Semalam encik Frodo kena tido kat bawah. Kuikuikui. Saje aku ngan encik Jack malas kasi muka. Lagipun sampai bila dia nak tido atas katil, kitorang kena tido kat bawah. Pasni ada adik dia, mana nak selit 4 manusia sekatil sekaligus. Pakai King Size bed pun tak lepas.
So lepas tutup lampu semalam, dia nak naik atas katil. Aku suruh dia turun tido kat bawah. Mula-mula dia dengar la. Lama-lama agak macam dah boring tu mula la tangan nak mencapai birai katil. Baru je nak panjat, aku sergah Turun tido bawah! Dia buat tak tahu je, nak panjat jugak. Aku suruh encik Jack jadi golly belah sana, aku jaga gawang kat kaki (mind you, semalam dia jatuh katil sebab entah bila masa naik atas katil, tido kat hujung kaki kitorang..pastu bedebukkk! nasib baik sekali laung aje) Nak panjat belah encik Jack, encik Jack dah sekat. (belah aku dinding)Nak panjat belah hujung kaki, aku pulak sekat. Sengaja kitorang tido kat birai-birai tak nak kasi dia panjat. Hahaha..
Last-last dia givap sebab takde ruang nak menyelit. Dengar jugak la dia macam 'merungut' kat bawah sorang-sorang dalam gelap tu. Kihkih. Pastu bila semua dah senyap, (aku pun dah nak terlelap) tetiba dengar macam dia curi-curi nak naik atas katil lagi. Aku sergah dia Bawah! Tak jadi la dia nak naik. Last-last memang tertido sampai ke pagi kat bawah. In between tu, tiap kali nak susu memang dia jerit la Nak cucu agi!!! Sekuat-kuat ati macam nak lepas geram kena tido kat bawah... Harap malam ni tektik busuk macam semalam berhasil lagi. Encik Frodo dah makin besar & lasak. Tak tahan asyik kena tendang ngan kaki dia malam-malam.
* * * * * * * * * * * * * *
Tinggal 4 hari lagi nak gi minum air gula. Lebam aritu tak hilang lagi. Baru nak hilang, hari Selasa ni lebam balik. Hoho.. Darah buleh ambik kat lengan je ke? Mana la tahu ada alternatif lain. Macam encik Frodo dulu kat NICU, diorang cucuk kat atas kepala, ketiak, kaki etc... Kesian tau...
Oh semenjak mengandung ni entry pun dah macam tak best. Asyik merungut aje kan. Kalu tak merungut pun entry tetap tak menarik. Hari-hari mengandung yang tidak menyeronokkan! Banyak aktiviti agak terbatas ketika ini. Nak duduk lama depan laptop pun sakit belakang, sakit pinggang, sakit punggung.. Lagipun skang ni asyik tido aje. Time encik Frodo tido siang, time tu je la aku buka laptop. Nak kena berebut ngan dia la kalu dia tak tido. Nak tengok ABC la, nak tengok alif bata la, nak tengok toyota la...
Pantang aku tak tengok sikit, encik Jack mesti bagi anak dia ni tengok car crashes. Berbuih mulut aku larang dia tunjuk video camtu kat encik Frodo, tapi dia tunjuk jugak. Aku yang banyak dok ngan dia ni la yang selalu tengok effect benda-benda camtu kat dia. Kecik-kecik dah tengok benda ganas-ganas camtu. Cara main toys pun dah terikut ganas. Tak boleh, aku tak kasi.
Mmmm.. Memang boring entry aku skang. Kesian.
No comments:
Post a Comment