Dark Fellows

Friday, December 25, 2009

#325 Me Vs Duit Haku Tak Laku!

Bila cakap nak pergi pasar, semua nak ikut. Nampak sangat tetamu boring gile dikurung dalam rumah sarang burung aku nih. Pulak tuh, kalu ikut turut bontot aje takpe juga. Nih sampai duit aku tak laku nih ape citer nih. Semua benda berebut nak bayar dengan aku. Pacik ikan pun kebingungan culture shock melihat adegan pelik to make believe camnih. Bukan selalu customer berebut nak bayar nih. Hayo. Diorang nih suka la buat-buat rasa bersalah sebab kononnya takut menyusahkan, menghabiskan duit laki aku la datang umah aku ni. Sila hentikan kepercayaan karut seperti ini. Sangat tak relevan ok!

Lepas pegi pasar, kitorg serang Tesco pulak. Minggu nih tak pergi Carrefour. Saje! Anakanda ramai dayang harini. Buleh la aku ngan encik Jack berkeliaran mencuci mata.


Balik, acara masak-masak pulak. Kari ikan bawal, udang celup tepung, mushroom celup tepung, ikan goreng, baby kailan goreng, dengan air cincau. Thanks to Boss IBM. Memasak, membasuh pinggan semua sibuk nak berebut dengan aku. Benci tau! Takut sangat la aku takleh berehat. Apa kes!
Dah agak lama jugak aku laki bini tak mengketedarah sehebat nih. Sebab mungkin aku lebih teruja untuk membeli lauk siap dimasak. Sedap pun sedap lagi dari aku buat. Memasak sendiri itu memberikan penat yang sia-sia dan tak bermaruh. Haha. Pemasakan aku masih tiada kemajuan!

Abih citer.

No comments: