Dark Fellows

Wednesday, August 25, 2010

#478 Me Vs Mencari Penawar


Berita terkini: Baby Bella masih malu-malu untuk keluar. Bukaan baru 4cm. Simpati aku pada SIL yang dah 2hari bertarung menahan kesakitan. Tido tak boleh, duduk tak kena. Serba serbi tidak selesa. Aku dulu tak merasa sakit nak bersalin. Tapi melihat bakal-bakal ibu yang tengah azab satu wad dengan aku dulu sedikit sebanyak memberikan gambaran sebenar macam mana perit rasanya. I salute lah you-you yang pernah merasa nya. Memang patut sangat la syurga ganjaran bagi mereka yang dah melepasi keperitan. Masya Allah. Kepada SIL, banyakkan selawat dan bersabar. Ganjaran Allah dah janjikan yang best-best di luar jangkaan akal kita manusia ni.

Tadi sms Nik Pareh tanya kabar perkembangan Bella. Aku tanya dia masak apa sahur ngan Puan Menteri kat sana. Biskut, susu ngan buah kurma sahaja. Alahai sedihnya. Nik Pareh dah 2 hari tak tido. Dok mereng la tu sampai lupa nak beli extra untuk sahur pagi ni. Semalam pun diorang berbuka kat kedai. Dalam situasi kritikal camni mana ada masa nak siapkan hidangan berbuka ngan sahur. Bahan mentah ada dalam fridge, tapi maybe depa bangkit lewat so tak sempat la nak masak pagi tadi. Puan Menteri pulak harus la penat kan dah 2hari dok naik turun tangga flight ngan episod-episod tercongok tunggu flight departures tuh... Tersentuh aku dengan pengorbanan beliau. Untuk anak-anak, sanggup apa sahaja kesusahan dirintangi. Macam Nik Pareh tu kan dah la dok jauh, pastu takde sapa-sapa yang buleh diharapkan untuk mengadu sakit demam kat sana. Lagi la beliau rasa terdesak nak pergi tolong.

If only, if only diorang dekat dengan aku ni, bab makan minum insyaAllah boleh aku take over. Walaupun aku masih belum sihat sepenuhnya, tapi InsyaAllah aku masih boleh gagahkan diri membantu apa yang termampu. Sekurang-kurangnya setakat nak makan nasik dengan lauk simple tu mampu la aku uruskan. Faham la kan, orang tengah penat mental dan fizikal ni memang tak sempat nak fikir benda-benda lain. Huhu. Aku di kejauhan ni serba tak kena mengingatkan mereka-mereka yang kesusahan dan kesakitan itu. Hanya doa yang mengiringi. Rasa sakit hati dengan ketidakupayaan untuk memberi bantuan. I want to help. But am not able to.   Cubit paha kanan, paha kiri terasa juga. Tapi berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. I wish them all the best. Aku kat sini tak mampu buat apa-apa.

Thinking about my labor experience, I got all the help easily. Alhamdulillah. Inkubator tersedia khas untuk Adam, Encik jack yang setia di sisi yang banyak kali kena kensel trip to Tronoh sebab doktor sekali cakap nak operate sekali cakap tak jadi, Puan Menteri yang sanggup kensel tiket ke Kemboja (or Vietnam lupa dah), tiap waktu free ofis hour tu datang jenguk aku kat wad, beli makanan kat aku, ambik kain baju aku untuk balik cuci, Bos IBM yang sudi cuti-cuti Malaysia macam IBM tu che' dia punya, MIL ngan FIL yang terpaksa susah payah datang tengok aku, sanak-saudara, jiran tetangga pakat datang memberi sokongan. Semua tu aku dapat. But for Nik Pareh, he's quite unfortunate. Kat sana ada sapa. Sedara mara mana ada.  Cuma Puan Menteri aje yang mampu terbang ke sana menghulur bantuan. Nasib la Puan Menteri tu berpoket dalam jugak. Kalu sengkek macam aku ni nak kena bergolok gadai baru buleh terbang. Huhu.

Sesekali aku terfikir cemana la kalu aku yang dok kat sana. Time sakit demam macam tu la. Handle sorang-sorang. Adults tak sihat okay lagi. Kalu anak yang tak sihat cemana. Hui mati kutu aku. Sebab dah biasa kan kat sini kalu ada sakit demam ramai yang datang membantu. Hmm,  guess keywordnya mudah je - Alah bisa tegal biasa.

Oh citer pasal Puan Menteri kat sana. Lupa nak share. Kelmarin Puan Menteri dah pergi jenguk menantu dia kat wad. Hospital sana jururawat paling senior pun kelas Sister aje. Matron pun nan ado la hospital itu. So, untuk dapatkan kepastian Puan Menteri inteviu la nurse kat situ pasal SIL aku. Kasi jelas la sket keadaan SIL aku tu mengikut terma-terma perubatan kan. Nurse kat sana agak kagum la Puan Menteri guna banyak medical terms. Terus tanya Puan Menteri tu misi ke. (misi=nurse la) Ahahaha... Otai kalu cakap, memang takleh sorok status. Nik Pareh cakap nurse spital tuh siap pelawa Puan Menteri masuk labor room conduct sendiri kalu bini Nik Pareh dah nak bersalin tu. Menurut Nik Pareh, kat hospital tu tak benar sape-sape masuk time orang nak bersalin. Not even the mom, not even the husband. Hospital kecik kot. So it's quite a proud thing la kalu nurse sana sendiri suruh (bukan takat bagi, tapi SURUH) Puan Menteri masuk labor room. Bukan calang-calang orang la buleh masuk. 

Puan Menteri memang ada sijil perbidanan sejak muda-muda lagi. Hoh, ada chan la conduct cucu sendiri tu. Time aku bersalin dulu dia just tengok aje kan orang kerat aku. Kali ni memang merasa la menyambut cucu yang sebenar. Aku dulu once doktor tarik Adam tu, depa cepat-cepat lap ngan minyak pastu immediately boh dalam incubator then he was rushed to the NICU. Mana boleh pegang-pegang, dukung bagai. Hmmm.. Silap haribulan kalu ramai sangat nak terberanak time tu tak cukup midwives, memang heret Puan Menteri la buat part time. Wakakaka..Sesambil boring-boring tunggu cucu keluar tu kan. Ahahaha. Pekdah!

Remember about jus yang Nik Pareh cakap nak kasi aku supaya aku lambat menopos tuh? Aku dah citer dalam entri sebelum ni. It's Intra jus. 2,3 hari lepas encik Jack citer anak buah dia ada la minum jus ni untuk seisi keluarga. Si anak (yang dalam entri mengusya rumah tu, yang aku cakap beli umah dapat baby tuh) ada problem sembelit. Lepas minum jus ni alhamdulillah ok. Laki dia pulak gastrik ngan darah tinggi pun hilang. Macam-macam la khasiat jus ni. Google la sendiri malas nak promote. 

Tuptup kelmarin encik jack bawak balik sebotol. Bila masa order aku pun tatau. Thanks Bi... Benci tau orang laki ni, nak cakap sayang tu payah. Tapi bila aku tersebut aje, laju je beli. Hehe... Sayang, tapi senyap-senyap. Nik Pareh pulak pos jus ni jugak Khamis lepas. Minggu ni or minggu depan sampai la. Tengkiu jugak la Nik Pareh sebab susah payah pos kat aku. Sebotol 950ml tuh bukan agak murah jugak la. Aku ni kalu tak sabit masalah kesihatan memang pikirin 10kali jugak nak beli. Tapi itu lah. Ikhtiar je la kan. Kalu Allah izin, dengan berkat jus ni mana tahu I'll be cured. Skang ni aku ikhtiar aje apa orang suggest. Tengok mana yang sesuai dengan body aku. Setiap tubuh Allah jadikan unik. Maknanya takde satu pun yang sama. Kembar pun sakit lain-lain kan. Pasni aku nak try Spirulina Elken pulak. 

Bab ubatan nih aku agak hati-hati dan skeptikal sket. Sebab? My friend ada yang bleeding kidney gara-gara obses sangat ambik supplement. (brand direct selling yang antara tersohor di Malaya ni la) Kadang-kadang kita mudah lembik tekak tau bila dengar ubat tu bagus, ubat ni bagus.. Tapi kita tak tahu content dia cane. But for this Intra jus, I wanna give it a try. Wallahualam.

No comments: