
Kelmarin aku memulakan misi menggonjeng kepala anakanda. Ramai sangat sedara mara yang tegur rambut sabut anakanda terchenta nih. Aku sendiri pun rimas bangat melihatnya. Kelumumur pun ada. Pakai jari pun boleh! After twice been threatened nak bawak anakanda ke barber (once suggested by FIL, twice by encik Jack), aku gondrongkan sendiri aje. Malangnya misi kelmarin aku sempat siapkan sebelah aje. Aku kira, Ronaldo bakal menangis kecemburuan kalu tengok fesyen rambut anakanda kelmarin. Sampaikan aku nak turun buang sampah pun kena hold dulu takut orang tengok karang mati kompius pulak. Hehe... Si penggonjeng pulak yang malu, si mangsa rilek aje manjang!
Tadi disebabkan faktor kesunyian anakanda adalah pada tahap kritikal, aku turun la jugak buang sampah sambil bawak dia jalan-jalan cek keta kat bawah ni. Bila tengok orang senyum-senyum tengok kat kitorang, aku buat bodoh aje. Tengahari bila dia tido, aku sudahkan fesyen sekerat jalan kelmarin tuh. Haiyarkkk... Makin tua nih makin aku malas nak buat keje-keje cenggini. Bila anakanda terjaga aje, aku angkat dia kasi tengok his new hairdo. Mengamuk dia! Ahahahaha... Sakit-sakit tubuh aku dikarate sesedap rasa oleh beliau. Tak rela la tu tengok rambut dah kontot. Sorry dear, what to do. Your hair really smell like cat's fur! With dandruff somemore. Potong, potong, potong, potong... Potong saje lah!
Haiiiyyy... Aku sangat bengkek dengan citer-citer Korea yang banyak menghampakan aku skang. Bukan pasal citer tak sedap. Tapi pasal halangan-halangan yang melibatkan peta dunia nih. Baru nih aku tengok Will It Snow For Christmas (WISFC). Diorang break seminggu for New Year. Now dah sambung balik. The problem skang nih, subtitle tak release-release lagi kat *******.com since starting episode 7. Now dah episode 10. See? Dah ke laut agaknya azam tahun baru subbers-subbers kesayangan sekalian tuh. Baru 8 hari tahun baru dah buat perangai! However, kat mysoju dah available sampai episode 9 aku tengok tadi. Subtitles ready. Tapi aku kalau buleh malas nak tengok parts per parts nih kalu kat ******* ada. Hayo!
Citer When A Man Falls In Love pulak, semua episod + subtitles ada kat *******.com, tapi subtitle dia haram aku tak paham. Timing kekadang lari! Memang in english tapi entah sape yang main tangkap muat aje translate entah apa-apa entah! It's Chinglish I rather say. Kat Mysoju pulak not listed citer nih. Hayo! Cari kat web lain xjumpa-jumpa sub untuk citer nih. Seems like it's the only subtitle available for this drama in D-Addicts. Situ aje yang aku tahu. Let me know if you have more infos about this.
Nak tengok Mawang/ Lucifier/ The Devil/ Satan pulak both under ******* and mysoju are not listed. Hayo! The subtitle lagi la. Same goes to drama Little Women. Kat youtube semua ada tapi not every parts available. Lagi la buat sakit hati aje kalu nak follow.
I tried to look for In-Soon Is Pretty, kat mysoju memang ada. Tapi masalahnye pulak, episode 1-9 tak available la pulak. Episode 10-16 ok. Hayo! Sometimes, kalu citer complete uploaded pun tak semestinya buleh tengok dari awal hingga akhir. Nak-nak pulak kalu guna Veoh, Malaysia tak available. Banyak betul halangan nak dapat benda free nih.
Banyak citer yang aku dah list out nak tengok. Tapi banyak yang tak tahu nak tengok kat mana since tiga web harapan aku (mysoju, *******.com, d-addicts) takde. What to do? Where to find them? These days I'm into the melodrama. Citer komedi bodoh-bodoh aku malas nak tengok.
Hmmm... Should I try IRIS? Citer tuh nampak macam 'berat'. Sarat dengan emosi, serius macam East Of Eden jugak kot. Kalu tak, takkan buleh menang Daesang Award kat KBS Drama Awards baru nih kot. I'll think about it later. Citer tuh 20 episode jugak. Hayo...
Since dah serius menjebakkan diri dalam arena drama Korea nih, aku sangat perasan terhadap banyak benda klise dalam citer Korea nih. Or should I say the Korean Signature?
- soju
- warung makan bawah khemah
- jjajangmyun (blackbean noodles)
- kimchi
- mandu (dumpling)
- ddukbokki (spicy rice cake)
- seaweed soup on birthdays
- miso (fermented soybean etc)
- dining at meja jepun for the poor
- public bath/sauna
- makan telur rebus kat public bath
- nak ajak keluar berbincang mesti ada minum-minum kat bar/cafe
- suka lepas tension nyanyi kat karaoke
- piggyback
- arirang song
- lilin panjang atas kek
- kalu masalah penghadaman, ikat benang kat ibu jari then cucuk jarum kat jari
- the loving couple/husbandwife suka pakai pijama yang serupa. sorang kaler biru, sorang kaler pink.
- ringtone handset diorang adalah jenis yang standard, xde truetones macam kita.
- orang miskin pakai baju sukan kat umah (jumper suit)
- pagi-pagi breakfast mesti makan nasik dengan sup
- rumah besar-besar pun, parking keta kat luar tepi jalan jugak
- penggambaran bawah jambatan. entah apa nama bridge tuh, tapi banyak citer buat kat situ.
- kalu malas jawab call, cabut aje bateri. Kalu off kan lagi senang.
- kalu tak sihat, mesti makan bubur.
- banyak guna leek, labu air, lobak putih ngan cucumber ke apa entah dalam masakan.
- sudu makan diorang giler panjang
- kimbap (korean word for sushi)
- hanbok
- suka buat U-turn kat mana-mana aje secara drastik kalu tetiba ubah fikiran.
- makan sotong kering mentah-mentah.
- makan nasik campur apa entah merah-merah ngan sayur dalam periuk, pastu makan terus dari periuk. macam nasik goreng gitu.
- ramen
- makan penuh mulut sambil bercakap
- suka pukul kepala kalu ada yang tak kena
- watak utama or orang kaya buleh parking keta mana-mana sahaja yang disukai
- kalu memasak mesti pakai apron yang comel-comel
- yang tak mampu beli washing machine basuh kain pakai kaki. Pijak-pijak dalam besen.
- suka sebut 'fighting!'
- malam-malam tengok tv sambil makan buah. Kaya la tu konon.
- keluar penjara mesti makan taufu dulu. Chasing bad luck they says.
- naik keretapi mesti makan telur rebus jugak.
Abih citer.
4 comments:
sbb tu kadang2 aku malas nak layan cite korea ...asyik cam sama je...
faryn:abih, ko layan citer apa?industan? *LOL
best best baca...hehehe mek teh..mu kijo kat Utusan la..bahgn hiburan hehehhe
nanti gi umah kak ha nok oyak ko yusman kakakka
betul2 tu sama je..dah culture dia org kut..
-kakak-
kakak:ahahaha...bereh.aku ok je kijo gapo pun. asal can work from home pahtu ada income.
Post a Comment