Aku dah banyak hari dah lewat jadual bulanan aku ni. Selalunya setakat lewat seminggu camtu biasa la aku. Coz I have irregular menses cycle. Kadang-kadang awal, kadang-kadang lewat sebulan.. Sebelum ni aku tak risau la. But this time is different. I felt something is wrong. Lepas seminggu kelewatan, aku start rasa tak sedap hati. Terlalu banyak simptom-simptom ibu hamil yang aku alami skang. Tapi loya? Dah setahun semenjak gastrik teruk ni aku asyik loya aje. Takkan la kot? Tapi nape dada aku macam sakit semacam je... Oh please don't..
Aku calling-calling my private doctor friend who happens to be a blogger friend of mine. Dia cakap, kemungkinan besar memang aku pregnant sebab swollen breast tu petunjuk yang paling menonjol. Sebelum ni tiap kali pms aku jarang sangat bengkak breast. My friend cakap, selalunya kalu terlewat sehari dua pun dah visible kat pregnancy kit. So for my case yang irregular menses ni cane? Oh tak boleh jadi... Hati makin gundah gulana... Terus sms encik Jack suruh singgah beli pregnancy kit lepas balik keje. Huhu... If possible, jangan la lagi... Everybody knows that I'm not ready yet. Physically and every other aspects. No, no, no....I'm not fit. I can't handle another baby..
Bila encik Jack balik keje, I keep delaying the test. Rasa macam berdebar-debar takut result seperti yang ditakuti. What if I'm really impregnated? Dah tu nape tak period-period? Serabutnya la hai. Makin ditangguh, makin kusut pikiran. Makinlah aku dok meroyan sorang-sorang. Huhu.. Kena test jugak... Tapi takut... One part of me said that it will be positive. The other part tak rela. Oh please end this quickly!
Lepas test inilah keputusannya. Gambar ni diambik sehari lepas aku test. Sebab emosi sangat jatuh merudum, aku takde ati nak snap gambar on the spot. Esoknya baru aku ambik (gambar). Sebab tu line kedua tuh jadi melintang. Mula-mula test both lines appear vertically. Aku tak terkata apa bila keputusan keluar.. Dalam hati tertanya-tanya kenapa Allah nak beri jugak kat orang yang tak nak... Kenapa Allah tak kasi aje pada yang lebih memerlukan? Astaghfirullah.... Kesian pada si kecil yang baru nak terbentuk ni.. Aku tak patut treat dia macam ni. Tak fair la untuk dia. I have to be positive for the sake of the fetus.
Tapi cakap memang senang kan.
No comments:
Post a Comment