Math... Semua takleh nak digest... Kihkihkih... Okaylah... I wish, I can study more obediently. Less play, work harder. 

Aku kenal Encik Jack masa kat Maktab. So, kalu masa diputar kembali, aku takleh kata aku tak nak bercinta zaman belajar. Sebab sampai bila-bila pun insya Allah aku tetap pilih dia. Dia aku tak tahu lah pulak kalu-kalu nak tukar aku dengan si cantik manis lain...

If I can turn back time early 2000s
More study, less drama.. Kahkahkah... Kidding. Bila banyak tengok US tv series, tengok drama Korea, banyak dipaparkan kehidupan pelajar kolej/universiti yang buat keje part time sambil belajar. In fact, ramai jugak kawan-kawan aku yang buat. Keje kat kedai makan, cyber cafe, stores, etc... Memang aku respek sama pelajar-pelajar yang mampu buat 2 keje dalam satu masa; belajar & keje.

Seumur hidup aku tak pernah kerja dan tak pernah rasa susah banting tulang untuk dapat duit. Pun begitu tidaklah bermakna aku lahir dalam dulang emas. Bila tak pernah tahu macam mana rasanya kerja dan dapat duit dari titik peluh sendiri ni kan, memang tak boleh nak komen apa-apa la. This always happen in my family. Kalu aku tak puas hati atas satu-satu isu pun, memang hukuman mandatorinya, adalah aku takleh komen apa-apa sebab aku takde experience pasal keje. Memang rasa rendah diri, jujur aku cakap. In fact, ramai yang aku kenal memang pandang rendah pada jobless person macam aku. It's okay, aku dah takde feel dah nak melatah sentap pun. Sampai satu tahap aku dah percaya itulah standard yang selayaknya untuk aku. Redha sudah la. Sape suruh malas belajar dulu.

Jika dikenang kembali... Zaman kolej aku lebih putih dari zaman uni. Kat kolej matrikulasi, aku lone ranger. Ada la kawan tapi takde yang betul-betul rapat. My new policy masa tu lah- tak nak rapat dengan sape-sape sebab matrik ni setahun setengah aje. Lepas tu akan berpisah entah ke mana-mana masing-masing. So, I kept my distance from others. Zaman kolej ni takde apa sangat yang aku kesalkan.. Sebab aku memang go by the book... Ikut peraturan gitu. Lagipun kat ceruk Bangi tu ada apa. Warta? Huuuuu...

Masuk uni, dapat pulak course yang aku tak mintak. In fact, suicidal course. Nak tukar course, tak boleh sebab kitorang ni batch lelong... Hadap je lah... Memang tak minat langsung lah... First sem aje dapat 3 pointer sebab semua subjek bahasa dengan TITAS. Score la. Second sem sampai habis tu malu la nak citer. Transcript aku paling panjang antara semua coursemate aku... Sebab aku extend sampai maximum semester-10! Kahkahkah... My uni time memang takde yang membanggakan. As a matter of fact, aku memang takde benda boleh cakap pasal uni life. Aku belajar sebab orang lain belajar.

Oh baru ingat, kalu boleh undur masa, aku tak nak terima tawaran 3rd intake USM tahun 2000. If I knew things happened to be this way, aku rela tunggu the next offer. Tak masuk sekali kawan-kawan batch aku pun takpe la. Tapi masa tu down giler dowh... Dah la matrik dapat bukan dalam list aku. Lepas matrik pun kena lelong lagi... Lelong sampai UMS siot... Kalu Malaysia ni sampai ke Timor Timor, agaknya sampai ke Sulu pun diorang lelong aku. Spelek sana sini dapatlah tukar ke USM. Unfortunately, there's a price I need to pay. I had to skip my MUET test.. Sebelum tu dah buat speaking test. Reading, Writing, test aku tak pergi sebab tarikh yang sama kena daftar diri kat USM. So aku dapat band apa? Jawapan: TIADA NILAI. Apa pun alasan, surat tunjuk sebab berkajang pun, memang tetap takleh nak ganti test tu. Kecuali repeat the whole test lah. Which is, memang tak la.

Aku duk pikir-pikir, dulu kalu lepas matrik tu aku turn down the offer and re-apply, apa agaknya jadi kat aku sekarang. Aku bukan nak apply course luar biasa luar kemampuan aku pun... Mintak cikgu pun kena reject apakah? Aku mintak course bahasa-bahasa pun reject jugak... Bagi jugak course core science yang memang aku tak master tu kat aku. Jilake betul.  Orang nak move on dari science subjek, yang tu jugak yang dia bagi. Dah cane aku nak excell? 

There's no use of crying over spilled milk. Aku redha dengan perancangan Allah untuk aku. Allah kata, Dia takkan ubah nasib sesuatu kaum kalau kaum tu sendiri tak berusaha untuk mengubahnya. In my case, aku lah yang tak berusaha. Aku lah yang mencorak jalan hidup aku. Now, here I am. Not as  great as other friends.. But I'll be okay in sya Allah.

Dulu masa aku kat uni, aku memang tak reti pun nak pegi mana-mana luar dari laluan bas. Aku tengok member-member aku, hujung minggu join trip round island lah... hiking bukit Jambul lah.. Jogging kat padang Minden lah... You know, have a fun life dengan kawan-kawan... Bukannya life aku sekarang tak fun... Fun cara orang dah beranak pinak ni lain. Fun cara orang bujang lain. Orang bujang ni less restriction. Nak pegi mana, berapa lama, sampai kul berapa, ikut suka. Tak perlu ambik kira faktor kesesuaian umur budak... Ngerti? Being a mom, a wife and housewife, setiap peranan tu ada bawa erti kebahagiaan kat aku, cuma kekadang, jejarang tetap takleh elak dari rasa rindu dengan kawan-kawan lama, memori lama. It happens.

If I can turn back time 2006
2006 adalah tahun aku lepas grad, bertunang dan kawin. Too much things happened in a year? Aku tak citer pasal duit yang habis lagi tuuu... Hahahaha... Okey, things yang aku nak fix mostly pasal majlis kawin aku la. Dulu masa muda mudi, tengah hotblooded.. Asyik nak ikut trend je.. Bila fikir balik banyak pembaziran yang aku dah buat. Kad kawin contohnya, aku tempah yang agak pricey... Sebab apa, sebab masa tu ada hamba Allah tu kata nak sponsor. Siap suruh aku pilih font gold lagi. (Font gold kena extra charge)... Nasib baik aku belasah font dakwat hitam bodo je... Last-last minute, hamba Allah tu tak sponsor ke atau dia bayar tapi tak sepenuhnya... Aku tak ingat the real picture, sorry. Menyesal gak la tapi nak buat cemana dah tempah mana boleh tak bayar. Kalu aku tahu hamba Allah tu nak buat hal, baik aku tempah kad yang 40 sen sekeping tu. Oh btw, masa aku kawin ada lagi kad 40 sen sekeping-yang ada perfume buat pening kepala tu LOL. Itu pasal kad kawin... Meh citer pasal baju pulek...

Bagi individu yang bersusuk tubuh yang sebegini unik seperti aku, mana mungkin dapat sewa baju di butik pengantin. Aku ada survey sebelum tu, ada tokei butik yang awal-awal lagi bagitau aku, sori takde saiz aku. Memang kena rijek mentah-mentah siot. Hancur hati bakal pengantin. Ada yang dengan konfidennya kata, oh takde hal, baju boleh alter ikut saiz aku. Base on what I've seen, their definition of 'alter' tu main sepit-sepit guna cloth pegs aje ok! Bukannya tetas balik baju tu and jahit kecilkan.. Kau ingat tokei butik banyak masa nak buat keje remeh macam ni time peak season kawin-kawin ni?

