Dark Fellows

Monday, March 7, 2011

#613 Me Vs Kelembikan

Kelmarin memang mulut lalu sikit. Every two hourly aku makan tanpa masalah. Habis baton aku makan cicah ngan kuah blognese.  Malam pulak dinner makan nasik ngan kari ikan lunch kelmarin. Kesimpulannya memang perut padat la kelmarin. Unfortunately, masa gosok gigi nak smayang Isyak semalam tu, termuntah la pulak. Adoi... Aku ni bukan senang nak lalu makan. Bila dah lalu, termuntah pulak. Kalu tahu camtu, aku sanggup tido tak gosok gigi.

Hasil dari muntah semalam, bangun pagi ni perut pedih giler. Semalam sebelum tido aku dah minum susu. Semakin hari makin aku tak paham dengan perut sendiri. Nak makan sampai macam mana baru tak pedih perut. Pulak tu skang ni kalu dan sakit perut, memang ubat apa pun dah tak berkesan kat perut. Gelusil, Gaviscon semua tak jalan. Terbaring je la aku harini. Takleh nak bangun sakit sangat perut.

Kesian encik frodo, memang takde sapa layan dia hari ni. Nampak lapar giler. Tengahari aku gagahkan jugak masak untuk dia. Buat sup ayam je kat dia. Itupun masak sambil terbongkok-bongkok tahan sakit. Campak-campak everything inside takde nak tumis-tumis ke apa dulu. Janji siap buleh makan. Makan pun aku suruh dia makan sendiri. Lepas masak, taruk dalam pinggan ngan nasik kat dia. Then aku terus baring. Hoho... Sakit... Bila mau pergi? Sampai berpeluh-peluh satu badan. Macam ni rupanya gastrik time mengandung ye...

Aku lemah tak bermaya satu hari ni. Malam karang dah nak kena posa. Esok dah nak kena ambik darah. Can I make it? Dalam hati tertanya-tanya haruskan aku call cancel je epoimen glukos test aku esok. Tak larat sangat hari ni. Bab tak larat tu masih boleh dineglectkan kalu dibandingkan dengan sakit perut yang melanda. Aku takut sampai tahap gastrik yang aku dah tak boleh nak masuk makanan dalam perut, then terus reject. 

Dekat encik Jack nak balik keje tu baru la buleh bangun. Kemas-kemas umah setakat termampu, then siapkan apa yang patut. Cukup time, perut kena isi jugak cemana sekalipun.

Aku menghitung jam. Start kul10 malam kena posa. Sebelum tu memang countdown dalam hati la. Nak makan puas-puas hajatnya. Tapi tak kesampaian jugak bila gastrik dah terlampau teruk. Mulut dah tak lalu. Kul 9 tu aku paksa jugak makan nasik sikit, then minum susu ngan air banyak-banyak. Few minutes before 10, makan ubat, minum susu lagi. 

Kul 10 start posa, 10.20pm dah start pedih perut. Mengiring ke kanan, ke kiri, terlentang, mengerengkok... Semua tak tahan sakit jugak. Malam ni memang tido tak lena la. Tiap kali terjaga, rasa perut sakit. So not fun. Over jitters kot. Terlampau berdebar nak test glukos esok. The procedures, the outcomes. Semua aku takut.
Tapi dah puas doa dah. The rest, let Allah make it easy on me.. InsyaAllah. Amin.  

No comments: