Pemaju belum inform apa-apa pun lagi pasal bila dapat kunci tu. Biar betik company renovation yang call encik Jack tuh. Pepandai je kasi informasi salah. Saje je nak kasi harapan palsu kat kitorang yang tengah berbunga-bunga nak naik umah baru ni. Alahai... Bila la agaknya ye.
Semenjak balik ke Penang semula ni, kerajinan nak sambung urusan packing mempacking ni belum lagi appear. Ntah bila la nak start sambung packing sejak tergendala sebulan tu. Bila dah rasa malas ni, payah la. Aku nak kena refresh balik apa yang aku isi dalam kotak-kotak sebelum ni. Dah lupa seyy. Benda yang aku dah organised dalam kepala aku nak allocate barang-barang tu pun dah lupa cane. Hayoh, semua nak kena start from scratch semula la nampak gaya. Malasnya! Padahal benda simple je. Either Simpan::Buang::Nak guna lagi for the time being. Bila nak start neyyyy???
Perut makin besar ni tipu la kalu cakap tak penat. Nak tunduk, nak bangun semua jadi makin payah, makin kurang keefisienan. Merasalah jadi warga emas reput tulang! Aku ada berapa minggu je lagi sebelum balik KB standby untuk beranak. Wiken ni encik Jack nak kena attend conference kat area Mines tuh. Aku tengah berkira-kira nak ikut ke tak. Ikut kang, terperuk dalam bilik otel dengan encik Frodo yang keboringan. Nak ikut kakak-kakak ipar pergi membeli dan membelah risau cramp aku ni tiba-tiba menyerang time tengah berjalan tu sape nak pikul aku bawak balik. Kalu tak ikut, kang sakit perut sorang-sorang kat umah ni susah pulak. Leceh betul.
Baju baby belum beli. Segala kelengkapan aku nak bersalin pun belum beli. Segala kelengkapan keperluan nak menduduki rumah baru (kipas, lampu, wiring, internet, telefon, astro, ekon) pun sama tak beli, tak usya lagi. Serabutnya la. Mak buyung dah makin mengalami penuaan dah skang. Nasib baik kitchen kabinet dah setel tahun lepas lagi. Sape cakap rugi tempah kc awal-awal?! Kalu tak, lagi haru biru pink nak terkejar-kejar hunting itu ini. Oh my.. Semua benda yang cost a fortune ni menagih perhatian dalam satu masa. Rabak buku bank aku ngan encik Jack.
Kalu blog follower ni dah macam jumlah pengikut blog brader Pipi tuh, buleh gak aku mintak derma kilat sempena naik umah baru ni. Takat berapa kerat je ni jadi apa. Huhu. Ada hati.
Makin hari, makin dekat masa nak pindah umah (walaupun tak tahu bila sebenarnya), makin malas nak mengemas. Oh tolonglah! Sepatutnya makin banyak hal nak setel dan makin pening ni, makin proaktif la. Apa la nak jadi ni....
No comments:
Post a Comment