Hancur hati punya pasal, terpaksa la shopping lace kat kedai mahal... Tak silap aku RM200 lebih semeter... Lagi hancur hati remuk redam bila tailor kat butik pengantin jahit baju kawin aku tak macam yang aku nak. Masa measure fitting tu, bulan bintang dia janjikan aku. Dah la hari akad nikah baru siap baju. Beading separuh jalan tak sempat siap. Sakitnya hati!!!!! So, kalu masa boleh diundur, aku sewa aje lah baju kawin walau dia kepit kat belakang pakai sepit ketam pun. Takde la frust macam dirobek-robek ni. Or, I should rather say, kalu masa boleh diundur balik, aku nak kawin ikut cara Islam je. No this and that. Yang penting, akad nikah aje. Bab jemputan yang melimpah sekampung tu bukan salah aku. I personally did not want that. Tapi mak aku, paham-paham la.

And yes, kalu masa boleh undur balik, aku memang nak nikah koboi je. Yang penting sah. Bila baca kat fb ada pasangan muda yang kawin dengan bajet ciput tu, rasa jeles pulak. Nape aku tak buat camtu dulu? I think belah encik Jack pun takde kisahkan sangat pasal ni sebab masa aku kawin tu pun encik Jack tengah belajar lagi. Kitorang both side memang bukan pentingkan adat sangat. Cuma belah ayah aku la tak tahu cemana penerimaan diorang kalu aku kawin cincai ni.

Okay, rewind sikit lagi.. Tertinggal part bertunang.... Ermmm bertunang pun aku tak nak buat. All this thing buang duit je. Pulak tu bukan duit aku. Hahahahahaaa... Nampak tak betapa tak bermaruahnya tuan tanah ni. Nak bertunang tapi duit sendiri tak ada. Hoho... Tapi tetap nak bertunang. Bertunang tu mainstream time tu... Kesian mak aku, kena turutkan kehendak anak bongsu kedaung dia ni.. Bertunang la juga... Like I said, kalu masa boleh diputar kembali, I'll skip this part. And all parts yang menyusahkan mak aku. Insaf dah.

Okay. Habis pasal kawin.

Lagi satu yang aku nak sangat betulkan balik keadaan tahun 2006 ni... -nak ambik lesen keta. Kat Seri Iskandar tu, kawasan yang aku duk time tu tak banyak keta. Encik Jack ada offer nak ajar aku bawak keta area umah sewa time tu. Masa tu pakai Kancil lagi. Kira ngam lah buat belajar keta. Tapi aku tak nak. Masa tu takde anak lagi... Kira best moment lah kalu nak belajar. Tambah pulak tengah peringkat sayang-sayang level candy crush tu, kalu tercalar keta ada la lagi harapan nak balik umah dengan senyuman lagi. Now jangan harap lah weyy. Kereta=bini muda. Hadam. Kalu masa tu aku dah berjaya dapat lesen, agaknya sekarang ni after 10 tahun boleh dah kot bawak keta. Or at least ada la keberanian sikit-sikit tu... Huhu... Dah la tak keje, takde lesen keta, takleh drive... Mana la orang tak perlekeh.


To Be Continued. 

Tuesday, May 3, 2016

#1307 Me Vs The Nine-r Boy


3 Mei 2007
Hari ni Adam genap 9 tahun. Dah 9 tahun aku jadi mak orang... 9 tahun dulu, pada tarikh hari ni aku tak sempat pun tengok rupa anak aku... Tengok, tapi doktor tunjuk tang cuckoo bird dia, Nah awak dapat baby boy kata doktor Ramli... Lepas tu aku terus passed out... 

Kat dalam ward, cuma tengok rupa anak melalui henpon encik Jack... Henpon jaman tu belum versi HD lagi... Takat nampak rupa je lah.. Hari ke 3,4 lepas aku boleh bangun baru jumpa anak aku kat NICU... Itu pun tengok dan sentuh dia melalui lubang incubator tu. Belum boleh keluarkan dia dari incubator untuk aku dukung.. Lahir-lahir terus masukkan oksigen dalam tu... Paru-paru dia okey, tapi sebab dia IUGR baby, doktor tak nak stress kan his tiny body kot, Oksigen yang dibekalkan kat dia tu sekadar membantu supaya dia tak guna banyak sangat tenaga gitu la lebih kurang.
In his tenat days... see his swollen grip?
My tiny baby is a real fighter. He surpassed his 50-50 condition. Alhamdulillah... Baby inilah yang doktor kata dah buat yang terbaik dan tinggal doa, serahkan pada Tuhan yang menentukan. Baby ni lah yang survive dari outbreak kat NICU... Baby ni la yang dulunya gangrene dari siku ke hujung jari.. Baby ni lah yang gelembung kedua belah tangannya... Baby ni lah yang tenat dan bertarung nyawa untuk terus hidup... Baby ni lah yang diberi Tienam dua kali sehari... Tienam ni sejenis antibiotik dos tinggi, biasanya orang dewasa pun tak mampu bertahan. But this baby surpassed. Masya Allah... He's tiny, but he's strong.

Hari ni this baby dah 9 tahun. Boleh membaca, mengira dan menulis on his own pace. Tidaklah excel, tapi cukuplah untuk memuaskan hati aku. Apa-apa pun syukur tak terhingga diberikan nikmat menjaga dan mengasuh dia sampai ke hari ni. This full of flaws mommy is still coping on how to not turn into a bad ass mom. Semua flaws yang ada pada dia, datangnya dari this flawful mommy yang tak pandai nak ajar dia. Anggap saja begitu. 
Saje tak tanya dia nak hadiah apa. Kalu tanya pun dah tahu dah dia mesti nak kereta mainan je. Kebetulannya, pencil colors dia dengan Zaraa dah tinggal sikit je... Yang ada pun dah kontot. So, malam ni kita keluar cari pencil colors la sesambil birthday dinner kat luar.. Minggu depan Adam exam, Encik Jack janji dengan dia, kalu excel, daddy nak bagi hadiah, ikutlah nak apa. Hohoho... A week after that Zaraa pulak exam... Mati laaaa kena standby presiessss...
Malam ni birthday boy makan agak banyak... Satay dengan char koay teow habis licin. Zaraa tender perabis nasik impit cicah kuah kacang. Habis nasik impit, suruh suap char koay teow pulak.. Bagus anak-anak malam ni. Kalu tiap kali keluar makan bersungguh macam ni pasti daddy tak keberatan nak jjcm memana...
Balik rumah sudah semayang Isyak, Adam tido. Adik tak tido-tido hype la ada color pencils baru.. Tadi masa hantar dia sekolah, aku stay la kejap untuk bayar yuran. Sesambil tu tanya la cikgu dia cane dia sekarang kat kelas. Cikgu kata dia ok, cepat paham. Kira antara yang paling cepat boleh mengeja la.. Nombor pun kenal... Cuma cikgu kata kalu dia buat salah, kaler tak terang, cepat je la nak nangis... Dia jenis nak jadi orang first hantar... Cikgu siap 'sound' lagi.... suruh beli pencil kaler yang terang sikit,,, Beli yang brand elok sikit la... *dush!!!!! Kena setepek... Maklum la selama ni asyik beli kaler yang murah-murah je la... Sebab tahan 2 bulan je... Kalu tak hilang, kontot sebab selalu gorek... Rajin terlebih camtu la.... 
Dah malam ni beli color baru, balik rumah terus rasmi la derrr.... Memang nampak la beza guna kaler branded dengan kaler murahan...Mati la naaaaaaaaakkkk 2 bulan sekali nak kena beli baru.. Pensil tulis tu pun beli sekotak hari-hari nampak dia ambik isi dalam pencil case... Hari-hari hilang hadoyaiii tu pun ada hati nak mintak daddy dia beli pensil kaler 24, 36 batang... Pensil seketul pun hari-hari hilang.

Saje je aku publish sehari lewat... Nak tau makcik pakcik nenek Adam ingat tak birthday dia.... Emmmm tak kot... Hahahaha semua orang tengah overexcited nak pegi Tioman... Semua lupa birthday dia... Kalu aku publish kelmarin, sure diorang dah wish dah...

So, happy birthday Adam.. Although I'm still struggling to be a good mommy to you, but I love you mucho, to the moon and back! 

