Dark Fellows

Thursday, October 28, 2010

#524 Me Vs Makan Sedap

Lepas sarapan kat warung nasik lemak Bandar Perda nih, kitorang bertolak balik kampung. Cuaca sedap-sedap tido je. Tapi balik ngan Nissan ni seat kurang selesa berbanding Kia. Tak tahu la pulak kalu aku yang petit ni jadi asyik mendongak je jadinya kalu belakang rapat ke seat. Sebagai langkah berjaga-jaga, aku dah ready bantal Adam masa baby-baby dulu buat ampu belakang tengkok aku. Kalu ada neck pillow pun best jugak. So, takde la lenguh sangat belakang tengkok aku sepanjang jalan 4 jam tuh.

Anakanda tido la after an hour menghitung kereta atas jalan. Cuaca pun redup, memang membuai-buai la.. Kat Jeli dia bangun. Mula-mula ok. Tak lama dia menangis. Biasanya kalu menangis tanpa sebab-sebab yang visible ni, memang tu alarm dia nak bagitau dia akan muntah. So aku cepat-cepat ready plastik (memang selalu spare kat dia tiap kali berjalan jauh) Tak lama memang muntah betul la. After one batch keluar, aku tanya dia, nak muntah lagi ke. Geleng. Then terus baring. Selalunya dia cakap betul. Kali ni ada part kedua rupanya. Berjelanak atas seat. Hoho.. Takleh pakai cakap budak. Encik Jack memang hangin la kalu ada scene-scene camni. Rilek la, ada anak camtu la kan. Budak tu mana la reti. Sayang tak sayang kat keta baru ni, sanggup benti kat masjid area Jeli tu nak bersihkan seat. Time aku peknen dulu, merayu nak kencing pun dia tak nak benti jugak. Encik Jack, encik Jack......
 simptom #1-muka miserable
 simptom #2- serba tak kena
 simptom #3-merana dalam tangis
 kaki macam orang tua. besar dan berkedut. (tak berkaitan)
3,2,1....Buweeekkkkk!!!

Kitorang singgah Melor dulu sebab Iron Chef ajak lunch sana. Masak spesel kat aku mentang-mentang semalam aku cakap penyakit tak lalu makan datang lagi. Oh, tengkiu Iron Chef.. Saya sangat terharu! Memang berselera saya makan. Orang lain dah ke anjung rumah bersembang, saya masih meratah lauk tak hengat. Sedap, sedap dan sedap. Kalu tiap hari ada tukang masak camni menjamu aku, pasti gastrik takut nak hinggap. Nak ganti posa pun takde la teragak-agak takut tak lalu nak bersahur. Tengkiu Puan Iron Chef! Hanya Allah sahaja yang mampu membalas segala kebaikan yang anda dah buat kat saya ye. 
 The food convicts: Ketam laprik, kari daging, keresek, kerisi goreng, kerisi bakar, ikan kering goreng, sambal pauh, kerabu pucuk paku...
*bukan encik jack punya. Sekali nak ambik gambar kamera mahal ni, habis goyang kamera tak berapa mahal aku ni. Nampak sangat.
Canon hutang duit royalti kat aku. Sebab aku dok sibuk canang kat sini kan. Orang lain dulu jugak yang selamat merembat.

Burp sana, burrrppp sini, perjalanan ke Apal diteruskan. Puan Menteri, Wanita Pertama Melor ngan Iron Chef ikut konvoi sama. Saje pegi berjalan ziarah MIL aku. Time aku sampai SIL dari KL belum sampai lagi. MIL aku buat pulut kuning ngan inti kelapa tuh untuk tahlil malam kang. Sedap giler inti pulut nih. Aku dok melantak sampai tak hengat. SIL sampai pun aku lupa nak sambut. Punya la sedap kan. Haha. Sorry Kak Long!
 Food convict part 2- pulut kuning + inti manis...

Malam, majlis tahlil untuk my late FIL. Ramai yang amat umat nabi Muhammad datang malam ni. Macam malam kenduri kawin pun ye. Sampaikan tak cukup pinggan nasik. Tak pernah dibuat orang jamu nasik tahlil ngan pinggan Corelle 2,3 set. Stylo seyy..

5 comments:

Anonymous said...

bestnye...mu memang kena mkn air tgn mcna baru selera.

kesian adam..takde ke ubat mabuk jln tuk kids? or tak bagus tuk mkn?
-kakak-

Blog Diva said...

kakak:prinsip aku mudoh jah.xpayoh nok buh chemical dlm tubuh anok aku kalu benda tak crucial.stakat mutoh tu biaso la budok2.

Cikgi Diva :-) said...

MIL aku bekwoh besar guno corelle hokei...wak tubik blako belas2 set hok dio ado.weh tliur aku tgk lauk byk2 tuhhhhhh....bahyo mu wat entry gini utk tontonan aku.

Cikgi Diva :-) said...

p/s:ingatko sambar EOS60D hop baru tubik tuh.

Blog Diva said...

mah:selagi tak sudoh mekap rumoh baru, azam aku takkan beli la kehendak2 hok melaghakan ni..haha. kalu tibo2 pitih jatuh seguni dari langit (tgk2 gor seriya2)tu lain la.

ganah toktuo mu..xlawei la aku.