Aku baru lena about an hout or so bila dengar bunyi handphone aku. Mulanya misscall dari Nik Pareh. Aku just ignore la ingatkan dia salah tertekan ke apa. Logik jugak kan dekat kul 2 pagi nih. Then lepas tu dengar bunyi henfon lagi. Kali ni Papa pulak. At 2 o'clock in the morning???
Bila angkat je dengar suara Cik Na. Teh... Papa takdok doh... Baru je satni. Tadi dia sesak napas kat umah. Aku pun terus bagitau encik Jack yang berstatus tidur-tidur ayam ketika itu. Dia tanya aku cane. Nak bertolak terus ke. Ikut ati, ofkos la who so ever in my place mesti terasa nak terbang balik kan. Tapi kitorang baru je sampai Penang tak sampai 2 hari pun lagi. Aku no hal. Cuma risau kot-kot encik Jack la yang mengantuk nak drive ni. So aku cakap kat dia, let's go back after Subuh prayer.
Bertolak kul 4 pagi lepas encik Jack buat pengakuan terbuka takleh nak tido. Terus diajaknya aku bertolak dan-dan tu jugak. Kain baju aku dah packed just soon after getting the call. Nasib baik encik Frodo tak cranky bila aku kejut dia bangun. Terus menonong menuju ke pintu mencari selipar bila aku ajak Jom gi jalan! Bertolak time camni memang best. Mata segar bugar sepanjang jalan. Bila dah jadi camni memang sape pun takkan buleh tido dengan lena. Takleh tido langsung pun.

Kitorang singgah smayang Subuh kat Hentian Puncak Titiwangsa. Rupanya R&R ni tak bukak malam. Dah la surau underconstruction lagi. Bangunan je siap. Suis lampu pun takde lagi. Semua gelap gelemat. Nak masuk toilet, ambik wuduk pun encik Jack kena suluh pakai lampu keta. Smayang dalam gelap dengan hanya berlampukan henpon encik Jack. (nasib baik henpon dia ada torchlight) Selamba je smayang kat ruang solat lelaki sebab aku takut. Segenap tempat gelap gelita. Dah la encik Frodo meraung-raung tak nak lepas dari dukungan sebab takut gelap. So making things difficult. Dalam penuh kepayahan, kitorang berjaya jugak setel smayang. Seksa ho!
Selamat tiba ke kediaman Puan Menteri around 9.30am. Orang lain semua dah pergi ke tempat jenazah ditempatkan- Rumah agam Nik Deana, Panji. Sampai umah, terus mandi, tukar baju encik Frodo, baju aku, makan-makan lebih kurang untuk alas perut then terus chow.
Tiba di pintu hadapan rumah agam Nik Deana. Trafik masih lengang. Visitors belum sampai lagi kot. Kitorang side park kat luar je takut congested kat dalam. Karang nak pegi kubur senang nak keluar.
Lil Pocahontas syok tido..
Sebaik melangkah kaki memasuki kediaman ini, aku terus meluru menuju ke tempat jenazah. Cik Na menyambut aku dengan salaman &pelukan yang erat. Aku yang tadinya cool terus sebak dan join menangis bersama. How I can see her true love towards my late father. She loves him dearly...
Rasa tak percaya tubuh yang ditutupi kain putih ini adalah Papa..
Menyediakan persiapan untuk mengafan jenazah.
Ketika ahli keluarga mengucup jenazah, tiba giliran aku. Lepas kucup, aku lari menangis kat satu sudut... Itulah tangisan yang paling 'mencengkam' yang aku rasakan sepanjang hidup aku. Felt pain in my chest. Ketika arwah masih hidup, aku tak gunakan kesempatan untuk mengucup beliau. Bila dah takde baru sempat kucup. Memang terasa sedikit kesal di hati aku. Apa nak buat. Arwah dah tiada skang.
Orang terakhir mengucup arwah sebelum disembahyangkan.
He might 'smile', being carried by his sons and son-inlaw...
Menuju ke tanah perkuburan.
Van jenazah selamat tiba di tanah perkuburan.
Mengusung jenazah ke liang lahad.
Sedikit terkilan sebab orang-orang yang ready di tanah perkuburan mungkin tidak mengenali siapa anak siapa bukan. Alangkah lebih manis jika diberi peluang kepada anakanda-anakanda lelaki untuk menurunkan sendiri jenazah ke liang lahad. Bukankah lebih afdal begitu. Anak-anak lelaki cuma berkesempatan untuk memandikan dan mengusung sahaja. Tapi tak mengapalah. Yang penting semua yang wajib telah disempurnakan.
Ini kubur arwah nenda. Semasa hayat, arwah Papa selalu cakap kalu dia meninggal, dia nak disemadikan berhampiran kubur arwah mak dia. Alhamdulillah, tercapai jua hasrat hati arwah.
Berat hati untuk meninggalkan arwah di sini. tapi apakan daya. Yang mati kekal di sini. Yang masih hidup kena teruskan perjuangan. Teringat kata-kata MIL ketika pengkebumian arwah FIL, bila 3 langkah orang meninggalkan kubur, roh akan bangkit melihat orang-orang yang hadir berlalu pergi. Oh balik dah semua orang.... Selepas 3 langkah aku hayun, aku pandang ke belakang... Goodbye dear Papa. I will always love you. And I will be missing you.. Assalamualaikum Ya Ahlil Kuburr.
Selesai upacara pengkebumian, kitorang balik semula ke Panji untuk solat Zuhur dan makan. Oh sungguh terasa begitu asing situasi begini. Selalunya di rumah ini aku akan lihat kelibat arwah di mana-mana. Hari ini arwah tiada. Esok lusa pun aku takkan dapat lihat arwah lagi di sini atau di mana-mana.
Al-Fatihah.