Sunday, November 23, 2014

#1160 Me Vs Pt.1 The Thousands of Miles Journey Began

Kitorang bertolak kelmarin lagi. Tumpang tido umah kakak ipar di Rawang. Flight suppose kul 4 lebih tapi takpe la... Tak nak ambik risiko if anything mishap occurs. Boleh je kalu nak bertolak ke KL pepagi buta hari ni. Memang sempat je sampai. Tapi tu lah... Kita tak tahu what might happen. Kalu tayar pancit ke... Enjin rosak ke or anything worse (nauzubillah) cemana? So, it's always tak rugi pegi awal.
Kecut perut weh masa nak finalized packing. Takut sangat-sangat ada yang mustahak tertinggal. Hopefully semua dah masuk lah. The kids were super excited. Sebab nak pegi umah sepupu diorang kan. Disebabkan itinerary aku bertambah agenda tumpang tido umah kakak ipar, makanya aku asingkan siap-siap pakaian yang nak dipakai dan disalin kat umah kakak ipar tu dalam beg lain. Tak payah bukak tutup luggage yang nak jalan jauh tu. Silap haribulan, ada items yang tercicir... Huhu... Banyak la pakaian yang nak kena basuh bila percutian berakhir ni... Standard la kan.

Kul 8 lebih after dijamu breakfast oleh tuan rumah, kitorang terus gerak ke Kajang umah mertua BIL aku. Nak park keta kat situ. From there, biras aku hantar ke epot pakai keta BIL. Tengkiu Mrs Aida... Jasamu kukenang.. Sampai epot kul 10 lebih lagi. Saje pegi awal... Lagipun tour guide dah pesan, suruh pegi awal. Unfortunately, bila dah sampai epot tour guide call kata dia terpengsan dan paling awal buleh sampai kul 1. Sebab dia nak pegi money changer dulu. Kesian Boss IBM, sampai ke saat terakhir dia tak rest. Demi menjayakan percutian keluarga kitorang.

Satu tips nak bagi kat korang yang berniat nak bercuti ke China, tukar duit awal-awal. Nak-nak kalu pegi time cuti sekolah. Most of money changer yang kitorang terjah semua habis duit Yuan. Kemain kan rakyat kita nak shopping kat sana. Puan Menteri nak tukar kat KB, duit habis, rate tak best. Hmmm... Masalah jugak kalu tukar awal-awal tak selamat pulak rasa....
Umpan dengan pretzel Aunty Anne's nak suruh duk diam.
Since kitorang yang terawal sampai, makanya kitorang pun pusing-pusinglah dulu dalam KLIA2 yang baru moseh-moseh ni. Nak masuk Jaya Grocer cari Bubur Instant tapi encik Jack suruh tunggu yang lain-lain sampai dulu. Puan Menteri sampai dengan flight dari KB kul 11.25.... Lama benar nak tunggu beg. Nik Pareh sejurus lepas tu. Dia and family by cab from hotel somewhere 12km away from airport. Dia pun sampai kelmarin lagi and terpaksa tido kat hotel. Ikutkan tiket asal, dia sampai tengahari ni by Malindo tapi Malindo dah inform awal-awal flight dia delay. So, terpaksa awalkan sehari untuk sempatkan naik flight ke China. Menyusahkan sungguh. Tour guide dah pesan tadi suruh kitorang makan dulu takyah tunggu dia. So, kul 12 elok sangatlah perut dah berkeroncong. Kitorang makan kat foodcourt je... Aku dah start rasa tercekik dah. Perut lapar tapi tekak dah takleh nak telan. Anticipated barangkali. Berdebar-debar ada. Takut ada. Tak konfiden boleh sampai sana pun ada. Macam-macam la rojak perasaan ini. Jakun giler nak jalan jauh ni.
Kul 1 lebih Boss IBM tiba terus pegi drop luggage and masuk waiting area. Oh terkilannya tak sempat nak beli bubur instant. Semua ala-ala malas masuk Jaya Grocer. So mokcik pun abaikan aje la.. Dengan harapan dan doa agar selera makan aku sepanjang kat sana ok-ok aje. Setel pemeriksaan emigresen, terus masuk pegi solat and toilet. Ambik feel dalam toilet sampai puas. This might be my last moment pakai jamban bercebok sebelum take off sebentar lagi... Huhu... Sentimental siot.
Tak dapat jugak naik pesawat Taylor Swift.
Dapat Gate 4. Takde la jauh sangat nak menapak. Kitorang duk je situ sampai kapal terbang tiba. Nik Pareh and clan macam biasa la wajib membeli-belah apa sahaja yang boleh ke saat terakhir.
Akhirnya...... Saat yang dinanti-nantikan tiba.... Neves giler weh! Macam besar gila la kejadian nak pegi China ni.
Budak kecik ni masuk kenderaan apa-apa pun semua mudah bosan.
Hari ni yang melayan penumpang kebanyakkannya steward. Hensem-hensem blaka. Aku duk seat belah aisle. Tiap kali diorang lalu lalang sebelah aku, wangi betul! Dah la hensem, bau pun sedap. Bagus, bagus. Takde la stress mokcik dengan bauan yang bisa membuat aku kancing gigi sorang-sorang.
Muka pucat apakah?
Alhamdulillah anak-anak aku sangat behave (minus mulut bising kekaguman masa nak take off). Zaraa tido most of the time. Letih agaknya duk pusing-pusing dalam KLIA2 tadi sementara tunggu ahlil rombongan yang lain tiba. Dah la bangun awal pagi tadi. Eloklah tido tu wahai anak. We adults are super tired already. Adam je segar bugar sepanjang fly... Dekat nak sampai je baru dia terlelap.
The first timer flying.
Meal dalam flight ni kitorang dah prebook seminggu sebelum. Boss IBM cakap menu sedap-sedap kalu tak prebook, sure habis dalam flight. Diorang akan bagi priority pada yang prebook dulu. So, to play safe kitorang booking je la awal-awal. Pening jugak aku nak pikir awal-awal sangat tu. Disebabkan aku dah jangka dari awal aku akan dilanda gastrik masa nak fly due to stress and fatigue, makanya aku order nasi ayam je la. Encik Jack order Beriyani. Lepas makan nasi ayam tu mula la rasa macam-macam bila sendawa asyik bau halia dalam nasik ayam tu je. Muak. Dah la nasik kosong tanpa sup (memang dah tahu awal-awal). Ikutkan memang lapar tapi makan tetap rasa tak kenyang. Paksa la jugak makan, kalu tak perut sure lagi worse...
Mine...
Kakak ipar punya... roasted chicken
Minggu lepas masa order tu kalu ikutkan hati memang teringin nak makan yang bukan nasi. Tapi mengingatkan aku akan gastrik dan nak pegi China tak jumpa nasik dah (memang la kat China depa makan nasik jugak tapi beras diorang lain) terpaksa lah order nasik jugak dalam flight. Lalu makan atau tak, tawakkal aje lah.. Sebelum pegi tu selalu doa banyak-banyak agar dipermudahkan selera makan... In Sya Allah, Allah permudahkan... Lepas makan, aku pejam mata and paksa diri untuk tido walaupun tak mengantuk. Aku memang payah tido dalam kenderaan. Dalam perut ni Tuhan je tahu geloranya. Loya, nak termuntah semua ada. Panik jugak. Nasib baik ada plastik spare just in case Adam nak muntah masa take off tu. Adam ok je aku tengok. Aku pulak yang troublesome.

Alhamdulillah... Selamat touch down kul 8 lebih malam waktu Shenzhen. Sama je ngan waktu Malaysia. Tak payah pusing jarum jam. Kat Shenzhen skang masuk musim sejuk. Siangnya singkat, malamnya panjang. Minggu lepas masa save jadual solat Shenzhen, Guangzhou, Zhuhai and Macau tu rasa geli hati pulak bila tengok maghrib kat sana kul 5 lebih... Kul 6 lebih dah Isyak. Wakakakakakakaka.... Sape nak ganti posa, sila pegi sana.

Alhamdulillah, emigresen check went smooth. Walau beratur berlingkar-lingkar tapi service dia cepat. Tak perlu scan-scan thumb print bagai. Berdiri je depan kaunter tu dia dah ada mesin imbas muka. Lepas claim luggage, terus kucar-kacir cari toilet.... Bermula la episod masuk toilet takde cebok ni. Masing-masing kejakunan. Termasuklah aku. Banyak betul aku habiskan tisu gulung dalam toilet tu. Padan muka. Sape suruh takde cebok.
Electronic library... Tapi semua buku in Chinese, sadly.
Suasana kat epot Bao'an tu sangat-sangat lengang. Agaknya kat sana tu 8pm time winter memang dah macam kul 11 malam kat Malaysia. Kitorang cari port nak duduk-duduk sementara Boss IBM pegi cari taxi counter. Tetiba datang sorang pompuan Cina tanya "Tessi? Tessi?" Teksi la tu. Takleh ke sebut betul-betul. (selaku student yang pernah ambik kelas english pronunciation skill, memang pantang sikit telinga aku dengar orang sebut english word salah hahahaha) Mula-mula kitorang cakap tak nak sebab takut teksi haram ke apa. Pastu pikir-pikir balik Boss IBM cakap cari teksi kaunter pun tak jumpa-jumpa.... Ambik je la teksi dengan pompuan tu. Terus pompuan tu bawak kitorang turun ke basement park. Kat situ MPV telah sedia menanti. Boss IBM tunjuk address hotel (written in Chinese characters) kat driver. Kat China ni kalu nak pegi mana-mana, kalu nak tanya orang or driver, kena print/ tulis siap-siap dalam bahasa Cina. Diorang ni mostly tulisan rumi pun tak tahu baca.  So, senang la sikit keje kat sini. Start la kitorang cakap ayam itik. Punya la kompiden dia cakap Cina ngan kitorang macamlah kitorang paham sebijik-sebijik apa dia cakap. Boss IBM balas cakap Kelantan. Nampak macam friendly driver ni... Banyak dia cakap dengan riak muka yang happy bercerita itu ini... Tapi tu lah... Manalah kitorang paham.
Gagah perkasa amoi tu angkut luggage susun satu-satu dalam bonet MPV.
Perjalanan dari epot tadi ke hotel kat area Dongmen ambik masa dekat sejam. Boss IBM dah study siap-siap beforehand, setiap transport yang diambil tu ambik masa berapa lama and berapa estimated fare. So, takde la kena tipu nanti. The reason kitorang ambik MPV ni sebab senang angkut barang dengan semua 10-10 ahlil rombongan sekaligus. Takde la risau terpisah teksi tersesat ke apa. Kat sini kitorang tak ambik apa-apa pakej simkad. Sebab kat sini kena register dulu kot. So, back to basic. Life without handphones! Cuma Boss IBM dengan Puan Menteri aje yang roaming. Handphone orang lain tak.

Dalam perjalanan nak ke hotel, penat memang penat tapi rasa sayang nak lelap sebab nak abadikan semua pemandangan dalam ingatan. Konfem tak ingat. Tapi tengok je la. Kat China ni segala-galanya oversize. Jalan besar-besar. Keta besar-besar (saner drive belah kiri), bangunan besar-besar....

10.50 malam kitorang selamat tiba betul-betul depan lobi hotel. Boss IBM pilih ZTL Hotel di Dongmen sebab turun dari hotel tu jalan kaki satu blok je ke subway, ke famous shopping street, ke restoran halal... Alhamdulillah Allah temukan hotel ini kepada kami. Sungguh convenient sekali. I would recommend this hotel to anyone coming here. 

Bersambung ke entry berikutnya..... Panjang lagi citer ni...

Thursday, January 2, 2014

#1084 Me Vs The Real Life Begins At 7

Assalamualaikum!

Hoho lamanya Blog Diva tak update blog kan. Rindunya kat kawan-kawan blogger lain. Update la jugak weh. Jangan update jual barang aje. Boring mak bukak tau. 

Hari ni first day Adam dalam kelas. Ahad baru ni pendaftaran aje. Suppose hari ni ada ujian penilaian lah untuk tentukan dia entitle dengan kelas mana. Penat mak stres tau nak mempersiapkan anak bujang aku ni bagi menghadapi test dia. Tiap-tiap hari buat latihan matematik kat umah.  Tapi dia macam tu jugak lah. What to do. Sebelum ni aku ingat nak rilek je. Alah... Baru darjah 1. Nak stres apa. Tak nak bebankan dia dengan macam-macam expectations. Tapi tetap jugak takleh lari dari nak expect macam-macam dari dia. 

Kesian budak-budak zaman skang ni. Macam-macam program, macam-macam aktiviti, macam-macam test nak kena buat. Kita dulu-dulu rilek je. Masuk darjah 1 belum reti baca sepatah pun. Matematik kira tambah tolak apatah lagi. Tapi anak-anak kita skang ni dah advance. Masuk darjah 1 serba serbi dah tahu. Alhamdulillah... 

Menjelang nak bukak sekolah ni aku agak melodrama sikit lah. Sama macam masa Adam nak start masuk tadika 2 tahun dulu la. Tapi lebih impact melo sikit lah kali ni. Macam-macam perasaan lah susah nak citer. Mungkin orang lain, lain rasanya. Aku? Hmmmm... Sayu rasa. Ofkos lah hepi and teruja tu ada. Tapi sayu tu lain macam sikit. Ye lah, kali ni dah masuk sekolah betul. Dulu tadika main-main aje. Kalu encik Jack outstation, tanpa ragu-ragu je kitorang suruh dia ponteng kelas. (oh dia lagi suka!) Now dah takleh suka-suki tuang kelas dah. Lepas ni dah kena ambik lesen dah. Sobs... Terpaksa lah jugak ambik. Aku rasa itu major part yang paling sayu tuh. Kena letak jawatan jadi penumpang dah pasni. Hoho... Banyak sangatlah revolusi yang terpaksa aku lalui dengan bermulanya Adam masuk sekolah ni.

Pendek kata, my real life as a mom begins when he is 7. Orang lain rilek je kan anak masuk sekolah. Aku je yang kecoh. Blog Diva memang paranoid dengan benda kecik-kecik camni. Biasalah. Bukan Adam aje yang perlukan masa untuk terima hakikat dia kena masuk sekolah. Mak dia pun sama la. Rasa tak bersedia je nak lepaskan dia masuk sekolah. Cepatnya masa berlalu kan. Rasa macam hari-hari kat kondo tu baru aje berlalu. Pagi-pagi turun buang sampah sambil beli air sambil bawak dia jalan-jalan main kat playground. Hoho... Sedar tak sedar dah 3 tahun pun berlalu... Dok umah ni pun dah 2 tahun. Pejam celik pejam celik je kan....

Orang lain persiapan back to school awal-awal dah beli. Kitorang ni berapa hari nak bukak sekolah baru la kelam kabut nak membeli itu ini. Tak feel la beli awal-awal konon. Lagipun hero manja aku ni tiap kali sebut pasal back to school je, nanges. Cakap pasal sekolah, nanges. Ajak beli barang sekolah, nanges. Suruh buat matematik, nanges. Suruh baca iqraa, nanges. Semua nanges. Macam mana tak melo mak dia. Bila dengar dia cakap dia tak nak sekolah, oh my..... I did said the same thing to Puan Menteri when I was at his age. Boy, he took after me so much. Ngggeeeee... Teruk kan Blog Diva. Darjah 1 dah berani-berani mintak dengan Puan Menteri nak berenti sekolah. Kahkahkah... True blue story ni weh. So, bila dengar dia kata dia tak nak sekolah tu aku rasa simpati la kat dia. Sebab aku sendiri pun dulu rasa camtu jugak. Sobs. Anak dengan mak sama je tak minat sekolah. Apa lah. 

