Kelmarin pegi bawak encik Frodo round-round kat Jusco. Alang-alang dah kat situ belikan dia mekdi terus. Dah banyak kali dok mintak mekdi ngan cik Long dia. Asal cik Long call aje, mesti cakap nak mekdi. Aku tak ajar tau! Agaknya cik Long dia la satu-satunya saviour of the day yang boleh diharap bagi merealisasi impian dia nak makan mekdi tuh. Cakap kat mommy ngan daddy, kitorang buat tak tahu aje. ;p Kesian jugak kat dia. Mogok makan berminggu-minggu dah. Agaknya sebab aku marah dia suruh makan sendiri dulu tu terus mogok berbulan tak nak makan.
Sesambil encik Jack queue order mekdi tuh, aku ke Secret Recipe kat opposite alley. Spontan je teringin nak makan kek. Tengok customer pun tak ramai, apa lagi zaaass la ke sana.. After quite sometime dok ini-mini-maini-mo tuh last-last aku pilih this one slice- White Chocolate Macadamia. Betul, kek Secret Recipe tebal kat krim ngan kacang aje. The real cake layernya nipis yang amat. Kalu nak cake padat, pilih cheesecakes range bak kata Kakak Ipar. Kalu tak, memang kenyang makan krim je la. Keknya sikit aje. Kali ni try this one pulak. Yang lain kebanyakannya dah try. Cheesecake range banyak belum try tapi malam ni terasa tak nak cheese-cheese flavour. Tapi chocolate range semua aku dah try. So, white chocolate belum try, white chocolate la aku pilih malam ni. Huh, pening. Banyak pilihan, berbelah bagi pulak nak pilih. Semua nampak sedap. Harga pun sedap!
Oh muak... Tak habislah. Esoknya sambung pulak ;p Letak dalam fridge yang ada durian ni memang semua benda bau durian jugak. Lantak la. Nak makan perabis rasa sebu pulak perut. Udah-udah le tu. Nabi pesan makan ketika lapar, berhenti sebelum kenyang! Aku dah terlajak sikit dah ni. Hehe.
Sehari dua lepas encik Jack citer colleague dia pergi usya projek umah kat Uda Lands. Tapak yang bakal dibangunkan tu depan Poli ni aje. Memang kitorang selalu la tengok iklan depan site tuh. Dah tepi laluan kitorang nak ke mana-mana pun. Kak Ilah (his colleague tu) cakap kat tanah tu nanti developer akan bangunkan apartment, teres 3 tingkat ngan double storey semi-D. Kak Ilah tengah survey cari nak beli umah la skang. Dia bujang lagi. So, tanya-tanya harga nak tahu berapa? Apartment RM160k onwards, teres 3 tingkat RM400k, double storey semi-D RM900k... Ayayaya... *urut dada * gigit jari * istighfar... Seberang ni dah nak catch up properties values dengan island dah nampak gaya.
Projek double storey semi-D (Uda Lands punya jugak sebelah site tu) yang baru siap, owner tak penuh pun lagi tu pun aritu jual RM547k aje. Dah naik sekali ganda dah untuk projek coming soon ni... Wuhu! Pasni memang kaum Melayu semakin ke luar bandar la. Dah area bandar-bandar semua tak mampu beli, ca-ya-nun-alif aje yang buleh beli. Ramai yang cakap kitorang ni nasib baik sangat-sangat la sebab sempat beli tahun lepas tak sampai RM300k lagi for rumah teres 2 tingkat. Dalam bandar lagi. Hoho, syukur sangat-sangat. Ada baiknya jugak aku dok desak-desak encik Jack pergi house hunting tahun lepas. Alhamdulillah sangat-sangat. Walaupun ramai yang cakap umah kitorang tu mahal sebab umah kecik je, syukur jugak la.. Sebab kalu tak beli tahun lepas, agaknya kalu tahun ni baru dapat seru nak beli umah, mampu beli apartment ngan kondo je la kitorang ni. Tak merasa dah nak dok umah atas tanah. Walaupun tanah sekengkeng munyit aje kan... Dah rezeki kitorang tertulis dapat dok umah kecik je apa nak buat. Kena la bandingkan dengan orang yang lagi kurang dari kitorang.
Oh cakap pasal umah ni kan, aku terjumpa satu site pasal movers ni. Dia siap kasi tips nak pindah umah, nak pack barang, checklist gitu la... Memang bagus la. Banyak membantu aku yang tengah pening lalat takde idea ni. Sesape nak pindah umah and tatau nak buat checklist, buleh tengok kat moversdirectory.com. Kat situ banyak moving tips dia kasi. Huhu... Semakin hari makin dekat aku rasa nak pindah. Perasaannya la. Padahal lambat jugak lagi. Makin dekat, makin aku masuk stor tuh makin blank aku rasa. Konon nak start packing dah baju-baju encik Frodo time toddler dulu. Tapi tak start-start jugak. Lemah semangat tengok gunung dalam stor tu. Haha... I am totally not ready for everything.
Puan Menteri kul 9 ni nak boarding pegi KL. Bos IBM dah siap tunggu dia kat sana. Tengahari ni flight diorang ke Kuching. Pastu naik Mas Wing ke Sibu pulak. Petang karang diorang jumpa la Semek Limah tu.. Hehe.. Mesti banyak lagi pokok kelapa cik Long buat atas kepala dia.. Nik Pareh, esok sila update blog.
No comments:
Post a Comment