Skang aku aktif dok folo pasal kes pergolakan istana Kelantan. Makin ku baca pasal kes ni, my heart is getting wooed by this charming Regent. Memang patut sangat la semua -or mostly rakyat Kelantan sangat merestui jika baginda terus menerajui negeri Kelantan di masa akan datang. May Allah bless you your higness!
Dalam dok baca artikel-artikel pasal kes Tengku Faris and Tengku Fakhry tu, banyak la pulak pihak-pihak tampil menceritakan betapa humblenya this Regent. Aku suka benar citer-citer Putera berjiwa rakyat ni. Maklum la zaman orang gila kuasa skang ni, usahkan the royal, tapi datuk datin yang bukan keturunan darah kuning ni pun hangin jugak aku tengok lagaknya yang mengalahkan raja. Geli aku dengan perangai orang-orang biasa yang berlagak je lebih hanya ada berharta dan berkedudukan. Oh, sejuk hati bila teringat pasal the Regent....
Pasal baginda alim tu there's nothing new to me. Puan Menteri pernah citer, Tengku Faris is very close to Nik Aziz. Every weeks pergi berguru, belajar agama dengan the MB. Bagus, bagus, bagus. Baru kena, MB warak, The Regent pun warak jugak. Alhamdulillah.. Kalu baginda terus begini alangkah rahmatnya negeri Kelantan. Amiiiiinnn...
Dalam satu majlis solat hajat memohon kesejahteraan ayahanda baginda(correct me if i'm wrong), baginda sendiri yang imamkan sejumlah jemaah yang terdiri di kalangan rakyat jelata. Nik Aziz kat belakang saf dia. What an eye catching scene! Splendid sangat-sangat.
Pemangku Sultan skang mendiami Istana Telipot, just a few meters from the Masjid Telipot, KB. An observer mentioned in a blog saying that he (or she) saw The Regent was walking on his way to the mosque for his Subuh prayer.. Alhamdulillah, alhamdulillah.. Rakyat sendiri pun malas solat kat masjid. Tapi Pemangku Sultan yang heavy with packed schedule pun buleh lagi spent masa berjemaah kat masjid. Cair, cair...
Pergi solat Jumaat tiap minggu tuh selamba je baginda ni sempoi abis pakai jubah or sometimes dia pakai baju Melayu + kain pelikat aje. Pastu selipar capal tu.. Ahahaha... sempoi la Tuanku! Tak ubah macam orang kebanyakan aje. Maveles, maveles. Kalu bukan orang Kelantan sure tak tau pun baginda tu the royal reign. Cair, cair...
Baru ni lepas bodyguard yang kena tembak tuh dimasukkan ke wad, baginda drove sendiri pergi ziarah that poor bodyguard. Takde escort-escort nyer. Baginda ni tak ikut protokol sangat. So that senang rakyat nak dekati baginda. Cair, Cair...
Kat epot Pengkalan Chepa aritu masa baginda tiba tuh, ramai wartawan dok tunggu nak dapatkan statement dari baginda berhubung kes pelucutan jawatan pemangku Sultan tu. Ada sorang wartawan tu tanya pasal kes tu kat baginda. Dengan cutenya baginda jawab, Tokleh, Tokleh.. Kena tunggu siap dulu. Gini lah kirim salam la pada semua. Cute!!! Ahaha.. Sempat lagi Tuanku berjenaka yea... Cair, cair...
Masa ayahanda baginda berada di Hospital Mount Elizabeth tu ada sumber yang buleh dipercayai cakap, tiap kali Tengku Faris melawat ayahanda baginda tuh, baginda sewa apartment kat sana guna duit poket baginda sendiri, tak guna pun duit rakyat.. And, masa Allahyarhamah nenda baginda gering dalam wad dulu, baginda dengan Syah Reza tuh siap mintak extra bed untuk jaga nenda baginda dalam wad. Royals yang lain sekadar pergi jenguk then sembang-sembang pastu blah. Bagus kan baginda?! Cair, cair...
Bos IBM tuh dulu sangat gedik calling aku cakap Tengku Faris add fb dia. Tengku faris yang send request kat dia. Patut la terkinja-kinja benar Bos IBM tu. Yep, it's not something new. Dulu masa aku kecik-kecik, Bos IBM ada hubungan sulit dengan orang istana. (bukan Tengku Faris la!) Hubungan tu aku cakap sulit sebab payah nak explain. So, memang sulit la. Bos IBM dulu tahun 80an suka benar lepak kat istana air mata tuh (istana negeri, kubang kerian). Aku ingat lagi dulu lepas Puan Menteri balik keje selalu pegi kutip Bos IBM kat istana. Pergi pandai, balik nak kena Puan Menteri jugak pergi kutip. Hoho. So, Bos IBM banyak la jugak kenal kerabat yang stay kat kuarters istana tu. Bila Tengku Faris add fb dia tuh, mula la berbunga-bunga terharu Tengku Faris sudi mencemar duli. Bos IBM memang camtu, senang trigger emo. Kahkah!
I read somewhere, someone kat internet cakap duit elaun memangku Sultan tuh baginda titahkan supaya dibeli lembu. Banyak ekor la baginda beli. Baginda suruh disedekahkan pada masjid dan diagihkan pada rakyat-rakyat yang miskin. Of all the cows yang baginda suruh beli tuh, baginda mintak seekor aje. Itupun bukan untuk baginda makan sorang-sorang tapi untuk baginda sembelih dengan tangan baginda sendiri... MasyaAllah... Alahai, cair aku...
Itu sedikit sebanyak pengetahuan aku tentang kebagusan kriteria untuk menjadi seorang pemimpin Kelantan ni suatu ketika nanti InsyaAllah. Kalu ada salah info tu harap diperbetulkan. Wallahualam bissawab la segala kisah yang diceritakan ni. Tapi untuk segala yang baik ni apa salahnya aku percaya.
Semoga Tuanku Pemangku Sultan terus dilimpahi rahmat dan dilindungi dari segala kecelakaan. So worried bila ada plan assassination yang dirancang ke atas baginda Tengku Faris. Harap segala plan itu dapat dipatahkan. Tentang tindakan Tengku Faris mengawal ayahanda baginda yang hangat diperkatakan skang ni tak perlu la nak dikontroversikan. The Regent might has something on his mind. He knows what he's doing. Baginda lebih mengetahui apa sebenarnya yang berlaku dalam keluarga baginda. Kita orang luar ni tak payah la nak kecoh-kecoh macam kita kenal benar perangai sorang-sorang anggota keluarga di Raja tu. Aku sokong segala tindakan baginda Pemangku Sultan demi menjamin keselamatan baginda Al-Sultan Kelantan. Memang scary bila fikir pasal assassination plot tu.. Semoga dijauhkan dari kemudaratan. Amiiinn...
Aku serta rakyat-rakyat Kelantan yang lain memang takkan berfikir dua kali untuk terus menyokong baginda bagi terus memerintah negeri Kelantan yang dicintai. Dirgahayu Tuanku!
Aku serta rakyat-rakyat Kelantan yang lain memang takkan berfikir dua kali untuk terus menyokong baginda bagi terus memerintah negeri Kelantan yang dicintai. Dirgahayu Tuanku!