Tadi kitorang tunggu dia sekejap aje sebab cikgu tak kasi parents tunggu tepi kelas. Nak tinggal terus tu takut dia tak pandai nak beli kat kantin pulak. So, sementara tunggu waktu rehat kul 9.10pagi tu, kitorang pegi bekfes kat mamak dulu. Lepas bekfes pegi sekolah Adam semula. Kitorang join parents lain tunggu kat kantin.. Sambil-sambil tu aku mengusya la apa santapan kat kantin. Haiyooo... Semua makanan berpinggan je. Bad news. My pretty boy ni mana la makan nasik-nasik mi kuey teow bihun segala. Nak siapkan bekal dia berkeras tak nak. Mak-mak lain siap tunggu dengan bekal masing-masing. Mostly bekalkan nasik gorenglah yang aku nampak. Dan masa rehat tu, anak-anak orang lain melantak macam tak hengat. Culture shock pulak aku yang memerhati. Bila la buleh tengok anak aku macam tu makannya.

Lepas masa rehat, kitorang blah. Nak tunggu pun no point sebab takleh tengok dia jugak. Sebelum kitorang balik tu, dah pesan banyak-banyak kali nanti balik karang suruh dia tunggu kat pondok guard, jangan keluar. Unfortunately, masa encik Jack nak jemput dia tu, pegi dah awal dah. Tapi diorang keluar serentak. Mana la nak nampak mana satu. Nyaris-nyaris nak ikut budak lain keluar pagar. Haisyh..... Tadi dah pesan. Benda macam ni la tak best dengan budak ni. 

Cukuplah tu cerita. Tak biasa pulak rasa menaip panjang-panjang. Ececeh... Dah lama kan tak mengarang kat keyboard maujud ni...


Saturday, November 9, 2013

Wednesday, July 17, 2013

#1049 Me Vs My Childhood Ramadan

Kat fesbuk ramai antara kawan-kawan aku update status ucap tahniah dan bangga sebab ada anak-anak kecil diorang berjaya puasa penuh sehari. Macam mana nak citer ye.... Aku memang kagum dengan parents yang mampu didik anak-anak kecil berpuasa. Dalam kagum-kagum buat aku tertanya pada diri sendiri, turn aku bila lagi? 

Adam dah 6 tahun. Since dia ada masalah pemakanan sejak kecik lagi, aku kira aku tak nak la terlalu memaksa dia untuk try posa. Dia pun tak tahu posa tu apa. Well, I heard him saying cikgu kata posa tu menahan diri dari makan dan minum bla bla bla... Tapi dia tak paham pun makna sebenarnya posa tu. I'm pretty sure about that. Bukan aku tak explain, tapi dari penerimaan dia aku buleh tahu dia memang zero lagi pasal ni. Dia tak boleh ikut arahan lagi pun. Kalu suap ubat batuk misalnya, aku pesan minum air dulu sebab lepas makan ubat dah takleh bilas dengan air dah. Lepas suap tu aku pesan lagi, jangan minum air dah. Aku paling bontot sekejap je tengok-tengok dia dok minum air. Huhu. Paham tak masalahnya kat sini.

Boleh je nak paksa dia posa. Tapi kat skolah dia makan minum jugak belakang aku. Apa guna. Dia masih belum boleh digest apa yang kita cakap. Risau jugak tu tahun depan dah masuk sekolah. Adam, Adam... Slow-slow lah ye...

Satu perkara buat aku menahan diri dari suruh dia try posa adalah sebab he reminds me of my childhood Ramadan. Aku dulu pun kecik-kecik fussy eater jugak. Darjah 4 first time aku posa penuh sehari. Selebihnya dok posa setengah hari aje. Darjah 5 baru la start semayang cukup 5 waktu sehari dengan posa penuh sebulan. Sebelum tu memang tak buat la. Hi hi. Not something to be proud of. 

Dengan tubuh aku yang maintain kurus sejak azali, posa zaman kecik aku dulu  memang perit la. Nak menghabiskan sehari tu rasa macam setahun lamanya. Umah sewa pulak panas. Posa dengan tak cukup air dengan panas umah memang garing la aku. Petang hari memang terjelepek la atas sofa sambil isap ibu jari sebab lapar giler. (eh batal ke) Kahkahkah... True story ni weh. Petang Puan Menteri akan bawak aku pegi beli lauk dan kuih muih untuk bukak posa kasi up semangat sket. Bila tengok buah tanjung dengan netbat sira, cargas la sikit kononnya. 

Dalam fesbuk sorang ustaz cakap, parents dok pentingkan nak suruh anak start posa umur 7 tahun tapi smayang tak strict pulak. Lebih kurang la ayatnya. Sedangkan Nabi suruh kita pukul anak kalu tak smayang umur 7 tahun. Smayang tu yang pentingnya. Sebab bila start smayang, akan otomatik akan posa dan lain-lain rukun Islam. Moralnya, hehe takpe la kot anak aku tak posa lagi. Kihkihkih. Saje sedapkan hati. Sekolah rendah skang kantin tak bukak ke time bulan posa? Zaman aku dulu bukak je. Aku makan je tanpa malu-malu ;p So, kalu kantin sekolah zaman skang ni bukak, ok lah tu. Kalu tak bukak, lagi ok. Sebab buleh la paham dan start posa. Alang-alang pegi sekolah lapar jugak dah kantin tak bukak kan ;p Baik posa terus.

Skang ni slow-slow dok ajak Adam smayang. Sebab tahun depan kan dah 7 tahun. Tak nak la jadi macam aku ni jahil umur 11 tahun baru smayang cukup 5 waktu. Nasib baik aku time tu tak cukup umur lagi. Ofkos la dia mana minat skang. Tapi nak buat macam mana, kena la tarbiah slow-slow jugak. Kalu suruh dia smayang kat sebelah ikut kita smayang, dia ikut lah sesaat dua. Lepas tu melompat entah kemana-mana. Pengertian dia takde lagi sebab tu dia tak serius. Haih, parenting is not an easy thing I tell you. Lepas ni kalu ada rezeki beli mini ipad or tabby kat dia, nak install semua game or software pasal Islamic education aje. Padan muka. No more cars. 

Kepada fesyenista yang baca entri ni, buleh bagitau aku tak apa beza antara kurung riau, kurung pahang dengan kurung pesak gantung? Ke sama? MIL bagi kain untuk jahit dan pakai ke wedding BIL tahun depan. I'm thinking of baju kurung pahang. Bila google image untuk ketiga-tiga fesyen yang aku sebutkan tadi, semua nampak sama pada mata aku. So, anybody care to tell me what's the different?

Mem Besar sudah kasi kain, aku tak letak kat taylor pun lagi. Lepas raya ni la kasi. Aku pun tak bulat hati lagi nak pilih fesyen apa. Maklum lah body seksa giler skang ni. Peplum memplum takde dalam list. Lagipun menjolok mata sangat menutup auratnya... (dalam tu makna) 

Assalamualaikum, pyong!


Tuesday, June 18, 2013

#1034 Me Vs Another Tiny Baby

Aku tengah resah gelisah ni. Puan Menteri call kata bini Nik Pareh kena transfer ke Hospital Kuantan dari Mersing tu. Heartbeat baby tak stabil. She's on the way there by bus. SIL aku skang baru 34 weeks. Balik KB baru ni ada bleeding tapi pegi klinik scan pakar kata semua ok.

Haisy... Tak senang hati aku kat rumah ni. Macam aku pulak yang nak beranak! Maklum la kan, aku pernah lalui pengalaman tak best macam tu dulu. Haih, sangat, sangat, sangat tak senang duduk. Nasib baik menu nak masak dah pikir sebelum Puan Menteri call lagi. Itu pun masak sambil kepala dok berpikir ligat pasal bakal anak sedara baru ni.

Updated***** Nik Pareh sms kata dah sampai Hospital Kuantan, SIL dah kena masuk labour room, kena operate jugak hari ni sebab heartbeat baby unstable lagi. Omo! I'm gonna be Cik Su again today?! Omo omo omo!! Seronok tapi risau. Coz the time is too early for the baby to come out. Hello to another prem, IUGR baby!!! Hopefully everything will be smooth sailing. Amin. Tolong doakan ye semua!

