Dark Fellows

Sunday, October 18, 2009

#270 Me Vs Happy Birthday My Funny Life!


Ingatkan belum rupanya dah. Hampeh.. Selamat Ulang Tahun yang pertama aku ucapkan kat blog aku sendiri. Aku takde teringin nak buat giveaway ke apa. Malas buat benda sama cam orang lain buat. Dah setahun rupanya aku merapu kat sini. Dulu, mangsa aku Siti Rohana sorang aje. Skang nih, Ct dah entah ke mana. Orang lain yang aku tak tahu asal usul pulak yang kerap bertandang. Takpe, takpe.. Lagi ramai orang kita kenal, lagi bagus. Tapi kan, lagi ramai yang kenal aku, lagi ramai aku tak kenal diorang lagi la berdiri bulu roma aku. Kot² orang kat kondo aku ni ke terbaca blog aku, dia tahu je segala aktiviti aku. Selisih dalam lif kot² dia senyum kat aku sebab dia selalu baca blog aku... Barenaked rasanya! Ahaha... Tau takut!

Pedulikan segala rasa paranoid tersebut. Positifnya, aku rasa sangat terharu dan gembira andainya semua yang drop by to read my entries nih rasa terhibur dengan segala 'rapuan' aku. Dapat pahala kot menggembirakan hati orang. Ye ke?! Ahaha.. Aku tahu, tak semua entri aku orang lain baca dan rasa terhibur. Ada gak yang tersinggung kan. So, aku mintak sorry bebanyak la. Sure ada nyer! Kuasa veto dalam blog nih sape lagi yang layak guna kalau bukan aku. Pree pulak tuh. Harus la aku guna. Belasah perasaan orang lain yang tak jaga perasaan aku. Mulut pulak baka kacukan gampang.. Memang gampang la produknya! (anak aku seksok cemana la tahap kelazeran dia yek? I wonder..)

Skang nih termasuk entri ini, aku dah berjaya mengepost sebanyak 270 entries. Mungkin tak sesedikit atau sesebanyak entries orang lain. Aku pernah terfikir untuk mengepost up to 300 posts then I wanna quit blogging. Mungkin quit blog ni then sign up blog lain or who knows I quit blogging for good. Takpun, aku teruskan usaha murni aku merapu demi menghiburkan hati pengikut² gelapku. Takpun, I just fly under radar, jadi pengikut gelap orang lain pulak. Wakakaka.. Padan muka! Tengok la petisyen yang keluar tu requestnya berbunyi cemana. Ahaha.. Macam la blog aku ni setaraf citer Despret Haswaif yang kalu nak diterminatekan siarannya, penggemarnya akan mengadakan bantahan beramai² dengan cara berbaring di rel ketapi! Masyuknya khayalan aku..

Aku takde idea nak mengarang.. (ayat ini tidak sesuai berada di perenggan ke4).. Masak harini pun lauk biasa aje. Tapi ada ikan singgang, petai ngan budu. Takde idea nak masak lauk menarik.

Pernah tengok orang bawak hantaran kawin junjung cam aci jual kacang putih? Aku pernah.


Selamat Hari Deepavali.

12 comments:

Anonymous said...

mek teh..dont la resign!
best baco rapuan mu..best tgk gambar2 adam hehehe
cannot cannot stop! semua nak tau perkembangan u all tau! hehhehe adam kyusuknye naik keto..
-kakak-

niSamiR said...

hahaha..mu nak resign mek teh??muahahaha...acu try test nengokkk...jaminggg mu byk lagi idea2 merapuu tuhss...haha

Blog Diva said...

kakak:mung pun buat la blog getek. sure adam nok tahu perkembangan, luahan isi hati che long dio pulok.asyik baco hok mommy jah..

nisa:aikkk??!!takkei la mung pun nok bantah aku quit blogging??ahahaha...tensen benar nga kijo mu napok?! *LOL

Anonymous said...

erkk cik long buto IT la adam...
suh mummy ajar cik long :-pppppppp

nok wak la..dok koya nok wak 3 kakakka
1 pun tok reti lagi ni..
-Kakak-

Cikgi Diva :-) said...

hehe mu nok quit? hahahha....acu tera ata notis dlu...tgk boh (aku la tuh) accept ke dok *LOL*

Blog Diva said...

nadim:notihs tuh nok ata mmano?aku nok ata nih ;p

jie @ azie said...

heppi besday to My Funny Life.. tera la quit blogging kalu nok tahu ado mogok ko dok, hahaha

Blog Diva said...

jie:kedengaran seperti ugutan tuh.

jie @ azie said...

teh, xdok la ugutan cuma jange la quit nnti aku tok tahu nok baco blog sapo, hehehe

Blog Diva said...

jie:cheh!ingat ko bakpo...stakat nok baco blog tuh, blanar lagi blog oghe lain hok best².

jie @ azie said...

teh, aku tok suke follow blog ore hok aku tok kenal, hahaha (pelik ko perangai aku eh) setakat blog hopping jah .. suke follow blog member2 jah.

Blog Diva said...

jie:pah, aku nih mu kenal sangat la? wah, terharunyer...