Warning: This entry might contains explicit adult materials.
Does that title rings you a bell?
Kelmarin boring yang amat. Encik Frodo tido lama. So, aku stalking blog orang. Jumpa blog sorang pompuan Melayu ni, citer pasal Brazillian Wax. Sape tatau sila gugel. Malas nak kejikan blog aku taruk gambar contoh.
Okey, Brazillian wax is nothing new to me. Dah lama tahu benda alah ni memang dah lama wujud, dipraktikkan dan dikomersialkan di negara-negara maju. Negara orang puteh dan tak berapa puteh la maksudnya. Dalam The Kardashians baru ni pun ada episode pasal Khloe ngan Kim gi Spa buang bulu. Haha. Sape tengok sila mengaku! Aduyai, sangat hilarious tak boleh blah. Tahu-tahu la diorang kan selalu bongok tanpa sempadan. Minum breast milk Kourtney la, posing nude for PETA la, terkencing dalam seluar la, macam-macam. But who cares, diorang bukannya orang kita.
Bila baca blog pompuan Melayu yang citer pasal Brazillian Wax tu, terasa diri sangat jakun dan ketinggalan. Oh, spa-spa di Malaysia pun dah ada ek benda ni? Errrk.. Aku pergi spa pun tak pernah, mana la aku tahu apa ada, apa takde! Sangat culture shock bila pompuan tu citer dia pegi buat Brazillian Wax. Kat KL la ni aku dok heboh. Hoho.... Tak sangka pulak orang Melayu kita ni dah serba boleh. Malaysia Boleh blah la katakan. Dalam hati aku berkata, oh sangat berani pompuan ini. Pastu kata camni pulak, tak malu ke dia? And then, ke mana hilangnya nilai tatasusila orang Melayu, Islam lagi. Dahsyat betul manusia sekarang. Untuk cantik, sanggup buat apa saje. Yang cucuk sana sini tu toksah citer la. Bukan artis pun buat. Soalnya, ada duit ke takde duit je.
I'd like to ask you a question... Will you go for Brazillian Wax??? Sila jawab sejujur-jujurnya. Aku? No way! Nak mengangkang cek jalan depan doktor pun kalu buleh nak tanya doktor, tak buat takleh ke? Medical scientists, do something. Lepas ni biar ada cara lain yang tak payah guna konvensional way to cek jalan nak beranak tuh... It's embarrassing and painful okay! Macam mana la orang buleh selamba mengangkang depan beautician semata-mata nak cantik kat situ? Buat sendiri takleh ke? Again, aku takleh imagine la Melayu pegi menyerah 'toot' dia kat orang kasi servis cantik-cantik sikit. Ewwww!!! Bukannya nak tayang bila berbikini, berjemur tepi-tepi pantai macam mat saleh. (FS tu tak tahu la..) Orang kita ni kalu pegi piknik tepi pantai pun kalut nak cari shades bawah pokok jugak!
Ini ada satu kisah masa aku kecik-kecik dulu. Aku pernah pegi Sunway Lagoon. Masa tu Sunway Lagoon baru buka. Memang ramai la yang pegi. Ada satu Chinese guy ni, pakai trunk. Sakitnya la mata tertengok bahagian rambut yang terlebih melambai-lambai dari tepi line swimming trunk dia tu. Panjang pulak tu. Adoiii la!!!! Tak menjaga kebajikan mata yang memandang langsung! Selamba je muka. Ke bangga nak tunjuk 'rambut' dia panjang sekali tak tahu la. Hmmmm... Pulak! Tadi macam condemn orang buat Brazillian wax kan. Bukan la condemn. Tapi benda ni kan buleh buat sendiri. Memang dituntut buat sendiri aper?! Aku ni bukanlah arif sangat dalam ilmu agama. Tapi setahu aku itu kan aurat. Semata-mata ingin cantik tu bukanlah jatuh hukumnya darurat kan..
Apa la manusia skang ni. Benda tu pun nak tayang-tayang kat orang ke. Semua orang mahu jadi Peterporn kah?
Apa la manusia skang ni. Benda tu pun nak tayang-tayang kat orang ke. Semua orang mahu jadi Peterporn kah?
Sorry if you disagree with my opinions. Sekadar ingin berkongsi cerita.
P/S: Aku bukan nak condemn blog pompuan tu. Infact, aku suka tengok blog dia. Gambar cantik-cantik. Banyak bunga, banyak millineries. I like. Cuma kejutan budaya buat aku yang di bawah tempurung ini terhadap isu bikini wax ni je... Namun siapalah aku nak jugde orang.
P/S: Aku bukan nak condemn blog pompuan tu. Infact, aku suka tengok blog dia. Gambar cantik-cantik. Banyak bunga, banyak millineries. I like. Cuma kejutan budaya buat aku yang di bawah tempurung ini terhadap isu bikini wax ni je... Namun siapalah aku nak jugde orang.
8 comments:
adala mek siap ada spa utk buang2 bulu nih..merata malaysia..huhuhu tapi to do brazillian wax is way too erk unthinkable kot! hahaha ewww rasa2 nak wax bulu pun mcm sakit jer!! ewwww tgk dlm tv org dok terjerit2..auch!! haha
ayeen:spa utk buang bulu kaki, ketiak, bulu kening tu ai know la.. threading pun biasa gak dgr. but buang bulu toot tuh.... errrkkk agak terkejut ada org melayu pegi buat. ingatkan melayu kan malu2!
haram la buang bulu kat badan. kalu kat tempat lain buleh la..
kalu mung gi secret recipe, try kek durian. best wooo.....
nik pareh:pado aku beli kek duye mhl2, baik aku mkn hok presh terus. lagi sedap! ado baru ni kek durian, malas aku nok tra. baik beli buoh duye slaluh.lagi puah.
mek teh, org melayu skrg daring ar...kalau tak mana ada pompuan melayu yg bertudung smoking?? huhu kat KL dh berlambak..mujur kt ayeen duduk nih x pernah tgk lagi..dunia mcm2 skrg nih..
ayeen:tah ler..last time jumpa manusia pelik2 time kat uni dulu la. skang ni suci giler sebab terkurung je dlm umah ;p
wait...mek...aku igt kan wax tu unutk bulu kaki...btw...aku tak pernah guna n buang2 yg haram2 ni ye..jgn salah faham..:P..but aku pernah baca pasal wax2 ni lah...
haaaaa....mek..aku nak tanye ni...kalau csec tu...ada org citer ngan aku nanti nurse datang nak kasi ''clear'' tempat tu...alamak malu nye...betul ke mek...kite buat sendiri ke tak boleh ke?...eh..macam mana mu dulu mek?...
malu nye...itu medical reason pun dah malu...ini sebab saje2 nak cun...gilo apo?
takut lah mek...3 minggu lagi nih..:(
ct:sblm c-sec tuh memang kena buang kasi licin, gondol, botak dan seumpamanya kat 'situ'... memang la kita buat sendiri. Tapi aku dulu tu, nurse akan check balik, tengok memang licin abis ke tak.takut ada hujung tepi2 tak abis shave la. then, bila dia puas hati baru dia lepas ;p
then, tu belum habis lagi ok ;p! Bila ko dah sampai OT, bila doktor datang nak start tu mula2 dia akan check 'situ' jugak dulu. Kalu tak gondol lagi, doktor pulak yang cukur. aku dulu tu, first thing sebelum dia lumur antiseptik ke pebenda tu kat 'situ' dia check ada bulu ke x la kat 'situ'.hoho...
Hahaha...3x! Aku dulu dah la doktor laki ngan nurse laki kat OT tu tau! nasib baik ada tabir. (tabir pun dia angkat dari kain gown OT ko tu jugak nyer!) Memang byk stage malu la nak keluarkan satu nyawa ke dunia ni.
Post a Comment