Mommy lapik bantal sebab saya rendah sangat nak tengok Upin.
Macam biasa. Cucu mendera datuk dan nenek bagi membuktikan kasih sayang mereka terhadap cucu yang balik jarang-jarang sekali. Sangat ramai yangg komplen rambut anakanda sudah semakin panjang, tebal dan menyerupai sabut kelapa (yang berbau seperti kucing). -Hasil kesibukan si ibu yang gila bermarathon drama korea. MIL membebel secara besar-besaran bahawa kucing kesayangan; Samsudin ngan Comel makan nasik banyak macam orang tua. Sepinggan tak cukup. Aku ajak MIL pergi Zaleha Textile cari tudung faux-Ariani. Belanja dia sehelai. Aku beli 2 helai. Haha. Takde kaler menarik. Bila ada kaler menarik, stail pusing pulak. Kat sini hujan aje memanjang. Anakanda jadi tak keruan. Nak turun cek line petang-petang pun tak dapat. Main dengan Samsudin ngan Comel aje dalam rumah. Bertempiaran lari kena hambat dek anakanda. Ahahaha...

Tak banyak citer menarik nak share. Takde apa nak dibuat. Hujan sangat tak sporting. Aku tengok duit sekepuk atas lappy nih pun cam takde karen. Dah poyo perasan diri kaya giler ataupun memang aku insan terpilih yang memang takde ciri keterliuran terhadap duit. Boleh percaya ke.
Abih citer.
2 comments:
aku nak duit...haahaha
faryn:pergi la mintak dengan bapak encik jack ;p
Post a Comment