Dark Fellows

Friday, July 1, 2011

#744 Me Vs Current Situation

I am 32/33 weeks of pregnancy. Ada blogger yang aku selalu follow blog dia tuh dah terberanak pun kelmarin. Dia sama usia kandungan dengan aku. Kelmarin bangun tido je, pecah air ketuban. Selamat la dia bersalin normal. Baby 2.1kg je, a premature one. Skang kena tahan kat NICU for monitoring. Hoho, scary aku. Dah la asyik dengar si polan tu, si polan ni terberanak tak cukup bulan. Cukuplah sekali aku lalui episod menakutkan itu. Nauzubillah!
Skang ni tiap hari macam dalam gambar kat atas la encik Frodo kerjakan perut aku. Dulu cium-cium. Skang ni suka tiup perut aku buat bunyi baby kentut. Pastu gelak-gelak.

Mengandung kali ni baru terasa macam betul-betul mengandung. Dulu kan baby sempat capai berat maksimum 1.25kg aje aku dah kena beranak @35 weeks. Skang ni baby dah melangkaui berat masa encik Frodo dilahirkan. Baru 1.5kg aku dah rasa macam segala aktiviti dah jadi slow motion. Jalan pun terhegeh-hegeh macam penguin. (tapi comel). 

Pergerakan baby tiap hari makin mengganas dalam perut aku. I can now feel the baby's elbow/ knee/ hand/ feet. Mana la aku tahu apa benda. Tapi tiap hari asyik tercongkeng je kat rusuk kiri kanan. Skang ni dah makin kerap sembang dengan dia. Kadang-kadang si  Encik Frodo kepochi tu pun join jugak membebel kat adik dia. Baru ni dia offer botol susu kat baby dalam perut aku. Tak sampai 5saat letak kat perut, dia tarik balik terus sumbat kat molot dia. Baby tokcey... (baby tak nak) dia kata. Encik Frodo skang pandai jugak drama-drama ni.

Aku perasan, tona kulit sudah kelihatan semakin keji. Under arms, perut, celah paha sudah bertukar ke warna yang tidak menarik. Oh nasib baik leher belum. Peratus keseksian diri sudah semakin merudum. Chenta hati, tolong jangan hilang selera dengan ai hokei...

Sejak minggu ni selera makin gone balik. Memang tak lalu nak makan. Tengahari buleh paksa-paksa lagi sebab memang lapar. Tapi bila malam menjelang, tatau nak makan apa. Banyak malam dah tak makan nasi. Tapi aku makan jugak roti, oats 3 in 1 tu. Agaknya sebab skip nasik 2 malam tu menyebabkan aku gastrik teruk kelmarin. Satu hari terbaring tak buat apa. Gelusil, Gaviscon semua aku hadap tapi semua tak jalan jugak. Nak mengiring, terasa kaki si kecik ni tercongkeng situ sini. Seksanya! Dari kul 10 pagi sampai ke petang aku dok berguling menahan sakit. Lunch pun sms encik Jack je mintak belikan nasik ayam sebab takleh nak bangun. Seharian kelmarin memang encik Frodo main sorang-sorang layan diri.

Letih time masuk bulan ke8 ni memang luar biasa aku rasa. Nak-nak bila aku tak lalu makan ni. I need energy but I don't have appetite to eat. Tapak kaki memang takde masa tak sakit. Pakai selipar dalam umah pun tak jadi apa jugak. Ini aku yang baby baru 1.5kg. Patut ar Ct mengomel macam-macam sebelum bersalin tu. Dia lagi la baby 3.8kg. Aku mengerti perasaan ibu-ibu perut besar. Penat weh! Nak bawak bodi pun seksa, inikan pulak nak urus anak-anak, rumahtangga, suami. Yang bekerjaya pulak, lagi aku tabik spring.