Updated***** Baby dah keluar. Tatau apa perkembangan lagi. Tengok gambar inkubator aje. Oh sangat sama journey baby XX ni dengan masa Adam baru lahir dulu. Keluar je, nurse rub-rub dengan towel, then terus buh dalam inkubator pasang wayar itu ini, terus kejarkan ke NICU. Oh hopefully my tiny new niece ni okaylah. Cik Su prayed for you, lil niece! Apakah nama tatau lagi bapak dia pun tak pikir lagi sebab shocking sangat kan decision nak kena kerat hari ni. Alhamdulillah.... Family Puan Menteri dah bertambah sorang lagi hari ni. A tiny baby girl with weight only 1.3kg. Wait, 50gram lagi berat daripada Adam?! 

Mana gambar baby girl Nik Pareh ni. Hopefully NICU Hospital Kuantan allowed la parents ambik gambar. Looking forward to see you lil one! Bestnya Puan Menteri sampai Kuantan petang ni dah boleh tengok cucu.   Encik Jack kata nak turun Kontan tengok anak sedara baru. Your Ayah Su is more excited to meet you dear darling niece! 

Oh cepatlah update gambar and news wahai Nik Pareh ayah mithali. Wonder how's Alicia's reaction when she sees her lil sis. You're a big sis now Alicia. Cannot kupik-kupik anymore. ;p

1.3kg... Harap baby cepat-cepat grow dan cukup kilo untuk bawak balik rumah Tokki ;p Harap tak lama la dalam inkubator dan NICU. Harap both mom and baby can room in together so that mom can breastfeed and baby can grow rapidly. And more kanggaroo care cuddles. And more mom and baby bonding. Cepat besar cepat boleh pakai baju ;p (teringat pulak Adam dulu first day Adam pakai baju sampai takat lutut tu arwah Tokki tak senang duduk terus ajak MIL datang KB tengok. Tengok Adam pakai baju- after 40 days old) What a bittersweet memory.

I missed 1 Nilam, HUSM.

Kitorang semua selsema. Owh macam mana mau tengok premature baby macam ni? Cepat sembuh semua orang. A lot of honey is needed. We'll see you this weekend, lil one!

Tuesday, May 14, 2013

#1020 Me Vs Makanan Trivia

Pernah tengok 2 makanan kat atas? Aku rasa 2 benda ni dah masuk kategori makanan 80-90an. Durian belanda tu aku beli kat pasar baru ni. Tengok ajumma-ajumma pakat kerumun, aku pun join la sekali. Masa beli tu buah ni fresh lagi. And under ripe. Keras lagi. Pacik yang jual ni pesan suruh peram dulu 2-3 hari baru buleh makan. Masa dok pilih-pilih tak tahu pun berapa harga sekilo. Tengok umi-umi lain macam masuk antu pakat beli, aku rasa tak nak ketinggalan la kena beli jugak. Sekali nak bayar, lepas timbang pacik tu bilang sembilan ringgit! Wohoho. Lain kali letak la tag harga sekilo pacik oi. Takde la sawan orang nak membayarnya. Eleh, aku punya tak grand. Yang macik sebelum aku tu kena doblas ringgit. Pasal dia ambik 2 bijik.

Dah terlanjur memilih tu, bayar je la. Takkan terkejut kat harga sampai tak jadi nak beli. Hoho mahal benar buah ni skang ye. Kat umah agam aku kat Wakaf Stan dulu ada tanam pokok durian belanda. Sempat la makan hasil. Dulu nak makan apa semua pokok ada keliling rumah. Mangga epal, cempedak, duku langsat, ciku, pisang, rambutan, jambu air, jambu batu, ubi kayu... Semua tak payah beli. Bila berbuah, kutip makan je. Sampai tak habis nak makan kena bagi kat orang. Indahnya kalu umah ada laman macam tu. Kat Penang ni mana ada tanah. Tanam pandan boleh la. Aku ada tengok Cina perumahan sebelah tu tanam durian belanda kat area taman permainan. Kalu nasib baik MPSP tak usik la. Kalu nasib tak baik, awal-awal lagi kena tebas. Kalu dah besar pun, by the time nak kutip hasil, tengok-tengok tinggal tangkai aje. Be it squirrel or human, semua pun bikin panas hati je kan. Susah payah tanam, bila masa dah boleh makan tengok-tengok buah hilang. Huhu. Tu yang aku malas nak gamble tanam kat playground.

Dah banyak kali sebenarnya aku dok usya durian belanda kat pasar. Kekadang lalu time banyak benda berat nak kena bimbit, payah pulak nak seluk poket ambik duit. Berlalu. Kekadang time takde benda nak bimbit pun, tengok takde orang lain beli. Malu pulak nak beli sorang-sorang (ada jugak sisi aneh aku macam ni).

Aiskrim panjang tu pulak, masa aku darjah 2-3 gitu, aku dengan Nik Pareh ada buat bisnes jual eskrim ni. Untung gila sampai buleh beli reket badminton titanium 2 bijik. Zaman Rasyid Sidek tak boleh blah time tu. Kitorang hepi la ofkos. Yang tak hepinya Puan Menteri la. Sebab modal dia yang keluar. Untung dapat kat kitorang tak tolak-tolak pun modal. Hahaha.. Pulak tu kalu eskrim milo, buh milo macam nak buat untuk makan sendiri. Pekat dan kaw-kaw lah. Jual 20 sen je. Hahahaha.... Tapi Puan Menteri tak komplen pun. Demi nak menggalakkan anak-anak berkecimpung dalam bidang keusahawanan kononnya. Puan Menteri memang macam tu. Sokong je apa pun yang anak-anak minat. Walaupun memakan diri dia sendiri. Wakakakakakakakakaka.... Sporting kan tu.

Saje je la pegi Tesco baru ni tertengok plastik eskrim ni. Adam skang tak nak minum susu coklat kotak yang kitorang beli. Dalam usaha nak mempromosi susu tu kasi habis cepat, aku buh la dalam plastik eskrim ni buat eskrim. Oh makan tak hengat pulak dia. Padahal benda sama je. Rupa je lain. Terpedaya terus. (oh sedapnya kalu buh bubur pulat hitam dalam tu ala eskrim potong yumyum)

Oh Adam order nak makan fries le pulak. Budak ni makan banyak tapi kurus kering.

Friday, March 15, 2013

#1004 Me Vs Radio

Assalamualaikum!

Online kat tepi sliding di pagi hari sambil menikmati matahari terbit. Konon kat luar sliding ni macam ada garden menghijau lah sangat kan. Hihi. I love having this me time pagi-pagi masa Zaraa tak bangun lagi. Ye lah, tadi dah kemas rumah, sapu lantai, cuci pinggan, unload kain nak jemur, rilek la kejap sambil tunggu Zaraa bangun aku online la kejap. Nanti dia bangun japlagi buleh la jemur kain. Kalu aku jemur skang, dia takleh main kat luar pulak lepas bangun ni. 2 in 1 la kan. Kesian jugak budak ni asyik kena kurung je.

Sambil-sambil menaip dengar radio kat astro. Era, Mix, Hitz. Teringat kat zaman aku belajar dulu. Kalu time PMR dulu aku stay up sambil dengar Radio Muzik (suka dengar Pilihan Bersama). Kat Kelantan masa tu Era Mix Hitz semua tak sampai lagi. Channel basic-basic je la.

Bila aku masuk Matrikulasi kat Bangi, baru la kenal radio macam-macam nama. Aku ni jenis tak keluar sangat. Basikal ada pun, kalu hari yang ada pasar malam, aku pinjamkan aje basikal aku kat sape-sape yang nak pinjam. Kirim je nak makan, nak beli apa kat diorang. Let them do the hard works for me. Haha. Nak mampos kat Bangi dari kolej Desasiswa Raja Nong Chik nak menyampai ke pasar malam Bangi tu berapa bukit nak kena redah. Sayangi lemak anda. Baik aku dok diam-diam dalam bilik tunggu order sampai. (diva!) Hujung minggu pun mana keluar sangat. Bas Bombay Omnibus tu bukan ikut jadual. Time dia nak lalu, lalu lah. Buat apa berpeluh ketiak semata-mata nak berhura-hurei kat Kajang je pun. Keluar la jugak, tapi tak selalu. Basically aku dok je kat bilik dengar radio, tido or tengok tv kat bilik tv together-gether dengan bebudak Borneo. Time tu la kenal NTV7. Kat Kelantan kan takde lagi.

Having memories about this radio thing seronok jugak. Ingat dulu malam-malam sambil buat tutorial Kimia (sebab lecturer andartu garang nak mamp** suka suruh sorang-sorang buat kat depan makan tiap malam sebelum hari yang ada tutorial kimia tu mesti aku pegi bugging sama Keronnisak Haron-dah jadi doktor pun dia skang-dia dulu kat maktab jiran cube aku, tapi kat matrik dia jadi senior aku-panjang citer) Gigih la pegi belajar Kimia dengan Keron. Berkat ajaran Keron, time aku kena buat kat depan, memang smooth je aku sembur semua yang dah dalam otak. Bukan hapal tau. Memang kena paham betul-betul la. Sebab lecturer kimia aku memang suka tanya, twist-twist soalan. Berkat garang dia jugak la, aku ingat sampai skang. Polimer aku lecturer lain ajar, maka tak garang, tak suruh buat kat depan, tak ingat lah .LOL.

Malam-malam buat tutorial penuh kepayahan sambil dengar radio lah. Kesian roomate aku 2 orang lagi tu. Kena la follow aku. Kalu aku dengar radio omputeh, diorang kena layanlah jugak. Time aku takde, diorang tukar la ke Era. Wakakaka... Aku layan jugak la kadang-kadang. Dulu Era best. Zaman yang ada Kudsia Kahar, Halim Othman, Linda Onn, K-Ril, Sealan Paul etc. 

Bila Hindustan tengah meletops tuh, ada jugak la wiken aku dengar THR. Kan ada carta Bollywood hujung-hujung minggu tu. 14 tahun dah berlalu ye..... Tua dah aku. Dari zaman gilakan citer Hong Kong, ke citer Jepun, ke citer Hindustan, ke citer Taiwan, and now Korea. 

Radio Hitz zaman tu aku ingat tiap hari 3,4 kali dok ulang lagu Rob Thomas dengan Santana. Sampai tido pun terngiang-ngiang. Best pulak citer pasal zaman muda remaja aku. 
Zaman muda-mudi pulak, kat usm aku banyak dengar Era rasanya. Tak ingat pulak. Sebab masa tu dah ada pc. Tak dengar sangat radio. Semua lagu nak dengar buleh beli CD tepi jalan. Haha. Final year baru aku layan balik Era. Tu pun sebab pakai henpon canggih pada ketika itu. Dengar radio kat henpon je la sambil tulis thesis sekerat mati tu. Lagu yang paling aku ingat meletop kat Era-Pop Ye yeh dengan Senyuman Ragamu dengan lagu Bertakhta Di Hati. Wakakaka... Sambil taip thesis sambil nyanyi. 
Now, bila nak ke pasar wiken-wiken dengar la Era dalam keta. Sungguh lain Era skang dengan Era dulu. Masing-masing ada bestnya tersendiri. Tapi aku prefer otai-otai jugak jadi DJ. Meriah tak hengat! 

Okey, dah habis cakap pasal radio. Tadi Adam bangun nak pegi sekolah nangis-nangis datang kat aku mata dia tak nampak. Panik jugak aku. 2,3 hari ni bangun pagi asyik berdarah hidung je. Habis lampu di bukanya kat bawah ni. Darah hidung dengan tak nampak, ada kaitan ke? Bila aku belek dia dekat-dekat, lerrr patut la tak nampak. Mata tak bukak. LOL.

Wednesday, September 26, 2012

#934 Me Vs What I'm Up To

Kalu dia masak betul-betul kan bagus.
Bila entry dah nak dekat seribu ni, tajuk pun dah tak tahu nak taruk apa. Sejak hujan berhari-hari ni memang aku-aku sekali tak produktif. Dah 2 kali tak sedar nak bangkit sahur. Bila masa tekan off alarm pun tak sedar. 

Haih, tiap kali online tengok videoclip Ojakgyo Brothers mesti tak jadi nak update blog. Zaraa pun skang ni dah terer benar memanjat. She's the next spiderman 4. Nak online secara terang-terangan adalah sangat impossible skang. Even meal time pun semua orang akan makan dengan tidak aman sejak dia pandai memandai ni. Nak aman cemana la kalu dia sendiri panjat atas meja duduk cotek sekali lauk pauk? Cedok itu ini sampai terbalik mangkuk tumpah kuah dan sebagainya. Zaraa, Zaraa... Tinggal dia depan tv sekejap nak pegi dapur buat susu, keluar-keluar tengok dia dok bergayut kat cermin besar kat ruang tamu. Melekat tertempek kat dinding. Sebab tu aku kata dia the next spiderman 4. Kenapa bukann spiderwoman? Sebab spiderwoman ni umi-umi sikit. Spiderman lah ganas sikit.

2,3 minggu consume susu Dutch Lady ni, Zaraa poop hard stool. Walaupun tak bleeding dan tak menunjukkan ciri-ciri dia tu suffer, tapi aku tetap rasa tak best. Sebab makin menyusahkan pulak rasa. Dari nak jimat, tengok-tengok lagi tak untung. Kareb tak lawas pulak dia. Bila hard stool, keluar pun sikit-sikit. Sebijik-sebijik skali keluar. Malasnya nak tukar pampers dia banyak-banyak kali. Tapi takkan nak biar je kan walau dalam tu ada sebijik besar kacang pis aje. After banyak kali mengeluh, last-last encik Jack pay attention jugak (sebab banyak kali terkena turn dia basuh kareb Zaraa, baru dia realized how serious it is). Nak beli susu asal dia tapi kat kedai abis stok. So, encik Jack beli Dutch Lady jugak tapi yang ada FOS dengan TT Ratio bagai tu. So far alhamdulillah la, keje-keje pooping dia sudah semakin lancar. Aku dah nyaris-nyaris nak putus asa dah nak suruh encik Jack cari sampai jumpa jugak susu asal dia, nasib baik ok dengan susu yang baru ni.

Looking at the bright side, bagus jugak dia minum susu ni. Nampak serasi. Sejak minum susu murah ni, nampak dia berisi sikit. Beli susu mahal tubuh tak gebu-gebu pun kan. Baguslah selera rakyat jelata ni. Tak payah berhabis banyak sangat. Bukanlah berkira uols. 
Adam dah seminggu lebih tak minum susu botol mahupun cawan. Tapi dalam fridge tetap kena ada jugak la gantian susu tu. So far nampak ok je dia takde feeling-feeling tak dapat minum botol. Aku pulak kekadang naik kesian tengok dia tanpa candunya. Heh heh.

Sehari dua ni nampak syok benar dia makan roti. Kekadang sampai 3 keping dia bedal. Oklah kan kalu tak nak makan nasik pun. I don't have problem with that. Asalkan dia makan benda-benda yang healthy dan mengenyangkan. Makan nasik pun kalu asyik lauk ayam goreng dengan kicap je, bikin sembelit jugak.

Kelmarin Adam balik sekolah tunjuk cikgu bagi topeng suruh gunting. Hihi. Cute la benda-benda budak tadika ni. Aku dulu darjah dua pun time pendidikan seni cikgu suruh gunting buat selipar aje. Bertuah budak-budak tadika zaman sekarang ni.

Korang ingat lagi tak kenangan tadika korang?

Tuesday, May 15, 2012

#885 Me Vs Once Upon A Mobile Phone

Meh citer pasal henpon. Gambar aku tiadakan untuk mengurangkan impak keji.

Cer citer, uols start pakai henpon sejak tahun bila? Henpon pertamaku adalah pada tahun 1999. Masa tu aku buat matrik kat KYPM Bangi. Mula-mula masuk memang takde henpon pun. Agaknya sem kedua baru aku guna kot. Entah, tak berapa nak ingat pulak. Time tu, Motorola ketekebal tengah hit. Nak caj, kena bogelkan beteri. Juga boleh digunakan sebagai pemberat kertas. Hoho. Tapi aku tak pakai Motorola pun.

Time tu, dalam satu kuliah, ada jarang-jarang orang je yang guna henpon. Sape yang ada tu, memang mangsa la. Member yang takde phone akan tumpang nombor dia untuk kasi kat mak bapak kat kampung serta boipren dan kekasih gelap untuk call time rindu-rinduan mahupun emergency. Tumpang untuk call in aje tau. Time tu simkad masuk sekeping besar camtu je dalam phone. Hoho. Tak nak ingatlah. Tapi ingat lagi dulu-dulu, kalu nak beli henpon, kena make sure ia single band or dual band. Kahkahkah. Then, function macam mana. Ada line ke tak tempat nak guna tu. Aku pernah tersuka kat Phillips Savvy... Wooot! Nama-nama henpon yang glemer ketika itu yang masih ingat - Startek, T10, Banana phone, Twist, Atur. Ada lagi yang aku tertinggal?


Berbekalkan sifat dengki apa orang ada aku pun nak ***time tu la, muda kan ikut nafsu aku pun ugut la lelaki terhangat di pasaran suruh belikan aku henpon. Maka belilah dia henpon kat aku sebijik. Nak save kononnya, beli je yang second hand kat aku. Cap Ericsson gitu. Ada antena secoet. Panjang sejengkal. Kalu bubuh dalam beg galas, bunyi jatuh dia tu 'bedebum' gitu. Haha beratnya la hai. Dulu henpon buh dalam beg okeh. Sebab time matrik pakai uniform sekolah lagi. Kalu buh dalam poket, aku takleh imaginelah impak pemberat dia tu.

Disebabkan sangat nak save belikan anak henpon second hand, maka kualiti pun adalah second hand jugaklah. Call in dengar ringing je, bila answer, tak dengar suara caller. Nak call out pun tak boleh. Alahai... Susahnya nak bergaya macam anak orang kaya ni. Lepas banyak kali tak tahan telinga dengar aku bebel komplen henpon adalah kodi, maka Lelaki Terhangat Di Pasaran suruh aku poskan aje henpon tu kat dia. Ala-ala money back guaranteed la gitu.

Tak lama lepas tu, Lelaki Terhangat Di Pasaran ganti henpon baru kat aku. Ericsson T10. Meletops dah tu bagi aku. Walaupun prepaid TM Touch sekali send 30 sen, aku tetap bahagia berhenpon. Kahkahkah. Nak bergayut pun tak perlu tumpang henpon member lagi. So cool ait? Walaupun text message tu masuk satu line-satu line yang hanya boleh dibaca dari kiri ke kanan aje, sms tetap laju. Wuuuuhu! *Gilos. Time ni public phone masih hot penggunaannya. Masih queue panjang lagi. Guna henpon untuk sms aje. Call mahal. Nak bijak lagi, guna Ring Ring Card. Ko pernah guna?

T10 rosak, which takes a year or two jugak, then aku beli Sagem something. Nombor model tak ingat. Tapi aku ingat bentuk dia. Macam biskut ikan. Hahaha. Time tu dah first year kat USM. Sagem ni bestlah ketika itu. Sebab bentuk dia senang nak grip. Kecik pun kecik. Ringan pun ringan. Hepi lah! Satu lagi yang aku ingat pasal henpon Sagem ni, bila sms masuk, ada lampu indicator merah menyala. So, dalam gelap, dalam cerah pun tak payah nak unlock to check ada sms ke tak. Sungguh mudah. *ayat iklan prabayar

Then tak ingat what happen to that Sagem, aku pakai Nokia 3210. Tri-tu-ten. Ewah. Ketika itu start zaman kegemilangan Nokia la. Konon-konon henpon first yang takde antena la kan. Ye ke? Lama jugak pakai henpon orang nak buang ni. Skrin rosak pun, hantar repair taruk blue light. Hahaha.. Wiken, pegi Bukit Jambul mesti usya cover. Poyo kan zaman dulu suka tukar-tukar cover. Sekejap biru. Sekejap merah. Suka hati je. Pulak tu macam masing-masing nak show off sape cover paling pelik. Geli pulak sekali ingat.

Musim pakai henpon second hand lagi bagi aku. Lepas bagi balik 3210 tu kat tuan dia, aku beli Nokia 7250i dengan abang angkat aku. Peh, henpon poliponik dan coloured screen pertamaku. Time tu dah final year. Aku beli henpon 'canggih' ni dengan harga 750 (matawang dirahsiakan), separuh harga dari harga asalnya. Abang angkat aku ni suka tukar-tukar phone. Pakai tak sampai 3 bulan, tukar. Bajet kaya agaknya. Dengki lagi.Time pakai henpon ni memang rasa king la. Dalam family aku, kira aku la yang paling canggih skali. Ketika itu lah. Time ranking tengah meletops.


Aku pakai Nokia 7250i tu sampai la Adam umur berapa tahun tak ingat lak. Itu pun sebab skrin blackout. Dah pernah repair, malas pulak nak hantar untuk kali kedua. Not worth dah kan. Pastu Puan Menteri ada bagi henpon canggih yang dia beli kat China. Borong macam empat seringgit gitu. Geng pencen pakat beli pat bijik sorang. Aku takde hal sangat henpon China ni. Btw, buleh tengok TV pakai henpon tu. Touch skrin.   Tapi kamera tak best. Masalah utamanya adalah charger mudah rosak. Charger ganti susah nak cari  kat sini.

Pakai henpon China ni tak lama. Sebab charger rosak, Encik Jack belikan henpon Sony Ericsson W660i kat aku. Sangat-sangat appreciate dapat henpon tu. Selaku kamerawoman amatur yang aktif mengambil gambar, that piece came handy to me. Sangat best. Function pun sangat menepati apa yang aku inginkan. Tapi disebabkan tragedi itu, jodoh aku dengannya tak panjang. Berkubur.

Encik Jack dengan baik hati gantikan Sony Ericsson C901 kat aku. Guna ni sampai la skang. Orang lain kiri kanan dah lama bertukar ke smartphone. Tapi aku masih lagi guna telefon konservatif ni. Hoi, kekadang kalu dalam ramai-ramai, tetiba henpon berbunyi, malu ya amat la weh nak jawab. Orang lain dengan henpon sejengkal, aku jugak la dok guna henpon jaman batu ni. Oh yes, dalam jaman serba canggih ni henpon aku dah jatuh kelas jaman batu dah hoi. Sad.

Encik Jack sendiri dah berhijrah ke Galaxy Note. Phone lama dah menunjukkan ciri-ciri pereputan dan penuaan. Tinggal lah aku sorang-sorang dok pakai henpon cara lama ni. Tiap kali henpon bunyi, rasa macam aku sorang je dok guna telefon macam public phone ni. Macam, alahai ketinggalannya telefon aku. Wakakaka... Encik Jack ada tanya aku nak upgrade ke smart phone jugak ke tak. Not sure. *Dalam hati ada taman Tapi, rasa segan pulak kalu orang tengok. Like, Uh uh uh...koyaganah la tu. Surirumah buat la cara surirumah. Ahahaha.. Pulak dah. Nak tapi malu tapi nak.

Ada smartphone ni cabaran jugak bagi aku. Kang makin bergelandangan budak dua beradik ni. Bila dah ada ofkos la tempting kan nak surf itu ini. Tengok orang ada, teringin jugak nak.

Tapi tapi tapi.....

______________________________

Kepada exMJSCPC yang mengenali Era Mayuza jika ada kelapangan, silalah visit blog beliau. Kesian aku kat dia. Desperate sangat-sangat nak cari penawar kat anak dia. Paham sangatlah bila kita sendiri ni jadi ibu, memang tak sanggup tengok anak sakit. Sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai penawar tersebut, buleh la kontek beliau directly. Share-share la yea...