Dark Fellows

Showing posts with label event. Show all posts
Showing posts with label event. Show all posts

Wednesday, September 30, 2015

#1267 Me Vs Korban

Sebelum ni pernah buat ibadat korban di Kemboja. Tapi aku tak tahu cemana kronologinya. Memang serah duit, wakilkan niat korban and hope they enjoy the meal to the fullest. Selalunya wakil di Kemboja ada hantarkan gambar sebagai bukti korban kitorang dah dilaksanakan kat sana. Tapi selalunya dihantar pada Puan Menteri dan Puan Menteri lupa nak share dengan kitorang. Almaklumlah wonderwoman memang busy. Benda-benda remeh-temeh ni jarang la mendapat tempat dalam ingatan dia. Hahahaha... Tahun ni tak berapa busy sangat kot. Boleh ingat nak share gambar dengan kitorang... So, aku pun amazed lah sorang-sorang... Dalam hati terkeluar dialog, "Oh this is how they do it.." 
Alhamdulillah... Kalu dilihat dari gambar ni, nampak 100% daging korban bahagian kitorang ni dijamu pada yang selayaknya. Kat sana, memang orang benar-benar susah. Yang dapat makan daging setahun sekali time ni je. Tengok diorang makan ni, takde pun lauk lain. Nasik dengan lauk daging ni je. Tapi punya la diorang happy dapat makan tu.  
Sedih tengok hidup diorang kat sana. Kita kat sini kena banyak-banyak syukur dah.

Sunday, October 12, 2014

#1151 Me Vs Making Play Doh

Happy Sunday! Kelmarin rasa terbaik hati sikit dengan anak-anak. Tetiba rasa nak buat plastisin sendiri. Saje je la kasi bebudak ni ralit sikit. Google situ sini, oh senang semesek rupanya. Sape yang malas nak google, nah I'm happy to share here. 

1 cawan tepung gandum
1/2 cawan air + pewarna yang diingini
1/2 cawan garam (guna yang paling halus yang ada)
1 sb minyak
1 st cuka/ jus limau

  1. gaul tepung dengan garam sampai sebati. Masukkan cuka.
  2. masukkan air pewarna. Tak perlu masukkan semua. Bubuh sampai kepejalan yang diingini je.
  3. Bubuh minyak. Uli sampai jadi doh.
  4. Siap. Buleh terus main.

Dari hasil pembacaan dalam blog, play doh ni buleh tahan kira-kira seminggu sebab tak masak. Yang style masak aku belum study lagi. Yang ni pun dah cukup molek dah. Cukup seminggu, buang, buat yang lain pulak. Bukannya habis modal banyak pun. Semua bahan pun always available kat dapur. 

Aku guna pewarna biru dengan merah je since itu je yang ada. Comel jugak result warna yang terhasil. Obviously, pink for Zaraa and blue for Adam. Tapi sekejapan je la kekal warna ni. Lepas ni bebudak ni mesti mix up doh ni jadi kaler purple. Tak caya wait and see.
Memang terbukti la kata-kata aku ni. Diorang busy main sampai ke malam. Hahaha.. Tak tipu. Ralit lah menguli diorang ni tak harass orang. Suka betul mokcik. Cer tengok kaler doh tu kan dah bertukar? Hihi.. Just as I said. Tu pun ada hati lagi diorang mintak aku buat doh kaler kuning. Sekejapan la takde rupa kuning doh tu. 
Sibuk benar 2 orang ni menguli.
Jumaat tu aku ada tetamu nak tumpang tido. Petang tu aku sibuk la memengat pisang yang Puan Menteri bagi hari tu. (sibuk la sangat!) Dengar la Zaraa riuh kat luar dengan penuh riang rianya kata macam rambut Hazim... Aku ingatkan dia refers to citer dalam tv. So, aku iyakan aje la sambil ignore. Siap pengat, bila keluar kat ruang tamu terperanjat aku tengok rambut setompok situ sini. Waaaarghhhhh sakit jiwo!!!!! Pagi tu cornflakes bertukar menjadi snowflakes serata rumah... Baru je vakum dengan mop. Petang dia buat onar dengan rambut lagi. Hoi.... Kena vakum lagi..... Aduyai....
Elok-elok rambut dah panjang dikeratnya rambut kat depan sampai sopeng. Adoi laaaa... Takde keje betol anak aku ni. Potong pulak belah kiri je. Pastu bila ikat rambut asyik terkeluar la. Dia jugak yang serabut dengan rambut sendiri. Sendiri cari pasal lah. Tadi kemain seronok bersuka ria sorang-sorang kat luar kan.
Kelmarin birthday encik Jack. Biasa lah kitorang yang tak mencabar ni memang tak tau nak pilih tempat makan. Last-last Kenny's je la.. Puas hati encik Jack tahun ni anak pompuan dia nyanyi lagu selamat hari jadi to you sampai ke malam. Kahkahkahkah... Birthday encik Jack tahun ni suram la sikit kot bagi dia sebab bestfriend dia meninggal on his birthday day. Kelmarin. Innalillah... Baru je berapa bulan discover ada brain tumour, operate, lupa ingatan and yesterday died. How sad is that. 
Almost habiskan mac n cheese sorang-sorang.
Oh lupa nak citer... Aku kan ketinggalan serba serbi.. Minggu lepas baru belajar shopping online. Benda pertama aku beli? Benih sunflower! Hahahaha... Zuhud nye... Beli kat mudah je. Sebab pos dia murah sikit compared to blog yang jual benih ni. Service pun bagus. Siap kasi free tanah dengan benih bunga lain lagi. Dia tak cakap pun kata nak bagi freebies sebelum tu. Alhamdulillah... Rezeki... Nanti kalu berhasil, aku tunjuk k bunga matahari bulu-bulu yang aku beli... (sunflower teddy bear) Baru je semai. Entah bila nak bercambah pun mokcik tatau. 
Harini Ahad dah... Esok sekolah. Suruh Adam kapurkan kasut dia. Besar dah anak aku..... Lately ni memang meltdown sangat-sangat aktiviti ke dapur. Perut ada rasa lapar tapi takde idea nak masak apa. Gulai dah, kari dah, singgang dah, sup dah, asam pedas dah... Apa lagi....

Friday, June 27, 2014

#1127 Me Vs Report Card Day

Neves weh. Harini kena jumpa cikgu Adam untuk ambik report card dia. Oooo sekolah jaman skang ni report card kena ambik dengan cikgu ye. Zaman aku dulu kita sendiri la bawak balik kasi parents sign. Budak zaman skang ni takleh dipercayai la kot. Tu yang mak bapak sendiri kena kutip kat sekolah. Hari ni Adam happy la sebab aku dengan Zaraa ikut sekali pegi sekolah dia. Tak tahu lagi agaknya apa yang bakal terjadi hahahaha...

Kitorang antara yang terawal. Sebab once parents dah jumpa cikgu dan ambik report card tu, anak boleh balik sekali.  Masa aku sampai tu ramai lagi dalam kelas dia  meaning ramai lagi la parents tak datang. Hoho berdebar-debar pulak nak jumpa cikgu dia. Entah apa la komen cikgu. Kita dengar je la apa cikgu kata. Buruk atau baik, itulah dia. Jeng jeng jeng...
Memang betul lah anak aku ni. Sebab nombor  banyak giler... Hahaha. Kalu anak encik Jack, nombor sikit-sikit je. Takpe lah mana-mana pun. Aku dulu pun result mana cantek awal-awal tu. Aku ok je. Tapi bagi encik Jack yang dah biasa excellent dari kecik tu, memang tak berapa seronok la. Itu aku paham. 
Salam dengan cikgu, teruslah ke sesi bercerita pasal anak aku. Cikgu cakap dia sangat aktif dalam kelas. Suka participate dalam apa-apa aktiviti. General knowledge sangat luas (first time dengar orang cakap pasal ni yang aku rasa macam tak percaya apa aku dengar) Agaknya sebab selalu tengok TVIQ or discovery channel lah kot. Cikgu cakap, sebut je IGUANA, budak lain tengah terpinga-pinga, Adam sorang je cepat-cepat respon dia tahu apa tu IGUANA... (ke sebab tu sekolah kampung?hahaha) Speech sangat baik, minat English cikgu cakap. (yang ni tak pelik la) Tapi SATU je.... Dia ada masalah menulis. Verbal takde masalah, tapi motor skills sangat-sangat poor. Semua cikgu yang ajar dia komplen dan risau satu tu je. Bila suruh menulis, dia tak nak buat. Keje sekolah banyak incomplete sebab tulis sekerat jalan aje. Bila  suruh gunting pun lambat. Compared to budak-budak lain dalam kelas tu la.

Aku pun tak tahu nak cakap macam mana. Citer lah serba sikit pasal history premature dia. Memang dia dari kecik lagi tak nak cooperate kalu orang suruh dia buat apa-apa aktiviti guna jari. Kalu suruh tulis,  dia suruh orang tulis. Main keta aje pandai. Sampai skang ni nak masukkan butang baju pun masih terkial-kial. Nak betulkan kolar baju pun tak boleh-boleh lagi. Tuck in baju dalam seluar pun tak boleh lagi. Aku bukan merungut tapi just nak bagi rough idea apa yang dia lalui skang. Entahlah, kalu tanya aku sendiri, aku pun tak tahu dia just malas buat sendiri atau memang keupayaan dia terbatas. Most of motor skills activities aku perhatikan Zaraa lagi baik dari dia. Jadi, aku tak tahu lah nak cakap apa. Aku harap ni cuma masalah attitude je la. Hopefully nanti naik darjah 2,3,4 he'll be better. Harap je tak boleh jugak. Haih.Inilah cabaran terbesar aku sebagai mak dia.
Encik Jack cuti hari ni. Petang kitorang pegi Tikam Batu. Sepupu encik Jack buat kenduri cukur jambul anak dia apagi tadi. Tapi kitorang pegi lepas semayang Jumaat. Ini first time kitorang pegi umah baru dia. Dia baru beli umah ni tahun lepas. Umah kampung je. Tanah lapang dengan pokok-pokok buah kiri kanan rumah. Bagi yang suka suasana kampung syoklah. Aku tak berapa suka dok kampung (selain kampung halaman lah)tapi aku suka tanah lapang yang boleh dicucuktanamkan... Jeles tengok dia tanam macam-macam pokok buah, kitchen herbs... Umah aku ni, pokok pandan je buleh harap... :( 

Friday, October 21, 2011

#808 Me Vs My Two Loved Ones

Gambar cilok dari blog kakak ipar. Saya ambik ye kakak ipar! Mekaseh!! 

Encik Jack dengan MIL dah selamat berangkat dan tiba di tanah suci sejak Ahad (16 Oktober) lagi. Diorang berlepas dari epot KT. Aku babai takat  pintu pagar umah Puan Menteri aje. Sobs... Kalu dapat join pegi hantar sama kan best. Sobs... Banyak perkara komplikated yang menyebabkan aku tak mampu nak hantar dia ke KT.

Sebelum dia tinggalkan aku, macam biasalah kena la bermaaf-maafan... Dia cakap dia takde benda nak maafkan aku sebab dia dah maafkan salah silap aku tiap hari... Sobs... Tapi sweet kan?! *gedik

Sejak encik jack takde di tanah air ni, aku asyik terkenangkan dirinya. Ececeh. True what. Tiap masa dok terfikir, apa dia buat kat sana. Selalunya Puan Menteri la jurucakapnya. Contoh: Oh hari ni encik jack akan pegi buat umrah, blablabla. Dah banyak malam dah tido aku bermimpikan encik Jack. Ewah. Time dia ada kat tanah air takde pulak aku mimpi camni skali... Harapnya semua itu mainan tidur aje, bukannya petanda apa-apa.

Baru-baru ni masa mula-mula sampai, diorang smayang Isyak kat Masjidil Haram tu la. Dia dapat smayang beberapa meter aje dari hajarul aswad. Lepas smayang tu kena asak dek orang, last-last dapat cium hajarul aswad. Rezeki la tu. Sebelum pergi aritu Puan Menteri dah pesan jangan sengaja-sengaja nak cium benda tu. Bahaya sebab orang-orang hitam yang saiznya besar-besar tu suka berkasar. Takut la tertindih ke, terpijak ke apa. Tapi secara tak sengaja dah Tuhan kasi chan dia cium tu, apa lagi kan. I'm glad that he's okay and nothing bad had happen due to that.

Semalam dapat cakap dengan MIL sekali. Hepi je suaranya. Jauh-jauh pun sempat bercerita jugak derr! Hahaha... Macam kat sebelah-sebelah aje gayanya. Encik Jack cakap MIL gagah perkasa kat sana. Boleh buat semua yang rukun haji tanpa masalah. Alhamdulillah. Setakat ni pegi balik maktab-masjid masih berteman. Encik Jack tak harap MIL pergi sendiri sebab tak cam jalan lagi. Oh macam tak percaya aje diorang tengah buat haji. Macam, haji tu benda dalam tv aje. ;p

Oh hey, masa balik Apal buat gathering sebelum diorang berlepas ke tanah suci tuh, kakak ipar sorang lagi kasi satu beg baju-baju gegirl. Hehe. Yey!!! Pasni puas hati la Puan Kaunselor dapat tengok Zaraa pakai gaun tiap hari. Tanya sangat kan nape tak pakaikan baju gaun kat baby girl ni. Jawapan sebenar-mommy takde masa nak beli belah. Takde duit jugak lagi. Dan jugak takde driver. Hahahaha.
See? When I said satu beg, I really mean it. Hehe.. Tengkiu kakak ipar. (ingatkan tak jadi bagi dah *wakakakakakaka) I like, I like. Jangan tak tau, sedara aku yang kaya raya tu pun bab kain baju main passing-passing jugaknya. 

Pasni buleh la tengok Zaraa melaram pakai gaun.


Wednesday, July 6, 2011

#748 Me Vs Yang Diredha, Yang Disentap

Hepi birthday kepada encik Naufal yang genap 4 tahun hari ni. Semoga dapat kek otromen lagi tahun ni. (nak siket!!!!!)

Hari ni banyak hal yang masam dan manis terjadi. Baik aku citer part masam dulu. Hari ni mak buyung sentap dengan encik Frodo. Dah banyak hari pun sentap sebenarnya. Tiap-tiap hari sentap. Citernya kitorang dok train dia pakai seluar sendiri. Dah berbuih mulut ajar suruh masuk 1 kaki 1 lubang. Dia hentam dua-dua kaki jugak dalam satu lubang. Bila orang suruh tengok kat mana nak sorong kaki tuh, mata dia ke lain. Sudahnya seluar tu jadi cam mini skirt lah. Can't he take orders? Fras mak buyung tau! Dah la baju pun tak reti-reti lagi nak pakai sendiri. Kencing kareb pun orang nak kena basuh lagi. Kalu suruh dia, rela la air tu dia guna buat basuh jamban, dinding, lantai daripada guna untuk yang sepatutnya. Huk aloh...

Sentap tau. Memang aku takleh jadi cikgu la. Mudah benar tangan ni nak menyambar mana-mana bahagian tubuh mangsa. Tiap-tiap hari tiap kali lepas ke toilet aku cakap benda sama. Out of 10 trials tuh, ada la 2 kali je yang berjaya sekali sauk je. 8kali lagi tuh asyik jadi mini skirt aje. Geram weh! Dah nak dapat adik dah. Diri sendiri langsung takleh nak urus lagi. Harapkan reti pegi toilet aje lah yang tak perlu tanya-tanya dah skang ni. Apa la anak aku ni... Sampai bila mak bapak dia nak tolong pakaikan seluar baju kat dia. Esok-esok dah nak pegi school.

Tadi menyinga la aku. Tiap kali salah, kena bantai dengan aku. ( i know this method is wrong, but cannot help la, mcm addicted pulak) Membebel dekat setengah jam kat dia. Bebelan paling panjang dalam sejarah hidup dia. Tak pernah lagi aku membebel lama cam tadi. Geram sangat-sangat. Macam aku tak pernah ajar dia langsung. Kena pukul ngan aku, terus meraung-raung. Sampai satu tahap, kesian pulak kat dia. Sampai tertido teresak-esak. Tapi sebelum tido tuh aku sempat say sorry kat dia. Guilty pulak buat dia camtu. Tu lah. Bila naik antu tu memang syok la. Pukul-memukul dah macam addicted. Bila orang tu dah tertido teresak-esak, mula la rasa bersalah. 
Mangsa kekejaman Mommy.
Part masam kedua adalah aku dah edit mindset aku (buleh pulak main edit-edit) yang aku kemungkinan besar takkan pindah masuk umah baru dalam tahun ni. Nak sedapkan hati, kira tahun depan teruslah! Abis, barang-barang dalam kotak ni cemano? -Entahlah labu! Kita tengoklah cemana takdir yang menentukan. Kalu ditakdirkan nak kena gali, bukak kotak balik pun, mak buyung pasrah ajo lah.. Kita hanya merancang, tapi yang menentukan lebih Maha Mengetahui. Percayakan sahaja apa saje ketentuan yang dah ditetapkan. Sebagai hamba yang serba kekurangan, bersedia sajelah  untuk apa saje kemungkinan. At least we're well prepared. Kalu nak kena pindah ad hoc pun, barang dah ready packing dah lama. Kalu pindah lambat lagi pun, duduk aje la kat kondo ni. Apa nak buat ye dak? Frust? -Ada la sikit-sikit. Ok tipu. Aku dah takde perasaan.

Disebabkan aku rasa macam dah takde harapan aku nak pindah dalam tahun ni jugak, (kira versi merajuk la ni) aku pun susun balik la lokasi kotak-kotak ni agar menjadi lebih strategik bagi memudahkan laluan semua warganegara kat rumah ni nak bergerak. Takde la mengangkat. Berat seyy.. Aku tolak-tolak pakai kaki je. Yang mana berkesan dengan tolakan hujung jari tu aku susun la. Kotak pinggan mangkuk ofkos aku tunggu encik Jack balik nak mintak tolong alihkan (skang ni dok tengah-tengah hall apa kejadah nak berjalan-jalan dalam umah pun terhalang je). Lepas tolak menolak ni aku raba-raba jugak perut kot-kot ada effect negatif hasil kedegilan aku ni kan. So far alhamdulillah baby tak menunjukkan protes melampau. Mild contraction tu biasa la kan...
Hins-hins jugak nak mengalih semua kotak ke sini. Nampak le kemas sket.
Depan tv dah takde halangan nak jalan-jalan. Tak payah jalan bengkang bengkok nak  elak kotak.
Part manis tak disangka-sangka adalah encik Jack berjaya menjadi tetamu Allah tahun  ni. Ingatkan dah tak dapat sebab buat rayuan pun last minute untuk bawak MIL sebagai mahram since my late FIL meninggal tahun lepas tuh. InsyaAllah kalu tiada aral melintang, tahun ni jadi pak aji la encik Jack. Walaupun kitorang tengah chaos skang ni, tapi encik Jack sangat hepi sebab dia cakap ini jemputan dari Tuhan. Satu petanda baik tuh. Pasti ada 1001 hikmah di sebaliknya yang kita tak tahu. Kalu dah Tuhan sendiri yang jemput tuh, pasti urusan-urusan lain pun dipermudahkanNya. Harapannya camtu lah. Amin. Time tu aku dah lepas pantang kot. KOT. Sesungguhnya Tuhan memang Maha Bijaksana mengatur segala ketentuan hidup kita manusia ni. Untuk itu, syukur tidak terhingga la. Dah ada rezeki pergi ni, pergi aje la. Nak tunggu 30 tahun lagi punya turn tuh entahkan sempat, entahkan tidak. Aku dan anak-anak insyaAllah baik-baik aje kat KB nanti. 

Ini pun salah satu faktor aku edit mindset aku kasi postpon perpindahan ke rumah baru ke tahun depan. Ada la tu hikmah yang aku masih belum discover. Saje sedapkan hati. Ada la tu kan. Takkan Tuhan jemput kita pergi rumah Dia tapi Dia tak bagi apa-apa in return... Allah kan Maha Pemurah ;p Setakat kasi kita segunung emas pun Dia masih tak rugi apa-apa. Kan.

Another sweet thing is kitorang dah dapat tarikh perbicaraan 11 Ogos nanti. Is it sweet? Bittersweet kot. Sesak napas aku dengar 11 Ogos. Entahkan sempat masuk court ataupun sempat masuk labour room aku time tu. Tapi takde masalah, kalu aku dah beranak sebelum 11 Ogos tuh buleh je wakilkan kat Bos IBM atau Mak Tiri. The sweetest thing- Puan Golddigger takleh masuk court sekali! Yay!!!! Anak dia pun sorang je yang dah cukup umur buleh masuk. Yay! Ngehngehngeh.... Amin!

Part manis masam pulak, tadi ada orang pergi tengok umah arwah ayah aku yang nak jual tuh. Memang berkenan abis la. Kira nak deal la kalu semua setuju. Masalahnya, dia bukan warganegara Kelantan. Nak kena apply melalui EXCO which will take longer time than the normal deal la. Paling awal pun 4 bulan. Hoho. Pulak dah. Di mana ada jalan, di situ ada halangan. Kan? *sigh...

Dan banyak lagi la masam dan manis yang berlaku. Aku citer part besar-besar aje. Yang picisan, korang pun malas nak layan kan.

Esok Penang cuti. Encik Jack nak ajak aku pegi Kulim untuk transfer duit dalam ASB aku ke bank dia. Kedah kan keje esok. Need to transfer the money before we all balik kampung Sabtu ni. Dan terberanak payah pulak nak buat payment ke kontraktor kc aku tuh. Chenta hati, duit tu nanti jangan salah guna yea.. Jangan pulak buat bukak cawangan sempenan cawangan sedia ada dah nak meletop ni. Haha... 

Dengan ucapan, "Pak Aji takleh gelenya-gelenya tawwwww~~~~~!!!" ;p




Monday, February 14, 2011

#595 Me Vs The Keputusan Mengejut

Lil Frodo took this picture.
Aku kat Panji masa berita sampai mengatakan kemungkinan besar Puan Menteri akan berangkat mengerjakan umrah esok. Kelam kabut la Puan Menteri ke sana ke mari setelkan apa-apa yang patut. Kain baju pun belum packing apa pun. Hari tu agensi cakap tak sure bila sebab tunggu saudi keluarkan visa je. Kan baru ni heboh rusuhan kat Mesir tu. Diorang kumpulkan rakyat Malaysia kat Jeddah. So, jemaah umrah kena hold dulu la sementara diorang nak clearkan rakyat malaysia kat Jeddah tu balik dulu. Tetiba hari ni saudi kasi Visa pulak.

Yang nak pergi umrah tu ofkos la kalut. Ni yang ta pergi umrah ni pun turut kelam-kabut sama la berkemas. Aku ngan encik Frodo kena pindah ke lain la kalu Puan Menteri takde. Kang jadi apa-apa kat aku or encik frodo, apa aku nak buat sorang-sorang. Tadi dah bagitau Kama yang aku kena squat kat sini. Esok kan nak kena pergi Hospital cek mata lagi. Kalu tak sebab tu, encik Jack dah suruh aku balik Apal. Orang Kaya Muda Kampung Apal buleh kot datang jemput aku ngan encik Frodo. So, balik umah Puan Menteri kalut ribut la aku sambar apa yang patut. Aku dah tak singgah sini dah. Nanti terus balik Penang dari Panji dan Apal.

Malam, tetamu yang tahu berita ni mula membanjiri kediaman Puan Menteri. Orang Melayu ni kadang-kadang prihatin tak bertempat. Time orang kalut belum siap packing la diorang datang. Dah tahu kita ni last minute nak bersiap. Datang jugak. Benda camni aku tak suka. Datang lepas orang balik umrah kan boleh. Dah la mai time orang busy, duduk sembang berjam-jam macam kita ni takde keje nak buat. Hangin betul. Tuan umah yang kalut ni hidang air, cakap tak minum pulak air tu, nak air lain. Hayo! Datang menyusahkan macam ni baik takyah datang terus. Sms je senang. Tuan umah ni mana nak packing, mana nak makan minum, mana nak berehat. Benda macam ni orang Melayu failed nak fikir. Dah tutup lampu pun ada jugak yang baru nak sampai. Oh, letih........ letih... Dah la flight esok sebelum Subuh lagi. Packing pun belum siap. Cuma bayangkan. Aku nak tolong dia pun, aku sendiri pun nak kena packing jugak. Nak kena ingat nak bawak ubat, toys, kain baju dia... Tahu-tahu la travelling dengan budak tu cane.

Oh...disebabkan kekalutan malam ni, aku terasa mual balik.... Gastrik tolonglah jangan mengganggu... I got a lot of things to settle before going to Panji. Tapi, memang aku rasa perut sangat tak sedap... Macam time aku tak jadi pegi Bandung tu... Malam ni emosi bercampur-baur. Dalam gembira tu sedih jugak sebab pasni aku sorang-sorang je jaga encik Frodo kat tempat asing. Puan Menteri ngan Bos IBM jauh. Encik Jack jauh. Nik Pareh jauh. MIL jauh. Mak tiri pun jauh. Huhu... Aku je la yang boleh jaga encik Frodo...

Aku tak tido lewat sangat. Takut sangat perut gastrik teruk esok. Dah la esok nak kena bangun sebelum kul5 lagi. Tido lambat, bangun awal. Memang high chances of getting stomach ache. Aka gastrik. Aku tengok Puan Menteri kul12 lebih belum tido lagi. Aku sedar kul 1,2,3 tengok dia macam tak tido sangat. Sebelum kul4 dah bangun nak bersiap.... Kesian betul aku tengok Puan Menteri. Aku nak membantu tak terdaya. Aku ni pun tatau cane lagi nasib kalu gastrik kat umah orang ni..... Dalam hati cuma mampu merintih kat Tuhan, supaya mempermudahkan segala-galanya lepas ketiadaan Puan Menteri ke Mekah...

Monday, October 11, 2010

#512 Me Vs Aku Sudah balik

TT Day 1-Tabahkanlah hati ku....

Selamat Hari Terjadi kat Encik Jack. Semoga dipanjangkan umur dan jodoh antara kita berdua. Ewah. Untuk korang yang takde keje asyik nak baca blog aku ni je kejenya, aku ucapkan selamat hari Senin. Keje jangan malas-malas. Aku sorang je buleh malas-malas.

Aku penat hari ni. *macam la hari lain aku tak penat. Sebab apa? Hehehe.. Syyhhh...
Ye, aku baru balik dari kampung. Sampai sini sebelum maghrib kelmarin. Datang balik ke Penang dengan pelbagai muatan buah-buahan. Bestnya dok kat kampung. Buleh makan macam-macam tak payah beli. Aku tiap hari kat umah MIL nih pepagi lagi dah meretus moktan depan umah. Ala-ala cuci mulut di pagi hari. Best wok makan buah presh camni. Main petik je anytime terasa nak makan. Nyam nyam ho.

Aiseh. Kelmarin bertolak kul 2pm. Miss jugak nak tengok wedding Dr SMS. Hoho. Teringin sey nak tengok wedding of the decade yang orang kucar-kacir dok citer ni. Aku tak kisah eligible astronaut has been taken away. (walaupun aku jeles gile tengok depa dua orang sama cantik sama padan) Jangan eligible prince sudah la. Tengku Faris masih single and available ~I believe! Ngggeee... Murka pulak Ku Faris kalu aku cakap tak betul ni. Citer pasal kawin ni kan, ada satu announcement tergempak aku nak habaq kat kroni encik Jack. There's another wedding bell coming soon. Orang Kaya Termuda Kg Apal dah keluar statement nak hantar rombongan meminang time raya haji ni. Piwit!!! Buleh la tengok pasni orang pakai gelang sampai ke bahu... :-p MIL pun ada la teman pasni kat umah.

Budak 3 ekor ni memang bertuah.

And hey, MIL aku dapat cucu segera yang baru. Yay!!!! Patah tumbuh hilang berganti. *I'm refering that 'berganti' to pasangan kucing dua sejoli ; Samsudin ngan Comel. Walaupun dua-dua dah takde, skang ni MIL aku ada menantu baru. Selingkuh ngan sape, aku pun tatau. Tup-tup dah meletup dalam stor. Bulu semua panjang-panjang macam ekor tupai. Aku syak ni mesti legacy si Samsudin dulu. Sebab tuh si Comot ni datang  beranak kat umah MIL aku. Sebab MIL dia jugak. Pandai cari keluarga ye. Hehe. Anakanda seems to love the 3 lil kitties like me. Tiap hari pergi dekat stor tuh mintak ngan aku nak pegang baby kuking. Berjiwa kebinatangan jugak anak aku ni ikut aku ngan MIL. We love cats! (Meow!!!) Kalu diorang panjang umur, aku nak mintak ngan encik Jack, nak bela kat umah baru nanti.. Syok ho ada kuking... (kuking=kucing=ayat adam)
Comot, in HD.

Puan Menteri dah selamat tiba di Mukah ngan Mek Aleesya Squareface tuh. Makin patsegi kutengok muka mek ni. Pasni terer la dia speaking Melanau since the babysitter orang Melanau. Nanti ajar Cik Teh ye Ehha! *kelihatan aku masih malu-malu nak membahasakan diri sebagai 'cik Su'...kuangkuangkuang..
It's 6am @ the airport. He's wide awake.

Last time aku tengok budak patsegi bulat ni.

Ehem!!! Aku kat tengok kat fb kemain la sekor-sekor mengapdet gambar dan cerita-ceriti memasing. Pesal. Blog takleh apdet pakai Blekberi ke? Gaya apdet fb macam membedil. Nak baca pun kena guna bulletproof vest. Patlima story sesaat pun buleh apdet. Heran. Pulak tu gambar main beratus sekali aplod. Heran kuasa kuda dua. Dah aku ni pulak pehal tetiba tak puas hati ngan fb orang. Wakakaka... Boring seyh.. Ramai blogger yang pada aku bagus-bagus tarafnya tapi dah lama tak apdet blog sebab busybee kat fb. Perlu aku sumbangkan nyanyi Pulanglah? ~Tak koasa!


P/S: Telefon umah aku dah tukar. Kepada kaki-kaki gayut, anda boleh mula menghubungi saya sekarang. 

Wednesday, August 25, 2010

#479 Me Vs The Lil Angel


Introducing our new team, Nik Nur Aleesya Sofea!!!! Congratulations to the happy parents. She was born thru caesarean section at 1.99kg. I'll keep things updated later. Soka! Soka! Soka! Alhamdulillah.... Adam dapat sepupu lagi!

Sunday, May 16, 2010

#404 Me Vs The Belated Gift

Menu hari ni, nasik ayam. 

Macam biasa, lepas pegi pasar, pegi tengok umah. Aku sekadar citer je la ye. Gambar takde. *terkilannya! Setakat ni, tak banyak sangat progressnya. Diorang baru nak pasang hand railing kat tangga tuh. Cermin, tingkap, pintu semua belum pasang. Ingat nak jugak ajak encik jack masuk ukur frame sliding door, ngan tingkap-tingkap. Kot-kot la kan hati merana kecairan tengok curtain yang lumayan kat tempat liburan nanti.. Tapi encik jack caras ajakan aku tadi tu sebab nampak ada indon kat atas. Pompuan pun ada siot. Wehweh, jangan buat maksiat kat umah aku weh! So, kitorg blah je la..

Pegi Carrefour macam biasa. Entah kenapa harini encik jack berperwatakan bapa penyayang aku pun tatau. Tiap kali pegi Carrefour memang la anakanda selalu tunjuk nak suruh beli toys. -Kids!... Tapi takde la kitorang layan permintaan dia setiap minggu. Minggu ni encik jack murah hati belikan anakanda a back slider ngan mini Mini. Dia cakap takpe la beli dua. Birthday anakanda aritu pun tak kasi apa. So, hepi gila la anakanda arini. Tak lepas-lepas pegang his new toys.

Tuesday, August 25, 2009

#215 Me Vs Fasting & Co.


Ekceli aku dah banyak hari terkapai-kapai nak berblogging tapi si Anak Eric nih (nama baru aku bagi kat makhluk-Tuhan-paling-seksi nih) asyik hulur buku aje paksa aku ajar dia. Time dia bermusim kerajinan nih baik aku grab this opportunity. This chance doesn't come always! Memang tak sampai hati nak buat² tak tahu sebab aku xde mood nak ajar sedangkan dia beriya² nak tahu. Keji kalu aku buat tak tahu jugak. So, aku ajar la..

Skang kat area aku nih hujan, mendung tiap hari. Memang malas la nak bawak dia keluar kat bawah nih. Air pun aku pesan suruh hubby belikan after dia balik terawih. So, agak sesak nafas jugak la Anak Eric tuh kebosanan dalam umah nih. Ngadap toys yang sama pun bosan jugak kan. So, skang adalah masa yang sesuai untuk mengajar dia dalam pada dia tak tahu nak buat apa² tu kan. Boring ajar pakai buku, ajar pakai internet pulak guna website yang ct suggest kat aku. He loves it!

Harini aku pakaikan baju upin & ipin kat dia. Dia berlagak penuh kebahagiaan je aku nengok. Sebijik macam upin ipin. Dah la kepala macam upin ipin. Gaya lari tertogel² pun macam diorang jugak. So, today he is my very Upin & Ipin. Aku siap mms kat hubby lagih. Entah² dia tak dapat.

Wah, asalnya nak selit sikit je pasal anak eric tuh. Terpanjang pulak jadinyer.. Aku nak kembali ke zaman kekanak ribena aku yang bersangkut paut dengan posa. At what age korang start posa penuh sehari? Penuh sebulan? Maybe ada yang kata seawal darjah 1 or tadika. Or? Hehe.. Aku darjah 5 baru posa penuh sebulan. *malu-malu* Alasan: Darjah 1 aku baru 11kg... Sangat kurus. Maybe that tolerates my mom untuk tak berkira dengan aku. Darjah 4 baru aku start posa penuh sehari. Itupun berapa hari jek posa penuh. The rest posa sekerat hari je. Darjah 3 aku takde memori tapi rasanya tak posa langsung kot. Sebab kecik lagih. Dan sememangnya masa aku darjah 3 tuh aku kecik. Saiznya.

Darjah 5 tuh mak aku dah start bertegas dengan aku suruh sembahyang dengan posa secara complete. Sebelum tuh memang dua² aku tak lengkap. Semenjak itulah aku posa and sembahyang penuh. Tak buat, kena marah. Hah, merasalah aku azabnye posa penuh.. Terjelepek lembik macam kain buruk. Kul 3 dah start me-layu.. Kul 7 segar bugar balik! Malam mak aku bawak pegi terawih kat masjid berhampiran. Tapi aku pegi bukan nak sembahyang sangat pun. Sebab kalu xpegi, takkan nak dok sorang² kat umah takut. Ikut je la..

Awal² pembabitan aku dalam dunia perterawihan nih aku smayang sebelah mak aku. Lama² macik² jemaah suruh aku dok saf belakang sekali budak² lain. Why on earth la diorg buat camtu sedangkan aku smayang betul². Dah kena halau tuh, aku dok belakang je la. Lama² dapat kawan baru. Lepas tuh, nawaitu pegi masjid bukan nak pegi terawih lagi dah.. Alasan: masjid tuh buat 20rakaat, penat. Sebenarnya bila dah ramai kawan, seronok ke lain la aku. Pegi masjid sebab nak tukar² kad raya! Wakakaka... Stailnyer, selit bawah sejadah kawan konon² nak buat seprais la.. Pastu nanti kawan balas kad raya guna method yang sama gak. Setiap kad raya aku akan tulis '..... sudah baca harap balas' . Hahaha... Sangat la cliche nyer.. Kecik² dulu memang dapat banyak la kad raya. Sebab diri saling mencabar sape dapat kad raya paling banyak. Bila dah tua² bersawang cam skang nih, ingat² balik bodo pulak berfikiran camtu. Nama lagi kekanak ribena!

Kat sekolah, awal Ramadhan koperasi dah start jual kad raya. Bagi aku, bulan posa sangat sinonim dengan 'bau' kad raya. Setiap kali aku tercium bau kad tak kira la birthday kad ke, congrats kad ke, aku akan segera teringat akan bulan posa. Aku sangat² kenal bau kad raya.. I missed the smell.. Skang zaman dah berubah, by post nih dah jarang orang buat. Virtual card, sms lebih diminati sekarang kan. Maybe sebab mudah dan murah. Or free. Zaman dulu, bila dah dekat nak raya aku gantung la kad² raya ke dinding, kat ranting kayu.. Oldskool sungguh! Ketika itu ofkos la dikira sangat stylish sebab semua jiran² pun gitu jugak gayanya!

Bulan puasa disambut sangat sederhana oleh kami sekeluarga. Mak aku ibu bekerja. Tak sempat nak masak bubur lambuk, ketupat sotong, nasi beriyani or whatsoever. Lagipun mak aku amalkan makan makanan sihat. Makanan berkolestrol tinggi umpama gulai, kari masak lemak memang mak aku jarang buat. Lazimnya kalu kuih mak aku lebih prefer beli dari buat. Sebab kitorg small portion, xberbaloi nak masak sendiri. Kuih yang selalu mak aku beli time posa-akok, jala mas, buah tanjung and netbat. Kadang² netbat mak aku masak sendiri sebab yang dibeli selalunya manis overdue. Camtu je la corak pemakanan kami time posa. Simple. I'm craving for netbat... *drool... sabar.. Sabtu nih nak balik kg.

Lagu raya memang wajib time² posa.. What's ur faveret? Mine, masa kecik² aku suka lagu iklan EON tuh.. Teringat la dengar lagu tu yang repeatedly berkumandang sambil main bunga api, time makan biskut melati, biskut cornflakes.. (signature cookies for raya) Starting from form 2, aku suka lagu Halaman Asmara. Sangat teringat time² prepare, spring clean umah sehari dua sebelum raya.. Satu bau lagi yang buat aku teringat suasana sehari dua nak raya nih, bau fresh cut grass yang dibakar... Hari ini, aku masih suka lagu-lagu raya dendangan artis veteran yang lebih original sifatnya. Artis zaman sekarang nih main tangkap muat aje. Orang lain buat, dia nak buat jugak. Hasilnye hampeh. Aku suka lagu M. Nasir- Satu Hari Di Hari Raya, Uji + Hail Amir, Fazidah Joned, Syarifah Aini, Ahmad Jais, Aisyah etc yang lama² tuh. Lagu Sudirman aku xminat sebab semua lagu dia sedih². Kalu kat Kelantan, hari terakhir posa dipanggil 'hari buat ketupat'. Hari buat ketupat ni lah masa kecederaan yang digunakan oleh tukang² jahit pulun siapkan order customer, tukang buat biskut xmasak nasik nak siapkan tempahan kuih raya, etc..

Bagi kami sekeluarga (sebelum aku kawin) kami gunakan masa² terakhir nih untuk sapu halaman, cuci tingkap, cuci & gantung curtain, mop lantai etc. Hari buat ketupat kat umah aku xpayah pasang tv or radio. Mulut Nik Ema akan sedia berkumandang tanpa henti! Wakakaaka.. "Teh, buat nih... Abe, buat nih..." Wah, bingitnya.. Orang ada kakak la katakan! Tiap tahun, dialah paling bising tak kira di dapur, bilik air, depan tv, dalam stor mahupun bilik orang gaji kalu ada.. Dialah yang tender buat biskut, kek mahupun italian food di hari raya.. Walaupun kekadang hasilnya amatlah dahsyat..!! Me, aku memang dari asal kejadian tak minat baking biskut mahupun kek menjelang raya. Memang bengkek jugaklah bila dipaksa Nik Ema tolong dia terap, bakar, cuci perkakas kek dia.. Polisi Nik Ema: Dia penat, orang lain kena penat jugak. (......................)

Itu yang pompuan. Yang lakinyer pulak tender supir. Bawak mem sahab yang bising itu membeli- belah barang² buat keknyer.. (walaupun barang² buat keknya kekadang hanya tersadai dalam gerobok tak terbuat akibat to-do-list bikut kek yang terlalu panjang) Takpun kena basuh keta mak aku. Keta pun nak raya jugak hokey! Lazimnye Nik Pareh akan ambik tender air gas. Berbotol² diangkutnya. Pastu balik 'rasmi'. Pagi raya pun, dialah yang tukang ngetest biskut raya sesambil isi balang biskut. Yang masuk perut dia lagi banyak dari masuk balang. Aku pasti.

Owh.. Baru aku perasan sepanjang hidup kami xpernah ambik gambar keluarga kat studio mahupun kat umah sendiri. Album kawin je ada cukup kroni. Entahlah.. Kami semua memang x sporting. Geli nak ambik sesama sendiri kot?! Hahaha.. Kekadang jeles bila pegi umah orang lain tengok ada potret keluarga terpampang kat dinding. Kami memang tidak pandai mempamerkan kasih sayang kami sesama famili kepada umum. Ayat penyedap hati. Wah.

Sekarang semua sudah berubah. Aku sudah kawin. Nik Pareh dah kawin. Mek Sa nak kawin. Masa bersama semakin kurang akibat pembahagian masa untuk keluargaku vs keluarga mertua.. Same goes to others.. Missed my single era so much. Hargailah keluarga anda.

P/S:Tiba-tiba terkenangkan citer 'Rumah Kedai' yang selalu ditayangkan masa bulan posa dulu².. Pastu citer Naik Tangga Turun Tangga.. Dulu aku follow la jugak.. Jaman itu mana ada Astro lagih kan..

Saturday, July 25, 2009

#194 Me Vs The Preps

Lepas lunch and smayang, we head to rumah bakal pengantin itu. Dia suruh aku tengok²kan hantaran dia yang dah siap tu.. Kanasai!!! Nak aku alter apa lagi kalu benda tu dah flawless and lawa giler! Very presentable. I love it. I love it. I love it. I'm loving it ;p Patut lar dia tak suruh aku buatkan hantaran dia.. Hihi. Memang jauh la grand dari yang aku buat. No hard feelings. Aku nih masih peringkat belajar meraba lagih, si peggubah hantaran dia dah memang pro. So memang cantik giler la hantaran dia. Simple tapi vaaasss!! Classy! Makan hati aku... Wahahaha... Balik umah pun asyik dok terkenang² hantaran dia.. Sweet sangat. Memang betul² closinglah mu nikah ni mek! Sorry, no pics. Tak manis nak reveal sekarang. Nanti suwey pulak pengantin hehehehe...

Wednesday, July 8, 2009

#175 Me Vs The Unhappy Meals



Tak sangka... Ni lah nasik kerabu paling sedih di dunia aku pernah buat sendiri dan makan sendiri. (memang xpenah buat sendiri pon sblm ni) Lebih 4 kali hari ni aku nangis... Sedih! Bukan sebab pedas. Rasanya tadik masa prepare bahan² dah buat dgn penuh kasih sayang.. Tapi still xdapat cover kesedihan yg menyelebungi hati kami-kami ini. Memang sedih... Mek Na siap heret tisu 3,4helai.. Aku cuma berbekalkan baju t-shirt aku jer lap hingus beserta tears.. Waaaaa... (tapi sempat lagi gelakkan satu sama lain sebab terheret emo sekali ngalahkan tgk citer hindustan) Gelak, gelak jugak. Nangis, nangis jugak.. Tak boleh tgk la Paris bagi ucapan terahir kat arwah bapak dia...!!! Aku namakan nasik kerabu hari ni - Nasik Kerabu Michael Jackson. Al-Fatihah......

Monday, July 6, 2009

#174 Me Vs Hari Bergayut!!

Maxis sungguh bermurah hati tahun ni. Aku boleh berbual sepuas-puasnya sesama Maxis number untuk hari ini(sahaja) secara PERCUMA. Wowwweeee!!! Benda yg mustahak nak kena bagitau kelmarin pun aku holdkan sampai arini baru bagitau semata² nak merasa free call. Bukan selalu boleh dapat tau.. Akibat? Mulut lenguh, tengkok terteleng, telinga yg hangus terbakar, air liur kering, anak terabai. Hoho.. Rasa macam xpercaya aku dapat free call. Tak semua orng dapat. (kawan aku xpenah dapat pun) Rasa macam nak announce kat satu dunia punyalah hepi...

Pagi ni aku pun mulalah mencari mangsa. Mangsa first aku Za, Si Budak Bachok. She's my roomate masa 1st year kat USM. Lama dah tak ikuti perkembangan dia. Kitorg bergayut for 1:16:07hrs.. Piwiiiit.. Lepas gayut terus aku cek kredit kot² aku kena scam.. Fuuuh.. Sib baik kredit aku tak berganjak.. Selamat aku terhadap suamiku.. Baru tak sampai 2minggu hubby baby aku topap. Kalu dah ternegatif kredit tu haruslah aku menikus la bila hubby balik keje nanti...(Hubby tak pernah marah setiap kali aku suruh dia topap. But it doesn't mean that I can take things for granted!)

Dah lama aku xjumpa Za. Last time jumpa dia masa dia bersalin baby girl dia tahun lepas. Sekarang bakal menantu aku tuh dah 1 tahun 3 bln pun. She told me a scary story about her daughter. Citer nih popped up lepas aku cakap aku tgh nanny-hunting untuk my lil boy. Kisahnya: Her daughter's skull retak lepas jatuh kat umah nannynya.. Hoho... Sangat mengerikan aku.. Should I continue my hunt? Takut seh... Aku dah tengok anak aku nazak sekali. And I do not wish to see it again...But at the same time jugak aku nak tgk anak aku boleh bertutur dengan cepat. Speech or life? I'll go for life perhaps.. For sure. Biarlah dia x macam anak orang lain yg dah macam anak murai bicaranya.. Asalkan aku tahu dia selamat depan mata aku. Speech? Later later la..

Lepas lunch and solat zohor, aku mencari mangsa seterusnya.. (free call kan... tak bisa ku lepaskan begitu doank) Dan aku pilih Mek Na.. Hehe.. Si Kembar Tak Seirasku! Hahaha... Actually aku dah buat epoimen beberapa hari lepas lagi yg aku nak call dia harini. Hoho... bestnyer cakap free.. Camni rupanya rasa bila boleh bergayut tanpa perlu pikir tentang kredit. Memang bestlah! (walaupun half side of myself confessed that this is truly not my style) Cakap dan cakap dan cakap sampai penat.. Aku memang selalu nak call Mek Na tapi selalu pikir pasal ongkos aje.. Kalu aku keje xkisah la nak topap 3,4kali sehari pun. So, nak call sesapa memang kena bajet² la. Only hal mustahak yg urgent baru aku akan voice call. If not, aku lebih senang sms jer. Pandai Encik Z pilih bini kan..

Mangsa seterusnya Sheela Adik Syon, roomate aku jugak ketika di USM dulu. Kira sepeket sekali la dengan si Za Budak Bachok mangsa pertama aku tadi tuh. Sesaje je aku call dia ngacau dia keje. Sebab aku tahu dia memang selalu curi tulang. Haha.. Potpet² citer pasal anak Za yg retak kepala, pasal kisah lama kat uni dulu, kisah dunia, kisah segala²nya... *sigh.... I missed my friends so terribly! Kalu cukup kitorg sepeket nih memang vibrate serumah. Entah bila boleh reunion hence everyone dah married and have their kids. Aku dgn Sheela dok sePenang nih pon dekat setahun dah tak jumpa.. Bila dia cakap nak datang umah aku je, aku kat kampung. Camtu la it happens to be. Aku pulak malas nak melintas bridge ke Island kalu xde hal mustahak. Setakat nak beli ubat gigi tuh, kat Kedai Lai Lai ni pun banyak!

Lepas gayut dengan Sheela about an hour or so, we hung up.. Aku tetiba terasa suatu rasa yg aku tak pernah rasa sekian lama. Or memang tak pernah rasa. L.E.T.I.H!!!! Tak sangka bila dapat free call macam nih mulut aku akan turn out to feel this kind of letih. Funny thing to me. Gila sukakan sangat bebenda free. Hambik!!! Selama nih tak pernah daku merasa bagaimana cuping melekat di kepala serta terasa bahangnya sebegini. Dahsyat yop! Ni aku rest kejap. Nak smayang Asar pastu nak call saper lagi ek.. Call org sama pun rasanya diorg tak kisah kot. Cuma aku la yg rasa macam tak best. Dalam phonebook aku pengguna Maxis tak ramai sangat. (dah memang kawan pun xramai) Rugi kan.. Laki aku pun pakai Maxis jugak. Tapi gilo ko apo nak bergayut telefon sebelah menyebelah? Hurrmm... Kalu ada no Fahrin Ahmad time² camni syiok jugak! *wink...

Masa berchenta dulu biasa la bergayut sampai pagi.. Guna public fon, Ring Ring Card, telefon talian tetap, telefon umah sedara, jiran dan sebagainya.. Rupanya semenjak kawin ni aku dah lama gila tak bergayut. Nak bergayut dgn sape? Hubby pun dok sekali. Sekali-sekala tu ada la kengkawan yg ala² termengigau call aku. Then sembang like no tomorrows..

Malam ni aku plan nak call Pengantin Baru Terpakai tu.. Dah siap ke belum anak sedara aku. Dulu masa aku baru² lepas nikah setiap kali aku balik je dia asyik tanya dah siap ke belum anak sedara dia. This time round, it's my turn asking you the same thing. So Nik Pareh, sila charge henfon anda secukupnya untuk malam nih.

Hoho... Tak sangka la penat mulut aku harini... Baik aku rehat kejap. Pasni sambung lagi... Sure malam ni aku tido dulu dari Adam... Gila haku culture shock dapat buat free call harini.. Hehe.. Sekurang-kurangnya aku merasa la sembang tanpa henti tanpa perlu risau kredit habis dan dimarahi hubby...

Sunday, January 18, 2009

#38 Me Vs Headache..

As been mentioned before, I am one of my bro's wedding committee..Aku dipertanggungjawabkan utk menyediakan gubahan barang² hantaran dia..So tengah fening la nih..Aku nih bukannye selalu terima jemputan ke kenduri kawin saper².. Kalu ada member² sekelas jemput pun aku xpegi sebab faktor kejauhan.. So, aku nih kiranya left out jugak la bab² trend hantaran kawin yg latest ni.. Kalu buat utk diri sendiri xper la if turn out so hudoh pun..Ni nak buat kat org kena la behave sket..Risau jugak kalau² org xpuas ati ke apa..Saper² pun nak wedding tuh once in a lifetime kan..Macam abg aku tuh, aku sendiri nak pastikan dia dapat yg terbaik utk wedding dia nih..Biar dia puas hati...In fact, this is his dream..

Da lama sebenarnya aku dapat assignment nih..Tapi biasa la aku nih..suka bertangguh-Tabiat buruk sukar dikikis nan satu semenjak sekolah rendah lagih!!Haha..Sebab tuh aku nih bukan tergolong dalam golongan scorer..hehe..(jgn la Adam mewarisi DNA buruk aku nan satu nih..bab lain xper..hihi) Semenjak balik dari KL Khamis lepas, aku mula dihambat gelabah..Panik siot..Tema xpilih lagi.. Idea pun xfikir lagih..Konpiden sgt aku nak recycle kotak hantaran bertunang aku dulu..jimat nyer pasal..Sebab nice sgt tau.Memang aku sayang..Tapi nak simpan pun buat apa jugak kan. Menyemak +collect dust je kat umah mak aku tuh. It is still in a good condition.Cuma hantaran aku 9, abg aku nih 11..Xcukup 2 seh... Ni yg aku fening nih nak cukupkan 2 lagih.. Bunyi 2 tuh macam senang jer..Aku bukan pening nak fikir nak letak apa lagi 2 bekas tuh..Pening aku nih sbb nak kena cari bunga yg sama!!Aiseh..Not an easy job okay!! tambah pulak ada small boy yg tagging along nih.. Sangat la tertekan aku nih..Barang² hantaran aku dah collect, tinggal nak gubah je la nih..

I decided to KIV about hunting the bouquet..Now in the mean time, aku kena study pasal trend² hantaran terkini..Xde la nak tiru sebijik..Sbb kan, biasanya yg aku berkenan tuh doesn't come cheap!! Aku nak dapatkan idea jer..Specially with the colours..Few days nih aku byk look thru yahoo images pasal gmbr² hantaran..Da ada idea da sket..Aritu pegi SSF pun dapat gak la input berguna.. Cuma kalu aku xjumpa² jugak bunga yg sama dgn bunga hantaran tunang aku dulu tuh, aku kena prepare back up plan la-which is kena buat yg lain from the beginning balik-which will costs more $$$... Nampak gaya plan berjimat cermat kena abort la nih... Bukan aku kedekut.Tapi kan, aku rasa baik aku salurkan sponsorship aku kat benda lain daripada kat gubahan hantaran yg berguna cuma sehari tu je..Abg aku tuh nanti akan bermastautin kat Sarawak..So baik aku bagi cash je kan..I bet he might be needing it more.Dia sendiri pun xkisah pasal gubahan nih..Terserah kat aku nak buat cane.Janji siap.

Sabtu nih nak balik kg lagi for CNY.I guess bole la tggl Adam kat mama or kakak sementara aku keluar g hunting bunga tuh..Huh, payah benar nak cari bunga nih..Macam nak givap je..Buat yg baru terus la..Tapi rugi la pulak rasa..Arrgghhh..bikin ana fening le...