Dark Fellows

Showing posts with label Joo Won. Show all posts
Showing posts with label Joo Won. Show all posts

Monday, August 13, 2012

#918 Me Vs Prepared For Raya!

Test kasut abang adam.
Dengan ini aku ingin mengumumkan bahawa kami sekeluarga dah beres persiapan raya! *Wheeeee!!!! Konon lah kan. Bila dah bayar kat cashier baru teringat petticoat tak beli lagi. Wakakakakaaa... Pelik kan, Blog Diva takde petticoat??? True! Hahahaha... Dah banyak tahun takde petticoat. Selalunya pinjam Puan Menteri punya aje. Kalu time Puan Menteri unreachable tu, pandai-pandai la pilih baju kurung yang kain dark color tak wayang kulit. Hew hew. So why this year gedik nak beli petticoat sendiri? Jawapan tak lain tak bukan sebab raya tahun ni giliran kat ILs dulu. Wakakakaka.. Takkan nak mintak pinjam dengan Nyonya Zainab kan.. (walaupun kami satu saiz)
Sorry, aku update backdated entry since I am so busy keeping up with the 1 Night 2 Days marathon. Orang IBM yang stress-stress jangan meroyan kat fesbuk, tengoklah 1 Night 2 Days. Wah promo. 
Sabtu kitorang hunting kasut raya Zaraa. First raya for her kan. (it's second actually. Tapi tahun lepas time raya umur tak sampai 40 hari lagi) Oh, aku terberkenan kat kasut ballet tu. Very nice dengan satin ribbon nyer, dengan pearls nyer... Tapi sayang takde saiz. Mek Zaraa aku ni umur je setahun. Tapi kaki saiz budak 6 bulan. Hew hew. Melepas lagi. Last week melepas kasut Mary Jane. This week melepas kasut ballet pulak. Last-last beli kasut biasa je. Tak ganas la anak aku raya tahun ni. Sebab semua orang ala-ala penat dan malas nak hunting bersungguh-sungguh. Kesian.
Lepas beli kasut Zaraa, off to kilang kerepek famous kat Butterworth. Mak aih, lemas dalam tu. Apasal tahun ni orang adalah luar biasa sekali ramainya? Last-last encik Jack keluar empty handed sebab queue panjang giler. Lain kali lah malas nak queue. Then we went to Tesco shopping tudung aku. Haha. Kesian nak pegi bazaar cari tudung, cuaca pulak adalah sangat panas dan berjerebu. Zaraa dah la tak sihat. Mommy shopping kat Tesco je lah demi sayangkan anak. Harga lebih kurang je. Kat Tesco pun dah jadi lautan manusia depan kiosk tu. Dalam supermarket kitorang tak masuk. Kat kiosk tudung tu, memang jurujual tak menang tangan. Kalu curi pun tokei tak sedar-sedar. Patut la Cik Ana box office jualan tudung raya-raya ni.

Raya tahun ni Blog Diva beli tudung chiffon. Ahahaha... Sampai encik Jack perli, pehal tahun ni sakan sangat? Jawapan yang aku berikan tanpa ragu-ragu adalah tahun lepas kan ai tak beraya.... Yep. Tahun lepas adalah sangat sedih. Raya dalam pantang. Takleh berenggang dengan baby. Takleh bertandang ke rumah orang. Takleh makan juadah raya. Takde tudung baru. Tahun ni mesti la nak ganti balik kan.
Kelmarin pulak pagi-pagi lagi turun pegi pasar and Tesco. Sebab nak parking kat depan entrance kan. Juga tak nak queue panjang dan berebut troli kan. Memang datang pagi-pagi ni sangat ease at mind la. 
Perut, air asam, kailan ikan masin, mushroom chicken
Kelmarin encik Jack mengidam nak makan perut air asam dengan popia. Gigih la Blog Diva buat. Buat sikit je sebab fridge penuh takde space nak simpan popia frozen. Gulung 9 bijik je, makanlah sampai lebam. Inti full blast. Harap hari ni tak mintak lagi. Wakakakaka...
Sleeping obsession.
Zaraa sehari dua ni memang maveles la memerap. Tak sihat kan. Asyik cranky je. Serabut tahap jingga dengan dia sorang. Adam alhamdulillah, dah makin jarang dah kitorang pukul dia. Semenjak rajin menulis dan membaca ni nampak dia behave sikit. Fully occupied kot, kuranglah masa mengusik adik. Skang ni Zaraa yang aku tengok selalu kacau Adam. Pantang tengok Adam pegang pensel, mula la tumbuh tanduk si adik ni.

Adam skang ni kalu aku tengok K-Pop secially girls band tu mesti Adam akan cakap Tak malu lah Mommy! Hahaha.. potong line mommy nak tengok Kpop Adam oi.. Tapi memang tak bagus pun kan tengok artis tak cukup kain ni depan budak-budak genius ni kan... Hahahaha..

Berita baik pasal Zaraa... Zaraa dah pandai korek hidung sejak 2 minggu lepas. Yay!!!!! Kurang dah satu tugas aku.

Tahun ni aku masih tercari-cari tat gulung. Kat kedai pun tak kelihatan. Choiiii... Apasal orang dah tak minat tat gulung ke skang? Mentang-mentang ada almond london. Choiii. I want rolled tart!!! Puan Menteri mesti tak order jugak tahun ni... Let me guess.... Mesti biskut aiskrim jugak seperti tahun-tahun sudah... T_T

1 Night 2 Days aku dah siap buffers. Bye everyone... Selamat balik kampung. Kitorang balik Rabu pagi... Have a safe journey!

Maaf Zahir & Batin...

Pyong!~~~ *addicted to this word like the way Joo Won used to say it.. pyong!~~