Dark Fellows

Sunday, August 2, 2009

#201 Me Vs A-37hours-Day

(Keje aku dan Adam yang memang takde keje...)

Budak ini macam muka Adam kan?!

Amiiiiinn....

Jangan kacau. Saya tengah tido.

Tikar ini hitam. Tabur bedak biar putih sket -Adam.

Tido bersulamkan mimpi taichi

Tgk tv sambil korek bijih cenggini best wok!!!

Senyuman seorang yang keboringan.


Aksi mata Sailormoon.. *blink*blink*blink
Panjangnya hari ni. Macam ada 37jam dalam satu hari. Boringnya! Macam biasa la, aktiviti hujung minggu kitorg adalah menggelupur kebosanan xkemana². Nak berjalan, tak tahu nak tuju ke mana. Nak bawak budak ni, malas! So keje kitorg harini tido dan surf berganti²... Kesian adam. Takde orang yang ala² rajin nak melayan dia.. Baik aku mahupun hubby pakat buat hal masing².

Aku cuci jamban, vakum kapet, vakum sawang, lap habuk, iron baju ketua jabatan utk seminggu, kemas umah bagi mengisi masa agar tak bosan kononnya. Tapi bosan jugak! Huh!!! Takde ke babysitter nak ambik upah jaga anak aku so that aku dengan hubby boleh keluar tgk wayang? (skang banyak citer box office release kan..kan..kan..)

Argghhh... Time boring² camnih mula la fikiran aku sibuk memikirkan nak cari keje.. Huhu.. Tua² baru terhegeh² nak buat resume.. Hahaha.. Hubby cakap kat kampus Permatang Pauh tengah bina library baru. Kira pasnih komfem arr nak pakai ramai staf. Hmmm... Aku kira hubby hint aku suh cari keje la tuh. Agaknya dah malas tgk aku asyik mengabiskan duit dia wahahaha... (habis ke mana la sangat.. Aku bukannya jangok, bukan pakai kain baju mahal², tiap² bulan xpenah mintak emas berlian, never mintak pegi SPA mahupun salon..) Aku nih kira bini yang menguntungkan suami lah.. Xreti nak meminta² walaupun tak salah kalu aku nak mintak pun. Tapi hubby dah hint tuh. Aku pun cakap kat dia, "Boleh... Tapi I tanak balik kul 6!" Hahahaha... Ada ke org keje library kene balik kul 6 semata² nak tunggu ketua jabatan siap keje.. Malas aku!

Aritu masa kat Kota Bharu aku cakap kat mak aku, aku nak keje SSF tapi hubby xkasi sebab malas nak hantar ambik aku memandangkan area SSF tuh jammed pagi petang. Mak aku cakap, "Gaji berapa sen? Nak bayar pengasuh Adam berapa?" Wah, terasa cetek sungguh cita². Aku kira, keje SSF memang gaji tak banyak but I can gain experience bab² menggubah semua tuh yang aku minat giler tuh.. Mana tahu kot² in future aku boleh ambik upah gubah hantaran secara professional serta penuh serius. Tapi.... Emmm... Malas nak cakap apa. Rasa cam keji pulak diri aku. Time orang lain mengejar cari keje tempat gaji besar² dan glemer, aku pulak bercita² nak keje SSF... Sangat tak glemer..

Kesimpulannya aku sendiri tak tahu apa nak jadi dengan diri aku nih. Keje ke, tak keje ke.. Tak tahu lah aku. Nak jadi engineer yang kononnya cabang ijazah aku, rasa tak suka. Yang aku suka, overqualified pulak. Malas lah nak pikir. Bila hubby rasa cam malas giler nak tanggung aku, nanti aku pikir la.

Bosan, bosan, bosan. Bosan la jadi diri aku nih.. Bila la boleh jadi Angelina Jolie pulak.

No comments: