Dark Fellows

Thursday, November 4, 2010

#533 Me Vs A Rambling Post

Kelmarin dulu aku tengok Biografi Mahathir. Kelmarin aku tengok Biografi P.Ramlee. Harini aku tertanya-tanya, biografi Nik Aziz depa tak buat ke? Nik Aziz pun tokoh jugak. *tidak menyebelahi parti politik mana-mana.
Madu sms bagitau PISA held homedec expo from this 5-7 Nov. Encik Jack kena jaga exam pulak Sabtu ni. Ahad free la. Should we go? Tapi nak beli apa, umah pun lambat lagi nak release OC. Kalu terpergi, mesti terberkenan paling tak pun kat Fella tu. Kalu beli awal-awal nak letak kat mana. Rugi pulak waranty berjalan tapi barang tak guna lagi. Nak tempah awal-awal pastu suruh dia simpan kat kedai dulu sementara tunggu umah siap tu pun kang lunyai dulu kat kedai. Malas la pulak. Lagipun lambat lagi. 
Yay! Dia dah pandai main buai sendiri...
Lemah betul. Kalu benda lambat lagi, banyak la godaan awal-awal ni. Sekali dah tiba dekat time nak move out tu, langsung takde yang menarik hati tawarannya. Selalu camtu la.
Oh, hari ni saya sangat boring. Mesin Dr Sukida dah muntah duit. Akibatnya, saya tak dapat beli stok air. Time hari sangat cerah macam ni mesin pulak full. Dah 2 tahun aku spoilkan tekak-tekak kat umah ni dengan air Dr Sukida. Bila tercetus hal camni, panjang la tekak nak menelan air masak dari pili. Tak sedap! Tak tahu pulak ada orang minat minum air berperisa besi. Tahun depan nak usya water filter la pulak. Nanti pindah, mana nak cari mesin Dr Sukida macam kat sini yang buleh turun pegi beli anytime aku nak. Dah ada umah sendiri ni kena pasang water filter system la kan. Hmm... Kena add on dalam list tuh.

Belek fesbuk, tengok gambar-gambar member pegi keliling dunia. Seronoknya. Sorang ke Beijing. Sorang ke KK. Sorang ke oz. Sorang tour europe dengan kakaknya. Sorang pegi buat umrah. Sorang kat awan biru jadi pilot. Sorang jauh di tengah laut kat pelantar minyak. Pergi berkhidmat kat Afghanistan pun ada! Tatau post sebagai apa. Dulu buat medik. Tapi dlm gambar dia pakai uniform tentera. Pasukan perubatan tentera perhaps? Oh, saya tumpang bangga kawan-kawan saya berjaya mengelilingi dunia merantau di tempat orang. Suka tengok orang-orang bujang ni pergi makan angin. Dengan duit sendiri.

Oii bosannya blog ari ni... Esok cuti ek? Selamat Hari Deepavali pada keluarga Puan Menteri yang menyambutnya di India...

8 comments:

zahira said...

bercadang jugak utk beli water filter tp tunggu dulu. kena kumpul duit. mahal benar! kena setelkan satu...satu...

Mochi Mom said...

teh...aku pakai sementara yg panasonic tu....tukar filter 6 bulan sekali...murah aje..ok aje kualiti..dari minum air perisa besi...:P...later2 baru nak beli yg e-spring tu..setakat ni..itu yg paling baik dan berkesan...:)..e-spring tu harga dekat2 4 ribu..but my mil ade ahli..so dapat 3k lebih sikit...tunggu duit space laki aku...hahahah

Blog Diva said...

kaklong:dah usya ke brand apa?me pun belum koya lagi cap apa yg bagus beserta testimoni2 dari org yg dah guna.

Blog Diva said...

ct:hoho 4k..mhl sgt la..apa spesel sgt e-spring tuh?

mommynadia said...

tiap2 hari g beli air dr sukida ke..huih..rajin betul!
my MIL pakai water filter dr sukida at home..rs tak mahal sgt lah teh..less than 2k rsnnye..
sb dah lama dia pakai..
tp so far Nadia rs ok..sb harith sgt sensitive..kalau I tak bersih dia bleh demam..sukida works well with him..
tp nadia pakai filter bodoh je kat umah..hahahahah!!!

Blog Diva said...

nadia:what to do mek.air kat kondo ni very sucks.baju pun semua tukar kaler bila basuh.sebenarnya me memang malas masak air. udin bukan minum air pns pun. my boy pun minum susu sejuk.

so, untuk jimatkan gas,letrik,dan masa, beli je senang. kebetulan kat kondo ni ada mesin air tuh. sesambil turun buang sampah, bawak adam brisk walk pagi-pagi tuh pegi la beli 4,5gelen terus. kira stok seminggu terus la senang.

memang rasa air dia sedap la. skang ni bila mesin tu rosak memang geli tekak la nak telan air masak dari paip tuh. semacam je rasa. kerek pulak semenjak minum air sukida ..hehe..

kalu ada rezeki bila naik umah baru nanti, me tak kisah pun beli brand apa. asal tak mahal dan works well. janji, tak payah masak air..hehe..

niSamiR said...

mu edit paka gapo gmbr adam hok fest tu?

Blog Diva said...

nisa:photobucket jah heh.