Sejak kena warning sebab exceeding storage limit nih, blog dah rasa macam bland je. Umpama Oprah Winfrey tanpa solekan. Tak rasa macam blog Hanis Zalikha langsung! Kalu ada gambar, merepek sikit-sikit pun nampak va-va-vu jugak.. Skang ni dah takde feel nak ambik gambar. Tangan terasa kaku je bila pegang kamera/fon. Semua rasa macam tak menarik nak dirakam.
Takde apa yang menarik nak citer. Padahal banyak benda nak citer. Aku lebih suka baca blog korang-korang yang rajin apdet ni. Aku baca tau! Betul! Cuma yang ada wow factor je aku komen. Yang lain aku baca dan blah aje.. Thehe.. Sorri! Apa pun, I've made an effort to read. Kira baik hati jugak la kan.
Well... Mahu citer pasal apa yek? Aku dah menang pertandingan berebut laptop ngan encik Frodo ni tatau nak karang apa pulak. Tadi masa bosan tunggu dia tengok youtube, terasa macam banyak benda nak dibebelkan.
Tengok blog orang yang suka travel ni seronok la pulak. Anak-anak kecik lagi dah kenal kapalterbang. Bila mengenangkan encik Frodo, hati jadi gundah. Sebab aku dia tak dapat jejak kaki di awan biru. Apa la dosa dia ada ibu berpenyakit macam aku ni. Kesian. Kalu aku fit macam orang lain, tahun lepas dia buleh naik turun kebang 6,7,8 kali sekali harung. Tahun ni termengandung la pulak. Isi rumah makin ramai ni, makin la mustahil nak makan angin jauh-jauh. Tunggu tua lepas encik Jack pencen dulu la kot baru buleh berjoli travelling lagi... Bila ada baby lagi ni, aku tak berapa suka nak bersusah payah mengangkut ke sana sini. Kecuali dah terlampau kaya buleh sewa private jet sendiri. Salut lah yang ada baby tapi masih naik syeh nak makan angin jauh-jauh tu. Anda patut bersyukur dikurniakan tubuh badan yang sihat. Bukan macam aku. ( I was born to stay at home?)
Masa aku tak apdet blog 2 bulan aritu (ekceli ai apdet, tapi ai tak pablish je kan..) ada hamba Allah yang tanya khabar pasal keberadaan aku. Aku sebut 'hamba Allah' tu sebab memang aku tatau sape dia tapi dia selalu baca blog aku melalui blog sepupu encik Jack. Not sure la if he/she is my follower or not. Time down-down macam tu tetiba hati berbunga. Hamba Allah ini bertanyakan khabar aku kat sepupu encik Jack. Agaknya lama sangat tunggu aku apdet blog kan tapi asyik page sama je yang muncul. Gigih sepupu encik Jack menyampaikan mesej penting tu kat aku. To whosoever you are, I am so grateful that you asked about me. I may not know who you are, but it's nice to hear that you have someone(s) secretly admiring you... Hahahahahaha... Tu lah. Baca lagi senyap-senyap. Mana aku tahu who's out there that always addicted to my stories. *bukan strategi memancing follower. Hehe.. Tima kasih, tima kasih. Ai tak sangka pulak ada secret admirer silent reader! Selalunya aku tengok site traffic macam yang selalu visit blog aku pun yang tersesat je by word search. 2 bulan tak publish pun tiap hari ada gak tak kurang 20 orang bukak blog aku. Semua sesat la kot. Tak pun silent reader yang takde blog sendiri ngehngehngeh....
Satu lagi kat fesbuk. I noticed that more unknown peoples are waiting for my confirmation. (tapi takde la sebanyak requests anak murid Puan Kaunselor Terhandal tu) Aku memang tak respon kat orang yang aku tak kenal. If you are my reader, please pm me saying so. Kalu tak, memang aku takkan respon la sampai bila-bila. Entah... Tak paham aku. Fesbuk aku pun orang sibuk nak add jugak ke. Add la fesbuk Hanis Zalikha tu..
Weh, lunch tadi aku masak ikan singgang ngan tenggiri cut goreng perap cili. Makan cicah budu. Terharu dapat makan sedap harini. 5 tahun kawin, arini baru pandai menyinggang. Cey cey.. (ada apa dengan ikan singgang?) Semalam encik Jack nak makan yee mee. Aku pulak nak makan kuay teow ladna. Gigih la buat menu dia dulu kasi makan dengan encik Frodo dua beranak. Lepas smayang maghrib masak kuay teow aku pulak. Aku dah jemu makan yee mee. Encik Jack pulak yang tu la dia suka. Sudahnya dia makan lain, aku makan lain. Lepas budak dalam perut ni keluar, semua orang dalam rumah akan makan menu yang sama. Suka atau tidak. Cey cey.. Bunyi macam King of the house aje.
Skang ni selera pertomatoan aku dah beralih arah dah. I've done with tomatoes. Now tengah gila makan peanut butter. Roti Gardenia sebungkus tu sekejap aje abih. Tiap hari mesti nak makan 2,3,4 kali. Sapu mesti nak tebal-tebal. Sedapnyaaaaa... Minggu depan craving apa pulak tatau la..
Kakak ipar kat Rawang dah pos rempah soto ngan pes mi udang bandung muar kat aku.. Waaaah.. Lumayan nih. Tima kasih daun keladi, kalu buleh hendak lagi...kahkahkah... Dalam dok sibuk meroyan keje banyak, esaimen tak siap-siap, anak nak menetek tak abis-abis, kain baju 5 beranak nak makan angin tak packing lagi tu sempat jugak berkejaran mengepos rempah soto kat aku. Terharu biru pink aiii.. Ingat jugak dia kat adik ipar yang selalu tak lalu makan ni. Semoga Tuhan kasi extra hours to our superwoman sorang ni. Sebab dia baik hati sangat kan nak kasi aku lalu makan sket. Sumpah, kalu umah dekat aku dah pergi tolong lipat kain dia yang bergunung ganang tu... Hahahaha... Tolong la jugak tuuuuu...
11 comments:
hehehe! saya kan superwoman hahaha, i work the best when i'm under pressure!!
Mc teh, aku pun x pernah miss baca blog mung nih. Serius, x tipu tau. Cuma x brapa sempat nak komen aje. Aku nyer blog pun dah ala2 teratai layu di tasik madu je. Hehe... Nih pun sambil2 aku type, sorang dok atas riba aku, sorang lg dok celah ketiak.... Alahaii....anak omak
teh...cuba letak gmbr pakai medium size...
ziqri pon ari selasa makan nasik ngan budu! hahaha...elok plak dia makan.
nyoh:sure u do.kalu tak takkan dean's list every sem kan...
rini:bakpo...bibik mu balik negara dio doh ko...kelas lah mu buleh letok anok celoh tiok belei surfing..hahaha..
kaklong:kalu med size, mata tak puas nak tgk plk...haha..
wah ziqri...adam yg branak kat klate tuh pun kerek tanak makan budu!cik teh soka la ziqri makan budu!!!
Ahahhaha..sepertinya kamu berbicara tentang saya!! =)
Haritu saya ada email ngan MommyNadia tanya2 dia pasal breastfeed stuff..alang2 tanya juga pasal mummy Teh sbb lama benor x hapdet which is so not you..that's why I ask..takut2 U tak sihat ke.. heheh..berasa kembang kuncup pula disebut secara khusus oleh tuan punya blog pujaan ramai neh..hahhahaha..
Anyway, selamat menimang baby baru!saya baru je lepas..heheh..
Regards,
Raudhah
raudhah:nice to meet you here... congrats on ur newborn..mcm tu la..kalu tak tggl jejak, manalah saya tahu sape suka baca blog saya yg serba biasa ni..lain la blog org lain dgn gmbr serba gah guna dslrnya, jalan-jalan makan angin serata dunia. Blog saya yg pimaipimai dok citer psl dlm umah ni je pun ada jgk yg nak baca ;p
Eh penah apa tinggal komen kt entri potty train..dgn panduan dan nasihat dr mu lah berjaya ku potty train kan my Adam..=)
Have a nice day ye!! Jgn moody2 sgt nnti baby dlm porot terikut2..hehehhe..
owh I miss this entry..!
owh Pn Raudhah n Pn Teh sudah bersua kata yer ;)
hikhik...
mcm jejak kasih plak rasenye..;)
btw,Teh I luv the word "gigih" itu..
which equal like kapochi hahahaha!!
eh,mek..jgn tak tahu..cik pah n che mad pun silent follower arcadia blog diva tau!
wakakakakaka ;)
raudhah:hoho...sorry...i know u penah comment psl potty train tu.tp tatau plk u yg mommy nadia maksudkan ;)
Nadia:biar betik?!!!hahahaha..tak aci tawww!!! alaaaa... malu la ai nak berblogging melampau2 pasnih..hikhik.. berita panas neh...
alalalala.... cane nak berhadapan ngan cik mat ngan cik pah pasni??? malu malu malu ;p
Post a Comment