Dark Fellows

Friday, April 29, 2011

#674 Me Vs Dinner Yang Tak Berbaloi

Petang kelmarin bawak encik Frodo main kat playground. Jumpa jiran aku tengah tolak baby dia dalam stroller ambik angin kat playground. So ibu-ibu berborak bersama, anak-anak main lain-lain. Sekali-sekala encik Frodo terlepas ke luar sempadan playground dan membuatkan mak buyung ini terpaksa berjalan pantas. Nak kejar dah tak larat. Efek je lelebey. Perut tak besar mana pun! Ngehngeh... 

Encik Frodo ni kan, suka ati je ikut budak sekolah rendah nak balik umah dia. Aku dah terjerit terpekik panggil dia tak nak kasi ikut orang lain. (stress baby jiran aku asek dengar suara petir aku jadi referee encik Frodo kelmarin ;p) Budak sekolah tu siap shoooh-shoooh encik Frodo tak nak kasi dia ikut balik. Siap cakap kat encik Frodo, tu mak panggil tu... sambil tunjuk-tunjuk kat aku. Haha.

Tengok langit mendung tiba-tiba, aku ajak encik Frodo balik. Tak larat lagi pun berdiri lama kat playground tu. Kerusi nan ado nak duduk-duduk. Lousy punya kontraktor. Nak duduk atas rumput, kerengga banyak. Lagipun jiran aku berdiri, takkan aku nak duduk. Rude pulak kan. So cecepat aku heret encik Frodo balik. Heret, sebab dia dah tak rela nak balik umah.

Naik sekejap, encik Jack pun balik. Tanya dia nak makan apa for dinner as I don't have idea what to cook for last night. Encik Jack tanya aku nak makan apa. Spontan je mulut mak buyung ni sebut A&W. Sebelum ni dah banyak kali encik Jack dok sebut dah lama tak masuk A&W. Aku sendiri pun agaknya last time makan A&W masa zaman sekolah dulu. Lama giler tak makan. So, semalam kitorang ke Jusco depan umah ni. Cepat, dekat dan mudah parking. To the jusco we went!
Dah lama tak pakaikan dia baju ni sebab butang tercicir baru jahit.
Terus tuju ke A&W sebab memang takde niat nak melewa or beli apa-apa. Solely for dinner. Order-order, then makan. Oh, jakun pulak kitorang ni. Sebab dah lama tak makan kan. Ingatkan macam dulu-dulu la jugak. Apasal aku tengok burger, fries dia macam smaller portion dari jaman dulu? Ke perasaan aku semata-mata? Ke memang dah lama diorang shrinkkan makanan kat situ? Tengok kat gambar kat menu tuh macam grand je. Ada daun salad, ada tomato.. (why la aku mudah terpedaya semalam? agaknya dah lapar sangat kot). Ok I get it. Takde la aku expect diorang nak taruk daun salad beropol-ropol ngan tomato layers macam dalam gambar. But at least biar la ada secarik daun salad pun. Ni nan ado la. Burger dia alahai nipisnya... Macam kena lenyek dek lori. Fries pun sikit benau. Total up dua orang makan RM25. 
Sangat la tak berbaloi. Root beer je buleh harap sebab gelas besar. (ops, pecah rahsia aku minum air manis!) Menyesal sungguh makan kat situ. Patut la A&W macam takde orang. Kalu pegi makan tomyam, RM25 tuh dah dapat semeja penuh macam-macam lauk. Huh... (and, not to mention RM25 tu dah cover untuk bayar scan perut aku) Kesian encik Jack. Bagi orang lain RM25 tuh biasa la. Tak mahal kan. Sebab sama-sama keje. Sama-sama gaji besar bas. Tak la terasa RM25 tu sekali makan. Pulak tu makan kat luar berkali-kali. Tak cakap kat sape-sape. Randomly la. Macam kitorang yang cukup makan je ni, tapi masih ngengada nak makan kat luar jugak RM25 tu besar ertinya. Tapi sekali-sekala surirumah pun teringin gak nak makan benda selain homemade food kan. ;p (dah tatau nak masak pastu komplen salahkan A&W la pulak)
Macam tu la kitorang. Glenya nak makan kat luar. Pastu komplen manjang kalu benda tak memenuhi kriteria. Kitorang ni kan makan kat luar jarang-jarang. Sekali pekena makan luar tu mesti la nak yang berpadanan ngan nilai ringgit yang dilaburkan. Nanti bila dapat duit pusaka, (yang aku punya la) nak belanja encik Jack makan kat Nando's. (nak kena tunggu dapat pusaka baru buleh makan Nando's?) Kesiannya kitorang ni sama-sama tak pernah try. Kiki. Pasti roh ayah aku terharu sebab aku meneruskan tradisi beliau yang suka makan kat luar... Kihkih... Berapa punya lambat lagi la nak dapat tuuuuu.. Sempat la aku beranak lepas pantang bagai tu buleh la makan ayam puas-puas. Lalalalalalaaaa...~~~

Lepas makan A&W encik Jack ajak masuk Jusco. Saje tengok-tengok. Buleh usya baju baby. Sesambil tu lalu ikut tempat nursery bunga. Wah, skang lavender, basil, oregano, dill and other english kitchen herbs dah boleh tanam kat Mesia ek? Kagum aku. Sebenarnya 'jakun' aku! Gatal jugak tangan nak beli. Ah, tunggu naik umah baru la nak bercucuk tanam pun. Tak kuasa nak punggah-punggah pasu bunga. Syeh menanam aku dah mai dah... Tapi at least aku tanam bunga tau. Bukan tanam minyak dagu.   

Then terus ke babies department. Semalam pegi takde sale. Setakat nak pakai harian tak berbaloi nak beli satu set duaploh ringgit! Nak beli pulak 4,5 set. (kan Bos IBM dah beli 6 set kat Jakarta aritu) Kali sendiri la berapa. Tang baju harian je baru. Belum kira part baju nak pegi jalan, susu (i still hope to breastfeed my baby, but just in case la tak mampu macam dulu tu), pampers,wipes and other baby stuffs. Budak kecik, belanja besar! 

Orang lain buleh la recycle baju anak sulung. Anak sulung aku baju newborn buleh pakai sampai setahun. Mana tak rupa kain buruk nye. Nak tak nak, kena beli baru gak. Kalu tak, beli sepasang je yang baru pun dah cukup. Just nak ambik syarat sambut orang baru ngan baju baru. Esoknya tu pakai baju lama pun tak kisah la. Lagi satu tak nak kasi rasa guilty kat baby sebab sambut dia macam tak nak sambut je, takde baju baru whatsoever.

Again, bila belek-belek baju baby semalam tu aku jadi numb. And dumb. Tak banyak yang saiz newborn. Yang ada paling kecik pun 0-3 camtu je. Tu pun aku rasa besar je nampak. Ah, tak reti la! Aku mana mampu nak beli kat butik Mothercare bagai yang ada size 'tiny baby', 'small baby', 'premature baby' bagai tu. Yang aritu aku beli baju tido encik Frodo kat The Store tu pun encik Jack membebel cakap aku tak pandai beli baju anak. Besar yang amat aku ambik. Baju cam ok dah. Part seluar tu macam darjah satu pun buleh pakai. Ok, serender. Aku mengaku tak pandai beli baju anak. Sebab selalu pun asek Bos IBM ngan Puan Menteri ngan MIL yang belikan. Hihi.. Malu la. Anak dah pat tahun pun tak reti beli baju anak lagi! Asek silap saiz je. Lambat lagi nak beranak. Nanti-nanti la. 
Hui, encik Jack ngan encik Frodo jalan macam biasa jugak tapi aku still takleh nak catch up dengan diorang. Terhegeh-hegeh nak jalan seiring ngan depa dua beranak tu. Oh sangat slow motion aku skang. Nak-nak pulak petang tu kan dah separuh tenaga berkelip-kelip kat playground dah. Serius tak larat nak round usya baju baby semalam. Tu yang tengok baju baby gitu-gitu je. Harga pun tak menawan. Lagi la takde syeh nak shopping baju baby. Time aku pusing-pusing tengok baju baby, encik Jack bawak encik Frodo gi kat toys. Dah lama tak belikan encik Frodo toys baru, so semalam dia beli la sebijik lori mixer kat anak dia. 
Sensitif tau. Tau la aku macam mak buyung. Beli lori buyung ni kenapa.
Time tunggu encik Jack bayar lori tu, (Nik Pareh, mu apa kelas beli keta cash. Aku beli lori mixer lagih cash! takde pun buat loan 9 tahun jugak!) aku belek-belek breast pump brand Pigeon. Manual punya. Tak minat aku nak guna electric pump. Ofkos la minat, tapi mahal sangat sampai ribu-riban. Lagipun belum tentu aku komited nak pakai tu. Aku perasan aku sangat berminat nak dapatkan hand pump skang ni. In case when the time come aku tak berapa komited pulak, takde la guilty sangat beli yang mahal tu. Hand pump kan tak la semahal electric punya. Koya jugak nak start exclusive breastfeeding. Terpengaruh  tengok member-member pakat ber'bf' ni. Dulu sempat bf encik Frodo berapa hari je. Hopefully this time can complete a bf journey la. Dan jugak sangat berharap selera aku sangat ok time pantang. Baru la fit, susu pun banyak nak bf baby. Bila aku bagitau encik Jack that I'm looking for an inexpensive hand pump, selamba je dia balas bagi terus kat k*pek je! -Benci.
Ada sesape pernah guna brand ni? What's the verdict? Let me know and share it here. Thank you.

9 comments:

niSamiR said...

pehh..lamo sungguh haku tok masuk blog mu ni mek teh....bz amat laaarr...haha..bab2 bf ni la aku paling sukeeeeeeeeeee!!!...aku dulu pkai manual jugak brand avent.tak igt doh brapo aku beli...takot nok pakai hok electric gapo..tp aku ada dgr n baca2 pasal brand madela hok free style tu 1500 kot...tp tu hok bekerja la kot kan worth it sbb dio stimulate jugok breast utk hasilkan susu...yo lah nak direct bf mano buleh...kigho mu utnung byk la n byk save la kot utk direct bf ni..jelesss hakuuuu:D

Cikgi Diva :-) said...

berpuluh tahun doh aku x makam A&W.mace xigt doh kewujudannya.tp tgk cam menarik.

ai laaaikee ayat encik jack,bui trus kat k*pek...haha tapi betul la mu x kijo x pyh ssh2 nak pam.tapi for emejensi ok la kalu nok ado hok manual.experience aku guna manual Avent mmg saaaagaaatt superb.tapi sebenanya bukey pam yg memberi pengaruh susu byk sikit.byk faktor lain yg mempengaruhi.blh gugel sdiri.tapi utk kali ni aku cari electronic bp doh,memandangkan suasana keje hok hectic sumo nk cepat.

Blog Diva said...

nisa:rindu ko mung!!! ;p

nisa&mah: aku beiso doh la guno pump letrik tuh. mulo visit adam kat 1 Nilam kei ado demo letok eletric pump kat bf area tuh.aku sokmo jugok guno hok spita tu sbb nok tggl stok ko dio kat NICU tu kei. best la jugok sbb effordless. tapi gak, sumber susuan aku memei kurei doh tiko tuh. so, semua itu sia-sia blaka...

mah:aku dok mikir takut anok jondis ko gapo, buleh la pump kat umoh guno hok manual tuh utk bui ko dio dlm wad. wak bekal la kiro. bukei nok pump tiap hari supo org kijo buat stok tuh. sbb tu glenya nok beli hok manual.

Mochi Mom said...

pernah tengok patient dulu pakai pegion...tapi bukan yg macam ni..yg pakai picit2 tu...pergh...giler susu macam Niagara falls tu....hahahah....aku tanya kakak tu..dia kata yg ni bagus...aku tak pernah cuba...

aku pun dah terkena makan di A&W last months...saja nak ubah selra...masuk2...macam best...beli2..macam hapa aje..benci...duit terbazir begitu sahaja...memang portion dia dah mengecil dan sgt tak best!....

Nandos mek?...aku makan last week...ok...aku dah lama x masuk nandos...tetiba cik abg ajak...aper lagi....masuk la...but to our suprise...tak sesedap dulu..ayam dia dah kering...and the sauce...tak best mana...mahal toksah citer la....benci jugak....tapi balik terus sakit perut...masam n pedas dia tak ngan ngan perut kot...

bila dlm keter memang sebut2 lah...baik mkn dekat kedai tomyam or muslim chinese food yg ada kat tempat aku ni...best pun best...murah pun murah...puas hati..

so..sekarang...memang malas nak masuk tempat2 macam tak best tu....actually...masak sendiri lagi sedap...roast chicken laki aku buat lagi best!!!

Blog Diva said...

ct:aku tgk kat jusco, brand pigeon ni almost Rm200. 200 pun aku rasa mcm dah mahal mek! haha..tp glenya nak beli jgk tu.

kitorg cmtu gak la.bila rasa mhl yg tak berbaloi makan kat luar mula la compare ngan homefood..

Cikgi Diva :-) said...

hor sbg ibu normal yg ingin membf anok dia mesti akan ado keinginan utk memiliki bp walaupun hwife.aku tau kalu kt spital meme dio provide pam hok mahal tu,skalo gak medela gapo doh yg besar itu.rego almost 3k x silap aku.

kali ni beli la utk kepuasan hati,kadae2 keinginan tu mace2.royat la ko encik jack sbg adioh branok.haha.

MiJa said...

yer,aku pun tak suka Nandos.dulu2 suka la masuk.tp no more.baik aku mkn kt Kenny Rogers kut.hehe.

Blog Diva said...

mah:aku siye la jgk ko dio. mugo atah dio blako kei. mu xpo la samo2 kijo nok ngerat gapo pun. xcukup hok dio, buleh tampu dgn hok mu. tp keinginan aku ni agak kuat la nok beli...hahaha.. pulok!

Blog Diva said...

mija:aku xtahu la nandos sedak ko dok.xpenah masuk tra pun lagi. kenny rogers lonih sorg mkn pun 20+ doh... botok la nok gi makei ramai2...