Iron Chef cakap dia nak balik sebelum aku. Elok la tu. Dia ada lalu sikit aku makan. (Guano projek nasik bukhori kito nih?) Oh, semangat pun gone. Hari ni dah 1 Julai. Bayang surat pemaju tak nampak-nampak lagi ni. Barang dah banyak yang aku packing masuk kotak. Setiap kali tengok kotak-kotak yang bersepah tu, hati sangat sayu. Kesiankan chenta hati aku la nak kena handle semua urusan pindah rumah sorang-sorang nanti kalu kunci dapat lepas aku balik kampung ni. Basuh rumah pun dia sorang, keje-keje drilling rail curtain, pasang curtain, unpack kotak pun semua dia kena buat sorang-sorang. Aku dah takleh nak tolong kalu dah termeletup. Benci kat pihak yang lambat luluskan OC tuh.

Kalu kunci dah dapat skang, aku buleh setel part aku. Curtains need to be altered. Nak ukur cemana kalu kunci belum dapat. Kalu dapat sebelum balik ni sempat la aku bawak tailor pegi ukur, pastu kasi siap-siap curtain tu kat dia. Nanti encik Jack pegi ambik dan pasang je bila siap alter. Serabut la nak tinggal balik beranak dengan macam-macam urusan pindah umah yang tak setel ni. Nak setel pun tak boleh selagi tak dapat kunci. Terkilan sangat la kalu nak habaq. Else, memang bebanan kerja menanti kepulangan aku ke rumah tu nanti dengan orang baru. Haru biru lepas beranak. 

2 hari mengemas packing barang ni buat aku jadi a bit stressful. Sebab tu gastrik datang balik kot. Huhu. Bila la buleh nak ganti puasa 3 tahun ni.  Risau weh takut mati tak sempat 'bayar' segala hutang dengan Tuhan ni.

Serabut + stres -------> gastrik + tak lalu makan

Uuuurrrrrrrrgggggghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!

15 comments:

Mochi Mom said...

mek....itu lah pengorbanan ibu kan:)

mek...jaga mkn, jgn stress....nanti baby kuar berkerut muka...:P

cant wait to see ur baby gegirl...mesti chomel lah!..like u! :)

Blog Diva said...

ct:ko ni kan ct..semua baby org pun ko ckp comel.haha..

mak aku dah cakap, baby keluar mesti tersengih sebab aku dah pekena nasi beriyani 3x...haha...

mem fiza said...

sabau bebanyak..jgn skip makan..kang dpt heartburn jenuh nak tanggung..biskut marie pun takpe..
hehe..perut aku sendiri sampai skarang mmg xcantik..kulit nipis..nurse pun ckp pakai krim ape skali pun kalau kulit tu nak jd kulit oren kecut pun dia jadi jugak..jage beby bebaik..zaman aku 8bln dah 2.8kg.sendat sgt..tgk perut sendiri pun xlalu dah..huduh

Cikgi Diva :-) said...

aku la ibu bekerjaya mu kena tabik itu...haha...naik turun tangga setiap hari sapa tingkat 4...can u imagine tangga skoloh?hohoho...sampai tingkat 2 kena amik oksigen dulu...tapi btul la kata ct,pengorbanan ibu....

mu 32wk doh?x lamo doh tu....bilo kelik kelatam?aku duk sini sapa akhir bule kot.

btw,adam reti kecek kelate?mungkin sbb dio x g koloh...naufal gak nyo suko kalu dgr perkatae pelik2..nyo wak nganying ko kito balik.

MiJa said...

hehe aku pulok g viva masa dh prgnt 37 weeks.kna baca buku,kena present 3x,kna attack ngn soalan2 bernas tanpa belas kasihan.haha,tipu!! pdhal ok jah,xdok la teruk mana pun..xkn la mereka x kasian melihatkn perutku yg memboyot ini..hehe..alhamdulillah,berkat pengorbanan seorg ibu.yg penting jaga makan!

kesian ke mu x lalu makan..aku so far pantang nampak dpn mato,smua menyelerakan.huhu.gemok giler dh aku ni.kna plak paksa jalan keliling taman rekreasi mmbuatkn urat-uratku sakit bekerja keras sbb selama ni aku rilek jah.hehe.

Blog Diva said...

mem fiza:patut la si farhana tu bambam.8bln dah 2.8kg!aku masuk 8bln baru 1.5kg.doktor dah bgtau awal2, stakat ni baby aku tak besar mana.just nice aje. aku ok je mana2.xbesar sgt pun ok jgk. xdela seksa nak teran keluar.pastu dia besar kat luar takpe la.

Blog Diva said...

mah:doh dio dok nge org klatam kei.pahni gi skoloh gak pyh doh la nok dgr dio kecek klatam..huhu...

aku kelik sabtu depe.dei ko?

Blog Diva said...

mija:mu lalu la mugo bukei mu jong masok!kahkah.aku kalu makei dumoh org/makan kat luar tu lalu jgk.nih, dok makei dumoh jah, aku plk tu tukg msk.memei xlalu dowh...haha...tok cekak getek menjelang minggu2 terakhir ni kei.nok2 plk keno ngemas utk packing standby utk pindoh ni...huhu letih ok! tubuh pun xcargas supo mulo. wak kijo sejam sero semput doh. jalei g mari supo penguin....oh tidak!!!

bereh doh la viva mu? buleh beranok dgn aman doh la pahni.mujo dei viva dih. kalu buatnya ngam2 36wks mu deliver doh, viva guano plk...

MiJa said...

oo betul jugak eh..sbb aku tak memasak..haha aku duk blogging smbil mak mertua aku memasak.mmg x cekak weh,viva pun semput2 jugok nok kecek banyok.tp dh nama pun viva,kena kecek jugok la..kalo tokdam viva,delay la kut.lain la kalu aku nk g viva masa pantang..ekek saing aku ok jah time pantang dia g amik exam..huiiii

kihkih aku pun sero supo penguin nih!

Blog Diva said...

mija:gilo!bertuoh punyo natu!haha...(mujo toktuo kito samo2 jenih baik, kalu buleh jenih ortodoks gak, mu siap kena karai, punggoh air telago lagi)

salut la aku ko org g viva dlm sarat2 ni. kalu aku jd mu, mesti standby beg kelengkapan nok branok takut jd gapo2 kei..hahaha...

MiJa said...

lagi best,aku online kt dapur..haha

mmg dlm keta standby beg spital.plus laki aku pun ada kt Png tmankan aku..mana lah tau,member dia tgk aku siap ckp "hang nak beranak kt Png ka?" kihkih,tekezut dia tgk perut aku agknye.

Cikgi Diva :-) said...

g koloh kecek utara la plok.huhu...

owh awal lagi mu balik sini.siap dohko packing2...lamo la encik jack ditinggalkan.pahni nok keno patey 100 hari pulok...haha.

Blog Diva said...

mah:awal gapo.nok masuk 36 weeks doh tu.aku kei biaso beranok awal, keno la standby awal.mu xpo la beranok mano2 pun mugo spita mahal, layane 1st class blako.haha...aku mugo spita mahal aku kube kiye tu jah hok mampu.kihkih.

sbenarnya aku xsei branok spita penang ni sebab sini bukei hubby friendly hospital.tok laki xleh masuk time bini dok teran beranok tuh. x syok la kei sakit sorg2.

Cikgi Diva :-) said...

chewahh biaso branok awal..bunyi supo 2,3 ore doh dih...hihi..

hor dih jolo jgk baik stndby awal2 seney...mu masuk spita kube kiye tapi wad diraja apo..kelasss tu....cadar kala kuning gituuu...

Blog Diva said...

mah:berjolor lah wad diraja konon!dei lagi kelih cadar kala kuning tuh.aku pun xingat2 doh.

tiko aku branok tuh ekon wad beranok punoh.panah gilo la.sbb tu puan menteri spelek pindoh aku g wad korporat tuh.lgpn aku dok byk hari, kalu branok normal tu sari pun buleh discaj xpo la panah2 sikit pun.aku kei operate.