Lepas Asar kitorg menjayakan rancangan untuk pergi beraya kat umah pakcik hubby di Padang Serai, Kedah. Dah 3kali Ahad dah asyik cakap nak pergi tapi tiap kali cakap, tiap kali tu la tak jadi pergi. Hujan la, ngantuk la, Adam tido la, dah lewat la. Those lame excuses you can think of! So, petang nih we gonna make sure plan 3kali tak jadi tuh menjadi. If not, mati la aku kena tuba kat Sheela. Ahahahaha.. Dia ajak gi open house dia arini. Tapi aku macam malas je nak pegi. Aku kasi alasan hubby ajak pegi umah uncle dia.. Sorry Sheela! Wrong timing..
Lepas bergayut dengan Nik Pareh and kembar tak se-emak dan sebapak aku tuh (kata dapat freecall burfday² ni kan), smayang dan terus ke Padang Serai. 3,4 kali pergi, 13,14kali jugak kitorg sesat. Haha.. What to do. The route are always confusing. Memang round makan angin makan buah langsat bebetul la. Ingatkan nak cancel patah balik ke umah besfren aku kat UniKL dah.. Last² minute tuh baru jumpa landmark yang paling diingati, Petronas.
Sebelum tu memang kenyang la banyak masuk buah langsat dalam perut. Belum kira mulut cursing lagi tuh. Cursing kat diri sendiri la sebab selalu lupa jalan. Nak pegi sana ada 1001 short cut. Nak pilih satu untuk dilekatkan dalam peta minda tu pun tak ingat²... Huhu.. Nampak sangat tiap kali hujung minggu tak pegi mana².. Tahu jalan nak pegi pasar dengan jalan² menuju ke hypermarket sahaja.
Ok, bila dah sampai umah tu sangat lega la. Sib baik tuan umah ada kat umah. Laki aku ni kalu berjalan tak nak calling² dulu. Kalu takde, penat je makan langsat berguni². Tapi kan, tiap kali pergi tuan umah tengah tido. Diorang keje ikut shift. Petang² selalu la tido. So, agak bersalah la jugak sebab mengganggu orang nak berehat. Tapi kalu tak pegi, rasa macam tak pandai bergaul dan sengaja tidak mahu memanjangkan hubungan kekeluargaan. Terjah la jugak tido pun. Bila lagi nak jumpa.
Macam biasa la, kalu jumpa mesti sembang² & makan². Potpet², Poksu Yah pakcik laki aku tuh ajak pegi umah Jilah, sepupu hubby kat Sg Petani. Kitorg tak pernah pegi umah dia. So, alang² ada orang nak tunjuk jalan tuh, kitorg iyakan aje. Lepas smayang maghrib, Poksu Yah belanja makan Char Koay Tiau dekat area umah dia. After that, terus bertolak ke umah Jilah.
Best betul tengok orang dah ada umah sendiri nih. Umah Jilah tu, dia beli masa promo kawasan perumahan teres setingkat harga RM80K-95K, pastu free home furnitures lagih. Kitchen kabinets, tv kabinets, sofa, katil etc... Wah, harus la aku jeles! Dengar orang cakap beli umah dapat free tv plasma pun aku dah jeles, inikan pulak dapat perabot satu umah percuma... Jeles, jeles. Bila la kitorg boleh beli umah nih. Dan bilakah this uncertainty akan berakhir dengan satu kepastian...
2 comments:
gmbr kat umah jilah takde ke?
kaklong:hehe..lupa nak ambik.lagipun umah dia sempit, nak snappy² tuh nampak sangat obviousnya kat tuan umah...
Post a Comment