Dark Fellows

Friday, October 2, 2009

#256 Me Vs In Need Of Reading

Boringnye... Teringin nak baca novel. Lama betul dah aku tak baca novel. Haruslah teringin. Masalahnya cuma satu, the unspeakable child. Kalu aku baca novel, ofkos makan masa yang panjang nak habiskan satu² buku tuh. Sedangkan aku mempunyai seorang anak yang belum mampu bertutur langsung. Tiap masa terluang kena guna untuk stimulate telinga, mata, otak, lidah dia. Sepatutnya! Oh bila la dia nak bercakap.... Aku nak baca novel pulak.

Cakap pasal novel nih, aku teringat novel remaja yang aku baca zaman muda-mudi dulu.. Kawan aku peminat setia Ahadiat Akasyah dan senama dengannya. Most of the collections kawan aku ada. Aku apa lagi, tukang pinjam la. Yang paling aku ingat novel Pearl Piah. Tatau sape penulis. Tapi adik badik Ahadiat jugak la kot. Citer pasal hantu bercinta dengan manusia. (ke aku tertukar dengan kisah novel lain, sorry, tak ingat ☺) Pada ketika usia aku time tu, best la citer camtu.. Mirip² movie Casper lakonan Devon Sawa ngan Christina Ricci tuh. Copy paste pastu translate kot.

Pastu masa aku Form 3, satu revolusi pembacaan novel horror berlaku seantero tingkatan kat ZS. Time tuh library sekolah aku beli koleksi buku² Nightmares dengan Fear Street. Perghhh!!! Penangan buku² horror nih memang luar biasa la. Semua orang berebut nak baca buku² under these collections. Memang citer dia misteri pelik². Ada bunuh². Ada mistik. Ada macam² la. Kalu dan sorang pinjam, memang ambik nombor la nak baca lepas org tu org tu, lepas org tu, org ni.. Sampai cukup tempoh seminggu pinjam. Berebut tuh sampai gaduh² pun ada. Kadang² pustakawan pun guna tektik busuk gak, sorok buku² hot nih somewhere yang students lain tak jumpa. Haha... Macam tu sekali! Kalu time tu internet dah digunapakai worldwidely, aku rasa takde sape pun nak heran. Bukak aje e-books. Apa susah² nak tunggu giliran. Worst case scenario, org dah tak pegi library pun. Nak buat research pun main klik² aje.

Itu citer teen's novel la. Lepas rasa diri cam matang sket, aku berjinak² dengan novel Stephen King pulak. And some Danielle Steel's, Judith McNaught's, and some others yang aku pun dah lupa apa nama. Masa kekanak ribena, macik aku orang kaya setiap kali jumpa sure dia belikan kitorg storybooks. Nak tanamkan sifat suka membaca kot. Macam orang putih. Macik aku kasi macam² buku. Yang paling aku ingat Enid Blyton la. Kecik² dulu aku ingatkan ejaan dia G.R.I.D Blyton. Haha! Dah kertu nih baru tahu sebenarnya E.N.I.D....
Dulu zaman aku kecik² kakak aku suka giler pegi library awam kat KB tu. Kawan baik pun pilih yang dok belakang Library! Kakak aku suka stayback umah kawan dia tuh. Petang² after school, diorg jalan kaki pegi Library. Suka benar pinjam buku. Kadang² aku ikut la sekali. Jangan tatau, Library ada 'bau' tau! Aku ingat lagih bauan itu. Bau buku dalam ekon la, pe lagi. Hehe. Tajam ingatan bau aku.

*********************************

Zaman kecik aku memang sofistikated jugak la. Umur belum skolah lagi aku dah tahu pasal Rapunzel dengan The Red Riding Hood. Ahahaha... Ada orang tuh dia tak pernah dengar pun pasal kewujudan citer Red Riding Hood. Cian... Maybe zaman kekanak orang itu hanya tahu main guli, selambut serta dekcok kapalterbang. Ahahahhahaha... Aku zaman kecik² dulu mak aku tak kasi main jauh². Dalam umah je dibenarkan. Asyik tengok muka sama aje. Kalu tak muka aku, muka kakak aku. Kalu tak muka kakak aku, muka Nik Pareh (beliau sangat benci kalu aku ajak main kawin²), kalu tak muka nik pareh muka orang gaji aku. 4muka nih jer la ada kat umah seharian.

*********************************
Sebelum raya aritu aku lepak kat umah ahli mesyuarat tingkap merangkap jiran se-floor aku. Pinjam 8 bijik majalah Mingguan Wanita yang lelama. Aiyarrkk.. Cam tak menarik ajo. Aku rasa tak 'in' ngan majalah pinggiran cenggini. Kalu aku baca pun semua under Karangkraf aje. Poyo? Memang pun! Mata aku pun memilih tau! Hehe, tapi kalu gossip pasal artis, akhbar picisan pun sanggup baca. (baca je, beli nan ado kesanggupan) Sebelum kawin dulu, aku selalu beli Pesona Pengantin, ada satu ruangan tetap kat situ aku dah lupa penama. Tapi penulis dia Abdul Jalil Ali tak silap. Kelakar siot. Kadang² tak miss beli Pengantin semata² nak baca celoteh encik Jalil tu je. Skang dah kawin aku tak folo dah. Tak beli majalah pun. Suratkhabar pun once in a blue moon ajo beli. Semua baca kat tenet. Rindu nak belek majalah. Lepas kawin ni rasanya minat makin tertumpu kat majalah hiasan dalaman pulak ☺

Rindunyer nak baca novel tebal²!!!

4 comments:

Anonymous said...

oooit zmn kanak2 kakak pun cito jugok ko??? hehhehe
ampess

Anonymous said...

i love to read enid..will buy the sets one day..
it's good to read..so relaxing too
hope my kids will enjoys it too
but there are so many new book now..
my fav will always be Enid.
-kakak-

ina said...

paul jenning n christopher pike. gile ngan dua author ni masa zaman bebudak dulooo...pernah peras ugut kakak wat beli buku diorang...kekeke.. penah baca buku diorang?

Blog Diva said...

kakak:tuh.. hok selemari mung tinggal dalam bilik mama tuh kira buleh lupus la yek?! sakit mata aku nengok buku bersadur debu.pages pulak udah vintage. taruk api ajo.luas sikit bilik tuh.

kak ina:christopher pike penah. menggila sezaman ngan fear street. antara koleksi buku yang menjadi rebutan la selain fear street tuh. best best!