Dark Fellows

Wednesday, April 7, 2010

#374 Me Vs Neighbour Talks

Sehari dua nih asyik dok sakit kepala aje. Nampak sangat otak dalam kepala aku ni dah stiff sebab lama terperam tak guna-guna. From now on memang otak aku in use to the fullest. Most of the day and night dok ngadap pc surfing, jotting and planning. No wonder la kepala berdenyut-denyut sepanjang hari. Anakanda pun aku tengok dah macam tak cukup kasih sayang. Bahaha... 

Ok, kebetulan saudari Jie si Blogger Taat (sebab dia buat semua yang aku mintak kat blog dia ;p) dah tanya pasal perkembangan citer Nanny 911 aku tuh meh aku citer. Isnin kelmarin dulu aku dok tertunggu-tunggu jugak mana si budak Nini tu tak datang-datang. Kul 9 pagi tak sampai-sampai jugak. Dalam hati dah terpikir dah kot-kot Kak Fida (jiran aku tu la) tak jadi hire aku. Aku tak kisah la mana-mana pun. Bukannya nak menangis tak dapat jaga anak orang! Daripada dok terus menerus berteka-teki tuh aku decide pergi aje umah dia tanya sendiri. Kot-kot dia dok nanti aku offer. Aku pulak dok nanti dia. So aku pergi je la umah dia. Ketuk punya ketuk, laki dia yang bukak pintu dengan muka baru bangun tido. Kak Fida keje pagi hari tu. So aku cakap ngan laki dia je la. Dia habaq nak letak kasi Kak Ti depan umah dia jaga. Kak Ti tu baru pencen tahun lepas. So, it's fine with me. I always believe that Allah kasi yang terbaik untuk aku. 

Laki Kak Fida tuh kata, diorang nak tinggal Nini tuh kejap-kejap je. Let say Kak Fida keje pagi balik kul 3. Laki dia pulak start keje kul 12. So, that day just 2-3 hours aje la Kak Siti tolong tengokkan anak dia. Soal bayaran tatau la pulak aku sebab Kak Fida ngan Kak Ti tu lagi rapat dari aku. Kot-kot la dia rasa serba salah kalu letak Nini kat aku nak kira bayar berapa. Nak kasi banyak, macam tak berbaloi sebab dok 2,3 jam je sehari. Ngan Kak Ti tu aku tatau la. Diorang memang rapat sampai buleh main pinjam-pinjam ikan, tepung beras. Haha... Tapi these 2 neighbours memang kepochi.. 

Itu citer hari Isnin. Kelmarin Kak Fida mai la umah aku. Saje je mai sembang ngan aku dah aritu aku pergi tanya hal tu. Alang-alang dia dah mai tu aku pun tanya la dia pasal naik umah ni. Kak Fida ni baru pindah sini 2tahun lepas. Dia beli kondo tu dari somebody. Kira banyak dah la reno dia dah buat kat kondo tu. Kitchen cabinet, cornice, plaster ceiling, curtain, railings, pasang lampu, kipas etc. Tapi semua dia buat ikut her tight bajet la.Kalu ikut kasta, Kak Fida ni takde la senang sangat orangnya. So, bajet dia tu buleh guna untuk aku refer jugak la. Kalu kaya sangat, tak mampu pulak aku nak hire semua kontek dia tu. So, untuk bebenda reno nih aku buleh ambik terus kontek num dari Kak Fida. Dia dah survey banyak tempat area ni. Suppose dia tahu la kat mana yg offer the cheapest price for material + workmanship. Senang sket keje aku. Aku pikir, aku hire je tokei yang pernah buat untuk umah dia tu. Agak malas jugak nak survey-survey nih. Baik simpan tenaga survey tuh untuk pilih design dalam katalog yang akan membeliakkan bijik mata aku dan encik jack nanti.

Kak Fida cakap abang dia ada buat keje pasang/buat grill kat Penang. Tatau la mainland dia cover jugak ke tak tapi Kak Fida nak try tanya la. Harga buleh kautim. Hehe, kira harga anak beranak la senang. For tukang jahit curtain, oh rupanya my opposite neighbour ambik upah jahit curtain! Haha. Dia keje kat kedai curtain, tapi buat part time kat umah. Kira harga upah kat umah ni dia caj cheaper than harga kat kedai dia keje tu. Hmmm... Kak Fida siap tolong tanyakan sekali pasal roman blinds kat orang tu. Dia cakap kalu kat kedai dia keje tu railing roman blinds tu depa ambik RM22/ft. Tapi kalu aku bebetul nak, dia buleh tolong survey kat tempat lain yang murah. Hurrmmm.... Itu harga railing ajo. Belum campur kos kain, upah jahit, upah pasang lagi. Ke diorang kira pakej ek? Aku pun tatau. Puan Menteri tuh nama je ada roman blinds kat dapur dia. Kalu aku tanya je mesti jawab tak tahu, tak ingat, dah bayar. Orang sesaja nak tahu pun tak buleh!

I am thinking to go with pelmets style. Koya-koya kalu taruk kat sliding door macam kacip jugak. Inspirasi aku macam dalam gambar kat bawah ni - umah my late grandma. Ada sesape pernah try pelmet? Aku nak tahu apa pros and cons dia. Sebelum aku hire orang pasang cornice kasi sorok railing curtain macam yg aku tunjuk dalam entry sebelum-belum ni tu.

Pasal lampu, kipas tuh Kak Fida suggest beli kat KL or Nilai since encik Jack kan akan selalu meeting sana. Dia cakap kat KL lampu downlights tu can get as low as RM6! Is that true? Weh orang KL tolong survey lampu kat I. Tak sempat nak survey kalu setakat pergi sehari dua nih. Encik jack tu bukan reti nak perabih cuti tahunan yang asek tak reti nak abih tiap tahun. Huh, anak encik ramli = encik ramli bab workaholic. Takde perasaan langsung nak ambik cuti sesaje spend masa ngan anakanda ke kat umah. Aku nak racun encik jack suruh dia extend cuti kalu ada meeting kat sane. Let say meeting ari rabu then extend la kamis jumaat tu ke.. (dengan syarat orang lain dah tolong survey la, keje aku pergi serang aje kedai tu) Lampu, aku tak berhasrat membeli chandeliers. Okay, kalu terliur sangat pun satu je! Pasal aku ada masalah dgn chandies ni. Satu, pesen yang aku berkenan adalah sangat pricey. Kalu tak dapat beli macam umah arwah nenda aku, aku takmo. Dua, aku bukanlah perajin nak kait sawang kat chandies tu... No no. Dua chandies kat bawah ni kat umah arwah nenda aku. Now you get it why aku ni kalu tak dapat yang macam ni baik tak payah langsung?


Kipas aku takde hal sangat. Tak perlu remote-remote control. Cap KDK biasa tu pun ok. Kat HUSM tu depa pasang cap KDK la. Siang malam 24-7 biung biung biung nonstop. Takde rosak apa pun. Kipas remote umah FIL aku baru je pasang dah rosak remote dia. Pulak tu so hard to get the spare. Kipas yang canggih buleh bertukar menjadi transformers, kembang kuncup macam bunga, macam cermin, macam lampu semua aku tak minat. Nice to see, but not heavyduty. Kalu encik Jack tanya pasal kipas, i've no problem yang cokia pun takpe. Maksudnya yang paling biasa tu la tapi branded. Tapi nak blades banyak la. Baru sedap angin. Buleh cut cost dah tu. Aku kira-kira untuk umah aku nanti at least 6 bijik (kat dapur tak bubuh la) Correct me if I'm wrong. Maybe others cut cost pasang kipas yang cantik kat bawah aje. Upstairs biasa punye. Aku, tak perlu macam tu pun tak pe.Terpulang pada boss. Kalu nak save, ikut cakap aku.

Last wiken lepas drop aku kat pasar, encik Jack bawak anakanda pergi tengok umah. Saje sesambil menghiburkan anakanda dari bosan ikut aku pilih sayur kat pasar tu dapat gak pi tengok progress umah. Aku agak, bermula dari hujung minggu lepas akan menjadi aktiviti mingguan encik jack la pergi usya umah. Here's the sneek.....
Umah aku yang kedua. Sebelah corner lot tuh. Kecik ati betul tengok Indon-indon buat tempat jemur kain je! Hantu. Bahaha... Buat umah aku betul-betul tau! Melihatkan gelagat encik jack yang sangat excited dengan progress umah kitorang nih, teringat aku tentang kisah aku 17tahun lalu. Time tu umah Puan Menteri sedang dibina. Pemaju bertanggungjawab bina umah tu pakcik aku. So, memang suka-suki aje pergi tengok umah every now and then. Kadang-kadang almost everyday after Puan Menteri pulang ari keje, kitorg pergi usya umah. Kadang-kadang kalu pergi awal, kitorg bawak la goreng pisang, air sedap-sedap jamu kat tukang. Well pampered la tukang umah Puan Menteri. Hasilnya memang memuaskan. Pakcik aku memang hire otai-otai la buat umah tu. Setiap tukang tu dengan setiap kepakaran masing-masing. Macam God of Study pulak! Memang apa-apa nak beli (tingkap, cermin, cat, kabinet) semua akan pergi dan visualised kat umah tu terus. Senang nak koya. Pastu bila dekat nak siap tu, aku ingat lagi kitorang pergi cat sendiri dinding ruang tamu. Corak belang-belang umah ko ada?!! Bahahaha.. Time tu kan lantai marble tengah hit. Puan Menteri guna tu la buat lantai dia. Masa orang tengah polish lantai tu sempat jugak kitorang try2 guna mesin polish tu. Melayang pusing sekali dengan tuan-tuan. Banyak la memori pasal naik umah ni yang aku masih ingat.

Weh arini ending East of Eden kat tv. Kena prepare kain lampin untuk bersedih. Must watch. Wuwuwuwuuuu...

9 comments:

jie @ azie said...

Blogger Taat - sedap jugok namo tu..hehehe
Lepas ni gak tiap2 minggu gi melawat tapak projek la mu teh, hehehe. Aku dulu pun gitu jugok, sambil melawat sambil dok koya2.
Kipas kt bawah aku pakai panasonic (remote) kat atas pakai KDK biasa hok warna bronze (budget punya pasal). Mmg puashati la dgn Panasonic & KDK. Kedai lampu hok aku tahu muroh kt area puchong sebelah tesco tok silap. Tapi aku tok beli pun kat puchong beli kat area rumoh aku jah. Alang2 mu nk pakai downlight, bubuh byk skit jgn jadi mace rumah aku, nok budget tp rumah gelap la skit sbb downlight tok byk.
Menjawab doh soklan aku, tak po la teh tok jadi nanny pun .. hanya Allah yg tahu apa yg terbaik buat kita ;)

Blog Diva said...

jie:mu keno standby online 24-7 jie pahni.. aku dijadualkan akan byk tanyo mu psl lekapan umoh panhi tu.hehe..takut mu boring la laye aku hok byk tanyo nih.

jie @ azie said...

harharhar..lawok la mu nih teh..insyaAllah, kalu aku buleh jwb aku oyakla deh. Xdok masalah aku..hehehe. Aku ni berblog dgn mu, rini, nadimah, kak long nuzula, cik mimi jah teh. xdok la ramai peminat. Meme layan mu sore jah, hahaha

Blog Diva said...

jie:harharhar..behnyo laye aku sore!!!bereh, pahni ado gapo2 aku tanyo sekat2 nok deh!

faerni said...

beli lampu kat satu kedai kat rawang ni. Tersangat murah!!!! Lenkali mai kl borong terus! even kipas kdk 5 blades kat kedai dia the cheapest.....

Blog Diva said...

nyoh:okeh, nanti kasitau sama encik jack. kita serang together2. i need to make some thorough shopping list before that. mek fening ni...

Blog Diva said...

nyoh: p/s:kedai tu murah time sale aje ke? ke hari biasa pun murah jugak.

R I N I . R A N I said...

sgt chantekkk hokay umah late grandma mung. Drooling....aku suka...aku suka...

takdop sesapa duduk situ ke mc teh?

Blog Diva said...

rini:moyang sdara aku ada dok situ dengan dayang-dayang dio.oowh, bukei mu jah drooling umoh tu. aku pun!! haha... umoh tu lawa sebab world bank hok sapot. harus la vassss gitu.