Dark Fellows

Friday, February 25, 2011

#604 Me Vs The Burgeoning Of My New Life

Gambar kena save yang best-best aje baru tepek. Google/Picasa dah kasi warning that I'm exceeding 1G storage limit. Berkira betul. Terpaksa la aku delete gambar-gambar kawin, honeymoon ngan gegambar ramblings yang lain. Ah, susah-susah aku bukak blog lain... Tapi sayang lah.

Hobi melanun citer Korea kena hentikan seketika sebab my favourite site tengah down for maintenance. Selalunya kalu ada perkataan MAINTENANCE, it means SHUT DOWN. Haha. Kena cari site lain la nampak gaya. Site untuk tengok secara online ada banyak yang boleh follow. Tapi malas la nak tunggu benda alah tu buffers segala. Asyik tersangkut-sangkut la nak menyudahkan 1 part of the episodes sekalipun. Mana best. *Anak nak masuk dua pun tak reti-reti nak behave like real parents lagi. ;p

Semalam pergi Klinik Desa tu nurse cakap aku 15minggu plus berapa hari entah. Macam-macam pesan kat aku pasal diet, pasal aktiviti harian. Bagus jugak klinik kerajaan ni. Kasi free consultation tanpa ditanya pesakit. Masa nurse tu nak kasi vitamin & ubatan lain, dia pesan kat aku supaya avoid any cafein drinks. Tea, coffee (both aku tak minat so aku tak kisah sangat) and MILO is included. Dia cakap benda cafein ni menghalang penyerapan zat-zat serta vitamin yang diperlukan oleh tubuh ibu mengandung (iron, folic acid etc). Aiseh, aku baru je nak terminat kat milo skang ni. Fyi, selama ni aku mana minum sangat milo. Sebab? Masa zaman sekolah dulu tiap pagi Puan Menteri bancuh milo paksa aku minum sebelum pergi sekolah. Jemu aku tengok milo. Bila dah tua nak masuk anak dua ni baru mula terasa nak minum balik. Sekali nurse bilang, milo pun ada cafein jugak. Huhu... Takpe, lepas beranak buleh pulun lagi. (tapi tu lah, time takleh la yang aku nak. bila dah boleh aku tak nak pulak)- It's hormone thingy...

Aku perasan jugak semenjak aku peknen kali kedua ni, selera makan aku agak aneh. Masa awal-awal peknen sebelum aku tahu aku mengandung tu, memang aku naik heran la nape aku tetiba terliur tengok petai jeruk (siam mari nun) kat umah Puan Menteri. Siap melantak sampai habis petai jeruk tu. Petai jeruk dari Pattani nun memang rasa dia lain dari petai jeruk local. Yang local lembik. Sana nyer memang rangup biji petai jeruk tu. Crunchy-crunchy bila gigit. Hayo, petai pun aku dah 20 tahun tak makan. Last time aku makan time kecik-kecik dulu la. Tak ingat umur berapa. Lama sangat la tak makan. Tetiba bila mengandung ni terus buang tebiat nak makan petai... Haha.. Dulu kerek gile tak layan petai. Hambik!

Stail makan sejak balik Penang ni dah jadi lain macam sket beradong nya.. Kalu makan nasik, mesti nak ada hidangan yang taruk tomato. Nasik goreng taruk tomato (buah). Bihun goreng taruk tomato(buah). Makan salad pun mesti nak kena bubuh buah tomato. Goreng sayur pun nak taruk tomato buah. Sebelum ni nampak tomato pun aku kais ke tepi. Pelik benar selera orang mengandung ni. Sebut buah tomato ni teringat aku kat si amoi Irene tuh. Dulu masa sebilik ngan aku kat H7, dia suka benar mengudap cherry tomato tuh. Amoi ni memang concern pasal health, makan pun secara sihat. Dok sesaje dalam bilik mesti bukak bekas cherry tomatoes dia cicah garam halus. Menggeleng kepala aku tengok hobi aneh dia ketika tu. Skang aku pulak yang terjangkit.

Sejak mengandung lagi ni, kesihatan aku jadi terumbang ambing. Mengandung kat encik Frodo dulu okay je takde masalah. Jiran sebelah umah pun tak tahu-tahu aku mengandung. 8 bulan baru terkantoi tu pun sebab aku pergi jumpa dan bersalaman sebelum pindah balik KB. Haha. Perut pun kecik je. Tak nampak pun. Kali ni, memang macam-macam dugaan time mengandung. Mula-mula gastrik teruk, pastu loya tapi tak muntah-muntah pun (loya kes gastrik, bukan sebab mengandung pun), pastu konjunktiviti sebab alahan mengandung sampai luka sampai berair-air mata kanan aku, and now another problem came. Aku skang ni selalu sakit dalam tulang punggung. Nak mengiring sakit, nak bangun sakit, nak berjalan pun kekadang sakit. Kadang-kadang rasa macam tulang berlaga. Takkan cecair rawan aku dah kering kot? Lutut selalu la aku dengar problem macam tu. Orang kurus memang takleh lari kot masalah ni. Nak tido skang ni, dah takleh tido sembarangan atas tikar depan tv. Nak kena alas tebal-tebal. Kalu tak, berkeriuk-keriuk bunyi tulang punggung aku... Malam-malam memang sadis la dengan encik Frodo tak nak tido bawah. Sudahnya encik Jack jugak yang kena mengalah tido kat bawah. Nak tido 3-3 atas katil, memang kaku sampai ke pagi la. Encik Frodo sorang pun dah conquer hampir seekar tilam.

Gatal.Sejak aku dok Panji aritu start gatal-gatal satu badan. Memang time mengandung ni kesan alahan terhadap kegatalan makin ketara jadinya. Krim ngan pil tak mendatangkan apa-apa kesan kat aku. Gatal kat perut toksah citer la. Perut tak nampak mana lagi tapi gatalnya Ya Allah... Rasa macam nak garu pakai garpu! Hoho... Tapi garu pun manja-manja la.. Takut jadi macam perut somebody yang aku pernah tengok kesan pergaruan hebat time dia mengandung. It's scary and I don't want it happen to me. Penyakit gatal ni tak mengira anggota badan dah skang. Sampaikan tahi lalat pun aku garu. Aku ada banyak tahi lalat kat perut. Elok sangat la tu.

Aku nak pergi smayang Asar. Pastu nak turun buang sampah sesambil beli pau milah. Hopefully pacik pau ada petang ni. Daaa~~~~ 

No comments: