Dark Fellows

Sunday, October 4, 2009

#257 Me Vs Outdoor With Daddy


Aku paksa hubby bawak adam turun dengan beskalnya.. Paksa. For the child's sake. Selalunya aku aje yang bawak turun dia. Aku nak, bila dia besar nanti ada la perkara² yang buat dia bangga dapat habiskan masa² lelaki dengan daddy nyer. Ada la kenangan manis dengan daddy untuk dia kongsi²kan dengan kawan² dia nanti. Have you ever thinking the way I am? Kadang² kita lupa, anak tu pun ada perasaan. Dia pun nak merasa spend masa with each of his parents. Asyik keluar dengan si ibu yang hanya tahu pasal dunia perempuan, dia nak jugak keluar dengan si ayah yang lebih paham tentang apa yang lelaki minat. Baru balance. Apa² pun, kesiankan aje si kecik tu. Anak kucing lagikan kalu dikurung dalam cage pun tahu mengiau keboringan. Kalu anak orang, lagi la.

Basikal hadiah dari Tokki nih dah berkurun kat umah. Sebelum nih dia pandai tolak² aje. Semenjak 2 menjak nih aje dia baru nak menjinakkan diri mengayuh. Mungkin jeles kot tengok kat playground bawah ni budak² lain at his age ramai yang dah boleh berbasikal sedangkan dia belum lagi. Kan ada hikmah jugak selalu bawak dia jenjalan kat luar. Dia dah pandai panjat basikal sendiri. (start dari belakang, terbalik caranya dari orang lain. xkisah la) Kayuh pun, masih amatur. Dia kayuh tak cukup satu circle. Semicircle aje. ('gaduh' kot haha) Cuba perati bebetul. Semi circle aje kan?! Hahaha.. Cacat lagih. Kira boleh la...

Bab bercakap tuh kenapa agaknya dia tak reti² nak rasa diri itu udah jauh ketinggalan. Mind you, dia nyer speech progress satu level ngan 10 months old baby. So can you count how far he's been left behind? He is 2 years and 5 months old now. As a parent, I am deeply worried and depressed as well. Pegi umah ahli mesyuarat tingkap, anak depa yang baru berjalan pun dah mampu sebut 'mama', 'abah', 'kakak' and all those simple² words... Jeles! Macam orang mandul yang jeles tengok orang lain ada anak. Camtu la. Nak sangat sesuatu yang rasanya macam takkan mampu memiliki sampai bila².

Thinking about this lil guy sometimes puts me in denial state. Risau, tapi malas nak pikir.

2 comments:

Kaklong Nuzula said...

Insya Allah adam buleh kecek one day... Saya yakin!! kids meme mula2 dia akn kayuh half dulu, cam anak saya zukhruf dulu. lps tu blh la kayuh full cycle.

Anonymous said...

jgn risau..he will be okay..
adam kan budak bijak! hehhe
dah pandai kayuh basikal..dah dewasa anak sedaro cik long ni!miss you adam! muah muah
nanti belajar drive lak..mari visit cik long deh! muahh