Mommy sibuk nak update blog kat laptop satu lagi.
Adam sibuk???? *sebab orang tak layan dia.
"Mommy...nok dengok gamba deo" (nak tengok video)
* * * * * * * * *
Hari ni aku bangkit dari tido dengan perasaan yang sangat ceria after a long, deep, meaningful talk with Encik Jack last night. Don't know at what time we fell asleep. Thanks for listening my dear. I owed you much. I'm happy it ended pretty well, way better than I thought before. Alhamdulillah... For that, I'm feeling very, very much better at heart. I'm cool. He's cool. We're happy.
* * * * * * * * *
How's your Sunday everyone? Hari ni kitorang biasa-biasa aje. Takde ke mana-mana. Mulanya Encik Jack bawak anakanda pegi kedai gunting. Tapi bila ajak turun, tak pasal-pasal meronta tak mau turun. So, balik semula la dua beranak ni dengan sorang muka bengang, sorang muka tak puas hati takleh keluar lama. Tak lama lepas balik tu dia tido. Rupanya mengamuk tak nak potong rambut sebab ngantuk kot. Tengahari aku tak masak. Encik Jack cakap tak nak makan nasi.So, kitorang just makan apa yang ada. Anakanda pun tido lagi.. So takde faktor mendesak la untuk memasak. Aku pun tak lalu makan giler-giler. Tatau nak makan apa, nak masak apa.
Kul 3 terasa lapar. Anakanda pun dah bangun. Rasa guilty la pulak kalu tak sediakan apa-apa untuk dia. Kalu nak tunggu dia mintak makanan, lambat la. Memang tak pernah mintak pun. Tak pernah pun cakap lapar nak makan ke apa. Kalu aku tak offer atau tak kelihatan depan mata dia, memang dia takkan mintak la walaupun dia lapar. Itu style dia. As a mom, I have to be alert, I have to know when does he look 'hungry'. So, pandai-pandai la.
Fikir punya fikir punya fikir, last-last aku bukak freezer ambik keluar ayam. Nasib baik belum keras lagi lepas aku simpan after masak mi goreng pagi tadi. Goreng aje lah ayam ala KFC tuh. Anakanda gerenti makan. Memang tak salah tafsir la, tengah aku sibuk nak goreng ayam tu dia pun sibuk la ulang-alik datang nak tengok ayam dalam kuali. Tak sabar-sabar nak makan. Haaaa tu lagi satu simptom dia lapar. Lepas siap goreng ayam, tengok Russet potato aku ada banyak. Kupas, slice adhoc, pastu terus humban masuk minyak bekas ayam tadi... Sedap gak goreng ubi kentang Russet ni. Selalu aku asek boil, and buat mashed potato aje. Encik Jack pun puji sedap potato chips aku. Selalu dia ngap aje,tak reti nak beza antara sedap ngan tak sedap. Kalu puji tuh memang sedap betul la. Habis citer pasal late lunch.
Petang sangat boring asek menang Solitaire aje, aku drag Encik Jack ngan anakanda keluar beli air. Stok drinking water kitorang tinggal sket je lagi. Nak delay-delay takut esok lusa ujan lebat payah pulak aku nak keluar bawak budak ni. So, sesambil to kill our boredom, elok la keluar. Macam biasa la, kalu aku ajak turun jalan-jalan (maksud aku jalan kaki kat area kondo ni) kat bawah, encik Jack mesti bawak round naik keta. Bila la nak kurus macam aku ni. Encik Jack, Encik Jack. Ada aje idea cheapskate dia untuk tak berjalan kaki dan kurus. Macam aku.
Kitorang turun kul 6 lebih. Time tu cerah sebelah lagi langit. Tahu tu pun sebab keluar. Kalu dok terperap dalam umah sure tak tahu-tahu pun kat luar gelap gelemat sebelah. Sebelah aje yang cerah. Yang aku nampak kat umah aku ni tang yang cerah aje la.
Beli air, terus round-round kat Perda. Alahai, dari kelmarin tekak teringin nak makan pisang goreng. Misi mencari gerai jual goreng pisang masih gagal sedari 4 tahun berada di sini. Bongok la. Takde orang jual goreng pisang yang true sket ke kat Penang ni? Semua style guna tepung Adabi tuh. Apa kelas. Time-time camni sakit hati betul Iron Chef tak buat bisnes kat sini. Balik la kitorang dengan perasaan hampa tak jumpa-jumpa goreng pisang yang true...
Sampai je kat kondo tetiba langit kucar kacir tukar kaler menjadi gelap. Cepatnya. Cepat-cepat kitorang naik atas sebelum basah kuyup. Aiseh bila masuk je umah, fikir nak makan apa pulak malam ni. Kena fikir lagi. Skang ni tekak memang tak lalu benar nasik. Sup-sup pun dah boring makan. Moi, bubur pun tekak reject jugak.. So, nak makan apa? Every alternate hour nak kena makan. Tak mati kutu korang kalu jadi aku?
Tanya encik Jack nak makan apa. Jawapannya siap perli aku pulak, "Tak lalu!" Hekeleh...Last-last suruh aku buat steak. Kul7 baru nak bawak keluar daging. Kul8 dah nak makan. Sounds ridiculous. Tapi aku buat jugak. This time semua express. Nak grill dalam oven, oven kat stor. Nak kena bawak keluar, tarik extension wire bagai, plus tin foil aku dah habis. Rijek idea guna oven. Malas. Banyak keje. Lagipun guna oven lambat buleh makan. Alternatifnya, aku humban aje dalam mikrowave lepas a brisk marination and stove sear. Semua adhoc! After 5 minit, my steak is ready to be served. I'm impressed. Rasa cam tak caya daging tu masak elok. Kalu guna oven, setengah jam belum buleh makan lagi.
Encik Jack order potato chips lagi instead of mashed potato to eat with the steak. Tengah dok tunggu chips tu masak, anakanda dok sibuk nak makan daging. He can sniff meat from far. What a nose. Memang cam la bau daging! Sorok pun dia tahu. Encik Jack la tukang suap steak kat anakanda. Gravy pun aku tak sempat curah lagi, steak dah tinggal separuh. Minat betul kat daging. Bila semua siap, tengok-tengok sikit je daging yang tinggal. Huhu... Adam, Adam... Kalu musim makan, memang tak sempat-sempat nak makan!
![]() |
| Ciput aje daging yang tinggal hasil serangan anakanda. |
![]() |
| Mak.aku.tak.ajar.goreng.hangus.cam.ni. Tapisedapho! |
Malam ni hidangan tak berapa seimbang sebab tukang coleslaw aku sibuk ngadap F1. Mata memang tak lepas kat tv. Atomic Kitten lalu pun sorry la beb! *encik Jack minat giler kat Atomic Kitten ;p ngggeeee~~~~!!!






4 comments:
wahhh sedapnyeeeeeeee
adam suka ayam grg kfc & dg ye yay yay ada fav food! kekkeke
mummy kena pelbagaikan lg kekke for mummy n adam..dadi leh tumpang nikmati heeeeeeeeee
-kakak-
hahahaha en Jack minat Attomic KitteN????? muahahahahahahahahaha
kakak:popcorn chicken kfc pun adam suko jugok.
ayeen:YA. Sila tahu. Saya sendiri pun geli, dia pulak sangat la minat. Yucks!!!
salute kt mu teh, selamba jah wat steak.tang gravy tu xreti aku nk buat.huhu.
western sungguh anak beranak encik jack ni.nama pun encik jack.
hubby aku balik msia telan nasik manjang.xpenah dia nk order steak2 ni.haha.
Post a Comment