Dark Fellows

Monday, April 11, 2011

#649 Me Vs Masakan Kampung

Entri makanan lagi! Ngehngeh.. 

Pagi tadi breakfast makan pulut + nyor + ikan kering + terubuk masin. Kelmarin tengok ada orang jual kelapa parut, so aku beli la. Kat sini memang agak payah jugak nak cari kelapa parut. Skang ni kan orang dah malas nak perah-perah santan. Main pakai santan segera je semua. Maybe sebab tu tak ramai yang jual kelapa parut ni. Kat pasar yang aku selalu pergi tu, kadang-kadang je ada jual. Kesian encik Jack asyik-asyik nasik goreng, mi goreng, bihun goreng, kuay teow goreng, sandwich sardin. Dah alang-alang tengok benda idaman ada, aku beli la. Semata-mata teringat kat encik Jack. Kalu belah family aku, kitorang makan pulut ngan ikan kering je. Nyor tu separuh je makan tadi. Separuh lagi belen tatau nak buat apa. Aku simpan dulu kat freezer. Nak buat ondeh-ondeh pun.... (Hmmmm... Kalu ada orang jual tepung beras pulut tu secawan aku beli la.) Ni, takat nak makan 10 bijik je, tak berbaloi nak beli 1 pek yang 1kg tuh.. Huhu.. Tapi memang teringin jugak nak makan!

Kelmarin kat pasar aku tengok ada nangka muda dah siap potong-potong sepinggan seringgit.Aku beli la. Boring kan asyik-asyik makan sayur air, sayur goreng je tiap hari. So, hari ni gigih la menyelak blog kakak ipar ambik resipi gulai nangka MIL. Aiyak, sikit punya lama mencari resipi dalam arkib. Maklum la search year by year, months by months.. Kalu taruk labels senang sikit nak mencari (ke memang ada? ahaha tak perasan) Perut sudah lapar. Bila dapat je resipi terus kelentung-kelentang tumbuk bumbu-bumbunya. Nangka dah siap celur tadi lagi. Takde la nak kena tunggu benda tu empuk dulu... Campak, campak, campak... Tunggu gelegak aje.
*Note to myself:
nangka muda
bawang merah
bawang putih
halia
serai
kunyit
cili api
ikan bilis
santan

Hasilnya... Yameh!! Makan ngan nasik panas-panas, cicah sambal belacan +nenas+ tempoyak pastu makan sekali ngan ikan kering belen pagi tadi.. Tadi tanya encik Jack, dia cakap dia tak balik lunch. Tu yang aku tak goreng ikan ke lauk lain. Lagipun perut lapar sangat, makan nangka ni saje pun dah sodap sangat-sangat dah. Tengah syok mencekik, encik Jack balik. Pulak! Nasib baik aku masak nasik bajet untuk malam terus. Kalu masak ngam-ngam untuk aku memang tersengih la dia makan megi lunch ni. Hayo...
Aku benci betul umah ni. Silau cermin sliding warna biru overshadow warna kunyit aku. Pastu korang cakap gulai aku pucat pulak! Fyi, gulai ini sangat kuning ok. Bayang sliding biru aku ni buat kurang nampak.
Pegi klinik aritu kan aku cakap aku mintak lactulose ngan doktor untuk encik Frodo. Tapi dia tak kasi sebab dia cakap ubat ni takkan membantu anak aku. So dia suggest aku bagi encik Frodo nata de coco sebab dia cakap benda ni high fibre. Bagus la untuk penghadaman encik Frodo yang asyik clogged je tu kan. Aku cakap kat doktor, anak aku tak makan benda lembik-lembik. Then dia suggest aku bagi anak aku makan muesli bar. Hmmmm... I still doubt dia makan benda ni.. So kelmarin lepas gi pasar kitorang menyerang Tesco pulak. Gigih encik Jack mencari nata de coco ngan muesli bar. 

Aku dah dapat agak, kalu beli pun dia takkan makan. So, takpe la. Let's give  him a try kan. Cari muesli bar tak jumpa. Malas pulak nak cari rak ke rak. Takpe la, muesli bar tu next time beli. (aku time matrik dulu suka benar beli muesli bar -Quaker Chewy tuh. Lepas pensyarah aku cakap kena hati-hati ngan 'whey', terus aku stop beli. She told us that makanan yang contains 'whey' tak halal. This topic she learnt when she studied in overseas) 
Benda ni memang sedap la buat mengudap time study or stay up. Kenyang pun kenyang. Tapi tak tahannya mahal la. Haha... Lepas lecturer aku bagitau bebenda yang contains whey tak halal, aku cek la benda ni. Memang ada whey. Aku ada rujuk people in Food Tech Divison. Dia cakap kalu whey dari sumbernya babi, memang tak logik . Sebab babi ada susu time dia menyusukan the piglets aje. Once the piglets besar, susu babi tu dah takde. Lagipun susu babi ni dia keluar sikit aje. Kalu untuk manufacturing purpose memang sangat tak economy la nak guna susu babi ni. Seekor buleh produce sikit je, produce pulak time dia menyusu anak-anak dia aje. Tak macam lembu New Zealand tu la.. Hmmm... Wallahualam.. Disebabkan aku was-was, aku stop terus dari membeli. Tapi kalu nak ikutkan banyak gak produk Danone cookies yang aku perati ada kandungan whey. Ada jugak cap HALALA Jakim tu. Kebanyakan produk yang ada whey ni tak dinafikan rasa sangat sedap. So how? Sesapa yang tahu pasal ni harap buleh sesama kongsi maklumat. Aku ni jenis malas nak semak ngan Jakim. Maklum la banyak sangat rumors this and that yang tak halal kan. Aku tahu, granola bar ni buleh buat sendiri kat umah. Tapi sangat leceh nak beli satu-satu bahan nak completekan satu adunan tuh. Pulaknya bukan murah bebenda nak buat ni!
So, sampai hari ni memang encik Frodo tak makan nata de coco ni. (dia panggil nata de coco ni = warna kuning) Sudahnya aku ngan encik Jack la tukang perabis. -Seperti yang ku jangka! Aku ni kan, tiap kali makan nata de coco lepas tu mesti ada rasa miang gusi. Hahaha.. Tapi time mencekik tu memang soru, soru, soru tak hengat apa dah. Sedap didahulukan! Lepas tu yang rasa tak best kemudian kira.

Sekian laporan prestasi makanan aku hari ni. ;p

No comments: