Dark Fellows

Tuesday, August 11, 2009

#207 Me Vs Blogging Bliss


It's 11.33pm. Laki outstation ke Shah Alam, hantar soalan exam. Anak dah knocked-out. Mama pulak da tido² ayam. Aku? I'm happily blogging with full of passion. Konon!

Tangan gatal sangat nak mengepos tapi dalam kepala takde isu nak ditepek kat sini.. Wahaha... Tapi nak jugak curi kesempatan nih. It's a golden opportunity which seldom comes to me. Siang hari nak baca online news pun kadang² tu belum sempat abis anak dah kacau. Nak baca part gossip sangat la tak senang. So, malam² buta camni, time laki takde & anak dah tido boleh la aku berjinggo di alam maya nih. Tak perlu risau esok terlambat bangun ke apa. Selalunya kalu hubby ada, dlm kepala selalu keluar info program utk esok paginyer. Contoh: Baju + seluar dia nak pakai esok dah iron ke, pagi esok nak masak apa for breakfast (last² xmasak jugak), etc... So malam ini aku yang punya!!!!

I'm quite amaze dengan blog aku (sbb dah takde orang lain lagi dah nak terkagum dgn blog aku).. Aku start blog aku sejak Oktober '08.. Time tu xde la aku bernawaitu gila kuasa nak jadi penulis blog antarabangsa cam sekarang nih. Objektif utama aku wujudkan blog ni hanya untuk lepas geram terhadap apa² jua yang terbuku di hati ini. Aku kan surirumah, pada siapa aku nak curahkan perasaan. Kalu yang bekerja, boleh la sampai kat opis je terus sosek² release tension pasal anak, pasal rumah, pasal karipap tak jadi or whatsoever.

Alahai, sakitnyer jiwa nih kekadang. Nak luah kat laki kadang² laki tak hambik pot. Zaman bercinta boleh la ko nak sembang pasal semut yang lalu time ko bergayut pun! Lepas kawin ni entah la.. telinga makin tak sempurna device or what.. Being me, memang xde tempat nak mengadu. Dok umah dengan seorang manusia tidak bercakap memang mentensionkan jiwa.. Aku cakap, dia xpaham. Dia cakap, langsung aku xpaham. So, memang communication breakdown la. Kadang² time turun buang sampah je la aku mampu cari masa, cari kebahagiaan aku sendiri. Susah, susah... Hanya aku yang paham. Kalu aku mengadu, takut diherdik pula, "Dah sape yang nak sangat dok kat umah"...... I'm speechless.. Being a housewife rupanya meletakkan diri hilang kelayakan untuk bersuara...*sigh..... kesian kat diri sendiri..

Aku pun udah lupa bagaimana, tapi nak jadi cerita aku terfollow blog ex-schoolmate aku si Gayah. Sorry Ct, aku tempting sangat nak panggil ko nama tu.. Tapi kalu ko xsuka lenkali aku tak panggil dah... hehe.. ampun! Si Ct nih, sebelum nih study medic blablabla... but finally become a stay at home mom like me.. Blog dia memberikan aku inspirasi la aku rasa. Sebelum nih aku rasa being a housewife is really an embarassing job to tell people. But after tracking her blog posts, my mind changed. Sebelum ni aku rasa rendah diri nak cakap bila orang tanya aku keje apa. Zaman sekarang nih pada pendapat aku most women jarang nak dok umah jadi surirumah. Ke ada? Ada yg tanak mybe sbb punya citarasa tinggi, takut kalu tak keje nanti xbleh pakai kain baju mahal or ikut trendy macam org lain. Me, aku tak kisah soal brand or trend. Some nak keje sebab nak sara family yg susah, some memang tak boleh dok diam kat umah nanti mati kutu. Some for immunity takut laki tinggal cari lain whatsoever. People might have their choices, their reasons..

So, lepas baca blog ct tuh baru aku sign up blog aku sendiri. Mulanya hanya untuk berkongsi tension dengan ct aje. Pada aku, hanya dia yang mengerti keluh kesah aku sebab dia pun seperti aku. Masa tu hanya aku dan dia aje la. Bila dia updates, aku komen entry dia. Bila aku post, dia pulak komen entry aku.. Dunia jam 10 aku rasa. Tak muka dia, muka aku. Pastu makin hari makin ramai yang follow blog aku. Pengikut gelap aku malas citer ah.. Kasi goosebumps aje. Aku tak kenal korang, tapi korang tahu pasal aku. Creepy! Dari berkongsi dunia jam 10 ke berkongsi satu Malaya citerku.

Biarlah takde orang cakap pun, tapi izinkan aku merasakan diri aku lebih femes dari Jebon si Anak Mat Nor itu yang setiap kali dia lambat updates jer, sure ramai yang kecoh demand new updates... Tergamak aku! Hahaha... Aku tengok, dah seribu lebih pembaca blog nih termasuk diri aku sendiri. Adoyai... Baru seribu readers pun nak bangga jugak. Hmm... Silent reader aku nih tak reti² ke nak jadi follower bermaruah?! Hihihi... Sila daftar bebetul. Setiap kali aku check visitor aku, selalu terpinga² tracking balik sape baca blog aku dari Ipoh? Sape pulak dari Puchong? Sape dari Sydney?? Menakutkan! Aku sedap je tulis hal aku dalam nih.. Ingatkan 2,3 orang je baca... Tapi rupanya!?! Wakakakaka.... Dari suka² berduka dengan ct, look what happen now... Ramai betul yang layan baca citer meroyan aku nih... Kanasai!

I'm happy. I'm blessed! Walau aku selalu diperli digelar blogger tegar, paid blogger, blogger tetap, blogger komited, tapi aku rasa blog aku makin ramai yang baca. (termasuk la hubby aku yang selalu synical kat aku perihal blogging nih..tengok² belakang aku selalu curi² baca blog aku. pandai pulak tu cover) They keep wanting for more! Errr... Aku pun camtu jugak sebenarnya on some other blogger's writing. Ternanti² entri terbaru dari orang lain. Kepada yang baru terbaca blog meroyan aku nih, selamat datang aku ucapkan... 12.30am dah ni. Sebelum mak aku bising dengan memerli dan memberikan aku berbagai gelaran blogger terlampau kat aku baik aku sign off. Sekarang!

Nite nite!!!

4 comments:

MiJa said...

mmg slalu kena perli mula2 dulu, ngn kawan ngn hubby..tp sejak quit keje lama tu,diorg plak duk tya2 aku ape dh link blog aku??haha tau pun rindu kt aku ey...hubby pulak skg ni siap suh buat entry khas dia(cth yg selangor fc & yg dia g australia tu la)..xke kelakar namanya tu?

Blog Diva said...

mija:hahaha..sama lah kita!hubby aku sokmo bila jumpa sanak sedara dok canang sambil perli kata aku nih berblogging macam keje opis. cheh! pastu baru nih snap gambar opis baru dia pastu bluetooth kat aku suh tepek kat blog aku. apa kes?!

MiJa said...

mereka itu cemburu dengan komitmen kita yang amat hebat utk berblogging.tapi aku rasa mu lagi marveles drp aku.hahaha.ayat mu amat panjang dan seronok dibaca.aku skema blogger.

Blog Diva said...

mija:konon!!! doh aku xdok medium nok menyampaikan keserabutan jiwa nih.. keno la blebei pjg² kot blog.. haha.. apo lah sangat blog aku nih.. blog mu tuh sungguh.. suko aku baco kisah² HOT MAMA on the go nih.. master mu abih bilo?!