Dark Fellows

Wednesday, October 13, 2010

#514 Me Vs Reading Obsession

TT Day 3- Great steps with great improvements. Alhamdulillah... Allah permudahkan InsyaAllah..
Lama siot tak baca novel. Encik Jack ada langgan Reader's Digest baru-baru ni dengan harapan nak menang keta. So, 2,3hari lepas RD hantar Selected Editions ni via Pos Laju. Ada pat citer dalam satu buku ni. Mula-mula macam kera dapat bunga gak aku ni. Pastu lelama, terfikir jugak... Why don't I give it a try? Aku kan memang soka memanfaatkan benda-benda free ni. So aku pun try la selak tengok apa yang menarik dalam ni. Dalam pat citer nih, aku tertarik kat dua je. Sebab yang lain citer pasal war, military, and laws and lawyers. Boring. I chosed to read What To Do When Someone Dies sebab kebetulan kan we just lost someone we love so much~ my FIL.
Citernya biasa je. Macam kisah-kisah benar dalam RD tu la. Cuma ini versi novel yang tentunya lagi berjela dari cerpen pendek dalam RD keluaran edisi biasa tuh. Citer boring macam ni aku rasa golongan boring macam surirumah macam aku aje yang layan. Haha. Yes, life as a desperate housewife is lame. Aku tatau aku yang baca merangkak atau anakanda banyak mengganggu. Berapa hari baca, baru masuk Chapter Three. Busy kan melatih anakanda hidup menjadi manusia bertamadun. Tapi harini I'm chained to this book. Dah tebiat aku, kalu dah start mesti nak kena sudahkan jugak walau boring pun. 
Satu lagi buku hardcover tuh Encik Jack order sendiri. Hehe.. I wondder why he bought book about stroke and heart attack... Hmmmm... Bagus la kalu nak ambik buat teladan. Muda-muda ni banyak masa lagi nak jaga kesihatan. Penyakit keturunan ni memang payah la. Aku sendiri pun memang keturunan darah manis jugak. Sakit jantung pun ada. Darah tinggi pun ada. Masing-masing kena beringat la and jaga kesihatan diri. Mencegah lebih baik dari mengubati. Pesanan dari mak aku Kementerian Kesihatan Malaysia. Ye lah kan, kalu dah kena tu just imagine berapa duit yang harus dibelanjakan untuk tujuan kos per-ubat-an. Pulak tu, bukannya sakit tu buleh hilang 100%. Sebelum kena tu beringat la. Aku remind diri aku sendiri jugak sesambil ni.
Arini ni nak masak apa ek. Sebelum balik kampung aritu aku buat la bbq chicken wing ala Pizza Hut tuh. Main campak je apa aku rasa macam fit to be called as grilled chicken wing. Sedap jugak makngah oi. Kalu jual resipi ni kat Pizza Hut pun gerenti mau nih. Aku bakar ayam ni atas dapur gas je. Berasap sakan gaya berada di kayangan umah aku hari tu. Anakanda pulak kecoh molot dok cakap Daddy bakar daging makngah berulang-ulang kali macam piring hitam yang melecet. Anakanda makan banyak jugak. Sedap, sedap... Rasa nak menangis dengan kebolehan diri yang tak disangka-sangka ni. *perempuan ini telah dirasuk menjadi sengal.
Puan Kaunselor Terhandal mesti gelak tengok pinggan aku yang macam-macam ada ni.

6 comments:

Cikgi Diva :-) said...

wahhh grilled chicken wing itu nampak menyelerakan...baguhnyo surirumoh yg mempunyai tahap kerajinan sebegini.

p/s:takpo pinnge serbacorak, janji lauk2nya nyaman.

Blog Diva said...

mah:terpakso la mugo selera supo sekut cipsmo ni, smeta ado, smeta takdok..

mommynadia said...

teh..sesungguhnye sgt berdosa membuatkan sorang yg tgh mengandung terigin dgn ayam itu..waaa!!!
sila pos satu kt saya ok!

Blog Diva said...

nadia:wakakaka....ampun wahai ibu mengandung! weh, buat la mek.senang je. campak2 then leave it marinated je.

niSamiR said...

mek teh..kalu pakai dapor gas grill, minyok dio tok nitik ko atas api tu?

Blog Diva said...

nisa:myk gapo plk.mana aku pakai myk dlm resepi nih.or you means the drippings? perangei style klate tuh kei ado cover dio alik bawah tuh..so xdok la dok luruh bokbak-bokbak atas stove mu tu. dok pun, mu bukuh je nge foil.buleh jugok. tapi berair la dlm bungkusan tuh.