Dark Fellows

Showing posts with label cooking. Show all posts
Showing posts with label cooking. Show all posts

Tuesday, September 12, 2017

#1436 Me Vs Karipap Couture

Datang angin lintang pukang nak buat karipap pulak aih. Berbelah bagi nak buat karipap biasa ke karipap pusing. Sedap makan nyer karipap pusing lah ofkos. Tapi malas lak aih nak memusing karipap. Tak larat nak tadah telinga kalu tak menjadi, jenuh anak tokei karipap pusing ni nak komplen kat aku. 
Aku buat intinya in advance. Saje, tak nak rushing and kepenatan. Katanya! Aku minat karipap inti kurma daging tapi hari ni saje buat inti kari. Terfikir nak buat karipap ni salah satunya sebab daging korban ada banyak lagi dalam freezer. Meh le kita menggelenya perabis daging tu buat inti karipap. Kalu sesaje nak buat guna daging yang beli kat pasar tu rasa macam sayang jugak.
Mek aku ni, kita punya la nak buat karipap, dia tengok aku dadukan kentang dia bagitau kata dia dah lama tak makan potato salad. Laaarrrgghhh... Kena la buat kat dia sikit. Skang ni, malas-malas pun kalu dia cakap nak makan apa-apa aku terpaksa la paksa-rela buatkan jugak. Sebab dia kan asyik takde selera makan. Sekali dia sebut, kena buat la. Kalu tak buat nanti rasa guilty pulak.
Inti aku cincai aje buat asal ada rupa. Masak pakai kaki pun, kalu buh daging banyak-banyak sure lah sedap hoi. Eh, aku masak penuh kasih sayang pakai tangan tau. Jangan nak propa aku pakai kaki pulak.
Kulit pastrinya aku guna resepi kulit karipap Azlita Masam Manis tu. Tapi macam tak logik pulak sukatan minyaknya banyak benar. Macam nak buat kulit tat pulak. Tapi dah tuan tanah habaq lagu tu, kita polow je lah. Aku kan noob hal perkaripapan ni.
Aku ni dari dulu dan selamanya tak reti nak kelim karipap. Anak tokei karipap pusing tu ajar aku banyak kali dah tapi otak tetap takleh nak capture. Makanya kali ni aku dah ready acuan karipap. Kita seal pakai acuan aje lah. Tak payah tunggu anak tokei karipap tu balik lab baru nak kelim.
Cucu tokei karipap in action. Action je la!
Macam biasa la, mek aku ni setia menemani slash harass aku kat dapur and claim this is her territory too. Kena la bagi dia buat sikit. Baru la aman dunia. 
Masalah utama karipap aku ni (heh lain macam pulak bunyinya. Mind your minds, people)sukatan minyak dia macam banyak sangat.Doh pun jadi oily la... Nak seal macam mana. Gam pakai air pun dia tak lekat. Minyak & air tak bercampur remember? Makanya semua yang dah kepit tu lama-lama jadi terbukak tersengih macam kerang busuk. Karipap. Kerang. Busuk. Hahahahahahaha... 3 perkataan ni buat otak kuning aku ni ke lain pulak hahahahaha
Masa aku mula-mula buat ni anak tokei karipap tu tak balik lab lagi. Aku ikhtiar je lah dulu cemana pun tak nak bagi mulut karipap aku ternganga. Aku dah agak dah. Kalu dia balik nanti sure dia tak approve karipap aku ni. *haih susah nak sebut karipap ni tanpa terfikir ke lain wakakakaka
Nih, dak-dak wicet meh sini mokcik nak bagitau. Nak cari boipren cari la yang MACAM anak tokei karipap nih... Balik-balik lab terus masuk dapur tolong kelim karipap. Wakakakakaka... kenapa aku stresskan perkataan MACAM tu? Sebab aku suruh korang dak-dak wicet cari yang MACAM lah, jangan cari laki aku. Jangan buat-buat tak paham pulak. Jangan macam-macam dengan mokcik ok.
Nih dak-dak wicet oi, tak yah nak cair kalu boipren bagi bunga 500 kuntum, jiwang karat berdeneitapei kat pesbuk menjanjikan bulan bintang yang manis-manis kat korang. Tengok anak tokei karipap ni, penat-penat dengan labwork ni terus balik rumah tolong bini kelim karipap. Mana nak cari cek oiiiii... *tapi kau tahan je lah telinga dia komplen karipap kau burok... Karipap ni ok, bukan karipap lain *karipap tuuuu wakakakakaka
Haaaaaaa tengok. Naisss kan kelimannya... Yang camni la nak buat laki. Boipren yang suka buat saprais beli bunga cekelat ferero roche tu dah ketinggalan. Set your aim higher ladies. Bunga cantik, tapi tak kenyang. Kecuali kau pemakan bunga *bunga telur?
Nah rupa karipap aku extended version. Pada tekak aku, sedap sangat dah. Tapi pada tekak anak tokei karipap ni, bagi dia ini karipap moden (karipap versi couture). Sebab kulit karipap ni rasa macam pie crust. Sangat rapuh. Dia maybe prefer kulit karipap yang macam katak puru tu kot. Yang traditional oldskool punya karipap tu. Sejujurnya aku pun been looking for that kind of kulit karipap. Tak sangka pulak outcomenya macam kulit tat. Hahaha... Bukan tak sedap. Sedap. Tapi bukan yang aku nak la.

Kelakar pulak entri karipap kali ni. Next time kena buat entri kerang la pulak. Wakakakaaa..

Tuesday, August 22, 2017

#1431 Me Vs Raiding Ikea

We're going to Ikea! Yayyyyy~~~~~~

Encik Jack dah inform few weeks ago. Hari ni dia ada meeting dengan supervisor dia kat UiTM Shah Alam. Dia ajak la aku, boleh la pegi Ikea. Sebut Ikea, banyak la aku boleh pikirkan in advance. Yang tak perlu pun boleh jadi ada dalam list ngehhhh.. So, aku survey hi and low pasal product apa yang aku nak beli. Harga, saiz, berat semua kena ambik kira kalu nak purchase barang, nak-nak kalu benda tu bulky in size. Muat ke tidak bonet keta. Mampu ke tidak nak usung 2 orang. Hah semua kau kena tau okay. Kang menyesal tidak berguna kat parking Ikea tu.
Demi nak berbelanja kat Ikea kononnya (macam la banyak habis ribu-ribuan nak shopping tu), aku dengan baik hati make an exceptional effort bangkit pepagi hari untuk siapkan bekal nasi lemak. At least dapat la jimat sket bajet breakfast dengan lunch hari ni. Bajet yang sepatutnya tu boleh la dump kat shopping cart Ikea nanti LOLOLOL *mesti Encik Jack terharu dengan usaha aku berkelakuan baik hati ni. ** ada chance nak overspending tanpa jelingan maut dari si dia LOL
 
Gigih okay! Siap dengan daun pisangnyer... Bekal roti-rotian untuk anak-anak andai kelaparan dalam bilik hotel menantikan Encik Jack balik meeting. Semua food supply aku dah beli siap-siap masa grocery shopping kat Tesco baru ni. Jimat sey. Kalu beli kat stesen minyak or RnR, mahal. Alololo bijaknya ini pompuan...
Sesuai dengan trip overnight hanya untuk 1 malam, kitorang packing light aje. Tak tahu hotel bajet yang kitorang duk tu nanti ada lif ke tidak. Tak kosa nak hangkut beg berat-berat kalu kena duk tingkat 5 nun! Lagipun nak bawak baju banyak-banyak buat apa, bertolak pagi ni, pagi esok dah check out. Yang paling penting, bonet kena reserve space untuk letak our bulky item nak beli kat Ikea nanti. Hohoho culture shock aku bersiap sebegini light. Bawak beg galas tu sebijik (isi kain baju aku dengan anak-anak, telekung solat) Pastu tote bag sebijik isi segala gajet, anak kunci rumah, ubat Encik Jack, pen, gula-gula, tisu basah, tisu kering, kertas yada yada). Pastu plastik bekal nasi lemak lunch tengahari ni kat hotel nanti. Owh ringkasnya! *kau banding dengan beg aku nak pegi Europe hari tu ke?
Anak encik Jack yang sorang ni, dalam keta pun nak buat aktiviti mengaler... Skema kot. Diorang memang excited nak pegi KL kali ni. Masing-masing bawak toys dan buku kesukaan masing-masing. Sebab duk hotel kot. Biar pun hotel seluas lubang hidung je pun, asal nama hotel! Kau nak duk hotel macam hotel ZTL kat Shenzhen tu tak mampu la nak oii... Kita ni kat Malaysia, bumi serba mahal!
Tiba kat hotel di Shah Alam ni around tengahari ngam-ngam masuk waktu Zohor. Yay, hotel ni ada lif. Takde la kau mereput nak panjat tangga.
Dapat kunci terus masuk bilik dan refresh. Makan-makan, solat then Encik Jack getting ready nak pegi jumpa supervisor dia. Aku dengan budak-budak rehat kat bilik je. Eh best pulak nasi lemak aku hari ni. Macam tak cukup pulak aku melantak kat hotel ni. Sambal dengan ikan bilis banyak lagi, nasi yang habis. Huh.
The kids were having their whale of time walau dalam bilik sempit ni. Haha. Enjoy je diorang. Hotel ni very convenient, dekat dengan kedai mamak, fast food, kedai runcit, 7-E, parking pun banyak. Mak suka nak. Lunch aje kitorang makan bekal kat bilik. Dinner kitorang turun order Pizza Hut. Jalan kaki je. Veeeeery convenient. Balik makan kat bilik jugak sebab Zaraa tido. 
Esoknya lepas check out, kitorang terus tuju ke Ikea Damansara. I effing lurrrrvvvvv this place. Tak nak balik rasa. Semua pun nak beli rasa. 
Masa aku pegi hari ni, banyak ruang tengah renovate. Tak banyak sangat display yang boleh aku cuci mata. Ikea ni kan, datang hari apa pun, keje mahupun cuti, tetap ramai orang.
Bila datang Ikea ni dah bawak list siap-siap, memang tak banyak buang masa la sebab dah tahu dah apa nak beli, mana nak tuju. Frust nak beli bedlinen set, tapi takde. Dalam website kata ada. Kat sini yang ada cuma quilt set. Beli jugak la quilt set je pun.
Budak-budak ni seronok benar la boleh naik troli pesen ni. Selalunya kitorang ambik troli biasa tu je, mana boleh duduk. Dah kali ni nak beli bulky item, kena guna troli ni la, tu muka hepi giler bebudak ni, penat pusing dalam Ikea kan. Okay, dah ada semua yang dalam senarai jomlah kita bayar dan blah.
Ni dia hasil beli dan blah kat Ikea tuh... Ikutkan hati nak beli sofa sekali tapi Encik Jack kata tunggu Ikea Penang bukak la. Malas nak hire personal shopper. Tak lama dah pun, maybe tahun depan siap Ikea Penang tu. Sempat la budak-budak ni nak lenjankan sofa Fella aku ni dulu. Masalahnya sofa Fella aku ni kukuh. Kainnya memang sama macam time aku beli, no tear, no discolouration at all. So how? Hahahaha... Nafsu sangat!
Apa benda bulky item yang aku beli kat Ikea tu nanti citer later.

Thursday, July 6, 2017

#1429 Me Vs 36 Kali

Happy Birthday Blog Diva!!!!!
Macam kenaaaa sangat dgn gmbr ni ;p
Hari ni aku posa lagi. Bangkit sahur dan ingatkan diri sendiri yang hari ni harijadi aku. (I'm hopeless about time and date nowadays, selalu lupa tarikh and their significance) Aku orang pertama yang wish birthday aku hari ni. Love yourself first. Once aku dah wish kat diri sendiri, then it's ok lah kalu ada orang lain yang lupa wish aku. Fortunately, semua insan kesayangan tak lupa birthday aku. Alhamdulillah and thank you everyone for your thoughts.

Dah nama pun posa, sah-sah la lemau dan sendu sepanjang hari. Hari ni ada majlis jamuan Aidifitri kat sekolah Adam. Sesambil kena sign keputusan exam. Skang ni depa tak bagi buku rekod dah. Pegi sign kat kertas simpanan cikgu aje. Result pulak, dah lama tahu sebab semua kan boleh check online aje. Pegi semata-mata nak sign tu je.

Ikutkan hati malas aku nak pegi. Kan aku posa. Baik terjelepek kat umah aje. Pastu pikir-pikir cara waras balik, kang kalu aku tak gi... Encik Jack la yang kena pegi. Buatnya cikgu komplen macam-macam pasal Adam dalam kelas tu (main masa cikgu ngajar ke, tak buat homework ke, tak bawak buku ke etc) kang ribut petir pulak kat Adam.. Sometimes aku kesian sangat kat Adam. Selalu kena marah. Dah la budak-budak lain ada gajet, dia takde.. Rasa macam kitorang ni selalu menafikan hak dia pulak. Selalu komplen slash kritik slash kutuk dia... Padahal bukan teruk sangat pun dia... Insaf..



Berdebar-debar aku nak jumpa cikgu kelas dia. Manalah tahu mimpi ngeri jadi nyata ni, nanti encik Jack tanya cikgu bilang apa sama aku, apa aku nak cakap? Cakap benda betul karang Adam jadi mangsa pulak. Kalu tipu, tak sampai hati pulak. Apa-apa hal, meh jumpa cikgu dulu. Encik Jack tunggu dalam keta je sebab takde parking. Fuuh!!! Molek sangat perancangan Allah terhadap aku hari ni.

Tiba giliran aku jumpa cikgunya... Cikgu kelas dia ajar Pendidikan Islam. Huhu... Aku kalu boleh nak jumpa cikgu Math or Science dia. Tapi dah bukan cikgu kelas dia, memang takleh nak jumpa la. So, aku pun tanya je la cane Adam dalam kelas... Cikgu kata Adam behave well. Ada la time nampak khayal tu tapi bila cikgu tanya, dia boleh jawab. Syabbas mera betha! Pastu aku citer la pasal result Math dia yang teruk tu... Ustazah kata, don't worry bukan dia sorang je dapat markah teruk macam tu. Ramai lagi classmates dia yang dapat D for Math. Ustazah kata memang ramai yang result drop sebab start tahun ni silibus lain. Cikgu-cikgu sendiri pun baru-baru je nak master. So she told me it's ok... See? Kesian Adam kitorang duk marah dia kaw-kaw pasal Math. Memang la dia tu lemah Math sejak dulu lagi... Menurun aku. Huhu. Tapi pandai English. *clap *clap*clap

Nasib baik feedback ok, takde la bad mood boss aku ni. Balik umah, sambung agenda terjelepek aku. Encik Jack tanya nak celebrate kat mana malam ni. To tell you the truth, posa-posa ni aku takde nafsu nak berjimba. Lagipun esok sekolah kan. Aku paling bosan kalu keluar makan malam, anak-anak mengantuk kat meja makan. Dah masuk their sleeping time kan. Celebrate later-later lah, weekend ni ke... Malam ni masak makan kat umah je la. Berkelakuan baik bini encik Jack tahun ni. Hadiah birthday pun tak mintak. Baru ni dia ada kata nak belanja aku makan durian kat Sunway. Tapi aku dengar gitu-gitu je... Like I said la, aku takde nafsu langsung nak keluar-keluar. 

Birthday tahun ni paling sendu dalam sejarah kot. Tahun lepas paling best sebab dapat celebrate dengan semua family aku kat kampung (birthday aku jatuh pada hari raya pertama)... Tahun ni rasa macam bukan birthday je. Maybe sebab posa kot.

Petang masa aku sibuk-sibuk nak masak for berbuka, encik Jack keluar. Aku tak suspect apa-apa la ingatkan pegi lab tutup alat eksperimen dia. Balik-balik tengok dia bawak 3 pek durian ni. Eh, ada sungguh la! Ahahaha... I'm happy. Tapi tu lah, posa-posa ni letihnya sampai nak buat muka happy pun tak lalu. Dalam hati I'm grateful for him. Walaupun... Dia beli sebab dia sendiri yang teringin nak makan! Hehe... Pun boleh lah. Sebelum berbuka, dia dulu yang rasmi durian birthday aku ni. ;p
Masa nak keluarkan bahan-bahan nak masak dari dalam fridge, tetiba ternampak eh ada kek laaaaaahhh ahahahahahaha.... Tak sangka langsung! Pandai pulak dia buat saprais kat bini dia. Oh ada kek lagi aku tahun ni. Aku pun tak terfikir langsung nak mintak-mintak kek ke apa. Yang aku tahu, aku aim nak habiskan posa ganti ni je... Hahahah.. Alhamdulillah... Tq encik Jack..
Kek feveret aku lah... Tak cakap pun aku nak kek apa. Tapi dia tahu aku suka kek ni. Kesian Adam nak kek coklat tapi daddy belikan semua flavour sama.
Tengah malam baru aku makan kek. Memang perangai aku, masa berbuka wajib makan nasik. Lepas makan nasi memang takleh nak masuk apa dah. Lepas Isyak la kalu start nak mengisi perut lagi kalu larat. Macam mana la nak gemuk kalu masuk sikit dah kenyang?
Lauk berbuka cincai aje. Masak apa yang ada dalam fridge aje. Aku ni simple je.. Nak-nak pulak aku sendiri yang kena masak. Letih-letih ni lagi la malas nak buat benda yang rumit-rumit.. So, ikut suka tukang masak lah nak masak apa. Sape nak makan, makan. Sikit pun aku tak kecik hati kalu orang tak nak makan. 
Gambar-gambar kat bawah ni aku belanja korang sebab dah berkurun tak update blog. Nak buat entry satu-satu rasa macam takde kekuatan jiwa. *saiaaa taaa kuaadddd Gambar bawah ni ada macam-macam. Tak ikut turutan masa dan tempat. Kalu nak tengok, tengok lah. Aku saje tepek sini sebab aku nak delete dari Dropbox aku yang makin penuh...
Biskut raya bila habis nih...
Bukak posa ganti... Daging black pepper.
Iftar ganti, murtabak raja 2 keping. Cukup le tu.
Pajeri nenas style Kelantan. Resepi Puan  Iron Chef.
Entah jadi ke tidak pajeri aku ni. Kan posa.
Perut air asam MIL request. Aku buat tapi tatau jadi ke tak. Posa kan.
Cucuk satay 29 Ramadhan.
Iftar 29 Ramadhan.
Juadah raya @MIL's place
How to flatlay your picture.
Nasi ayam kampung. Breakfast lepas raya @KB.
Beli mahal-mahal tapi tertipuuuu
Lepas raya masing-masing cari benda alah ni. Muak lauk raya!
Eksaited aku jumpa agar-agar kering ni. Tapi perisa dia tipuuu sangat. Tak macam dulu-dulu.
Boss IBM bagi pizza base. We make pizza.
Pisang. Tu pun tak kenal?
Iftar ganti...
Durian birthday yang tak berapa sedap we make tempoyak, ladies..