Aku dilahirkan dengan pakej yang kurang sempurna. Kurus, pendek, jari hodoh, kuku buruk, hour glass figure yang totally out dan macam-macam yang serba huduh di mata aku sendiri.
* * * * * * *
Suatu hari di tutorial Kimia yang berlangsung di kelas 4 Ghazali.... (tutorial was held in classroom) Cikgu Hasnah sedang duduk di kerusi guru di hadapan kelas yang agak pack. 25 orang je pun. Semua pelajar menumpukan (*atau pura-pura menumpukan) perhatian terhadap lecture yang diberikan Cikgu Hasnah memandangkan beliau seorang guru yang garang, suka bertanya secara tiba-tiba, suka menyuruh pelajar minum banyak air demi kesihatan dan juga tegas.
Hari itu Cikgu Hasnah moodnya very moderate dan stable. Memang semua pelajar bawah asuhan beliau tahu, adakalanya kalau kena gaya, beliau sangat-sangat kelakar, suka bercerita tentang kisah zaman mudanya di kolej, pandai memberikan gambaran secara visual tentang tindakbalas kimia dengan menggunakan perihal yang lucu dan kadang-kadang suka memberikan tips serta resipi masakan. *Cikgu Kimia kebanyakannya tererist bidang masakan.
* * * * * * *
Kebanyakan hari di waktu makmal Kimia, Suraya adalah pelajar favourite Cikgu Hasnah untuk duduk di sebelahnya di meja guru di hadapan. Bukan untuk kelas Ghazali sahaja. Memang stail mengajar Cikgu Hasnah begitu. Pelajar yang paling corot markah Kimia akan disuruh duduk di depan, di sebelah beliau. Senang beliau mahu tonyoh ke tanya on the spot ke... Bukan main malu Suraya yang kebetulannya memang pemalu, terpaksa duduk bersetentang dengan mata-mata boys yang dianggapnya seteru bersiri. Biasalah, di maktab itu memang Islamik sikit. Boys akan duduk di depan, manakala girls di belakang. Most of the time memang Suraya menunduk je la tiap kali lecture Kimia dalam makmal tu. Jari memang handal berpura-pura mencatat segala point yang Cikgu Hasnah sebut. Cikgu Hasnah cek siot. Don't play-play... Nasib baik Suraya ni bukan stail melatah...
* * * * * * *
Okeh, berbalik kelas tutorial Kimia yang dihendel dalam kelas Ghazali itu tadi. Dari perbincangan kuiz/test kimia, ke kisah Seri Puteri, ke kisah gelembung boyo, ke kisah resipi pisang goreng yang sedap, tiba-tiba Cikgu Hasnah membuka cerita tentang girl sorang ni. Pelajar sorang ni muka asyik masam je. Tiap kali nampak dia, masam. Serius setiap masa. Sampai berkerut dahi-dahi. Macam nak marah je..
Semua pelajar 4 Ghazali diam sambil tekun mendangar cerita Cikgu Hasnah itu. Masing-masing tak mengerti mengenai apa yang Cikgu Hasnah katakan. Semua saling berpandangan mengharapkan satu jawapan. Siapa individu yang diperkatakan Cikgu Hasnah? Dari kelas mana?
Tiba-tiba Cikgu Hasnah berhenti bercerita yang belum habis lagi tu. Semua turut terdiam dan menantikan ayat-ayat Cikgu Hasnah yang seterusnya. Suraya turut pelik kenapa bicara Cikgu Hasnah terhenti tiba-tiba. Cikgu Hasnah senyum. 10 saat, 20 saat berlalu.... Tetiba Suraya terasa seperti cikgu Hasnah menghadiahkan senyuman manis itu padanya. Suraya membalas senyuman Cikgu Hasnah sekadar akibat tindakan refleks bersyarat. -Automatik tanpa perlu disuruh....
Haaaa... Kan cantik kalu senyum... Ni asyik masaaaaaam je..
Cheh! Cerita pasal aku rupanya.
In memory of Cikgu Hasnah (19XX-200X) Al-fatihah.
6 comments:
cute lah teh..oh...i do miss her..walaupun dia tak ajar aku..but pernah lah ajar few times but tak igt why...memang kelakar...cantik..dan dia selalu cerita pasal rumah dia org production selalu sewa utk shoot drama or film....:)
believe it or not...i still remember her smile n voice even tho she is not one of my formal teacher...and i do forget about some of my class teacher!...shame on you siti!!!
Al-fatihah...
ct: a'aah..dia selalu jugak citer psl umah dia style guest house tuh. aku ingat lagi, time dia marah, suara dia buleh dengar sampai ke bawah.hoho.. tapi special formula yang dia buat untuk senangkan kita hfl tuh, sampai skang aku ingat. walaupun dia sometimes garang, tapi dia baik hati.
gile...baca sampai abis...word by word...rupanya cite pasal diri sendiri...best2....kena buat macam cikgu hasnah ni gak kat sekolah nanti...bagus cara dia
\ kak ina
hahaha...mc teh. sapa boleh lupa kat cikgu hasnah. wpun dia bengkeng, tp dia kelakar. pastuh dia btul2 amik berat pasal result kimia nih. cara dia ajar dop boring, takde lah monotone jer mcm cikgu2 sains hok lain. sbb tuh, antara 3 subjek sains - bio, fizik & kimia, aku buleh result kimia yg paling ok.
mc teh, aku pun ingat mung sokmo kena dok depan. masa tuh aku pikir, ya Allah, ngerinya laa kena dok sblh cikgu pastu kena ngadap muka boys sekor2. aku bet, mesti ada boy hok ushar mung masa kelas kimia. hehe...wei...sapo kato mung dop lawa. mung lawa laa, come, kecik molek...putih sepung pulok tuh...
kak ina:buat, jangan tak buat ;p
rini:putih pun kalu kurus keding xcomam jugok mek weh!!flat jah situ sini..
mulo2 keno dok depei tuh aku neves gilo jgk.pah lamo2 lps jadi rutin tuh aku jadi biaso doh la..chewah!
Post a Comment