Dark Fellows

Friday, May 6, 2011

#683 Me Vs Packing

Banyak hari dah encik Jack naik syeh robbana ngan kotak-kotak instrument lab dia. Tiap hari bawak balik kotak. Balik lunch, bawak 2 bijik. Balik after work, 2 bijik pulak. Nak bawak balik banyak-banyak payah sebab kotak besar dan sangat berat. Sayang katanya sebab kotak tebal-tebal dan kukuh. Semua US mai. Aku rasa kotak dah cukup kot dalam simpanan. Tapi tak kisah pun kalu terlebih. Tak cukup tu yang payah nak cari. Kedai runcit memang kerek skang ni. Ada kotak kecik-kecik je. So ambik je la kotak-kotak yang available tu. Kalu kitorang tak ambik pun, basah jugak kotak-kotak tu kat tong sampah UiTM sementara nak tunggu the garbage collector datang kutip.
Skang ni tinggal nak kemas and pack masuk dalam kotak je. Time aku naik syeh nak start packing ni, perut pulak buat hal. Asyik sakit je lately. Rasa makan dah ikut time 2 jam sekali. Ntah nape ek, perut still sakit. Sangat tak seronok ok. Tengah best-best humban kain baju yang jarang pakai tu nak pack masuk kotak tetiba perut sakit. Terus tergendala takleh buat apa. Stres sket, sakit perut. Risau sket, sakit perut. Tak cukup tido, sakit perut. Leceh la perut ini.

Satu hal yang aku concern skang ni, nanti after packing nak stack kotak-kotak ni kat mana? Umah aku ni besar lubang hidung  je. Dalam bilik memang bahaya kalu hujan lebat sekali lagi banjir pulak macam hari tu. Hmmm... Masalah jugak kalu siap packing awal sangat. Tapi kalu tak packing awal lagi la payah di kemudian hari. Packing je la yek.. Pasni stack aje kotak-kotak tu kat ruang tamu pun. Paling-paling Encik Dekan aje yang jadi tetamu kehormat aku selain Puan Menteri yang bakal bertakhta lama kat sini pasni (yey!!!!) Sure diorang paham kalu tengok umah aku bertukar rupa macam kapal kontena dalam 2,3 bulan ni. Aku kan anytime je dah nak pindah. (kononnya)

Oh semalam tumit aku dah start sakit. It hurts whenever I walk. Ni susah kalu body kecik. Setakat 3,4 kg excess bagage pun body dah takleh nak handle. Agaknya sebab kelmarin bawak encik Frodo jalan-jalan sesambil beli sayur tu yang jadi sakit tuh semalam. Nampak benar dah lama tak berjalan jauh! Cane nak senang beranak gini. Cikgu-cikgi merasa jugak panjat naik turun tangga 4,5 tingkat sehari. Pastu parking keta jauh-jauh. Eksesais gak tu. Aku ni, dok mundar-madir dalam umah je. Time terdesak, turun gak la buang sampah. Dulu time mesin air Dr Sukida tu ok, memang selalu la turun beli air. Now mesin tu jahanam, beli air kat luar pun seminggu sekali tu pun ngan keta. Dah takde urusan dah aku nak turun selalu-selalu berjalan kaki.

Aku rasa baby aku ni dalam posisi transverse lagi. Bila nak pusing ni wahai anak. Ke memang semua anak aku pesennya bila masuk third trimester je dah takleh nak pusing? Sebab perut sempit sangat katanya. Orang lain body besar, perut besar buleh la baby nak summersalut berputar bagai kat dalam tu. Dah dekat seminggu dah ni posisi dia macam tu. Memang tak nak pusing ke? Memang sangat sakit la bila terkena kepala dia. Senak tu takleh nak citer, specially time contraction. Si abangnya pulak time camni la suka main doktor-doktor ngan aku. Suka benar tiru doktor scan perut aku. 

Bila baby transverse ni kan, nak tido mengiring pun sakit. Kalu tido terlentang, lama-lama sakit bontot and it will suppress breathing. Memang tak selesa la nak tido cemana pun. Pusing la baby... Kepala dia skang ni kedudukan sama macam encik Frodo dulu. Semua anak-anak aku suka posisi itu kah? Kalu 2 bulan lagi baby tak nak pusing jugak, takyah susah-susah nak cek trial of scar apa la. Dah memang confirm aku kena operate lagi. 

Bezanya this time insyaAllah, baby buleh dok skali ngan aku from the first moment after birth. Takleh nak rest la lepas operate tu. Dulu lepas operate takpe la buleh rilek-rilek kat katil. Pad semua nurse yang tukar. Dah baby ke NICU, aku pulak dalam wad. 40 hari orang jaga. Nurse yang  'tolong' aku berjaga malam kat dia. Dulu pun takleh nak breastfeed. This time kalu takde apa-apa masalah hopefully, aku sendiri la yang kena nurse dia dari awal. I read in internet that c-sec mom memang lambat sket produce breast milk compared to those yang going thru vaginal birth. Nak breastfeeding pun susah sikit bagi yang c-sec. Tapi bukanlah mustahil. Banyak posisi-posisi yang dicadangkan. But ofkos, limited la sket berbanding mereka yang beranak normal tu. Kena banyak persediaan mental aku ni. Semua orang bersalin pun ada susah senangnya. Bukan aku sorang. Kan?

Rasa tak yakin pulak sebab biggest supporter aku patah tangan skang. What to do?

2 comments:

Hasnor said...

kekeke...naik syeikh robbana dh laa, arituh bobey dio malas nk turun amek kotak sgt :))

ahahah nk suko! ni x bereti pulok wak blk kotok dih..ahahaa...

aduhaii..payoh jgk tu dih, kalu sipey daley stor, keno pulok jd supo arituh, abis lencun la pulok..jwbnyoh memey stack kat hall laaa gitu gak..memey x berapa nk indah pemandangan, tp x po laa utk kesenangan di mase depan katanya :P

huhu, mebi sbb perut mung kecik kot dih...wallahuallam laa, nk oyak pon x reti, tp i'allah, nati dio mutar smula la tuh..
aku ni seb baik badan kecik, tp perut boyah :P kelih kot belakey supo slim, kaba2 pusing kot depey tadaaaa :D tu pon mung, mutar2 jgk bdk nih..alhamdulillah uri duk alik atas sokmo jah, kalu uri alik bwh, resah gelisah jgk we ols!

i'allah mung...doa2 molek..aku arituh, rusing jgk sposen maso scan napok tali pusat ruzain belit 2 kali..tp sbb doktor tu sokmo +ve, wi harapan aku bleh beranak normal, so aku pon jd +ve jgk..
and alhamdulillah laa, tubik molek2 normal :)

kita sama2 doa k...chill!

Blog Diva said...

senor:hor...aku pun rasa terpukul jugak tengok dio xbereti wak kelik kotok.haha...xpo la..bagus la tu. sbb kotok molek mung.keras dan pejal!nok buh bendo berat pun no hal nyer.

xtau la mung.aku bkn rusing sbb dia transverse sbb tu aku keno operate. bab operate tu aku redha doh. cumo takut mslh2 hok tersembunyi di kemudian hari la...biaso la kito ni. selagi tok tubik hok dlm tu, selagi tu la dok rusing mcm2 kemungkinan. dei tubik, rusing ko golain pulok.