Dark Fellows

Saturday, October 16, 2010

#517 Me Vs Decisions, Decisions!

Semalam kan, sebelum tido encik Jack pakaikan anakanda nappy. Just to playsafe la katakan. So, hasilnya semalam memang maveles.. Dia terjaga banyak kali.

#1-Nak Hhuhu~~~~ (nak susu)
#2-Nak mandi hhee~~ (nak wiwi) ~ false alarm, bila bawak gi toilet, tak wiwi pun. silau lampu kot.
#3-Nak mandi hhee~~ (nak wiwi) ~ false alarm jugak
#4- Dodi papang!!! (lori papan) ~ weh mengigau!
#5- Nak hhhee... (time Subuh)

So, hasilnya nappy semalam memang kering garing. Dia tak wiwi setitik pun dalam nappy. Bangun Subuh tadi time encik Jack bawak dia pegi toilet, bukak seluar, bukak nappy baru dia wiwi. Banyak giler. Alhamdulillah... Aku tak sempat nak ajar dia dah pandai sendiri.

Pagi ni pegi pasar ngan Tesco. Rasa macam tak kompiden kalu tak pakaikan dia nappy. Terkantoi kat kedai aku tak kisah sangat. Jangan terbocor dalam keta, sudah. So, untuk langkah berjaga-jaga, pakaikan jugak kat dia. Time nak pakai tu meronta jugak dia tak sudi nak dipakaikan nappy. Dia pun dah reti beza kot syok tak syok pakai dengan tak pakai. Ofkos la lagi best tak pakai kan. Ingat pakai nappy tu tak panas ke kat dalam tu. Asyik berbungkus je siang malam. Skang dia dah selesa tak pakai la kot. Berangin. Dan bebas. Wakakka..

Aku pegi pasar dan pulang kehampaan sebab sotong takde yang tebal-tebal harini. Plan nak buat ketupat sotong macam MIL ajar aritu. Leceh, takde la pulak sotong tebal. Sotong lembik-lembik tu ada la. Kecik nak buat apa. 
Orang makan, dia main.
Time kat food court Tesco lepas beli belah tu, Encik Mat si kontraktor kabinet dapur aku tuh call encik Jack. Cakap nak jumpa tengahari ni kat showroom dia kat Bukit Minyak. Kilang, kat Simpang Ampat. So, balik umah simpan semua hasil belibelahan, terus zaaas ke Bukit Minyak. Showroom dia sekali ngan kedai perabot jati. Kitorang sampai awal, so sempat la melilau cuci mata tengok kayu jati. Harga tak mahal sangat aku rasa. Tipu, aku mana tahu harga teak wood ni. Kalu tengok kat hasil ukiran yang halus tu, aku kira berpatutan la kot. Ada satu katil queen size 4 polster bed yang menarik hati aku. Harga 2.5k kot tak silap aku. Tapi macam bulky sangat la pulak benda-benda teak nih. Sebelah katil bertiang tu ada katil biasa, design ukiran kontemporari. Suka jugak aku tengok. Harga tak nampak sebab lindung dengan perabot lain. Lagi satu aku suka kat kedai tu, dulang made from teak wood. Harga RM40. Mahal ke ek? Rugi pulak rasanya aku tak meronta suruh encik Jack beli. Design simple tapi cantik. Aku nak ambik gambar pun takut tuan kedai tu sound pulak. You know... Tak semua tokei kedai sudi masuk blog aku.

Okey, bila encik Mat tu sampai, dia bawak lukisan yang dia siap lukis. Patutla tak kena bayar lukisan dia ni sebab lukis pakai tangan. Tapi macam komputer cantiknya lukisan dia. Teroris jugak dia ni. So, bincang punya bincang, dapat la quotation. Encik Jack puas hati la sebab dalam bajet lagi. Kitorang pilih untuk semua kabinet dapur, wardrobe, material laminated. Ah, nama istilah benda alah tu yang betul aku pun tak ingat. Google sendiri la. Sangat pening seyy nak pilih kaler apa. Sample colour yang dibekalkan tu kecik sangat petaknya. Takleh nak imagine la kalu seketul pintu tu cane rupa dia. Benci betul. Apa salahnya kasi sampel besar-besar. Takde la orang silap pilih. Aku tak nak la silap pilih terus jadi nampak macam almari DIY yang buleh beli kat Tesco je tuh. Rugi la kan bayar beribu lemon tapi hasilnya macam yang harga ratusan je buleh dapat kat Tesco tuh. So, kena pilih dengan teliti supaya tak menyesal di masa hadapan. 

Belek punya belek, last-last aku givap. Encik Jack bab kaler-kaler ni dia hulur kat aku je. Lagi la aku goyang. Kang kalu result yang dah siap tak seperti yang diharapkan, or lagi huduh dari yang dibayangkan, aku jugak yang kena. So aku cakap kat dia nanti aku pilih later la kaler tu. Or perhaps next weekend kitorang pegi tengok dulu kat kilang dia contoh yang dah siap. Aku sebenarnya dah ada idea cane yang aku nak. Cuma semua kedai kc yang aku terjah macam sama je design~wood grain. Bukan aku cakap tak lawa. Kalu kena gaya memang lawa. Cuma nak kena kreatif la. Aku bukan nak yang pelik-pelik. Simple je. Tapi yang simple cam gambar kat bawah ni payah nak cari. Kalu ada pun, MAHAL. Knob pintu kabinet tu pun nak caj extra. Kalu guna handle besi, free pulak. No wonder banyak umah kat Mesia nih hendel besi je. Sebab dapat free! Huhu.
Ini wardrobe umah sedara aku. Bukan kayu solid pun. But nice and simple kan. Tapi ini design tahun 90an la. Mungkin skang orang dah tak tempah pesen macam ni. Sebab tu banyak kompeni tak buat dah. Outdated pun, kalu hati dah suka nak buat cane tuh? Dah aku bercitarasa klasik. Daripada corak skang  yang macam harimau pun ada tu kan.... Celoreng sana, celoreng sini.. Haiyayya... Pening aku nak decide. Pegi tadi tuh lupa pulak nak bawak gambar wardrobe yang aku koyakan ni.

Sekali terpikir jugak... Ke aku nak tukar ke acrilic/glass?? Benda shining ni nampak lagi luas kan. Maklum la dapur umah baru nanti sangat laaaaa LUAS. Haha. Mulanya aku sampai tadi dok berkira-kira nak solid nyatuh la konon. Sekali encik Mat menakut-nakutkan aku, kalau ada anak kecik, dicontengnya pintu kabinet ni memang payah la nak tanggal. Silap haribulan laker dia kembang. Kayu memang tak kembang. Kayu solid ni memang leceh sket. Nak mantain, kena bajet besar. Kalu laminated tu lap ngan thinner buleh hilang terus. Aku rasa tiap kedai aku pergi pun cakap benda sama. Kids are monsters! Ahaha.. Ada anak kecik memang payah. Kecuali ko memang cermat. Kotor sket, terus cuci. Aku, hehe. Mim alip lam sim. Tak pun, ikut mood.

Aku rasa masalah ni memang menghantui rata-rata rakyat Mesia. Nak buat kabinet je mesti pikir takut anak conteng la. Takut mudah rosak la. Takut nampak kotor la. Apasal mat saleh okey je buat kabinet material apa pun, kaler apa pun? Anak diorang tak conteng ke? Ada satu blog matsaleh aku baca, dia suka beli perabot warna putih. Dia cakap to make sure anak-anak kecik dia tak usik perabot dia tuh, dia kurung anak-anak dia dalam bilik most of the time. Kalu ada yang degil pegi conteng/kotorkan jugak perabot dia, dia akan ikat anak dia kat pokok yang ada kerengga. Wakakakaka... 

So, aku masih pening. Sila bantu aku membuat keputusan. Tadi aku pilih kc warna gelap (konon nak matching ngan dining table aku ni) pastu table top warna cerah. Pastu pikir-pikir balik, kang dapur aku nampak gelap pulak. Ruang pun nampak sempit bila ada kabinet gantung tu lagi. Atas bawah kaler gelap. Ish... tak boleh jadi ni. Aku google banding-bandingkan gambar dalam internet tuh, rasa macam kena ubah jugak la. Kalu guna glass, apa keburukan dia ek? Pecah ke? Tapi kalu akrilik tuh yang bestnya, mudah cuci, pastu berkilat buleh nampak makin luas. Hmmm... Heh tolonglah! Buleh pecah kepala nak decide ni...

Malam...Encik Jack dok senyap dalam bilik dengan laptop hak milik kerajaannya. Aku dok ngadap laptop kat luar tak habis-habis surf and study gambar kabinets. Lama tu rasa boring pulak nak pegi mengacau encik Jack. Ingatkan dok buat aktiviti tak bermoral senyap-senyap tuh. Zaman skang ni bukan  fesbuk aje buleh chatting kan...
Oh... Solehnya laki aku. Dok marking assignment student rupanya. Canggih, canggih.. It's paperless trend. Zaman aku dulu belajar, tulis tangan  pun dah kira ketinggalan. Semua kena type and print. Bertimbun-timbung atas meja lecturer.  Skang ni student tak payah nak penat-penat berlari nak hantar esaimen takut tak sempat dateline. Klik je skang ni. Janji ada internet. Ala, kat kedai mamak ada wifi skang. Janji ada laptop. Ke Blekberi pun buleh? Ntah aku memang suci pasal blekberi, aifon ke apa.. Bertuah budak-budak zaman skang. Hei you, disket skang wujud lagi ke? Aku ingat zaman aku dulu dengar perkataan pendrive pun terkebil-kebil. Pat belas kali orang explain baru nak paham.

2 comments:

Cikgi Diva :-) said...

kekgi aku refer ko rumoh mung laa blako2...ngeheheh~

Blog Diva said...

mah:cess. aku mana la layak nok jadi sumber rujukan mu. Lekeh jah heh umoh aku nyo. xleh nak lawei blog hok mu bui tuh.