Dark Fellows

Showing posts with label pregnancy. Show all posts
Showing posts with label pregnancy. Show all posts

Friday, January 20, 2017

#1399 Me Vs The Young Grandma

Kucing aku ni dah nak beranak. Dari semalam lagi dah nampak pelik. Mengiau pun lain macam aje bunyi. Restless sangat dia. Dengan kitorang-kitorang sekali gelabah. Naik-turun-naik-turun duk suruh bukak pintu bilik. Nak beranak dalam wardrobe ler tu. Kitorang dah sedia sarang tempat beranak tapi mana ler dia mau. Dalam lemari jugak la dia ndak. Kucing-kucing yang kenal semua perangai macam tu time nak beranak.

Sejak semalam lagi kejap-kejap jilat bontot dia. Dah turun air ke dia? Kesian sangat. Serba tak kena lah kalu tengok kat dia. Bunting sulung lah katakan. Macam orang la jugak. Tak pernah beranak tak tahu nak buat macam mana. Semalam masa nak naik tidur, aku suruh encik Jack kurung dia kat dapur. Ruang tamu kan ada karpet, sofa, lantai pulak kayu. Buatnya bleeding sana sini, tak ke haru nak menyental. Dirty jobs macam ni kau agak dapat kat sape? (aku ler tu) Tapi laki aku tak kurung jugak dia. Hangin mak. Takpe, aku dah ugut encik Jack, anything happen, dia kena cuci. Aku malas. 

Sepanjang malam entah berapa kali Putih ni naik turun duk cakar pintu bilik suruh kitorang bukak. Mengiau tu toksah citer la bergema satu rumah. Oh macam ni ek kucing nak beranak. Ni semua salah encik Jack. Aku tak bagi masuk rumah awal-awal tu dia kesian bagi jugak masuk. Hah, satu rumah takleh tidur duk dengar dia cakar sana sini.

Bangun pagi ni, bukak-bukak pintu bilik dia dah ada depan pintu, as expected, dah turun darah. Laaarrhhhh... Aku dah la bangun lewat pagi ni. Nak semayang lagi, nak siapkan bebudak ni lagi. Masa nak semayang tu dengar Zaraa jerit, Putih naik atas sofa, lekat darah kat situ. Waaaaaarggghhhh.... Nak marahnya kat orang yang tak dengar cakap aku semalam.... πŸ‘ΏπŸ˜ πŸ˜ 

Nak semayang macam mana ni kucing berdarah ni asyik ke sana sini... Last-last aku bukak pintu, paksa dia keluar. Laters la urus hal dia. Nak siapkan budak-budak ni dulu. Lepas semayang dia dah takde. Pegi umah owner dia la... Kesian jugak kat dia. But what to do, I have plenty of things to do this morning...

Lama tak nampak bayang dia... Ingatkan dia dah beranak. Tup-tup pukul 10 pagi dia datang. Tengok perut tak kecut lagi... Tak beranak lagi rupanya.. Bulat anak mata datang dekat aku. Tak tahu apa dia nak. Tapi duk mengiau tak berhenti la. Bagi ikan tak nak. Dedak lagi tak mau. Agaknya nak mengadu sakit kot... 

Sampai tengahari dia tak beranak-beranak jugak. Aku bawak dia pegi umah tuan dia. Tuan dia kurung dalam cage. Senang kan. Cage umah aku yang portable kecik sikit, takut dia tak selesa sempit-sempit. Aku tinggal la dia kat situ. Nanti pandai-pandai la dia beranak tu... 

Haih, tak pasal-pasal kucar-kacir 2 rumah. 

Thursday, April 11, 2013

#1013 Me Vs Adam's Progress

Baru puji anak berat dalam entri sebelum ni kan. Tuptup hari ni bangun tido pagi tadi dia demam lah pulak. Demam tumbuh geraham kot. Banyak betol geraham dia naik. Kelakar pulak tengok gigi dia naik sebarang macam tu. Tapi demam-demam pun alhamdulillah bedal nasi goreng dua kali jugak.. Haha.. Bagi jus habis. Bagi air barli habis. Susu pun minum macam biasa. Alhamdulillah... Selera masih macam biasa. Takde la aku risau sangat kan.. Bab makan tak risau, bab suhu naik turun lah yang risau. Puan Menteri dah pesan, kalu panas datang cepat sangat, bagi ubat setiap 4 jam. Baik! Selain tu, kena rajin sponge dia la. Always keep her cool. Bila rasa nak panas skit, terus jirus kepala dia... Basic lah. 
Pelapik semua dah hilang rupa paras. Tima kasih pada cik mek molek aku ni tukang gigit sampai pecah berderai. Pun begitu, aku masih mengguna pakai lagi. Beli kat IKEA kan. Tunggu IKEA bukak kat Penang baru aku buang yang ni ;p Bagus jugak tapinya pecah-pecah macam ni. Buleh disesuaikan saiz pelapik yang pecah tu dengan saiz cawan/ mug/ pinggan/ piring yang panas-panas. Hihi...
Ini gambar kelmarin. Hujan almost seharian. Seharian jugaklah diorang terperuk dalam rumah takleh nak memain beskal kat porch. Aku posa tapi kesian pulak tengok bebudak ni macam tercari-cari nak makan apa. Memanglah diorang ni tak mintak. So, aku dengan baik hati bancuhkan hot chocolate cap Tisku ni bagi diorang minum dan cicah dengan biskut cap PingPong MIL bagi. Biskut pun main passing-passing ;p ngeeee... Boleh la kan daripada takde apa-apa nak makan time sejuk-sejuk macam ni... Hasrat murni aku ni disambut baik oleh budak 2 beradik ni.
Jadual takwim berlapis-lapis kat dinding wakakaka..
Ini pulak kejadian tadi. Balik sekolah tu aku dok semayang. Dia lapar malas nak tunggu aku so dia buat sendiri. Sehari dua ni baru reti sapu coklat kat roti sendiri. Tengok lah pakai baju pun belum sempat betulkan terus capai pisau nak sapu roti. Senget-bengetlah baju seluar sampai ke petang. Baju pun terbalik. Yang depan dok belakang, yang belakang dok depan. Tiap kali pakai baju yang sama corak depan belakang macam ni, memang failed la. Hahaha... It took him almost 2 years untuk pakai seluar dengan betul (masuk setiap kaki dalam setiap lubang kaki tu). Walaupun semua progres agak lewat berbanding orang lain, aku terima je la. Bila ada peningkatan macam ni, syukurkan sahaja.  
Roti pun takde lapik pinggan apa, main parking atas tablecloth gitu aje... Adam, Adam... Hold pisau pun terbalik.. Janji, objektif nak makan chocolate spread bread tercapai tanpa perlu mintak bantuan dari sesiapa.  Lepas tengok dia berjaya buat sendiri ni aku tak lupa la puji dia. Bongok-bongok aku pun, benda basic macam ni mau ingat la. 
Adam ni dia ada cara makan dia tersendiri. Roti kena lipat macam tudung bawal zaman 2000-an tu. Lipat jadi 3 segi macam sandwich tu la. Kalu lipat jadi bentuk segiempat tepat, dia akan suruh aku lipat balik biar sampai jadi macam tudung bawal tu la. Now dah pandai buat sendiri, loh la nok makan macam mana pun. Asalkan makan. Nasi skang kureng la. Semenjak kareb dah ok ni, aku tak kisah sangat la. (sangat la tak berdisiplin ibu ini)

Ini lari tajuk sket. Pasal budak maktab aku dulu. Aku rasa ramai pun tahu dah kan bini Zamri (exco sukan maktab ke apa..aku tak ingat dah) yang meninggal lepas operate tu... Dengar citer wife dia pregnant 8 bulan gitu kot, hipertension, so doktor nak operate la untuk keluarkan baby dia. Sebelum tu elok la bini dia. Lepas operate tu terus koma. Baby ok walaupun premature. After second CTscan, doktor sahkan bini dia brain dead. 

Berapa hari aku dok teringat-ingat pasal tu. Masa aku bersalin kat Adam dulu pun aku hipertension jugak. Sampai aku tak boleh kawal bukak/tutup mata aku. Sakit sangat-sangat kepala Tuhan aje tahu. Sampai satu tahap aku kena tutup muka aku dengan kain tiap kali lalu/duduk di kawasan yang terang. Bila tak boleh kontrol sangat-sangat dah, muntah semua isi perut. Dah la baru operate. Buleh bayang tak sakit macam mana aku rasa masa tu. Kalu operate, berdehem batuk pun dah sakit. Inikan pulak muntah. Azab weii...

Bila ingat pasal bini Mat Yie (Zamri) yang meninggal sebab ni, buat aku terfikir sejenak... Betapa dekatnya aku dengan kematian masa tu.. Alhamdulillah... Allah masih panjangkan umur aku. Kalu la Allah ambik nyawa aku masa tu macam mana ye... Al-fatihah buat arwah isteri Zamri yang telah pergi. Semoga Zamri tabah menghadapi hari-hari yang mendatang. Harap dia dapat bagi sepenuh kasih sayang pada baby yang baru lahir tu. Amin. Sedih betul kan.

Sunday, July 31, 2011

#768 Me Vs The Last Unpredicted Appointment

@9.30am... tak kelihatan kelibat doktor pun.
Hari ni pegi cek perut seperti yang dijadualkan. Aku pegi dengan fikiran yang tenang tanpa sebarang spekulasi. Ntah, macam pegi dengan takde perasaan aje. Dalam hati cuma berharap agar semua baik-baik aje. Mentang-mentang 2 minggu lepas punya epoimen smooth aje kan.

Hari ni doktor semua turun klinik lewat. Ada kes berat kot kat ward sebab tu lambat turun. Kul 9.30am takde bayang doktor sorang pun yang turun. Patients sudah gelisah kejap-kejap pandang jam. Bila para perawat mau turun ni?

9.40 baru nampak sorang dua doktor pompuan lalu. Ikutkan hari ni aku nak jumpa Dr Ramli. Tetiba je dengar nombor aku dipanggil. Hampeh. Tak jumpa Dr Ramli jugak la aku mengandung kali ni. Nak bagitau doktor pompuan tu aku nak jumpa Dr Ramli, rasa tak tergamak pulak. Karang kecik pulak hati doktor pompuan tu aku tak sudi ngan dia. Belasah je la doktor pompuan tu pun.. *tapi hati terkilan jugak tak dapat jumpa Dr Ramli idaman hati itu.

Blablabla... Doktor saspek baby dah makin stop growing. Kena masuk scan kat bilik scan pulak. Scan punya scan, tengok-tengok air ketuban tinggal separuh aje. Hoh? Aku dok koya perut aku makin burgeoning aje lately nih. Ternyata koyaan semata-mata. Berat dah 2.33kg. Sonografer tuh siap tanya lagi, jantina dah tahu ke? Ahahaha... Aku pun tanya je la... Dia cakap maybe XX. Kalu tak nampak telur, buleh jadi boy buleh jadi girl. Once dah nampak telur, memang konfem boy la. Untuk baby girl, memang chances nak betul nak salah 50-50. Untuk boy lebih senang nak konfem. Tak kisah la mana-mana. *dalam hati dok mengharap dah baby girl tu.

Lepas keluar bilik scan, masuk bilik doktor pompuan tadi tu semula. Data result scan tadi dia guna untuk plot graf growth chart tu. Memang dah makin mendatar. Doktor cakap kemungkinan baby aku dah cukup 'tua', sebab tu dah tak membesar. Air ketuban pun dah sikit sebab dah makin hampir nak bersalin. Ayat puaka pun keluar la... Petang ni you masuk ward la yea. Kita takleh tunggu lama. Air ketuban dah tinggal 5.4. Paling lama pun kita buleh tunggu maybe 3 hari je. Takut baby stress/lemas. Petang ni you masuk ward, kita buat CTG then cek bukaan pintu rahim you. Kalu pintu rahim dah terbuka, kita ready untuk ke labour room terus. Kalu belum buka lagi, esok kita akan induce you. Kalu first tak jadi, kita try masuk ubat sampai 3 kali. Kalu tak jadi jugak, we opt for csec. Okay?! 

Hayo. Kena masuk wad lagi. Serik hoi masuk wad ni. Tapi nak buat cemana. *paling tak best sebab kena cek jalan la! Terus sms encik Jack bagitau current news. Kucar-kacir dia kejap. Ye lah, nak kena balik ke tunggu dulu ke cemana. Petang ni doktor nak observe dulu cemana. Belum pasti lagi nak guna plan mana untuk aku. Semua bergantung pada keadaan dan baby dalam perut ni. Hmmm... Aku cakap kat encik Jack suruh standby je la dulu. Cuti dia dah takde, nak suruh-suruh balik sesuka hati ni rugi pulak burn cuti camtu je.

Apa-apa hal pun, tengahari balik umah dulu ambik beg baby ngan kelengkapan aku masuk hostel. Haha. Sempat lagi tuh makan nasik kak wok sebelum masuk wad kul 2. Esok dah nak posa. Baik aku makan sedap-sedap. Dah beranak nanti panjang pulak list yang takleh makan. Nasib baik mulut masih berselera nak makan. Lapar pun ye. Selagi buleh makan ni, makan!
Bila semua barang mommy and baby dah siap pack, perasaan cuak pun datang lah. Paling cuak sebab nak kena cek jalan petang ni. *Ada orang suka kena cek jalan ke? Itu part bersalin yang paling aku tak suka. Sangat. Siap semua barang, sementara tunggu semua yang lain bersiap, aku posing dulu. Kihkih. Lepas ni mana tahu kecanduan kat body figure aku skang ni. Nanti rindu-rindu nak perut boroi macam ni buleh la tengok balik. Aktiviti memboroi lepas ni kan bakal dihentikan. Haha.. InsyaAllah dengan izin Allah!
Welcome drink -hot milo & karipap
Cek in (katanya!) dekat kul 3. Ward agak lengang sebab labour room HUSM tengah renovate. Depa bukak 4 bilik aje. Kes biasa-biasa depa tolak ke HKB. Sini hanya untuk kes berat-berat ngan kes anak-anak boss aje. Kahkahkah. Anak boss la konon. Wad kali ni walaupun banyak katil (tapi kosong), kelihatan seperti wad kat hospital private. Sebab tak ramai patient se-ward. *suka!
Tadi kat umah orang lain yang tolong packing kat aku. Puan Menteri, Iron Chef yang uruskan barang-barang aku. Aku sendiri dah blank. Cuak gila nak kena cek jalan petang ni. Puan Menteri la yang isi beg aku ngan kelengkapan peribadi aku sepanjang menginap kat hostel ni. Haha. See, siap kasi lapik alas meja ni apa kes aku pun tatau. Martha Stewart pun gigit jari tengok nih. Dah maklum sangat kot perangai anak pompuan dia bertaraf diva. Kahkah. Duduk wad pun nak kena kelas diva-diva jugak presentationnya. Apa la.
Aktiviti pertama dalam wad ni adalah CTG. Nurse cakap kat graf keluar banyak peak contractions. Tapi aku tak rasa sakit lagi. Nurse cakap aku pesen babil kot. Haha. Dah tak sakit tu takkan nak pura-pura sakit kot. Lepas buat CTG, datang HO laki ni yang sangat sopan orangnya. Cakap pun lembut gigi dari lidah. Sampaikan aku nak kena hulur telinga rasanya nak dengar dia cakap sepatah-sepatah. Sangat la soft spoken. Ambik darah, then acara kemuncak debaran aku -dia cakap nak cek jalan. Wuwuwuwuwu.... Tapi semua berjalan lancar. Nasib baik tak sakit. Result: Pintu rahim belum terbuka. Kan dah cakap aku tak sakit lagi!

Jiran sebelah katil aku ni doktor dari Sabah. Selamba aje fly balik dari Sabah @37 weeks. Mentang-mentang la diri sendiri doktor kan. Dia cakap naik MAS tak banyak songeh. Doktor ni kesnya overdue. Anak ke4. Semua pesen overdue. Tapi bila warded, tak sempat incude apa terus sakit perut sendiri. Petang ni pun time tengah sembang-sembang dengan aku, tetiba je dia cakap rasa macam sakit perut. Elok je doktor round ward petang tu ajak dia cek jalan, tengok-tengok dah 5cm terbuka. Wakakaka.. Sempoi abis doktor tuh. Tengah siap-siap salin baju, packing nak turun ke labour room, tengok orang hantar nasik. Sempat lagi bedal nasik sebelum turun. Haha. Salut la. Habis licin jugak dia makan tengah sakit-sakit tu.
Lauk  dinner ostel aku petang ni.
Petang time melawat, Puan Menteri ngan Iron Chef datang bawak encik Frodo. Tadi time aku nak datang cek in, dia tido kat umah ngan Bos IBM. Sempat kiss pipi dia je. Petang ni dia datang visit aku. Tapi sebok ajak nak pegi main gelongsor. Apa la.

7.30pm
Doktor jiran katil aku ni ditolak masuk dengan baby dia. Hoh! Cepatnya... Turun labour room tadi kul 5 lebih. Belum maghrib dah keluar dengan baby dah. Cepat betul progress dia dari yang tak sakit langsung masa cek in tadi sampai la siap beranak. Sungguh aku jeles dengan dia. Kalu aku mudah bersalin macam dia kan syok....
Haih... Esok posa. Cemana aku ek? Nak kena posa jugak ke? Kalu induce pun belum tentu beranak esok jugak. Kalu posa, buatnya sakit perut, kang takde tenaga pulak nak push posa-posa tu. Oh sangat banyak uncertainties la aku ni. Nak suruh encik Jack balik pun satu hal. Nak suruh balik malam ni, kalu esok tak bersalin lagi cemana? Burn sehari cuti yang nak reserve untuk gi haji tu. Kalu bertolak esok, karang kalu sakit perut tak sempat sampai dah bersalin cemana.... Hoi pening weh. Aku berserah aje lah. Nak kerah dia bertolak malam-malam buta ni risau jugak gajah banyak kat Grik tuh. Aku terima je la apa jua ketentuan Tuhan.
9.00pm
Doktor yang round ward malam ni India pompuan. Tanya aku gitu gini, then dia cakap jom masuk bilik 6, I nak cek bukaan pintu rahim you. Then aku pun cakap la, kan petang tadi dah cek? Sekali dia jawab, oh tadi tu HO yang buat. I rasa tak harap dia buat keje. Hoh! Kena seluk sekali lagi la jawabnya! Bencik!

Masuk bilik 6, doktor India tu dah tunggu aku dengan doktor pompuan Melayu yang cek perut aku kat klinik pagi tadi. Seluk punya seluk, dia tolong bukakan jalan untuk aku. Nah, dah 3cm! Sakit sebab kena seluk aje, sakit nak beranak tak rasa apa lagi. 

Doktor India tu suruh aku bagitau encik Jack, esok sebelum tengahari dia dah kena ada kat sini. Doktor nak induce + epidural aku. Eh, epidural?! Aku silap dengar kah? *Bersinar-sinar mata. Macam tahu-tahu pulak aku mendambakan epidural tu. Hihi. Pucuk dicita lah. *soka*soka!

Keluar bilik 6 tuh, sembang-sembang ngan patients lain sementara tunggu nak smayang Isyak sebelum tido. Dia pun nak kena induce jugak. So, share feeling-feeling dengan dia la malam ni. Takut seyy... Takleh nak bayang la cemana sakitnya yang orang dok war-warkan sakit teramat tuh. Semoga Allah permudahkan untuk aku. Amin.

10.40pm
Baru perasan perut aku rasa macam memulas-mulas. Tapi mild aje. Tak sakit sangat. Suasana kelat kat wad buat aku takleh tido. Why kelat? Sebab ramai yang berdengkur macam beruang malam ni. Dah la kita ni dah mula nak rasa sakit. Time sakit memang takleh tido. Time tak sakit pun asyik dengar situ sini kroh-kroh-kroh cemana nak tido. Tak sangka aku perempuan pun buleh berdengkur sehebat itu. Bisinglah! *anak boss sangat tensi. Alang-alang takleh tido tuh aku bukak mp3 surah Yassin ngan Maryam ulang-ulang. Pekdah jugak. Makin lama makin kerap sakit, makin kuat sakit. Oh macam ni la yea sakit nak bersalin. Aku tengok jam, sakit dalam 7-8 minit sekali. Aku tahan lagi. Malas nak bagitau nurse karang asyik nak cek jalan je la kejenya. Cuba bertahan dulu.

BERSAMBUNG........

Thursday, July 28, 2011

#766 Me Vs Fidyah

Mr Frodo in action. Mau goreng roti canai frozen.
Pagi ni ikut Iron Chef cek gula kat Klinik Desa Melor. Pasni nak tuju ke kediaman agam Ahli Parlimen Melor berkaitan ngan fidyah aku. Minggu depan dah nak posa kan. Fidyah belum bayar ni apa citer. Kelmarin dah suruh Ahli Parlimen Melor tanya imam Masjid Melor.

Lepas Iron Chef siap cucuk kancing gigi, kitorang terus ke kediaman agam Ahli Parlimen Melor. Belum pijak tangga lagi dah dengar suara Ahli Parlimen Melor sambut kitorang kat laman. Dia cakap imam masjid situ cakap kena bagi beras, duit-duit tak nak terima. Pulak dah. Buleh imagine tak 3-3 OKU ni nak pikul 44 cupak beras cemana? Hayooo... Disebabkan was-was dengan kata-kata imam itu, aku ambik keputusan nak tanya Ustaz Alwi, jurunikah merangkap sedara aku dulu. Meantime, aku kasi tugas kat Ahli Parlimen Melor suruh cari orang-orang yang tergolong dalam paras kemiskinan dan bersolat. Penting tu. Incase ustaz Alwi cakap sama dengan yang imam masjid melor tu cakap, aku beli je la beras then mintak tolong Ahli Parlimen Melor bagi kat individu-individu yang telah di shortlistedkan.

Sebelum balik umah Puan Menteri, kitorang singgah la umah Ustaz Alwi. Dia takde, pegi mengajar ceramah ugama kat area situ-situ jugak. Bini dia aje yang layan kitorang. Takpe, dah biasa. Potpet-potpet, bini dia cakap takpe, kasi je duit tu kat dia. Kalu nak kena agihkan pakai beras jugak, dia buleh uruskan yang selebihnya. I like this idea better. Ofkos la... Mana la larat mak-mak buyung nak heret 44 cupak beras weh. Nak cari orang miskin pulak kat mana. Anak yatim aku caras awal-awal sebab nanti bulan posa diorang lagi mewah dari kita yang tak yatim ni. Hotel-hotel berebut nak panggil diorang sahur & berbuka. Baik kasi kat fakir miskin. Pendapat aku la.

Oh banyaknya fidyah kena bayar.. Tahun ni pun takleh posa banyak hari jugak sebab bersalin. Kalu tahun depan kesihatan masih di takuk lama, berganda-ganda la kena bayar fidyah. Huhuhuhu.... Kalah gaya tokei beras la aku. Apa nak buat. Semua ni ujian dari Allah. Aku pun tak nak kalu buleh.

Itu bab fidyah. Bab zakat simpanan pun aku belum setel lagi.. Kadang-kadang alpa yang diri banyak hutang dengan Tuhan. Dok pikir hutang dunia aje. Hutang dengan Tuhan asyik terlepas pandang. Hisy... Bila dapat durian runtuh, diri rasa seronok. Sebab banyak dapat kan. Tamak dan haloba mesti datang together-gether.  Tapi diri sebenarnya lupa dalam yang banyak itu ada sedikit yang bukan hak kita yang wajib dikeluarkan. 

Wallahualam.

Tuesday, July 26, 2011

#765 Me Vs ...And The Clock Is Ticking..

Kelmarin dah masuk 37 minggu. Baby dah cukup matang I guess. Semua organ-organ dalam tubuh sudah berkembang dengan sempurna InsyaAllah... Aku dah dibolehkan bersalin bila-bila masa aje dari saat aku menaip ini.

Sebelum ni asyik dengar kawan-kawan mengeluh tentang debaran menantikan saat untuk bersalin. Sebelum ni aku belum sempat nak berdebar secara maveles. By week 33 dah kena admit kat ward. Terus stress tak patut sepanjang kat ward. Takde pulak berdebar menanti masa nak bersalin sebab tarikh operation manusia yang tetapkan. Dah ditetapkan. Just tunggu tarikh itu je la. Berdebar tang itu je la.

This time is different. Allah kasi chan aku rasa cane 'berharganya' mengharungi masa-masa dalam minggu-minggu terakhir kehamilan ni. Bila dah masuk minggu ke-37 ni, hati mula tidak keruan setiap masa. Sebab the pain will come at any time. Tiap kali nak keluar mana-mana mesti hati tertanya-tanya should I bring the bag along? Haha.. Kepoh je kan.. Padahal sakit pun belum. Koya macam keturunan wali songo, sakit je buleh terus push. Takde konsep sakit 15 minit sekali, 10 minit sekali, 5 minit sekali (bak tunjuk ajar dari Nik Pareh). Haha. Beg nak gi hospital dah siap. Tunggu sauk je anytime the sign appears.
Tengah gayut ngan Daddy. Do not disturb.
Encik Jack tiap kali bergayut dengan aku malam-malam (call free memang sodap), asyik tanya Cane, tak sakit perut lagi ke? Daddy dah tak sabar nak jumpa you la baby. Skang ni encik Jack gigih menyiapkan segala workload sebelum aku bersalin ngan sebelum raya ngan sebelum bergelar pak aji ni. Sibuknya beliau. Nak loving-loving jiwang karatz pun tak dapek la skang. *gersang**sengal***tak cukup kasih sayang. 
Duduk di bumi makanan mewah ni tiap hari makan pisang nangka. Rebus pun sodap! Memang baby keluar nanti tersengih-sengih la sebab puas hati dapat makan segala yang diidam. Pagi-pagi bedal nasik berlauk Sweet Q. (puan kaunselor, you tak beli kah nasik berlauk sebelah umah you ni). Petang-petang beli cek mek ngan goreng pisang nangka dekat Wisma. Heaven! Bila ingat nak balik Penang lepas bersalin, lepas pak aji balik Mekah nanti, hati kucar kacir. Perut pasti culture shock semula. Huhu.. Sama lah dilemma yang dibebelkan Puan Kaunselor dalam blog dia lepas balik ke tempat pemastautinan beliau itu. Semua pun pasti rasa macam tu. You get pampered here, you get all the help here, you get royal food here but however you get to leave. 

Kalaulah pintu Doaremon itu wujud!
Pesanan kepada pengikut setia siri CSIs, the next seasons akan mula ditayangkan pada penghujung September. 
CSI- 20 September 2011
CSI NY-23 September 2011
CSI Miami- 25 September 2011

Friday, July 22, 2011

#763 Me Vs My Postnatal Room

Macam aku citer dalam entry sebelum ni la, kan aku kata nak buat operation desert storm nak banteras Stuart Little habis-habisan. Petang tadi kitorang buat rush. Tapi tiada tangkapan dilakukan. No trace of them at all. Eh, pagi tadi nak smayang Subuh aku dengar bunyi dia gigit-gigit something. Tapi takde kesan apa pun. Semua barang dalam bilik masih intact. Oklah tu. Alang-alang dah operasi ni kan, aku spring clean terus la. Nak beranak tak tahu bila, anytime aje from now. Bilik baru hari ni kemas dan cuci. Nasib baik tak meletup lagi kan.

Aku tak bercadang nak hias bilik ni bertemakan pink. Walaupun yang diwar-warkan mungkin baby girl yang bakal menginap kan. Ah, semua tu sengal bagi aku. Asal pompuan nak kena pink kah? Kecik-kecik dah tanamkan pengaruh Princess Syndrome kat anak. Bila besar ngengada nak salahkan sape? Hoho. Membebel.   Takde niat nak hias-hias pun nursery room ni. Nursery katanya! Takde belon-belon tertera It's A Girl!!! atau Congrats on ur newborn princess!! Buat mudah-mudah je. Tapi sesape nak hantar bunga aku alu-alukan walau bunga tu takleh makan. Flowers can ease my stress. Patut la mat saleh suka kasi bunga kat orang sakit. I like the idea. So much.

Terfikir jugak cemana kalu nursery aku ni serba lengkap dengan peralatan baby. Ada baby's cot. Ada changing table. Ada rocking chair untuk nursing. Ada baby walkie-talkie. Ada rak buku for bedtime story telling. Kira macam orang putih la. Seronokkah? 
Berdendam ngan Nik Pareh nape dia  cat kaler gelap nih.
Lepas ni kena salin cadar kaler plain off white la kot. Tak mau corak-corak. Nanti stress aku tengok time-time tak cukup tido tuh. Cadar mesti simple. Baru tak serabut kepala aku dalam pantang nanti. Hehe. persediaan mental itu penting! Especially for someone yang memang takleh terganggu jadual tido macam aku ni. Ngehngeh. Esok-esok la selongkar kabinet cadar cari yang aku berkenan. Masalahnya kan, kalu pasang awal sangat, berdebu. Cicak berak. Stuart Little berak. Kalu tak pasang awal-awal, kang time nak beranak tu semua kelam kabut dah tak terfikir dah pasal ni. Time nak bawak balik baby ke rumah tu baru la kucar-kacir nak pasang cadar. Cadar baby pun belum bubuh kat tilam dia. Same reasons.
Beg nak gi hospital dah almost 90% siap. (tak siap-siap lagi???) Haha... Ada la 4,5 items lagi tak finalised.  Mostly dah masuk dah dalam tu. Tak cukup takpe, umah dekat je ngan hospital. Someone can run home to get it for me. Katanya. Apsal beg ni macam tak muat je aku nak isi barang. Ke aku yang yo-yo je nak mengangkut macam-macam dalam tu. Tapi rasa macam semua pun mustahak.. Hmmmmm...
Kain baju baby yang dah basuh. Nak susun dalam bakul, same reasons pasal cadar tu la. Debu, taik cicak, lipas, tikus. Potong stim betul arrr.. Semua last minute baru buleh buat. Teringin jugak nak tengok semua dah tersedia rapi. Tapi itulah. Banyak sangat halangannya... Tak berbaloi aku nak prepare awal-awal.

Barang baby dah almost cukup. Bilik pun dah cuci dan kemas. Tinggal tunggu masa nak keluarkan tuan puteri yang dinanti-nanti ni je la. Semakin hari, makin cuak aku. Tiap kali rasa pelik kat area perut dan ke bawah tu, aku mesti cemas. Dah sampai masa ke? Should I call encik Jack? Yang keluar tu air ketuban ke? Sakit perut ni sakit perut dah nak beranak ke? Camni ke rasa contractions? Dah kena pegi hospital ke? Macam-macam soalan berlegar-legar dalam fikiran. Maklum la. Benda berkaitan deria rasa ni aku sorang je la buleh tahu. Orang lain tunggu signal dari aku je. Lagi cuak.

Orang lain siap order ubat-ubatan set bersalin. Aku rilek je. Hihi. Brutal giler. Last time pantang ada la ambik set Herbanika Nona Roguy. Tak tau la perut aku sensitif sangat ke, aku yang manjakan perut sangat ke, aku perempuan sengal ke apa. Asyik cirit dan memulas-mulas perut. Terus stop. Pastu takde makan apa-apa ubat bersalin dah. Just makan tablet haruan ngan kapsul jamu sakit urat tu je. This time pun rasa macam trauma lagi  bila teringat kesan minum air herbanika tuh. Tatau la kalau Puan Menteri ada perancangan nak paksa aku minum air reneh manjakani ngan rempah ratus macam yang dia buat kat Iron Chef lepas dia keguguran 2 tahun lepas tu. Aku pahit-pahit ni degil sket tekak nak telan. Kasi kapsul aku on je.

Setakat ni macam kompiden je body aku akan baik-baik aje tanpa set bersalin tuh. Kahkah. Perasan kebal apakah aku ini. Nanti kalu sakit-sakit badan baru aku pikir apa plan kontigen yang berpadanan. Macam bagus je kaaaaann~~~~

#762 Me Vs Menanti Masa

Semalam lagi perut sebu. Nak tido pun tak selesa. Kejap rasa nak terjeluak. Kejap rasa kembung. Sangat stres mak buyung semalam. Nak mengiring tak kena. Nak terlentang pun tak kena jugak. Nak tertiarap manalah layak. Adoiii.... Seksanya... Petang kelmarin aku makan cekelat bittersweet Whittaker's tuh. Agaknya almonds dalam tu yang buat aku kekembungan sepanjang malam. *Menyesal makan.

Skang ni tiap kali aku mengadu tak sedap perut (aku tak cakap sakit perut), Puan Menteri merangkap bidan ke-7 diserang rasa panik. Sakit perut dah ke? Itu la soalan yang sering dia tanya aku tiap kali aku gosok perut dan bermuka konfius. Okey. Aku dah nak dua kali beranak tapi still tak tahu cane rasa nak beranak. Wei, mak bidan mana buleh panik. Kang lagi haru biru anak bidanan yang inesen abis macam aku ni.

Cane rasa nak beranak weh? Dulu aku mana la sakit. Hingga ke titisan darah terakhir pun aku tak sakit. (lepas operate je la kalu sakit pun) So kali ni memang saspen jugak. Semalam disebabkan aku serba tak selesa nak baring nak mengiring, Puan Menteri datang raba-raba perut aku. Kot-kot la kan buatnya dah sakit nak bersalin tapi aku ni yang bongok tak reti nak bagitau sebab ingatkan sakit-sakit biasa. Takde apa. Contraction biasa aje. Upset stomach je kot sebab makan makanan berkacang.
@Pasar Tani Pasir Tumbuh. Tunggu Puan Menteri beli jagung rebus.
Pagi tadi Iron Chef nak balik umah dia, dah lama keta antik dia kesejukan enjin kat kampung. Balik tadi nak panaskan enjin la tu. Sesambil tu singgah Pasar Tani Pasir Tumbuh shopping food and fresh fruits kat sana. Rembat pisang nangka, guava, jagung rebus ngan buah mata kucing 2kg. 

Kat pasar wakaf baru aritu lagi aku berjujuran air liur nak beli tapi Bos IBM pasti marah orang makan buah ni time dia ada. Lalu aku pendamkan saje hasrat hatiku. Skang ni Bos IBM takde, buleh la aku melantak longan ni sepuas hati... 2kg RM9. Okey la tu. Iron chef pesan, ini pesanan turun temurun dari warga-warga Thai, kalu beli fresh longan (mata kucing la) tu, kena rendam dulu dalam air for at least an hour before consuming. Sebab diorang sembur ubat awet mayat kat luar buah tu. Sebab tu nampak terik-terik. Wallahualam. For good purposes ni, ikut je la.
Harap yang dalam perut tu comel la. Tak buruk rupa macam aku.
Haha.. Ini sesambil tunggu makcik aku pegi kutip durian kat belakang umah. Sempat lagi paksa Iron Chef snap gambar aku. Kenangan la kan hari-hari terakhir aku menjadi mak buyung. Nanti pasni terkenang-kenang pulak perut kiut aku ni. Ini abaya yang mak-mak aji beli time umrah baru ni. Ada 3 helai abaya. Ini yang kedua aku baru test drive. Yang first aritu pakai masa Majlis Menyambut Menantu (bini orang kaya apal) kat umah MIL tu. Abaya aku ni takleh lawan la abaya jualan Puan Rini yang bling-bling iteeeew.. Cukup la abaya simple macam ni untuk aku. Kang kasi aku yang meriah sangat, segan pulak aku yang tak reti berjangok ni nak pakai.
Iron Chef pun nak posing sama. Baby kami dah nak sama berat. 2 minggu lepas baby aku lebih 20g aje daripada baby dia. Kuakuakua... Haiyyarkkk.... Diorang ni racing agaknya dalam perut. Baby dia besar sket takpe la sebab baby boy. Karang kalu baby girl yang lebih menyerlah sifat kegergasian tu, nampak tak syok pulak. Oh nasib baik la ada teman sesama mak buyung. Buleh la saling mengadu sakit situ sini. Tapi yang tak syoknya, semua warga umah skang ni bertaraf setara OKU... Huhu... Sorang takleh angkat berat, sorang takleh nak tunduk, sorang takleh nak drive.. Kuikuikui... Ingat sekali kelakar seram jugak.

Wuuuuuuu~~~~~~~ Rindu la kat chenta hati kat sana. Dia ada cakap nak balik weekend ni. Tapi aku suruh hold dulu. Manalah tahu kan kotnya minggu depan ke aku bersalin... Macam serba salah pulak nak gi mari ni. So, aku suruh tunggu je konfem labour sign tu dulu. Baru balik. Buatnya baru je sampai ke Penang, aku sakit perut tak ke haru nak kena drive patah balik KB semula. Rugi duit, rugi tenaga, rugi masa.

Skang ni kaki sudah sembab. Kalu ikut bidan-bidan tak bertauliah yang tengok kondisi aku ni, memasing semua bagitau ramalan yang sama - sembab means tak lama dah nak bersalin. Surut sembab tu bersalin la aku kononnya. Huhu... Saspen weh. Bukan tu je sign yang dah mula nampak. Aku skang ni aktiviti membuang pun dah makin lawas. Dulu sekali sehari aje. Now kekadang sampai 3 kali sehari. Kadang-kadang tu kerap rasa nak membuang. Tapi feel je lebih. Bila pegi toilet, feel hilang. Cemana tuh? 

Wiwi skang pun makin kerap. Pinggang pun makin lenguh. Bidan ke-7 cakap tu tanda baby dah makin ke bawah dan tengah try-try laluan baru dia. Doakan saje biar semua dipermudahkanNya. Tak perlu ulang alik ke hospital akibat false labour sign, tak perlu ulang-ulang kali check jalan (paling tak syok bab beranak), tak perlu menanggung sakit yang lama.. Tak perlu vakum, tak perlu forceps... Just a smooth labour macam SIL aku. Laki nak register pun tak sempat. Bini dah beranak kat dalam. (3 kali tak sempat masuk teman bini beranak) Seb baik sempat tolak masuk labour room je. Else, free show la kat A&E tuh. 

Bestnya kalu mudah beranak camtu kan... 

(ingat diri tu taraf wali ke semua nak senang nih...)

#761 Me Vs Stuart Little Puan Menteri

Sekarang ni Stuart Little (sebab memang kecik pun) kat umah ni makin mengganas. Selalunya kat dapur je diorang menyerang. Skang ni makin berani-berani berkeliaran kat ruang tamu bila malam menjelma. Sebelum ni aku tengok dia main sorok-sorok belakang tv aje. Malam baru ni dah berani masuk bilik aku dah. Aku tengok dengan mata aku sendiri dia menyelinap masuk melalui bawah pintu. Eh how ar? Can they shrink their body that much?
Muka aje comel. Perangai burok!
Kat dapur toksah citer la. Habis Tupperware Puan Menteri digigitnya. Despret benar nak cari makan. Sabun basuh kain, sabun mandi ketul tu, cili kering, kabinet dapur Puan Menteri habis berlubang. Cornice kat siling pun. Bila tampal, dia gigit kat tempat lain pulak. Saiko la haiwan yang satu ini. Sampah memang kena taruk dalam tong sampah, takleh biar terdedah malam-malam. Tapi tong sampah pun kena gigit jugak tu cemano? Tensi larrr.... Semua benda kena simpan elok-elok sebelum tido.

Now dah meluaskan jajahan ke bilik aku. Ingat tengahari karang nak buat operation desert storm la. Bawah katil banyak khazanah milik Iron Chef. Entah-entah habis digigit-gigit kain baju beliau dalam beg tuh. Huhu. 

Patut laaarrr.... Sepanjang aku balik ni tiap kali nak jemur kain, tengok celana kecik aku berlubang-lubang. Aiseh.. Aku dok salahkan lipas sebelum ni. Rupanya si Stuart punya angkara. Sakitnya hati. Kelmarin elok-elok je celana kecik aku tu. Tetiba nak jemur (time basuh tak perasan la sebab humban semua laundry sekaligus) tengok lubang situ sini. Buruknya!

Kaedah apa yang sesuai nak hapuskan keturunan Stuart Little ni ek? Perangkap-bila tengok ada mangsa dalam trap tuh, geli pulak nak lepas. Nak lepas kat mana? Lepas area umah ni kang dia datang lagi. Racun tikus (butir)- karang anak aku jumpa dikutip makan pulak. Bahaya. Racun cikedis-Sama jugak. Karang terjumpa dek budak ni haru biru je..

Disebabkan aku dah tengok dengan mata aku sendiri si Stuart tu menyelinap bawah pintu masuk dalam bilik aku, dah dua malam aku tido kat luar. Seram seii... Kang tengah malam tetiba dia masuk dalam comforter aku, gigit kaki aku... Takotnyeeee!!!! Dan gelinyeeeee!!!! Pagi ni masuk bilik tengok ada poop dia dua tiga bijik atas katil. Melampau. Aku nak banteras habis-habisan petang ni. Dendam giler nih. Entah-entah barang baby aku selamat ke tak kat dalam tu. Pasni nak guna sebagai bilik orang beranak cemana la... I hate rats! Oh tolonglah!!!!

Nak bela kucing pun, kucing zaman skang ni mana la layan tikus kampung busuk camni. Makan nasik pun lauk pilih-pilih. Yang terutama sekali pasal kucing ni, tak ramai yang sudi nak dok kat umah Puan Menteri ni. Sebab tuan umah selalu takde kat umah. Patah tangan pun berderat tak hengat jugak weh. Kucing mana sanggup nak dok sini walau secara kontrak sekalipun. Asyik kebulur je. Kesian.

Tolong aku fikir cara mana nak extinguish puak Stuart Little ni. Tak tahan aku. No more celana kecik menjadi mangsa ok. Sangat amarah ni.

Mak-mak buyung nak berangkat ke Pasar Tani Pasir Tumbuh. Pegi mana-mana skang ni bidan ke-7 selalunya akan ikut sekali. Takut mana-mana satu mak buyung sakit perut tiba-tiba kan. Don't play-play, Puan Menteri ada sijil perbidanan ok. Kalu setakat simple labour tuh, buleh je dia conduct sendiri. InsyaAllah. Hehe...

Ok... Jom gi pasar tani. 

Sunday, July 17, 2011

#756 Me Vs Esok Sudah Term

Nanti la aku citer dulu.

Alhamdulillah. Tak sangka pulak result turned out to be so good. Tadi pegi hospital untuk epoimen dengan perasaan yang blank. Semalam dah feeling-feeling dah ingatkan last night buleh tido dengan encik Frodo. Siap peluk-peluk, cium-cium dia time dia tido. feeling abis la kan kotnya hari ni dah kena warded. Dulu kena masuk wad secara tiba-tiba, tak sempat nak spend masa terakhir ngan encik Jack. Kali ni bila dah mampu buat prediction tuh, ofkos la aku nak pulun seberapa banyak masa dengan the love one. Kali ni encik Jack takde, encik Frodo pun jadilah.

Semalam kejap-kejap tersedar. Memang tido tak lena la sangat. Bila terjaga, aku pandang encik Frodo dengan perasaan penuh keibuan. Peh! Berpisah dengan laki ok lagi. Tapi kalu terpaksa berjauhan dengan anak ni, tak tahan woh. Walaupun kat blog aku selalu hangin kat dia, tapi hakikatnya mana buleh berpisah dengan dia.. Nyawa aku tu. Tak payah cakap pun semua orang pun tahu.

Pagi ni aku blur blank hulur buku merah kat kaunter pendaftaran O&G. Dah la carta tendangan janin tu aku tak isi pun. Malas giler nak buat. Nurse kat Klinik Desa Bukit Tengah memang check dan strict suruh isi. Tapi minggu lepas doktor HUSM ni macam tak kisah je FKC aku. Sebab tu aku ala malas-malas nak isi. Lantak la dia nak bebel pun. Aku rasa macam kompiden je anak aku gerak lebih 10kali. Nyotnyat-nyotnyat nonstop.

Masuk je bilik doktor (awal gile panggil arini. Nasib baik aku tak merewang kat luar), doktor ajak pegi scan bilik sebelah. Cek buah pinggang, dia cakap looks fine. (alhamdulillah) Tak henti-henti aku baca doa yang MIL ajar time doktor dok scan perut aku. Then ukur kepala, panjang kaki etc. Pastu estimate berat baby. Pastu cek air ketuban. Baby tadi dah 2.1kg woh. Air ketuban 10. Last week baby 1.673kg, air ketuban 8.1. Alhamdulillah... Tak terkata rasa. Tak sangka the result is so good. Aku dok bajet kalu naik berat pun dalam 100, 200 gram aje.

Timbang berat aku, naik setengah kilo je (which is normal) dari last week. Setengah kilo tu naik kat baby je la. Ok dah tu. Memang semua ikut progress dah tu. Alhamdulillah. Tak kena tahan kat wad hari ni. Weeeee!!! Buleh balik tengok encik Frodo lagi!!!! Buleh balik gomo tapai beras lagi!!! Buleh balik update blog lagi!!! Tak sia-sia aku tak kemas kain baju baby lagi. Esok genap 36 minggu. Baby dah term! Yay!!!!!! Tuhan masih bagi kesempatan untuk aku kecap kemanisan sebagai potential pregger. Syukur sangat-sangat. Aku dok bajet semua underpar hari ni. Nasib baik meleset semuanya.

Kalu orang tanya cane aku buat, I don't have the answer. Inilah yang dinamakan kuasa Tuhan. I eat, drink, sleep, pray as usual. (maybe some extra nasik berlauk, nasik kerabu, nasik bukhari, goreng pisang nangka, air kelapa muda did help a lot ;p) Mungkin berkat doa dari semua orang. Oh tengkiu for all the wishes! Aku keluar hospital  je tadi berjujukan orang bertanyakan khabar. Call, sms, fb, chat.... Telegram aje takde. Woh memang rasa macam Diva bebetul la! Tengkiu ye semua. 
Tadi dalam bilik doktor aku ambik kesempatan tanya sebanyak yang aku suka. Tanya why this and that happen. Oh macam baru je tahu yang air ketuban tu fluctuate from time to time. Doktor cakap minggu lepas maybe baby aku tak kencing sangat. Sebab tu air ketuban kurang. Kan air ketuban tu circulate dari aktiviti baby meminum air tu then kencing then minum then kencing.... Gitu la.. Bila fikir balik, adakah kerana penat + stres sebab packing barang nak pindah umah baru ni menyebabkan terkesan pada baby aku? Perhaps. Aku pun bukan pakar perbidanan. Manalah aku tahu.

Tadi doktor dah explain segala komplikasi akibat pembedahan ni. Dan dah explain apa plan bersalin terhadap aku kali ni. Puas hati la pompuan sengal nak kena kerat ni dapat segala info yang didambakan. Okeh, I changed my mind. Tak jadi nak operate. Hahaha. Pandai sungguh doktor menakut-nakutkan aku kan.

Semuanya sudah ok. Tapi tetap perlu berhati-hati. 

Sunday, July 10, 2011

#751 Me Vs Segalanya Kuterima....

I have something BIG to announce here. Kita cakap direct aje lah ye. 

I'm carrying another IUGR baby. Mimpi ngeri jadi nyata lagi. Episod hitam perlu dilalui sekali lagi. Apa mau buat. Akulah insan terpilih itu.
Berdrama jugak dia tak nak naik keta antik ni.
Breakfast pun sorang-sorang kat spital tadi.
Tadi ada epoimen untuk cek perut kat HUSM. Kali ni encik Jack tak ikut, dia kena attend the haji stuff kat Jerteh. Iron Chef ngan encik Labu Labi hantar aku ngan Puan Menteri aje tadi. Encik Frodo ikut diorang pegi pasar. Nak beli belah sebab esok nak buat solat hajat ngan doa selamat untuk mak-mak buyung ni. Puan Menteri hala ke fisio, aku hala ke O&G.

Hari ni aku rasa rilek aje nak pegi jumpa doktor. Selalunya kalu rilek, outcome adalah negatif. Kalu cuak-cuak, selalunya takde pape semua normal. Tadi bila masuk jumpa doktor, doktor ukur tinggi rahim terus dia cakap baby kecik. Terus suruh aku masuk bilik scan. Sepatutnya skang aku 34+6 weeks, tapi kalu ikut saiz baby yang scan, baru 31 weeks. Baby dah delay 3 minggu dari the normal growth. Hmmm... Aku tak terkejut. Cuma tak jangka aje. Seeing my tummy is getting burgeoning day by day, rasa macam tak logik pulak bila doktor cakap baby dah makin slow growing. Bla-bla-bla... Benda yang masuk dalam telinga adalah exactly sama macam what the doctor said time encik Frodo dulu. So, takde benda baru la bagi aku. Kali ni takde la culture shock penerimaan aku macam time Encik Frodo dulu. Sebab dah lalui kan. Aku tabahkan hati aje la.

Lepas scan dalam bilik scan tuh, masuk jumpa doktor balik. Dia tengok-tengok keputusan scan aku tadik, plot growth chart then ajak aku pegi scan bilik lain pulak. Hmmm... Ini serius (perlu bantu dia..) Sedih la pulak rasa kena harungi semua ni sorang-sorang. Nak mengadu kat encik Jack pun tak sampai hati. Dia banyak lagi hal-hal haji nak diuruskan last minute ni. Aku tahan-tahan je air mata dari mengalir. Kalu dulu time encik Frodo, memang aku nangis je depan orang pun tak hirau dah. Takde malu-malu dah weh. Rasa macam  dalam dunia kita sorang je. Beratnya dugaan.

Lepas second scan tuh, masuk bilik doktor tadi balik. So doktor cakap, growth rate baby aku slightly delayed from normal. Kalu diikutkan dari graf yang dia plot tadi tuh, menunjukkan ciri-ciri baby's growth dah makin nak mendatar. Meaning, baby akan stop growing la pasni. Last time yang aku scan kat Bukit Jambul 2 minggu lepas 1.5kg. Today baby punya weight 1.673kg. Naik sikit aje kan. One more important thing, air ketuban dah tak banyak. Kes oligo lagi. Sebijik je macam dulu. Cuma berat baby aje kali ni lebih sikit. (berat aku pun lebih jugak kali ni ngehngeh..kalu lepas beranak berat aku tak turun kan best!)

Sepatutnya TCA dua minggu sekali bila dah masuk 8 bulan kan. Tapi aku punya kes, doktor suruh datang balik Ahad depan. Dia tak nak tunggu 2 minggu sebab baby aku dah berisiko. So, minggu depan scan lagi, tengok dia plot graf cane. Kalu graf menunjukkan mendatar, doktor cakap aku kena bersalin awal. Good thing is minggu ni aku dah 35 weeks. Minggu depan dah term. So, hopefully baby sempat lahir cukup bulan la.   

Memikirkan episod berulang-alik ke hospital tengok baby kat NICU ni memang pedih hati la. Hopefully this time baby aku tak kena admitted la. Hopefully lepas lahir boleh terus bonding ngan aku. Buleh terus bf dia. Kalu kena admit pun, hopefully takde la sampai 40 hari macam encik Frodo dulu. Hopefully!

Dalam hati asyik tertanya-tanya sendiri. Dimanakah silapnya? Menurut doktor yang check aku masa peknen kat encik Frodo dulu, pemakanan bukan penyebab air ketuban aku kurang. It's naturally like that. (sebab takde leaking apa pun) Semua orang keep asking me the same question, tak makan ke? Tak cukup minum air ke? Mentang-mentang kan aku jenis takde appetite. Oh bila tahu problem air ketuban lagi this time, terbayang MIL nangis sorang-sorang dalam toilet teringatkan nasib cucu dia yang 50-50 dulu tuh. (true story ni) Terbayang wajah kecewa encik Jack bila tahu baby ada problem. Terbayang muka Puan Menteri yang memang pandai sorok emosi sebenar dia yang risau giler kat both baby and mommy. Like I've made everybody's hope down. Like I'm a somewhat defect-baby-making-machine. This is an enormous failure for me as a woman.

So far doktor tak decide lagi cane aku kena bersalin ni. Scan tadi kepala baby dah kat bawah. Ada kemungkinan aku masih boleh bersalin normal. Tapi banyak faktor kena ambik kira la. Sebab air ketuban pun kurang skang. Hopefully air ketuban can wait till next week sampai baby term. (term = 36 weeks). Encik Frodo punya kes dulu, liquor sampai 4 lebih tau. Doktor memang prolong to the max la sebab nak suruh baby term. Tapi tak sempat jugak nak tunggu 3,4 hari je lagi nak term. Liquor dah drop gila-gila, doktor takut baby stress. Sebab tuh kena operate cepat-cepat.

This time mungkin dalam seminggu dua lagi aku dah kena induce. Induce? Tak kira la normal or caesarean, memang aku kena paksa beranak awal dari EDD tuh. At some points lepas dengar doktor terangkan yang aku kena bersalin awal tuh, aku macam oh yes! Ada chan aku kena operate lagi pasni. Hahahhaha... Ketagih weh nak kena kerat lagi nih. Gilo kentang kan. Ye lah, sebelum ni aku dok cuak takut kes overdue. (takut seyy dengar citer kawan-kawan yang kena induce kes overdue tuh.. dengar-dengar macam sakit melampau) Tengok-tengok kena awalkan. Haha. Ikutlah mana-mana pun. A part of myself macam dah tak sabar nak pegang baby. Lagipun skang ni nak berjalan, nak baring semua dah makin payah. Dah macam penguin.

Segalanya kuterima. Ya. Aku pasrah aje dengan apa jua ketentuanNya. Cuma kalu ditanya perasaan aku, aku sangat devastated la dengan keupayaan diri. Rasa rendah diri sebab as a woman, I failed to be a normal pregger. Dua kali failed ok. First time dulu ingatkan nasib aku aje yang tak berapa baik diuji begitu. But this time the same story happened again, buat aku terfikir di mana silapnya dengan tubuh aku. First thing popped out of my head, adalah kata-kata terhadap diri sendiri yang berbunyi Kodinya aku... Nak hasilkan baby 2kg pun tak mampu. Nak-nak pulak hari ni kena face semua ni sorang-sorang. Dulu buleh gak ngadu, share ngan encik Jack. Now is different story. He is superbusy doing this and that. I'm not complaining. This is life.

Sebenarnya bagus jugak tahu awal-awal. Fikir positif la kan. Kalu normal, asyik tertanya-tanya bila masanya the baby wanna come out. Bila dah jadi macam ni, timeline dah tahu dah. Komfiden la kan oh 2 minggu lagi aku dah kena bersalin. oh minggu depan baby dah nak keluar. Semua orang pun buleh get ready. Takde la berada dalam uncertainty kan.

Baju baby yang baru beli baru je rendam tadi. Aku dah kena ready la barang-barang baby. Dah tahu kan kena beranak awal ni.  Apa-apa pun aku kena handle semua ni sorang la. I mean emotionally. Aku dah takleh nak burden encik Jack dengan benda remeh temeh. Dia banyak lagi nak fikir pasal haji, pasal umah, pasal cuti, everything.. Kalu doktor cakap aku kena beranak hari tu, aku beranak je la. Tak mengharap dah whether encik Jack can be by my side ke tak walaupun this might be our last baby. For this battle, I have to fight alone. Wuuuuuu~~~~~~~~~~~~

*sigh... Ingatkan Tuhan dah uji Puan Menteri macam tu, hopefully aku dipermudahkanNya bersalin. Oh rupanya ujianNya tidak berprasyarat kepada sesiapa. Aku tetap tidak lepas dari dugaanNya. This time, siapa sangka aku kena lalui semua kenangan pahit tu sekali lagi. This is the last time. To siblings, family, ILs, relatives and friends... Please respect my decision. Sebab aku yang melaluinya. Tubuh aku yang kena face semua ni. So, please do not ask for more babies from me. Cukuplah dua kali aku lalui semua ni. No more. Different people, different experience they had during pregnancies and labours. Tapi aku tetap kena syukur, Allah bagi jugak chan kat aku rasa mengandung dengan perut yang visible di mata orang kali ni. Baby pun besar sikit dari encik Frodo dulu. 

So peeps, we'll see what the doctor gonna say next week. Doakan yang terbaik for both me and baby okay?! Aku terima apa-apa pun endingnya. Cause I always believe that Allah have a brighter plans for me. Ada la tu hikmahnya. Aku aje yang tak nampak.

Sudahlah. Jangan sedih-sedih. Doakan biar semua selamat aje. Semoga baby lahir sihat, cantik rupa paras, sempurna tubuh badan dan akal fikirannya. Amin.

Monday, July 4, 2011

#746 Me Vs What I Did Today

Kelmarin satu hari tak mengemas sebab kumpul tenaga nak iron baju + seluar keje encik Jack untuk stok seminggu terus. Time aku larat ni baik buat sekaligus. Karang time lembik tu pergi keje ngan baju seluar berkedut la laki aku. Kelmarin rest la bab packing barang masuk kotak tuh. 

Harini keje-keje packing diteruskan. Sambil packing barang masuk kotak, sambil packing barang nak bawak balik bersalin nanti. Banyak pulak rasa barang nak bawak balik ni. (macam la orang lain balik bersalin lenggang kangkung tak mengangkut kain baju macam aku) Itu pun kalu nak banding dengan mommies lain, kira aku ni banyak dah caras list beli-belah barang baby. Pengorek telinga baby pun aku takde pulak sampai beli yang ada lampu... ngehngehngeh.... *ampun Mija!
Barang baby tak banyak sangat bawak balik. Sebab dah angkut sebelum ni dan plan nak sambung shopping bila balik KB nanti. Malas kan nak mengangkut turun dari tingkat 11 ni. Lagipun, mostly tinggal list barang-barang makanan kering je aku nak beli untuk bm booster tuh nanti. Beli kat sana je la. Yang banyak nak bawak balik kali ni rasa-rasa keperluan encik Frodo la. Susu aku borong sini terus. Pegi Tesco kelmarin tengok ada less. Sambar la 3 kotak terus. Sekotak belen minggu lepas belum bukak lagi. Total jadi 4 kotak la. (= 8pek susu)

Senang kan. Buat stok sebulan terus. Later nanti mesti encik Jack nak balik jugak kan jengok aku ngan anak dia. Or balik untuk bagi sokongan moral aku nak beranak. Time tu buleh top up lagi stok susu encik Frodo. Kat KB selalu tak berkebetulan untuk jumpa susu murah. Selalunya mahal la. Nak senang keje, beli sini siap-siap. 
Selain susu encik Frodo, aku bawak balik susu untuk aku ngan Puan Menteri. Anlene Gold dia ni (dalam tupperwear biru tu) kitorang beli time sambut dia dari Kuching tu la. Tak bawak balik la sekali ngan dia aritu ingatkan dia buleh ikut aku balik Penang sama. Sekali kena attend sesi fisio kat sana sampai progress dia cun. Aku angkut balik sekali la kali ni. Dok sini pun takde sape minum gak. Aku malas nak bancuh-bancuh susu tepung ni. Sebab tuh aku prefer susu kotak. Ngehngehngeh... Susu tepung kalu lama tak guna, mudah rosak. Kalu susu kotak, takde hal selagi tak bukak, selagi tak expired. 

Sample susu Anmum ngan Similac Mom tu aku dapat masa gi scan kat klinik swasta tuh. Berapa bulan dah, baru try sepeket. Pemalas betul. Muak minum susu untuk ibu mengandung ni. Aku suka santai sikit. Minum susu kotak macam-macam perisa baru best. Sebab tu kali ni peknen takde naik syeh nak beli Anmum Materna ke pebenda macam yang aku buat masa peknen kat encik Frodo dulu. Dulu ye-ye beli susu itu ini, (excited first time peknen kan...) minum memang minum sampai habis, tapi baby problem jugak. So kali ni tak nak menyungguh sangat. Buat biasa-biasa je. Time aku rajin, aku minum. *amalan aku tidak wajar dicontohi. Sila jangan tiru ye puan-puan.
Bukan aku tak tahu beli susu ni buleh redeem points dia. Tapi macam aku selalu cakap la. Aku tak suka mengumpul sampah. Ada la sekali dua aku simpan bar kod susu ni. Konon nak hantar la untuk redeem pape, sebab dengki kan SIL selalu redeem susu anak-anak dia dapat macam-macam barangan berjenama. Haha. Siot je. Pastu bila nampak semak je, aku buang! Gilos kan. Konon leceh la nak kumpul sekeping-sekeping lama-lama jadi bukit ni. Kali ni terasa macam berkobar-kobar balik nak kumpul bar kod ni. Sebab kali ni kan beli banyak sekaligus, terasa la bilangannya banyak mendadak. Kahkah. Tapi dalam hati tetap ragu-ragu dengan azam tengah tahun yang baru ni. Buatnya aku tengah naik syeh nak mengumpul, tetiba encik Frodo dah nak bercerai susu dah. Poooodaaah!!
Lagi satu, kali ni berkobar-kobar sebab dah ada tempat menarik nak simpan/kumpul bar kod ni. Kira pasni akan mendorong diri lebih komited la gitu. Takde la sepah situ satu, sini satu kan. Mentang-mentang la kan dapat purse LV yang aku sendiri pun tak pasti ori ke tidak (ada aku kesah dah dapat pree tu)... Kikiki.. So, mari kita tunggu dan lihat saje la apa hasilnya. (when come to think kan, rasa rugi pulak kotak-kotak susu yang sebelum ni aku buang camtu je. Kalu kumpul dah beratus keping agaknya... Selalu camtu la. Dah lepas baru nak menyesal huh.)
Petang ni berhasrat nak hantar curtain-curtain ihsan keluarga ni nak kasi alter kat jiran depan umah ni. Kelmarin gigih bawak measuring tape nak pegi ukur tingkap ngan sliding umah baru, (ukur dari luar je la since kunci tak dapat lagi ni), sekali tengok gate site tak bukak. So, arini gigih la laki bini ni ukur tingkap ngan sliding according to plan umah yang asal. Ukuran kat plan dalam mm, nak kena convert to inches pulak... Nasib baik calculator hp cabuk aku ni ada unit converter. Senang keje. (senang la sebab encik Jack tolong kira sama. Kalu aku sorang dengan otak dah berkarat ni mau patlima kali nak garu kepala baru dapat jawapan yang dikehendaki). Aku tak kisah sangat pasal lebar sliding tuh. Kalu terlebih or terkurang dari saiz curtain tuh, buleh ejas hook cangkuk tu je. Yang penting skang ni, tinggi kena betul. Takmau la meleret-leret ke lantai. Or worse, curtain tu jadi mini skirt bak kata Eric Leong. Tengok la cane. Aku pun takleh nak pikir lagi ni. Lagipun curtain ni temporari aje. Bila dah stabil, ada duit buleh bikin ikut ukuran yang betul nanti. *bilalah itu**rolling eyes
Kat kitchen aku skang ni memang nampak macam dapur budak U. Pinggan tinggal 2 bijik je. Mangkuk pat bijik. Periuk belanga serba 2,3 bijik. Just spare untuk guna 4,5hari ni je. Lepas aku balik konfem dapur ni tak berasap nyer. Okey la. Aku reserve sebijik la periuk just in case encik Jack nak masak megi ;p. Patut la aku takde mood nak masak skang ni. Dapur dah kosong je. Tinggal yang paling mustahak je. Semua container plastik, tupperwear, aku dah load masuk kotak. Selagi buleh buat, yang termampu aku akan buat. Kesian kat encik Jack nanti nak kena urus macam-macam sorang diri.
Semua kotak aku dah khususkan untuk satu bilik/area. Senang nanti mover datang suruh angkat masukkan  ke bilik ikut apa yang aku dah tulis kat kotak tu. Nak cari isi pun senang. Semua dah label kat kotak. Harap-harapnya la... ;p
Bubble wrap dapat free orang tak nak.
Out of all the boxes, yang ni aku paling sakit jantung sekali ni. Encik Jack cakap alang-alang dah hire mover, baik suruh diorang angkut semua. Termasuk yang ini??? Oh nooooooo!!!!! 3 set Corelle ni dah seribu lebih. Kalu pecah, gigit jari la aku. Pecah hati dah semestinya. Haiyyarkkk... Mau beli lain tarak mampu la.. Ini pun orang kasi hadiah. (5 tahun kawin tak pernah beli pinggan pun!) Tapi aku pun paham, encik Jack nak angkat kotak ni ngan sape. Berat macam gajah! Sesak napas sape yang malang kena angkat kotak ni. Aku bungkus segala glassware ni dengan bubble wrap aje. Celah-celah ruang kosong aku lapik kain pengelap. Harap tak pecah la yeop!! Tak senang hati nak beranak ni bila teringat kat 3 beradik Corelle ni tawww!!!
Bantal siap masuk plastik.
Yang ni leceh nak kena angkut satu-satu.
Ini tablecloth aku. Baru nak basuh after some 4 years tak basuh! Kahkah. Giler pemalas. Bukan pemalas, tapi bukan satu keperluan yang mencengkam jiwa. Elok dok situ nampak tak kotor tu biarlah. Jimat sabun aku. Haha. Hari ni baru terhegeh-hegeh nak rendam. Tu pun sebab nak pindah. Kalu tak pindah lagi, tak tau la bila buleh basuh ni... Ngehngehngeh.. 
Pemandangan ni yang paling aku sakit mata skali tengok. Tapi belum mampu berbuat apa-apa lagi. Haha. Tiap kali nak kemas buku-buku ni, terasa sangat lemah semangat. Sabtu ni dah nak balik. Huhu. Tu lah, buat keje last minute lagi. 

Makin hampir ke hari nak balik ni, rasa sayu je nak tinggal encik Jack sorang lama-lama kat sini. Last time bertiga kat sini ni. Lepas ni insyaAllah akan datang berempat. Bila dah berempat, payah dah nak dating-dating ngan encik Jack. Huhu...

Friday, July 1, 2011

#744 Me Vs Current Situation

I am 32/33 weeks of pregnancy. Ada blogger yang aku selalu follow blog dia tuh dah terberanak pun kelmarin. Dia sama usia kandungan dengan aku. Kelmarin bangun tido je, pecah air ketuban. Selamat la dia bersalin normal. Baby 2.1kg je, a premature one. Skang kena tahan kat NICU for monitoring. Hoho, scary aku. Dah la asyik dengar si polan tu, si polan ni terberanak tak cukup bulan. Cukuplah sekali aku lalui episod menakutkan itu. Nauzubillah!
Skang ni tiap hari macam dalam gambar kat atas la encik Frodo kerjakan perut aku. Dulu cium-cium. Skang ni suka tiup perut aku buat bunyi baby kentut. Pastu gelak-gelak.

Mengandung kali ni baru terasa macam betul-betul mengandung. Dulu kan baby sempat capai berat maksimum 1.25kg aje aku dah kena beranak @35 weeks. Skang ni baby dah melangkaui berat masa encik Frodo dilahirkan. Baru 1.5kg aku dah rasa macam segala aktiviti dah jadi slow motion. Jalan pun terhegeh-hegeh macam penguin. (tapi comel). 

Pergerakan baby tiap hari makin mengganas dalam perut aku. I can now feel the baby's elbow/ knee/ hand/ feet. Mana la aku tahu apa benda. Tapi tiap hari asyik tercongkeng je kat rusuk kiri kanan. Skang ni dah makin kerap sembang dengan dia. Kadang-kadang si  Encik Frodo kepochi tu pun join jugak membebel kat adik dia. Baru ni dia offer botol susu kat baby dalam perut aku. Tak sampai 5saat letak kat perut, dia tarik balik terus sumbat kat molot dia. Baby tokcey... (baby tak nak) dia kata. Encik Frodo skang pandai jugak drama-drama ni.

Aku perasan, tona kulit sudah kelihatan semakin keji. Under arms, perut, celah paha sudah bertukar ke warna yang tidak menarik. Oh nasib baik leher belum. Peratus keseksian diri sudah semakin merudum. Chenta hati, tolong jangan hilang selera dengan ai hokei...

Sejak minggu ni selera makin gone balik. Memang tak lalu nak makan. Tengahari buleh paksa-paksa lagi sebab memang lapar. Tapi bila malam menjelang, tatau nak makan apa. Banyak malam dah tak makan nasi. Tapi aku makan jugak roti, oats 3 in 1 tu. Agaknya sebab skip nasik 2 malam tu menyebabkan aku gastrik teruk kelmarin. Satu hari terbaring tak buat apa. Gelusil, Gaviscon semua aku hadap tapi semua tak jalan jugak. Nak mengiring, terasa kaki si kecik ni tercongkeng situ sini. Seksanya! Dari kul 10 pagi sampai ke petang aku dok berguling menahan sakit. Lunch pun sms encik Jack je mintak belikan nasik ayam sebab takleh nak bangun. Seharian kelmarin memang encik Frodo main sorang-sorang layan diri.

Letih time masuk bulan ke8 ni memang luar biasa aku rasa. Nak-nak bila aku tak lalu makan ni. I need energy but I don't have appetite to eat. Tapak kaki memang takde masa tak sakit. Pakai selipar dalam umah pun tak jadi apa jugak. Ini aku yang baby baru 1.5kg. Patut ar Ct mengomel macam-macam sebelum bersalin tu. Dia lagi la baby 3.8kg. Aku mengerti perasaan ibu-ibu perut besar. Penat weh! Nak bawak bodi pun seksa, inikan pulak nak urus anak-anak, rumahtangga, suami. Yang bekerjaya pulak, lagi aku tabik spring.

Iron Chef cakap dia nak balik sebelum aku. Elok la tu. Dia ada lalu sikit aku makan. (Guano projek nasik bukhori kito nih?) Oh, semangat pun gone. Hari ni dah 1 Julai. Bayang surat pemaju tak nampak-nampak lagi ni. Barang dah banyak yang aku packing masuk kotak. Setiap kali tengok kotak-kotak yang bersepah tu, hati sangat sayu. Kesiankan chenta hati aku la nak kena handle semua urusan pindah rumah sorang-sorang nanti kalu kunci dapat lepas aku balik kampung ni. Basuh rumah pun dia sorang, keje-keje drilling rail curtain, pasang curtain, unpack kotak pun semua dia kena buat sorang-sorang. Aku dah takleh nak tolong kalu dah termeletup. Benci kat pihak yang lambat luluskan OC tuh.

Kalu kunci dah dapat skang, aku buleh setel part aku. Curtains need to be altered. Nak ukur cemana kalu kunci belum dapat. Kalu dapat sebelum balik ni sempat la aku bawak tailor pegi ukur, pastu kasi siap-siap curtain tu kat dia. Nanti encik Jack pegi ambik dan pasang je bila siap alter. Serabut la nak tinggal balik beranak dengan macam-macam urusan pindah umah yang tak setel ni. Nak setel pun tak boleh selagi tak dapat kunci. Terkilan sangat la kalu nak habaq. Else, memang bebanan kerja menanti kepulangan aku ke rumah tu nanti dengan orang baru. Haru biru lepas beranak. 

2 hari mengemas packing barang ni buat aku jadi a bit stressful. Sebab tu gastrik datang balik kot. Huhu. Bila la buleh nak ganti puasa 3 tahun ni.  Risau weh takut mati tak sempat 'bayar' segala hutang dengan Tuhan ni.

Serabut + stres -------> gastrik + tak lalu makan

Uuuurrrrrrrrgggggghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!