Ok semenjak mengandung ni banyak betul merungut. Doing things without willing agaknya camtu la. Sia-sia pahala mengandung aku.
Pagi ni seperti dijadualkan aku kena pergi Klinik Kesihatan Perai for Blood Grouping and other pregnancy tests. Hayo mengandung dulu kat HUSM tak test pulak blood group aku. Nurse tu cakap standard procedure, semua klinik/hospital kerajaan wajib buat ni. Sepatutnya kalu dulu dah buat, harini tak perlu buat dah. Aku tak paham betul la. Cakap standard procedure. Nape sini buat situ tak buat. *merungut lagi. Kan bagus kalu dah buat 4 tahun dulu. Tak payah nak menyakitkan aku hari ni. *merungut lagi.
Aku sampai antara yang terawal. Yang herannya kasi nombor giliran tapi panggil ikut suka. Yang datang lepas aku dapat giliran dulu. Nombor dah betul ikut giliran, tapi nurse tu yang panggil ikut suka. Hayo. *merungut lagi. Tunggu punya tunggu dapat gak turn aku. Ambik darah antara aktiviti pengandungan yang paling aku tak gemar. This time my premonitions memang tepat. 3kali cucuk baru dapat darah. 2kali sebelum tu memang sakit aje yang aku dapat. Kiri kanan lengan berlubang. Adoyai... *merungut lagi. Time macam ni rasa geram tak patut kat encik Jack sebab jadikan aku macam ni.
Encik Frodo encik Jack yang mengasuh kat umah hari ni. Tak ambik cuti pun, just skip keje sekejap sementara tunggu aku habis cek.
Lepas semua test kena jumpa doktor pulak. Nasib baik doktor baik. Tak membebel bila tengok berat badan aku yang bertulisan merah. Dia cakap dia masa mula-mula kawin cam aku jugak. Underweight. Haha. Kan bagus kalu semua doktor/nurse understanding camni. Ni tak, tahu bebel je suruh makan banyak. Kalu aku buleh makan banyak takde la jadi underweight. Benda simple pun nak kena aku bagitau ke. Bila dia tengok history hipertension aku, dia cakap dia dulu pun lepas kena warded jadi hipertension and stress jugak. See? Ni doktor kedua mengaku stress dok dalam ward lama-lama. Haha... I won! I won!
Tu part yang best ok. Part tak bestnya, dia cakap next schedule you datang minum air gula la ye. Sebab history you ni macam-macam problem. Hoh? Nightmare nih. Aku sengaja tak citer keturunan aku ramai diabetic sebab takut kena paksa minum glukos tu. Sekali kena jugak! Haru. Macam nak pecah hati aku bila dia suruh datang minum air gula pulak. Don't want!!!!!!!! Keluar bilik doktor, nurse kasi tarikh untuk datang test glukos tu. Next selasa. Nurse tu suruh posa start kul 10malam isnin sampai la diorang run test tu. Lagi part tak bestnya, sebelum minum air gula kena ambik darah kat lengan lagi. Lepas minum pun kena ambik darah sekali lagi. Tak mau!!!!!!! Buatnya macam tadi 3kali cucuk baru kena urat baru buleh ambik darah tak ke patah lengan aku? Dah le darah aku kes limited edition. Bencinya!!!!!!! Tak suka la sakit-sakit ni.
Huh, ingatkan hari ni buleh escape la apa-apa test rupanya sangkut jugak. Malam, lengan aku biru-biru. Sakit weh... Nak angkat apa-apa pun terasa macam semacam je seriau. Trauma aku ngan jarum-jarum ni. Minggu depan harapnya diorang berjaya la ambik darah aku with the first trial. Jangan la menyakitkan aku macam tadi. Nak-nak pulak next week ni nak kena ambik 2 kali. Mampus. *merungut lagi. Terus tak ingat rupa comel baby dalam perut yang scan baru ni. Kahkah.
Bencinya!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
6 comments:
Hahaha..mu keno gok ko teh minum air gula, hehehe. samo la dgn aku, meme byk ujian mengandung ni..huhu. bak kato kakak ofis aku byk pahala ore mengandung ni..huhuhu
jie:tu lah.aku memei bajet doh tokse sebut lasung pun psl diabetic ni. haha keno jgk. hanya kerana dulu aku byk komplikasi kei... what to do...
pahalo byk...tokleh pahalo pun byk... haha..
weh tahniaaahhhh! alih2 join the club! kekekekeke
bapo bulan dh mek? aku tertinggal tren nih :P
neway, take care
senor:kesiam sungguh mu ni.baru 14,15 weeks gitu..tok payoh tahniah la. aku pun kes eksiden jugok...hahahahha..
why nk kena minum air gula...early pregnancy and underweight...no prev history of Dm..walaupun family history ade..still lah..u underweight...seksanye nak minum air gula tu mek...:(
blood grouping?..now dah buat?..why?...untuk apa?...mu kan c sec mek dulu...dah buat dah blood grouping mek last time..kesian kat mu...blood grouping amik darahnye banyak tu...
tak pe lah mek..slow2..lama2 selesai lah pasal mengandung ni....insyaAllah setiap dugaan mesti ada hikmahnya mek...:))
ct:sebab doktor tengok kat buku merah aku byk tulisan merah from previous pregnancy.just for precautions je. kalu tanya aku memang awal2 aku serender. kalu buleh nak lari jauh2.
*sigh..jadi indon lagi senang takde nak kena cek-cek perut pun. cukup time pergi beranak je kat hospital.
Post a Comment